Sunday, June 14, 2009

Seiko 5 Original vs Ciplak/Tiruan

Seperti yang dijanjikan, aku nak bandingkan diantara Seiko 5 original dengan ciplak/tiruan. Aku berpeluang untuk tengok 2 jenis Seiko tiruan. Yang pertama, jam kawan aku. Dia pun dah sedia maklum dengan Seiko 5 lepas aku cerita ciri-cirinya.

Jam ni dibeli dengan harga hanya RM10. Inilah yang aku maksudkan dalam artikel sebelum ni pada jam ciplak/tiruan.



Case-back Seiko 5 sepatutnya ada exibition window yang nampak enjin tu.


Kualiti bracelet tidak bagus. Ya lah, nak harap macammana lagi untuk jam RM10. Padan la dengan harganya.


Aku rasa bracelet ni macam dibuat dari tin. Bulatan merah menunjukkan kesan bengkok (bend). Kurang selesa ketika pakai. Jam ni juga terlalu ringan.



Crown yang terlalu kecil & kesan kemek pada clasp. Nampak seperti bracelet jam ni di buat/ketuk dengan tangan saja.


Tiada engraving Seiko pada clasp.


Sebelah kiri merupakan Seiko 5 original. Perhatikan case-back & bracelet. Memang nampak perbezaannya.


Ini gambaran yang lebih jelas perbezaan di antara keduanya. Lambang '5' pada jam tiruan tidak begitu sempurna seperti original. Memang nampak sangat kalau tidak dibandingkan seperti ini pun. Ciri-ciri Seiko 5 tiada pada jam tiruan ni. Saiz casing juga adalah lebih kecil. Pergerakan sudah semestinya quartz.



Jam kedua merupakan jam abang ipar aku. Kualiti jam ni nampak lebih baik dari jam tiruan di atas. Menurutnya jam ni sebenarnya tukaran/barter dengan kawan dia. Dulu dia pakai jam replika Tag Heuer. Kawan dia berkenan jam dia & buat deal untuk buat tukaran. Menurut kawannya, Seiko ni dibeli dari kedai pajak gadai. Tauke pajak tu cakap jam ni original & kawan dia pun belilah jam ni. Sekarang ni, jam Tag yang kawan dia pakai tu sudah rosak, tapi jam 'Seiko' ni masih ok.

Sekali imbas macam original. Tapi lepas aku tengok, jam ni tidak menepati ciri-ciri Seiko 5 yang pertama. Lepas tu, aku belek betul-betul untuk tengok sejauh mana mereka meniru jam ni. Berat & saiznya pun hampir menyamai original. Hampir tertipu juga sebenarnya masa pertama kali tengok.


Boleh tahan juga rupanya. Sekali imbas rupanya seperti Seiko 5.


Bila diletakkan atas tangan aku rasa lain skit. Tak sama dengan Seiko. Susah juga nak cerita 'feel' dia. Letak pun dah tahu bukan Seiko, dah kira misteri ni. Ekekeke...


Clasp jenis push & release dengan engraving Seiko padanya.




Saduran pada crown sudah tertanggal meninggalkan rupa sebenar crown. Seiko original tidak akan memberi kesan seperti ini. Bracelet juga seperti original. Memang boleh tertipu untuk mereka yang kurang arif mengenai Seiko 5.


Case-back bukan jenis see-thro. Salah satu ciri sudah kantoi. Terdapat engraving nombor pada bracelet. Boleh tahan juga mereka tiru jam ni. Punyalah nak buat macam jam asli. Tengok saja engraving yang tertulis padanya. Nampak memang macam jam yang 'sebenar'. Tapi perhatikan casing di sekeliling case-back. Nampak pengoksidaan sudah pun berlaku. Lama kelamaan, keadaan ini akan jadi semakin teruk. Sudah nampakkan perbezaannya?


Saduran hitam di sekeliling bezel sudah tertanggal. Nampak bahan yang sebenar di bawah saduran tu.


Keadaan lume agak mengecewakan. Hanya bercahaya sekejap saja. Aku tak dapat shot yang terbaik untuk ini. Ini yang paling baik pun.


Sebelah kiri ialah Seiko 5 Sport yang original. Perhatikan apa yang dibulatkan tu pada jam tiruan. Font Seiko 5 Sport (merah) agak sedikit cacat. Ciri-ciri Seiko 5 iaitu tarikh/hari berfungsi & tulisan WR100 dengan perkataan automatik & 23 jewels seperti original. Lume pada jam tiruan agak teruk buatannya. Langsung tak kemas. Macam 'titik' dengan liquid paper ja. Bulatan kuning pula menunjukkan tulisan yang tak sepatutnya ada. Ejaan 'MADE' dieja sebagai 'MAED'. Tengok jam original.... ringkas saja.



Tapi yang paling kantoi ialah pergerakannya. Pergerakannya quartz. Kantoi! Ini benda pertama yang aku perasan masa tengok jam ni buat kali pertama. Ciri-ciri pertama Seiko 5 sudah tiada... iaitu automatik. Kalau ciri-ciri ini tiada, jam ini adalah tiruan walaupun ciri-ciri yang lain ditiru serupa seperti original. Tidak wujud sama sekali Seiko 5 original dengan pergerakan quartz. Kalau yang tak tahu ciri-ciri Seiko 5 pun akan pelik, sebab dail tertulis automatik, tapi pergerakan quartz. Itu yang menarik perhatian aku sebenarnya & nak dimasukkan dalam blog buat tatapan semua. Seiko 5 lady aku letak bersebelahan sebagai perbandingan.



Satu lagi yang aku perasan, apabila crown diputarkan, dail juga turut bergerak sedikit. Jam ni sebenarnya dijual sekitar RM50. Aku terjumpa di pasar malam & di pasar karat. Kalau ada yang ingin jual jam ni pada anda & katanya original, anda tahulah nak buat penilaian.


Untuk mereka yang masih belum mengetahui ciri-ciri Seiko 5, bolehlah baca artikel pada link di bawah ni

http://duniajam.blogspot.com/2009/04/seiko-5.html

4 KOMEN ANDA:

Rushdan said...

terima kasih atas info yang diberikan.

duniajam said...

Terima kasih bro baca blog sy

kadiaq p.d said...

tq bro, ada x web utk kita rujuk tahun jam seiko beranak

duniajam said...

Web rasmi kalau tak silap saya tak ada dulu masa saya dapatkan maklumat ni. Tak pasti sekarang ada ke tak lagi.