Thursday, June 25, 2009

Swatch Irony Chrono


Swatch merupakan merupakan satu jenama yang sudah lama bertapak di pasaran jam dunia. 1982 merupakan tahun kelahiran Swatch, namun pada Mac 1983, barulah ia dipasarkan di Switzerland. Swatch merupakan syarikat dalam kumpulan Swatch Group.




Jenama-jenama seperti Breguet, Blancpain, Glashütte Original, Jaquet Droz, Léon Hatot, Tiffany & Co., Omega, Longines, Rado, Union Glashütte, Tissot, ck watch & jewelry, Balmain, Certina, Mido, Hamilton, Swatch, Flik Flak, Endura & Tourbillon merupakan jenama yang berada dalam Swatch Group.

Swatch diciptakan untuk memasuki pasaran entry level yang mana pada ketika itu jam berjenama Jepun (Seiko) sedang menguasai pasaran sehingga pasaran jam Swiss jatuh merudum. Swatch keluar sebagai penyelamat dengan design yang cukup trendy, berkualiti & dengan harga yang cukup murah.

Model terbaru Swatch. Dikeluarkan pada 2007.

Mereka mempunyai beberapa siri model seperti:
  • Swatch Original
  • Swatch Irony
  • Swatch Scuba
  • Swatch Skin
  • Swatch Beat
  • Swatch Bijoux
  • Swatch Automatic


Model-model yang dikeluarkan begitu trendy & mengikut perubahan semasa. Cukup banyak design yang boleh menarik minat pelbagai golongan & boleh digayakan mengikut mood, citarasa, fesyen & function.




Swatch juga merupakan salah satu jenama yang dipilih sebagai 'official time keeper' untuk pelbagai sukan di dunia. Hebat! Ramai yang underestimate jenama Swatch kerana beranggapan ianya jenama biasa, nampak murah (bukan murah... berpatutan), terlalu fancy dan sebagainya. Untuk mereka yang meminati dunia fesyen & suka pada barangan trendy... mungkin inilah jam yang sesuai untuk anda.


-----------------------------------------------------------


Swatch Irony Chronograph


Ini merupakan Swatch dari koleksi peribadi aku. Banyak jam Swatch terdiri dari casing plastik. Namun casing jam ni, diperbuat dari stainless steel. Sebab itu ia dinamakan Irony.


Bukan saja jamnya cukup trendy, kotaknya juga turut trendy.



Jam didatangkan dengan manual & warranty kad. Kesemuanya ada dalam kotak tu.





Tali kulit cukup berkualiti & tebal.


Seperti yang dijanjikan dahulu, aku nak bandingkan antara jam original dengan tiruan. Sudah tentu di sebelah kiri tu tiruan. Harganya? RM10 ja. Aku pakai jam tu tak sampai sehari. Rosak... Hampeh! Jam tu nak tiru model Irony Skin. Lihat saja perbezaannya.


Jam dibuat nipis seolah-olah model Skin.


Tengok casing.... dah kantoi. Casing Swatch hanya seperti jam original tu. Takkan ada model Swatch yang mempunyai case-back boleh buka macam tiruan tu.






Nak tahu keluaran Swatch bila senang saja. Tahun keluarannya tertera pada bahagian bawah dail (bulatan merah). Jam ni dikeluarkan tahun 1995. Takkan ada lagi design seperti ni sekarang ni. Design akan berubah-ubah setiap tahun. Namun fungsinya tetap sama... tentulah. Movement-nya sama... Ekekeke...


Cermin jam tiruan mineral, original akrilik. Dail tiruan langsung tak berfungsi & flat. Original Skin Chronograph tiada jarum saat & dail berlekuk (tidak flat). Casing tiruan ni besi, nak tiru jam original. Jarum subdail tiruan takda fungsi, hanya sebagai dekorasi. Ada juga staff aku tanya pasal apa jam dia jarum subdail tak gerak. Susah juga aku nak jawab sebab jam dia cuma RM30. Hmmm...


Button tiruan boleh tekan, tapi hanya boleh tekan saja la... takda fungsi. Perasankan jarum subdailnya? Terus digam pada dail (salah satu cara nak tengok jam tiruan).


Case-back jam original tidak boleh buka macam tiruan tu. Hanya boleh buka untuk tukar bateri saja. Mana-mana Swatch pun sama macam ni. Tengok tulisan pada jam tiruan tu... memang sedaya upaya nak tiru original.

Sedih bila aku teringat kisah kawan aku. Dia pakai 'Swatch Skin Irony'. Aku minta tengok jam dia. Harga dia beli RM300+. Terkejut aku pasal aku tengok jam tu sebenarnya jam tiruan. Bukan original pun. Ciri-ciri Skin langsung tak ada. Jam tu nampak nipis kalau tengok masa pakai. Tapi bila buka tengok, ianya tebal di bahagian tengah & jam tu aku tengok kat pasar malam pun ada jual. Kalau tak salah aku RM30 ja. Tokey kedai dia beli tu dah kenakan dia. Aiseh.... Tak sampai hati aku nak bagi tau jam dia tiruan, pasal dia pun dah lama beli jam tu.

Harap-harap anda di luar sana tak jadi mangsa macam kawan aku tu. Mungkin artikel ni sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenalpasti jam tiruan semasa nak beli Swatch. Tapi kalau beli dari butik Swatch, takyah bimbang la. Memang original. Tapi harganya pula langsung takda diskaun. Aku pi butik Swatch kat Penang & KL sebelum ni, memang takda diskaun. Model automatik cuma ada 2 model ja.



Ini model Limited Edition. Swatch Diaphane One Karusel Mit Limited Edition.
Harganya $4350 usd.


Untuk yang sedang mencari-cari jam, apa kata anda tengok juga model-model Swatch. Mungkin ada yang berjaya memaut hati anda.

17 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

salam,

terkejut gak tengok rega jam swatch limited edition ni.. fuuuyoooo! tapi swatch telah berjaya dalam merketingnya. reputasi & prestijnya telah berjaya dinaikkan... kita kena belajar something dari perkara2 cam ni nih, baru leh maju kan..?

tq

duniajam said...

Tu wa. Aku pun terkejut gak. Swatch memang tak 'lari' dari konsepnya. Bentuknya sama ja. Kalau tengok pun kita akan tahu, jam ni sebenarnya Swatch.

Memang kita patut belajar. Kita belum ada brand kita sendiri. India pun dah ada brand jam sendiri... Titan. Nanti aku nak buat artikel pasal Titan lak.

mohad said...

awak ni pakar jam ler..

duniajam said...

Ish... lom sampai tahap tu lagi. Ehehehe... Masih banyak yang perlu belajar. Banyak lagi taktau... Tengah dok study skit2. Hehehe...

teddypicker said...
This comment has been removed by the author.
teddypicker said...

salam,
aku da 3+1 years pkai jam swatch.
at last d batt kong..
bape harga new batt? kedai jam biase ade jual x?

duniajam said...

Salam.

Lama jugak tahan bateri tu. Aku tak pasti rega bateri Swatch berapa. Aku tukar bateri model CR2016 untuk jam timex aku (bateri leper) RM12 kat kedai. Aku pi kedai lain beli bateri saja baru RM8 je. Bateri Swatch kecik skit. Aku agak dlm RM15 ke bawah.

teddypicker said...

lor.. murah je... ingatkan
b'puluh2.. sebab dulu penah tuka tali leather..
pkai tali ni cepat kotor r.. nak try tuka besi plak..

duniajam said...

Murah je. Nak lg murah, keluarkan bateri sendiri & cari kat kedai elektronik. Cover bateri tu boleh buka dengan duit syiling. Buat sendiri lagi bagus sebab ada kedai amik upah tukar bateri ni.

Berapa rega tali kulit & besi? Aku tak pernah survey lak. Swatch tu pun jarang pakai, cantik je sentiasa. Hehehe...

Anonymous said...

brape harge untuk psang tali kulit yg bru,sbb yg ak pnyer da putus?

Unknown said...

tali kulit ak pnyer swatch irony da putus,kalau pasang baru biasenyer brpe rggit?

duniajam said...

Aiseh, aku tak pernah survey lak tali kulit & irony punya. Irony aku rasa mahal skit. Dlm RM100+ rasanya. Kulit tak sampai kot. Nnt aku ushar tgk.

Swatch ni aku jarang pakai, hensem sentiasa. Hehehe...

Unknown said...

nanya dong bro,
barusan beli jam swatch legendary eagle, posisi batery ada diatas (posisi jam 12). apakah jam ini aseli??? kerana kata kawan, jam swatch original posisi batery ada di bagian bawah (jam 6) sebelah kanan
fungsi chrono jalan normal, namun tombol chrono agak keras jika ditekan.

please email your answer to: kabitajhon@gmail.com

thx before...

duniajam said...

bro jhon,

Susah juga nak tentukan ia asli atau tak. Kebanyakan Swatch memang di posisi 6. Belum pernah jumpa di posisi 12. Mungkin juga ia asli. Tahun berapa ia produce? Ada tertulis di dail pukul 6

frazi said...

Hi!! Ak juga pminat jam!! Tap xda la semahal jam2 ko tu.. Hee.. Tp swatch my fav laa.. Sbb warna dia stands out!! Ak beli warna merah!! Simple kind of design! Blh tgk kt blog ak.. Hee, ada skli tu swatch ak hilang... Gelabah sakannn..!! Akhirnya ak jumpa blik slps berurusan dgn " pncuri" ituuuu

duniajam said...

akufrazi,

Jam2 aku biasa je bro. Hehe... O.. dah curi... kantoi lak.... kalau aku.... aku bg 'salam' kat dia byk2.... tak pun sua 'buku' byk2 kat dia... Ekekeke....

Swatch mmg stand out. Kombinasi warna, design jam mmg funky. Harga pun tak mahal sgt. Berbaloi untuk jam Swiss.

Sayap said...

Baru tangkap swatch ygs452g smlm..diskaun 50℅.. rm207 je..hehe rezeki...