Minggu lepas masa bercuti aku singah ke Mid Valley Megamall KL. Bukan apa, nak mengimbau kembali zaman percintaan dengan isteri. Hahaha... Selalu sangat aku bawa dia shopping situ dulu masa zaman belajar. Mid Valley aku pi sejak masa mula-mula buka dulu. Sampai aku & kawan-kawan istilahkan Mid Valley salah satu fakulti di Universiti Malaya sebab terlalu dekat & selalu sangat pi & juga kawan-kawan UM pun ramai jumpa di situ. Hehehe... Segala perkembangan Mid Valley aku dah tengok dari serba kekurangan dulu hinggalah tahap sekarang. Cukup berbeza dulu & sekarang.
Ada 2 tujuan sebenarnya ke sini. Yang pertama tu, macam alasan kat ataslah & yang kedua nak survey jam-jam yang ada di situ. Kiranya menyelam sambil minum airlah ni. Jam hantaran aku pun beli kat sini & kedai jam tu jugalah aku pi masa sampai ke situ. Lupa pula namanya, cari guarantee kad jam yang beli pun tak tau pula kat mana. Kedai tu terletak di lower ground floor bahagian tengah berdekatan dengan Carefour. Kedai ni pun dah lain, semakin besar & banyak koleksi berbanding dulu.
Kalau tak salah aku ada 6 kedai jam di Mid Valley & 3 daripadanya merupakan kedai jam luxury. Salah satunya pula merupakan kedai Tag Heuer. Aku masuk kedai-kedai ni nak tengok model Grand Carrera Calibre 36. Saja nak tengok sebab 'abang' yang pakai Beetle kuning tu beli jam ni. Aku tak berkesempatan lagi jumpa dia. Nak belek jam dia puas-puas. Harga jam ni sekitar RM22k. Model ni banyak replika. Aku pun dah pegang model replikanya. Cuma ianya quartz, original automatik. Nantilah kalau ada rezeki aku jumpa abang & nak buat review pasal jam ni.
Tingkat demi tingkat aku naik & masuk semua kedai jam melainkan City Chain sebab banyak dah cawangannya aku masuk & koleksi jam mereka adalah sama saja di mana-mana pun. Yang aku perasan, di sini tiada jam Citizen yang dijual. Tak pasti pula kenapa. Setiap kedai yang aku masuk memang tak jual Citizen. Orient pun susah nak jumpa. Hanya Seiko di jual & banyak jenama fesyen di jual. Mungkin market di situ, jenama fesyen lebih mendominasi jenama dari watchmaker.
Aku juga perasan, Seiko Orange Monster juga tidak wujud di situ. Hanya Black Monster saja yang ada... itu pun cuma 1 saja yang ada. Model Diver lain memang banyak & hampir semua kedai menjualnya. Memang betullah Orange Monster adalah rare item & ini di akui oleh salah seorang seller di Mid Valley. Beliau pernah bekerja di kedai jam di Sungei Wang Plaza sebelum ini & beliau mengaku di situ juga sukar nak cari Orange Monster. Sekarang beliau bekerja di kedai Style Watch Sdn Bhd yang terletak di lower ground floor. Akhirnya aku jumpa juga model Levi's Core Collection macam koleksi aku. Cuma model ni adalah black PVD coating.

Di utara aku tak jumpa jam ni lagi dah. Model ni hanya ada 2 varian. Satu seperti di atas & satu lagi black PVD coating. Cantik juga jam tu. Harga dijual sekitar RM500++.
Untuk yang berminat boleh ke
Style Watch Sdn Bhd,
Untuk yang berminat boleh ke
Style Watch Sdn Bhd,
Lot LG 016, Lower Ground Floor,
Mid Valley Megamall KL.
Tel: 03-29383195
Setelah penat berjalan-jalan & perut pun berdangdut, kami beli makanan & terus bertolak balik. Sekian dulu... jumpa lagi di kedai lain pula...Mid Valley Megamall KL.
Tel: 03-29383195
2 KOMEN ANDA:
Bro, ada no contact? Nak minta nasihat ttg jam 01121941194
Ana
Minta maaf banyak sy tak perasan komen ni dah lama
Post a Comment