Saturday, June 13, 2009

Movement Jam Replika

Aku bukannya pandai sangat pasal movement jam replika ni. Tapi setelah buat sedikit research, dapatlah beberapa fakta mengenainya. Ada beberapa jenis movement yang digunakan pada jam replika. Ada jam replika yang mencecah ribuan dollar (kalau tukar ke RM lagi la tinggi harganya) & dealer claim yang jam mereka betul-betul serupa dari segala segi walau diletakkan di sebelah jam original sekali pun. Walau sama sekali pun, untuk apa kita nak perhabis ribuan ringgit hanya untuk jam replika?

Terdapat beberapa kategori pengelasan jam replika. Jenis-jenis ini menyumbang kepada kualiti & harganya. Ini apa yang mereka claim pada jam replika mereka. Takut juga itu hanya omongan kosong & bukannya realiti. Sebab kita tidak tahu betul-betul dari mana asal jam tu & dibuat di mana. Semua ni bergantung kepada ketelusan si penjual tu. Tapi secara umum kita dah tahu yang kebanyakan jam replika dibuat di China.

Terdapat 2 jenis replika, iaitu Swiss replika & Japanese replika. Jenisnya merujuk kepada jenis movement yang mereka gunakan pada jam & umum tahu jam Swiss memang mahal. Jadi, ini juga diguna pakai pada jam replika. Harganya adalah lebih tinggi dari Japanese replika & kualitinya juga agak baik. Tapi masih tak berbaloi beli kalau harganya mencecah ribuan ringgit. Membazir saja.


Swiss replika

Swiss replika selalunya menggunakan movement ETA. Syarikat ETA membekalkan movement mereka kepada vendor OEM. Tapi ianya juga turut sampai ke tangan pembuat jam replika. Sebab tu harganya juga tinggi. Kemungkinan movement ETA yang digunakan pada jam replika merupakan movement ETA yang telah pun di-refurbished. Sebab tu Swiss replika adalah lebih tahan berbanding yang lain. Susah nak percaya juga kalau movement ETA yang baru, dijual kepada pembuat jam replika. Kalau betullah ia dibeli mereka, sudah pasti syarikat ETA akan disaman pembeli-pembeli mereka yang lain (Oris, Omega, Tissot dan sebagainya).

Ada juga penjual Swiss replika yang claim movement mereka menggunakan 27 jewels. Wow! Kagum juga aku sebab tidak wujud movement ETA dengan 27 jewels. Jam yang baik mempunyai jewel di antara 17 hingga 25 jewels. Lagi banyak jewels, lebih baik movement tu. Tapi terlalu banyak jewels yang tak munasabah juga tidak perlu. Banyaknya jewels pada suatu movement juga tidak menunjukkan ianya lebih baik, lebih tepat (accurate) berbanding jewels yang lebih rendah sebab fungsi jewels hanyalah untuk mengurangkan friction pergerakan komponennya. Kasimpulannya di sini, movement 27 jewels tidak wujud & hanya omongan kosong si penjual yang hanya ingin menipu kita dengan harga yang lebih tinggi dari jam 25 jewels. Hakikatnya movement 27 jewels tu sendiri adalah movement 25 jewels.


Movement Miyota. Enjin ni dari jam Q&Q Leaf-Fit mempunyai 21 jewels. Prestasi movement ni cukup bagus bila dibandingkan dengan Seiko. Sebab ia mempunyai fungsi 'kunci' disamping pergerakan self-winding. Aku pakai jam ni bersama-sama dengan Seiko 5 Sport (25 jewels), ternyata ia masih bergerak pada jangka masa yang lama & Seiko 5 Sport pula sudah berhenti. Aku rasa ini suatu yang mengagumkan untuk movement yang low-grade seperti ini.


Japanese replika

Japanese replika pula menggunakan movement Miyota yang juga reliable. Aku rasa lebih berbaloi beli Japanese replika memandangkan harganya yang lebih murah (ini untuk mereka yang ingin beli jam replika lah). Enjin Miyota bukanlah sebarangan movement kerana ia dibangunkan bersama-sama syarikat Citizen. Namun, agak berisiko juga kerana terdapat juga pembuat replika yang meniru movement Miyota dengan menggunakan bahan & komponen yang murah & berkualiti rendah. Dah la movement Miyota sendiri pun dah murah, mereka tiru pula movement tu dengan bahan yang jauh lebih murah. Boleh agaklah bagaimana prestasi movement tu nanti.


Replika Louise Vuitton.


Replika Omega.


Aku tak pasti jenis apa movement ni sebetulnya. Tapi aku rasa ia Japanese replika. Pergerakan automatiknya cukup teruk. Pergerakannya boleh berhenti walaupun sedang dipakai. Kena 'kunci' baru tahan lama. Entah movement apa yang mereka guna ni pun tak tahu. Yang pastinya, ia bukanlah Miyota.


Terdapat engraving 25 jewels pada rotor-nya. Aku tak pasti betul ke tak jewels sebanyak tu. Tapi nampak juga la ada jewels pada movement ni.



Sebanarnya movement kedua-dua jam ini adalah sama jenis. Beginilah jam replika. Movement yang sama, casing/brand saja lain.

Mohon maaf kepada semua.... aku cuba buka case-back Chopard & Oris, tapi tak dapat walau berkali-kali cuba. Screw driver yang aku ada tak memadai untuk buka case-back. Yang ada pun tak sesuai. Kena beli yang khas untuk jam.


Ciplak/Tiruan

Terdapat satu lagi jenis jam replika. Jenis ni banyak dijual di pasar malam, pasar raya dengan harga yang cukup murah. Jam ini dijual sekurang-kurangnya RM10. Aku istilahkan jenis ni sebagai jam ciplak/tiruan. Sebab jam jenis ini sebenarnya bukan saja copy/replicate jam original, tapi ada juga yang hanya menggunakan nama/brand jam original sahaja. Bentuknya langsung tak sama dengan original, hanya brand saja yang mereka guna.

Namun begitu ada juga di antara bentuknya hampir serupa dengan original, tapi bahan (material) yang digunakan dalam pembuatannya adalah berkualiti rendah, finishing yang agak teruk, jarum subdail yang tidak berfungsi (hanya untuk dekorasi) dan sebagainya. Casing-nya yang cuba meniru stainless steel itu dibuat menggunakan keluli yang murah & berkualiti rendah. Namun ada juga jam jenis ini dilelong pada harga yang sama dengan jam replika yang lain. Jadi kena hati-hati sekiranya ingin dibeli dari internet.


Ini jam ciplak US Submarine. Tengok saja pengoksidaan yang terjadi pada jam ni. Teruk betul. Jam ni dibeli dari pasar malam. Disebabkan casing-nya dibuat dari bahan keluli yang murah, keadaan ini sering terjadi pada jam jenis ini. Tengok juga bracelet-nya. Terdapat kesan karat pada beberapa tempat. Keadaan ini tak akan berlaku pada casing stainless steel.


Ini contoh terbaik jam ciplak. Jam ni ingin meniru model Swatch Irony Skin. Nanti aku akan buat perbandingan antara model original dengan tiruan. Dail jam ini adalah flat & tidak mempunyai texture seperti original. Subdail yang tidak berfungsi & hanya sebagai dekorasi. Button di tepi casing boleh ditekan, tapi tiada apa-apa kesan. Cermin mineral yang cukup nipis, original menggunakan cermin akrilik. Harganya cuma RM10. Aku pakai tak sampai 1 hari.... ROSAK!

Di harap anda dapat sedikit informasi dari maklumat yang tak seberapa ni. Aku pun masih belajar pasal movement jam ni. Masih belum familiar dengan jenis caliber yang digunakan pada jam. Terasa juga nak buka komponen-komponen movement jam. Nak tengok & belajar. Tapi kena korbankan satu jam untuk tujuan ni & alat pula kena cukup.

3 KOMEN ANDA:

s@LsaBilL@ said...

hmmmm btol gak kn

Rizal Yusuf said...

tuan blog, nak tanya sikit...saya ada terfikir nak buat jam custom...maksudnya beli jam replika jenis A atau AA, kemudian keluarkan movement (enjin) dan gantikan dgn jenis ETA atau Miyota. logik tak kalau nak buat camtu? ada ke kedai yg jual movement sahaja? kalau boleh dapat yg 2nd hand (ori) lagi cantik. Adakah semua jenis jam boleh buat camtu?

duniajam said...

Tuan Rizal Yusof....

Idea tuan tu logik utk dibuat. Yg penting saiz movt tu sama dgn saiz dalam casing jam tu. Kena buat custom pemegang movt tu nnt.

Tak pasti kedai ada ke tak jual movt saja. Tp tuan bole survey kat eBay. Ada seller yg jual movt Japan & ETA. Sbb mmg ada jam replika yg pakai movt ETA.

Cumanya movt yg dijual tu yg dah terpakai. Jadi tak pastilah masih ok ke tak. Kena bergantung pada kejujuran seller tu sendiri lah