Bagi yang ketinggalan pengembaraan aku yang lepas, boleh ikutinya pada link berikut:
----------------------------------------------------------------------------------
EPISOD AKHIR
Seronok sebab mak & abah ada sekali di pengakhiran pengembaraan aku... sedih sebab perngambaraan aku hampir ke penghujungnya... Aku rasa macam baru saja bertolak dari rumah & sekarang dah nak balik rumah balik....
Abah sanggup naik Evo semata-mata nak berkonvoi balik dengan aku. Mak ikut sekali sebab rindukan cucu... Setelah bersarapan pagi tu, kami nak mulakan perjalanan kembali. Rasa sedih juga nak tinggalkan adik & anak sedara... sekejap sangat jumpa depa.... takpa lain kali mai lain....
Perjalanan perlu diteruskan. Abah di depan. Mak & abah lebih suka naik Evo berbanding moto abah satu lagi. Evo lebih selesa & menjimatkan... Moto satu lagi tu abah tengah buat custom sekarang ni.... tak taulah rupa dia camna nanti.... Tapi aku dah nampak idea rupanya nanti berdasarkan design fiber yang abah buat....
Aku ingat-ingat lupa jalan nak balik. Mujur jugalah abah ada sekali. Kalau tak, kena pakai GPS gak la jawabnya.. kuikuikui... kami nak ikut jalan tepi laut.... ikut pesisir pantai Penarik.
Singgah sebentar di kedai Keropok Suka Ramai... Ada beberapa lagi kedai begini, tapi depa ni yang paling popular.
Perjalanan yang agak lancar & hati yang tenang di potong stim oleh Viva tu... Entah apa yang mamat tu fikir pun taktau la... samada tercabar, cemburu, syok sendiri, sakit hati tak pasal-pasal, dengki, nak tunjuk power, nak cari pasal...atau saja syok-syok... atau nak tengok moto apa yang potong dia tadi.... Yang mana satu aku pun tak tau lah.. Dia bawa slow, kami potong. Tak lama lepas tu dia kejar & potong balik, tapi potong rapat dengan abah.. tapi lepas tu dia slow.. Seriap darah aku tengok.....
Alhamdulillah abah & mak tak apa-apa.... tak tau la apa niat mamat tu... hanya Allah saja yang tahu apa yang dia fikirkan... Fenomena ni adalah perkara biasa aku jumpa... samada naik Evo, FZ1 ataupun kereta... Bila orang tu rasa tercabar atau ada apa-apa perasaan yang tak baik, seboleh-boleh dia akan kejar. Apa yang dia kecapi kalau boleh potong pun tak tahulah... mungkin ego yang tercabar.. tak kiralah mamat tu naik moto atau kereta, sama ja.... Bimbang betul aku.... kalau nak jadi apa-apa biarlah dia sorang-sorang, jangan babitkan aku & keluarga sekali....
Kami singgah rehat sebentar di tepi pantai Penarik di Kg Bari. Kat kawasan ni ada kedai-kedai makan jual makanan laut bergoreng tepung. Banyak kali lalu sini, inilah pertama kali aku singgah kat pantai ni. Banyak aktiviti sedang dilakukan di kawasan pantai ini. Pandainya cantik & menjanjikan pemandangan yang indah.
Cuaca pagi ni sangat baik. Banyak aktiviti dijalankan di sini hari ini. Lega juga dapat berehat walau sekejap....
Dua-dua Evo berkhidmat dengan baik setakat ni. Harap-harap depa ni tak bagi la masalah kat tuannya seperti yang berlaku kat kawan-kawan SYM aku yang lain... bimbang juga. Tapi setakat ni masalah kat Evo agak kurang kedengaran berbanding VTS... harap-harap ia kekal begitu....
Walau pantainya cantik & bersih, aku perhatikan tiada seorang pun bermandi manda di sini. Ada aktiviti nelayan aku nampak di sana. Hakisan agak teruk di pantai ni..... Mungkin kalau air pasang, sampai ke tebing ini airnya... aku tak pasti la.. pasal agak jauh laut tu dari tebing ni & dalam pula...
Kami singgah di kedai moto di pekan Jertih.... nak beli baju hujan baru untuk mak & isteri yang koyak rabak semalam. Dua-dua baju hujan tu dapat percuma masa beli moto.... nipis. Kali ni beli yang berkualiti. Mahal sikit takpa asalkan tahan lama. Cuma saiz saja takda.... yang ada besar pulak. Kedai moto ni saja yang nampak, beli sajalah... Dijangka akan hujan petang nanti.
Dalam perjalanan seterusnya kami singgah di kedai Kak Pah...aku tak tahu nama tempat ni.... yang menjual makanan tradisonal orang Kelantan. Sedap betul makan kuih akok yang masih panas. Kami beli lebih untuk di bawa balik...
Walau sejam lebih perjalanan, seperti yang disangka, hujan mulai turun.... pakat-pakat jadi gaban pakai baju hujan....
Tipah tertipu... kerena hujan gempaq saja...Cuaca kembali cerah. Panas pula aku rasa pakai baju hujan ni. Perjalanan lancar tanpa banyak kenderaan.... namun menjadi terbantut bila ada pulak mamat LC (kot) yang kejar... adoi la... tak boleh langsung orang potong dia... haha... helmet tak pakai pula... mungkin kepala dia sangat keras kot....
Petrol kami tak isi lagi sebab semalam dah isi kat rumah adik. Seperkara yang menarik mengenai Evo ialah penggunaan petrolnya lebih menjimatkan & efisyen berbanding VTS sebab ia menggunakan fuel injection (VTS pakai karburator). Pergerakannya juga lebih lancar (smooth)...
Perlanan di atas banjaran Titiwangsa ke Gerik agak lancar walau aku risau dengan selekoh-selekoh yang ada & kenderaan 'F1' yang ada si sana... laju depa ni. Alhamdulillah kami selamat sampai di hentian rehat Titiwangsa.... suasananya agak dingin & mendamaikan....
Kami rehat tak lama di sini kerana bimbangkan hujan akan turun di sebelah petang...
Lebih kurang jam 3.19 petang kami sampai di Tasing Banding. Suatu pemandangan yang cantik & mengujakan dapat disaksikan di sini. Kami singgah sebentar.... tak lama, cuma nak jamu mata... Kalau air pasang, kawasan ini boleh ditenggelami air....
Kami sampai di hentian Perah hampir pukul 4 petang. Singgah makan tengah hari di sini. Cuaca sangat mendung & seperti dijangka hujan akan turun bila-bila masa saja.... Perjalanan diteruskan dengan semuanya berbungkus rapi kembali...
Hujan gerimis sepanjang jalan. Ada kawasan yang hujan sudah berhenti. Keadaan agak dingin sebab kawasan ini masih berbukit.
Jalannya cantik & menjanjikan selekoh-selekoh yang cantik untuk diratah, namun dalam keadaan jalan basah begini, ianya sangat merbahaya lebih-lebih lagi dengan motosikal. Ada pula aliran-aliran air di jalan ni membuatkan hati sentiasa berdebar-debar & berjaga-jaga. Ditambah pula dengan penggunaan tayar standart Maxxis yang kurang bagus dalam hujan.... perasaan gerun bertambah lagi. Kenderaan agak banyak.... satu lagi yang merisaukan aku... takut terjumpa kereta, lori atau bas yang nak potong tanpa boleh 'membaca' dinamik sesebuah motosikal ketika dalam selekoh...
Alhamdulillah kami selamat melepasi cabaran terbesbut & telah melepasi kawasan Baling. Kami ikut jalan ke Tawar menyusuri di hadapan rumah agam Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Kawasan rumahnya sangatlah luas & rumahnya bagaikan istana. Kenderaan agak banyak. Perjalanan menjadi lebih perlahan.
Sampai di kawasan Batu 5.... aku akan melalui jalan yang pernah memberi titik hitam dalam aktiviti permotoran aku.... aku pernah mengalami kemalangan di sini.....
Anak panah merah itu menunjukkan tempat aku jatuh.... Aku sedang menunggang Honda CB400 ketika itu. Moto aku mengalami lowside (tayar depan buang) walau moto tak begitu miring sangat ketika mengambil selekoh ini. Aku jatuh terguling-guling hampir ke hujung jalan sana, kebetulan kawan aku yang ikut dengan CBR di belakang masih jauh dari aku. Moto aku dengan lajunya terseret hampir 50 meter. Allah masih sayangkan aku, tidak ada kenderaan pun yang datang dari arah bertentangan, mahupun dari belakang... Moto aku pula masuk tengah-tengah di antara pokok.. Alhamdulillah... kalau hentam pokok, alamatnya kena buat tukun je la moto tu... Sejak hari itu, sampai sekarang aku agak gerun ketika mengambil selekoh.....confident aku agak kurang kerana teringatkan tragedi itu & aku sangat takut nak layan di jalan biasa... tak berbaloi langsung!
Aku cuma pakai seluar jeans, helmet penuh, jaket Fieldsheer (tanpa padding), beg galas & sarung tangan kain reinforce kevlar ketika tu. Kesan dari kemalangan ni, helmet aku tercalar visornya (mujur pakai helmet full face), jaket terkoyak di bahagian tangan & tepi badan (pinggang aku luka), sarung tangan kain koyak rabak nak ke arah hancur dah.. walau ada kevlar, ianya tak membantu... jari-jemari aku semuanya luka teruk & tapak tangan kena jahit serupa macam tak pakai sarung tangan ja..... seluar aku koyak, lutut & betis kering luka teruk. Mujur aku galas beg, bahagian belakang aku terselamat. Aku tak pasti kat mana aku letak-gambar-gambar kesan kemalangan tu... dah lama kejadian tu... tahun 2003 kalau tak silap aku. Alhamdulillah tak teruk sangat kecederaan aku. Walau tak mengalami patah tulang, apa yang di alami terasa cukup perit & tak sanggup lagi dah nak hadapi lagi... cukuplah setakat itu saja... Berhati-hatilah & beringatlah ketika menunggang....
Alhamdulillah kami sampai di kampung dalam pukul 5.30 petang. Cuaca amat baik sekali. Namun pengembaraan aku belum tamat.... Masih berbaki lebih kurang 120km untuk sampai ke rumah aku. Abah terkejut bila aku beritahu aku nak balik rumah malam nanti.... Alang-alang penat, biar penat terus. Esok aku masih ada sehari untuk berehat sebelum mula kerja.
Kami bertolak lepas Isyak... perut lapaq tak sangka dah. Singgah di R&R Gurun... makan KFC kami malam tu... Tapau ja.. perjalanan diteruskan kembali....
Syukur alhamdulillah kami selamat tiba di rumah pada pukul 11.30 malam... suatu perasaan yang sangat mengujakan bila pengembaraan ini berakhir... Sedih pun ada kerana ianya telah berakhir.... Namun pengakhiran yang sangat puas hati.....
Jarak perjalanan keseluruhan: 2231km
Masa: 9 hari
Petrol: RM154 (lebih kurang)
Dengan apa yang telah kami lalui, RM154 sangat-sangatlah menjimatkan & berbaloi!
Pengembaraan aku kali ini suatu yang sangat istimewa & sangat berbeza dari apa yang pernah aku buat bersama isteri sebelum ini. Kalau tahun 2009, kami mengembara dengan nama Long Way Round Semenanjung dengan VW Beetle.. kali ni kami menaiki motosikal dengan nama pengembaraan Long Way Down Semenanjung... cetusan nama dari pengembaraan Charlie Boorman & Ewan McGregor mengelilingi dunia suatu ketika dulu.
Tercapai juga hasrat aku & isteri untuk mengembara dengan motosikal. Bertahun-tahun kami berazam nak merialisaikannya sejak zaman percintaan di Uni lagi... kuikuikui... tahun 2011 ianya terlaksana juga. Alhamdulillah Allah Yang Maha Esa memberi rezeki & peluang serta melindungi kami sepanjang perjalanan. Suatu perasaan yang aku tak mampu nak gambarkan di sini bila mengenangkan kembali apa yang telah kami lalui sepanjang 9 hari pengembaraan kami.... semoga ia kekal abadi di sanubari....
InsyaAllah, jika ada kesempatan, rezeki lebih... kami akan lakukannya lagi..... Sampai sudah pengakhiran cerita... aku nak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............................
-TAM-MAT -
6 KOMEN ANDA:
Best tul bro..
MMg best bro... Ko buat la pusing Sarawak plak. Hehe..
Tak tau kenapa aku takleh nak komen kat blog kwn2... adoi la... Teringat tul aku kat JP ko tu... haha
Aku pun payah gak nak comment kat blog lain.. kecuali detik12, pasal tak payah sign in.. hehe!!
salam..ingin bertanya..mcm mne nk dpatkan jam suunto X-lander military..boleh bg x list pengedar yang sah di malaysia..harap dpt membantu..terima kasih
ya betul tu dunia jam,aku dh terkena,sapa dia tu tk perlulah diberitahu,sampai sekarang aku tk pakai tension,frust,kecewa sgt2
yer betul tu dunia jam,aku pernah terkena,sapa dia tu tk perlulah di beritahu disini,aku frust,kecewa&terkilan sgt2
Post a Comment