EPISOD 5
Hari ni dengan semangat yang berkobar-kobar, aku akan teruskan pengembaraan ke Pahang. Adik aku tak berapa sihat. Isteri teman adik aku ke klinik. Sebelum meneruskan perjalanan, aku periksa moto & nak panaskan enjin.... Namun ada sesuatu yang mengecewakan berlaku.....
... ada kucing 'pancut' atas kusyen moto! Hampeh sungguh! Bermula dari belakang sampailah ke depan kusyen ada peninggalan sejarahnya... Adoi la.. Ada pula cop mohor dia atas penutup cup holder.. Hmmmm.... dugaan... Pancut rata tempat pula... pancut la kat tayar.... Haha
Jenuh juga cuci dengan air & sabun. Makan masa juga nak hilangkan kesan najis tu. Aku dah bungkus moto tu. Pandai dia masuk dari bawah & tidur dengan selesa atas kusyen dek kedinginan malam. Dengan segala hormatnya hang tinggal tandatangan ye... ish ish ish.... Agaknya bangun pagi tu tak tahan sangat dah nak keluar sampai tak sempat turun moto... ish ish ish.... Lama juga la aku cuci tu sampai kepenatan ulang-alik bawa baldi air. Nampaknya tengah hari la baru boleh bertolak ni.
Tengah hari tu kami makan nasi ayam di kedai berdekatan dengan rumah adik. Beliau dapat MC 1 hari. Kami makan bersama di kedai tu. Adik aku racun suruh tidur 1 malam lagi di rumahnya.. Dalam kepala aku pula asyik teringat si Tag Heuer Monaco tu sampai terpacul dari mulut nak ajak pi kedai jam semalam tu.. Gundah gulana aku waktu tu sebenarnya. Bukan senang nak datang lagi. Namun bila difikirkan betul-betul, itu hanya nafsu... aku perlu teruskan perjalanan sebab itu agenda utama sekarang. Ada rezeki lagi, aku akan dapat juga Monaco tu... JOM!!!!!
Singgah rehat di Tol Jalan Duta. |
Perjalanan diteruskan... namun aku tersalah jalan pula. U-turn beberapa kali nak cari jalan ke KL. Cuaca sudah mendung... tunggu masa nak hujan saja. Akhirnya dapat juga cari jalan keluar setelah beberapa kali pusing. Aku tak pernah lalu jalan tu... tibai saja. Namun agak jauh jalan yang aku ikut tu sampai masuk ke tol Jalan Duta semula... Tak apalah janji sampai KL.
Sekarang ni aku kena cari jalan ke Pahang. Kuantan nama yang dicari. Aku pernah naik Highway Karak beberapa kali saja. Paling jauh pun sampai Janda Baik je. Kira perjalanan ni memang menariklah pasal pergi ke tempat yang belum pernah aku jejak lagi.
Ada 2 destinasi yang menarik perhatian... Genting Highland & Bukit Tinggi. Kami memilih untuk ke Bukit Tinggi atas beberapa sebab & ia merupakan destinasi terbaik untuk kami kunjungi berbanding Genting Highland.
Kami berhenti sekejap untuk periksa peta & GPS. GPS yang kami guna hanyalah GPS henfon. Isteri pegang GPS & tunjukkan jalan. Cuaca sangat mendung. Gelap je hari tu. Hujan boleh turun bila-bila masa. Aku kena cepatkan perjalanan..... jumpa juga nama yang dicari... KUANTAN...
Trafik sungguh lancar.... Kami dapat menghayati perjalanan ini dengan cukup baik. Jalannya yang cantik & lebar membuatkan ramai superbikers suka layan koner setiap hujung minggu. Dengan cabaran koner yang berliku-liku serta jauh membuatkannya setiap selekoh lazat untuk diratah... Namun pada aku yang dah tak berapa berani ni, agak berisiko jalannya memandangkan hanya tembok, gaung & parit saja menanti di samping kereta yang berderet-deret menanti di hadapan.
Suatu ketika dulu, aku bersama group moto aku Pitstop Riderz sering berkonvoi. Rajin juga layan koner & beberapa kali 'trek' Ulu Yam & Genting dilayan kami. Pernah juga aku ikut geng superbike yang layan koner saban minggu di 'trek' yang sama... namun aku tak berani 'gila-gila' lagi sepertimana bersama group moto aku dulu sejak kemalangan suatu ketika dulu & 'trek' itu juga telah meragut nyawa ramai kenalan aku. Aku rasa tak berbaloi langsung layan koner di jalan biasa....
Gambar 1: Selekohnya panjang & nampak dari jauh. Memang boleh laju bagi mereka yang berani.
Gambar 2: Jauh lagi Kuantan ye... tapi kami bukan nak ke situ hari ni.
Gambar 3 & 4: Mujur jalan dibuat 3 lane memandangkan banyak juga lori bermuatan berat melaluinya & boleh dikatakan Highway Karak dalah highway berkedudukan tinggi kerana melalui bukit bukau & disebabkan itu jalannya bangkang bengkok.... ada beberapa selekoh yang pada aku cukup berisiko tinggi kalau laju
Gambar 1: Kalau nak pi Genting, dah tak jauh dah.... Janda Baik... Aku pernah sampai suatu ketika dulu.
Gambar 2: Gambang turut berada dalam senarai tempat nak singgah. Tapi hanya sampingan jika ada masa. Salah sorang kawan serumah aku masa zaman belajar tinggal di situ, teringin juga nak jumpa beliau. Beliau juga seorang rider yang extreme.
Gambar 3 & 4: Tertanya juga isteri kot-kot teringin nak pi Genting.... nampaknya pendirian masih kuat untuk ke Bukit Tinggi. Teringin nak tengok sendiri tempat ala-ala Inggeris tu.
Inilah terowong yang menyaksikan sahabat aku 'terbang' selepas keluar darinya dek kerana ada kereta yang tiba-tiba ubah laluan untuk berhenti di sebalah kanan (laluan balik)... Takda otak punya driver! Mujur dia tak cedera teruk sebab pakai racing suit...
Besi tutup jalan yang bakal mengundang bahaya... risau betul aku tengok....
Jauh juga rupanya nak sampai Bukit Tinggi. Sayup benar selekoh tu..... ada juga penempatan di sini... Simpang Bukit Tinggi dah tak jauh... aku dah tak sabar nak sampai ni... Bimbang juga hujan sebab mendung dari tadi.
Alhamdulillah... sampai juga...
Laluan biasa bagi ramai superbikers... laluan yang tak biasa bagi aku. Aku bawa perlahan ja kalau melalui jalan yang tak pernah aku lalu. Kita tak tau apa yang bakal menanti kita di hadapan.... Hanya doa & harapan supaya kami selamat sampai.
Tak beberapa jauh dari susur masuk, ada satu pondok jaga. Ada 2 laluan yang boleh lalui, kiri & kanan.. aku pilih kanan sebab pak guard beritahu jalan tu. Ngeri juga sebab jalan sunyi sangat & kecil pula... Ada kawan aku yang pernah ikut jalan ni sampai tak yakin itu jalannya...
Jalannya taklah lebar & banyak betul blind conner.. tertanya juga macam-mana depa boleh layan koner jalan yang sempit ni... balik esok barulah aku tau.... (sambungan di episod seterusnya)...
Hah! Itu kot tempatnya! Masih banyak selekoh bahaya yang perlu aku lalui.
Jauh juga sebenarnya... kami bertemu dengan satu simpang. Terasa nak ikut jalan tu dulu, tapi cuaca tak mengizinkan.. lebih baik check-in hotel cepat. Tak jauh dari simpang tu, kami bertemu pula dengan satu lagi pondok jaga yang juga merupakan kaunter bayaran masuk....
Tiket:
Dewasa: RM12
Kanak-kanak: RM8
Alhamdulillah... berjaya juga Berjaya Hills... Kaya sungguh Berjaya ni. Kompleks Time Square pun depa punya gak. Bukit ni pun depa punya.. Fuh!
Ada bangunan macam istana... rupanya hotel. Tapi masih dalam pembinaan. Perkarangan hotel & lobby ada roundabout yang mempunyai pancutan air. Cantik suasana di sini... Rasa bukan di Malaysia.
Colmar Tropicale Hotel |
Bangunan ala Inggeris ini merupakan satu-satunya hotel yang ada di sini. Kedatangan kami di hari isnin menyaksikan ramai juga pengunjung. Parking bawah banyak juga kenderaan. Agaknya kalau hujung minggu mestilah penuh dengan manusia. Cantik betul design bangunan ini. Mereka bijak bermain warna untuk membangkitkan suasana ceria di sini.
Kami memilih bilik yang paling murah... itu pun RM200+. Dengan menggunakan pas pekerja kerajaan, dapatlah diskaun sikit. Hanya tinggal RM184. Agak mahal bagi percutian budget kami, tapi tiada pilihan lain. Namun aku rasa berbaloi selepas melihat keadaan biliknya. Jika kita menyewa di sini, tiket bayaran masuk ke sini akan dipulangkan kembali semasa membuat pembayaran hotel.
Suasananya nyaman, mempunyai satu tingkap mengadap bukit bukau yang cantik pemandangannya. Susun atur yang cukup kemas & mempunyai nilai-nilai Inggeris.
Ia juga mempunyai bilik air yang cantik & cukup luas. Inilah bilik air hotel paling luas pernah aku masuk jika dibandingkan dengan hotel lain yang setaraf harganya.
Kami berehat sebentar hilangkan peluh. Lepas mandi & solat, kami nak jalan-jalan sekitar kawasan ini & kalau tak hujan, kami nak ke Japanese Tea House (satu destinasi menarik yang disediakan di sini). Kalau hujan, kami tangguh untuk pergi esok. Tapi buang masa la pula... takpa, kita tengok keadaan cuaca nanti...
Badan pun dah segar & wangi.. barulah seronok jalan-jalan. Cantik sungguh pemandangan di sini. Aku rasa macam berada di luar negara. Dengan laluan dibuat di tengah-tengah bangunan serta di bawahnya ada kedai-kedai makan & cenderamata, seperti sedang berjalan di kaki lima membuatkan perasaan seperti bukan berada di Malaysia... Hehe...
Ada satu menara di situ, jom kita pi tengok...
Mujur ada lif, kalau tak penat juga naik tangga setinggi 3 tingkat itu. Dari jauh, nampak banyak perumahan dibuat di lereng-lereng bukit. Rumah sapalah tu ye? Kaya sungguh depa. Kalaulah aku kaya.......
Dengan cuaca yang mendung & gerimis mengundang di kala itu, membuatkan terasa dingin. Betul la aku takda kat Malaysia ni.... Pukul berapa ye?
Baru 3.33 petang.... Eh! Tak sangka pula Mr Moon ikut aku sampai sini! Surprise!!! Wah!
Dari cerita episod lepas, aku ada mengatakan bahawa Mr. Kevin mengeluarkan Moonwatch ini khas untuk aku & tidak meletakkannya dalam display. Sebenarnya, saudara Pencinta Masa telah recommend jam ni pada aku & telah menyuruh Mr Kevin menyimpannya untuk tatapan aku kelak. Alhamdulillah... Perjalanan aku ini bertambah seronok & thrill sekali!... Terima kasih kepada Pencinta Masa... bertambah sayang aku padanya... Haha...
Dek kerana kotak jam ini jugalah, beg pakaian yang besar itu terpaksa diriba isteriku dari rumah Pencinta Masa sampailah ke Shah Alam... Demi Moon aku sanggupkan diri walau tak selesa & tak dapat duduk dengan betul.... kuikuikui
Ada beberapa kedai makan di sini yang menyajikan beberapa masakan yang berbeza seleranya. Aku kelaparan sebenarnya.. sebab tadi aku makan sikit je di Shah Alam. Nasi Ayam tu tak sedap langsung.. dah la tak sarapan pagi.. kira aku makan brunch (breafast + lunch) la tadi... tapi sabar dulu... aku nampak pizza.. Biar lapar sungguh-sungguh... malam nanti makan sungguh-sungguh...
Ada 2 jam aku jumpa... yang tinggi melangit tu tak betul bacaan waktunya.. mungkin bacaan waktu England kot... Haha... Yang tergantung tu aku suka.... boleh la buat camtu kat rumah impianku nanti...
Ada beberapa aktiviti yang boleh kita buat di sini & boleh pergi ke beberapa tempat untuk melawat umpamanya:
- Horseback Riding Adventure
- Mountain Biking
- Paintball adventure Challenge
- Jungle Trekking
- Organic Farm Tour
- Botanical Garden Tour
- Japanese Tea Culture
- Live performance (aku terpaksa kelabukan gambar kerana orangnya seksi bangat!.. hehe)
Ke semua aktiviti itu boleh kita ikuti di sini & ada jadualnya. Ada beberapa aktiviti yang perlu kita buat bayaran jika ingin mengikutinya. Dalam semua tu, kami teringin benar nak ke tempat Jepun tu. Dok tengok orang bergambar sakan di situ, kami pun teringin nak tengok juga. Nak ke tempat Jepun tu, kita perlu menaiki shuttle yang disediakan atapun pergi sendiri.
Hujan cuma gerimis & kadang kala berhenti... jom la kita pi ke Jepun tu... Ada kolam yang menempatkan beberapa ekor angsa besar. Sayangku pergi dekat... aku geli sebenarnya... tu ambil gambar jauh... haha... kena cover juga... hehe...
Bangunan umpama istana lama itu merupakan lobby & dewan hotel ini. Nampak ada 1 shuttle dah sampai. Jom kita naik. Ada tempat menunggu yang disediakan berdekatan dengan kon tu. Namun dukacita dimaklumkan bahawa kena tunggu dekat 1 jam lagi untuk ke sana. Shuttle akan pergi setiap 1 jam. Aku telah terlepas. Shuttle yang tinggal merupakan shuttle terakhir yang akan ke sana pada pukul 4.45 petang... Punggah!
Aku tanyakan pemandu lori tersebut & kata beliau boleh pergi sendiri sebab tak jauh sangat.... terkejut dia bila aku beritahu nak pergi dengan moto. Dengan cuaca yang mendung dari tadi, kami gagahkan juga pergi. Kalau tak pergi sekarang bila lagi... Kalau nak pi esok, dah buang masa. Kami nak ke Kuala Gandah esok pagi. Hujan pun belum turun, jom kita pi sekarang!... walau teragak-agak sebenarnya.... kalau tak pergi, mati kutu juga...
Tempat posing tadi.. ada simpang ke kanan. Itulah satu-satunya jalan ke Jepun. Takkan sesat punyalah! Kata pemandu tu la...
Jalan lebih sempit dari jalan tadi. Lebih sunyi.. Aku bimbang juga ada lori yang buat drift. Ye la kan, jalan depa. Pejam mata pun dah hafal jalan. Perlahan-lahan Evo mendaki laluan yang lebih curam dari jalan bawah tu.
Sampai juga... tapi bukanlah tempatnya lagi. Cuma pondok menunggu shuttle & ruangan parking kereta. Aku ingat kena parking sini... Pak guard beritahu moto boleh naik atas... ikut jalan tu... Aku risau juga pasal jalan tu curam sangat... larat ke Evo aku ni? Dah la berat dengan tools bawah kusyen... Aku rasa lebih 300kg sekali dengan beg pakaian & kami ni. Risau sungguh takut tergolek sama pasal semua mata memerhati kami... Alhamdulillah dapat juga aku imbangkan moto sampai naik jalan tu....
Jalannya cukup curam, namun Evo masih gagah walaupun berat... Tertanya juga aku pasal kalau aku tukar roller pulley kepada yang lebih berat, laratkah lagi Evo aku naik bukit camni? Persoalan yang masih misteri untuk aku....
Pendakian berjaya hingga sampai ke sini.... Ada papan tanda arah ke tempat yang ingin dituju... Sebelah kiri nampak lebih menarik...
Wooo... terasa bangga aku dah sampai sini... astagfirullah.... kena syukur...
Evo parking cantik & berehat depan kedai cenderamata... Gerimis mula mengundang... Jom kita pi rumah Jepun...
Asyiteru... sebut pi la kan... Hait! Laluan pejalan kaki dibuat betul-betul mengikut keadaan di Jepun.
Yatta!!!! Sudah sampai... cantik landscape kawasan ni. Nampak Jepun sungguh.. Terasa nak buat juga di rumah aku... banyak betul nak buat kat rumah ni...
Terasa damai bila berada di sini.. Orang tak ramai buat perjalanan ini lebih menarik kerana tiada gangguan. Ada rumah Jepun yang boleh kita ikuti adat meminum teh Jepun. Kami tak ikut pasal kena bayar RM28 seorang untuk aktiviti itu. Baju kimono kena sewa juga.. RM30 kot.. Dah dekat RM60 sorang... kalau berdua? Lain kalilah Labu ye...
Itulah rumah Jepunnya. Ada pekerja berpakaian kimono di dalamnya yang akan mengarahkan pelawat yang nak ikut aktiviti tu buat apa. Nampak tegas betul dia... takut aku....
Kolam ikan yang cukup menarik & tertarik. Boleh ambil idea laluan sebegini nanti...
Air terjun kecil melalui hadapan rumah Jepun ini dengan deruan air, ditambah pula dengan bunyian serangga yang sekali sekala kedengaran... suatu halua telinga yang mendamaikan jiwa...
Ada rumah spa berdekatan dengan rumah Jepun itu. Designnya juga mempunyai ciri-ciri binaan Jepun. Boleh dikatakan bangunan & landscape di sini mengikut design Jepun.
Aik! Sudah tukar ka? Kena tukar bang... Hujan... Hehe... Kalau bole embun pun tak mau bagi kena.. ekekeke....
Kami jalan, panjat tangga sampai lenguh kaki.... Hujan seperti dah berhenti. Kami pergi pula ke Botanical Garden. Kalau dari tempat parking Evo... pergi ke sebelah kanan. Ia terletak di lereng bukit. Banyak tanaman pelbagai spesies tumbuhan ada di sini. Ianya dijaga rapi & disusun dengan begitu baik.
Ada juga monyet liar kelihatan bergayutan atas pokok-pokok yang berdekatan. Ada satu bangunan kedai makan ada di sini. Kalau nak ikutkan, rasa nak balik pasal terlalu penat. Tapi dah alang-alang penat, biar penat terus. Biar sampai di semua tempat yang ada. Nanti akan rasa ralat & rugi pula tak pergi... asyik teringat ja.. susah pula...
Ini salah satu tumbuhan yang rare & pertama kali aku tengok... pokok orkid terbesar di dunia.. Besar sungguh!
Setiap pokok-pokok mempunyai nama & keterangan mengenainya. Yang sebelah kanan tu cantik betul.... lupa pula namanya..
Ada laluan menuruni bukit & pondok rehat.... Ada laluan yang ditutup, hanya khas untuk pekerja saja. Aku tak larat dah turun bukit tu. Ada lagi kat bawah tu. Penat sangat dah... Tak berapa lama lepas tu hujan turun dengan lebatnya....
... kami tunggu bersama beberapa pelancong lain sehingga hujan reda. Kami naik semula ke pondok cenderamata tu... nampak Evo aku yang setia memanti...
Jelingan manja Evo tatkala aku skodengnya dari celahan bunga...
Inilah tempat paling tinggi dijejaki Evo.... Ia telah mambawa aku sehingga 3500 kaki dari aras laut. Kalaulah aku bawa Casio Altimeter, bolehlah periksa samada tepat atau tidak bacaan Casio tu.
Tak lama lepas ni, hujan turun dengan lebat. Kami tak sempat pakai baju hujan. Kami redah je.. perlahan-lahan menuruni bukit yang curam tu. Nampak ngeri juga pemandangan dari gaung di beberapa laluan....
Sampai di bilik hotel, baru rasa lega.... Akhirnya dapat juga berehat. Penat tapi berbaloi dengan pengalaman yang kami dapat. Plan berjaya juga. Esok pagi kami akan teruskan perjalanan ke Kuala Gandah pula. Tak jadi singgah Gambang.
Perut dah lapaq sesungguhnya.... seperti dah takda tenaga. Tapi semangat masih ada. Dingin sungguh malam tu. Angin agak kuat & hujan masih gerimis. Dari siang tadi kempunan nak makan pizza. Kami terus ke kedai pizza tu. Ada beberapa kedai yang kelihatan masih buka. Nampak kedai cenderamata buka lagi.. satgi nak pi tengok...
Pizza dah diorder.. aku nampak chefnya perempuan bertudung. Yakin skit aku nak makan. Nama pelik-pelik pula pizza yang ada. Yang aku order ni ada nama kulat padanya. Panjang pula.. Sekali tengok banyak la pula.. habis ke kita makan ni? Mujur juga memang tengah lapar gila...
Pelanggan tak ramai. Hanya 4 meja saja yang berpelanggan. Pelancong tak ramai rupanya. Agaknya yang datang ramai tu cuma sekadar balik hari & tak menyewa. Ada juga kursus kerajaan sedang dijalankan... best betul buat kursus kat sini.
Pelanggan tak ramai. Hanya 4 meja saja yang berpelanggan. Pelancong tak ramai rupanya. Agaknya yang datang ramai tu cuma sekadar balik hari & tak menyewa. Ada juga kursus kerajaan sedang dijalankan... best betul buat kursus kat sini.
Sambil jamah pizza tu, datang sekumpulan penyanyi... mereka menyanyikan lagu-lagu kepada pelanggan yang ada. Mereka pandai mengambil hati pelanggan & berinteraksi dengan cukup baik. Mungkin mereka dibayar pihak pengurusan untuk mengadakan persembahan begini kepada semua pengunjung. Sedap juga lagu depa nyanyi tu....
Sampai saja di sini, depa nyanyi lagu ni....
Lepas tu, depa terus mai ke meja kami & berinteraksi dengan kami. Depa nak nyanyi lagu khas untuk kami & minta kami pilih lagu... kami minta lagu cinta.... Sedap nyanyiannya.... dengan memek muka & nyanyi dengan penuh perasaan. Profesional depa ni. Yang buat hati ku tersentuh bila mana isteri aku juga turut nyanyi & pegang tangan aku.. isk..... aku terasa nak nyanyi juga.. tapi takut hilang pula macho kalau menitis air mata.. haha.. jiwang karat juga rupanya aku.... kuikuikui....
Perut pun dah kenyang, hati pun romantik... jom kita jalan-jalan cintaku..... kedai-kedai pula dah tutup. Dengan suasana keromantikan itu, kami jalan-jalan keluar di kedenginan malam itu..... Kami masuk lobby tu (bangunan rupa istana tu) nak tengok apa yang ada. Ada kursus sedang dijalankan di dalamnya.. Cantik lukisan mural yang ada.
Hari dah lewat, mata juga dah kuyu... kami balik ke bilik & zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...... Esok perjalanan baru dengan pengalaman yang baru pula... Destinasi seterusnya esok... Kuala Gandah... Ada apa di sana? Sama-sama kita nantikan....
.... bakal bersambung di episod seterusnya....
14 KOMEN ANDA:
Fuh, panjang lebar mengalahkan buku tour guide artikel hang ni! Kena tukaq nama blog jadi Dunia Jam & Makan Angin!
Apa2 hal pun, aku nak ucapkan tahniahlah sebab akhirnya pembelian grail watch Moon hang telah pun diwar-warkan. Next artikel tentulah review jam pulak.
Cuma sudah2lah tu cakap sayang kat aku ...nanti jeles plak bini hang ... ha ha ha!
wah.. dah ada moonwatch!! Pergh!! Best giler.. patut banyak jam kena tolak.. haha!!
Pencinta Masa...
Ni yg bertambah sayang ni... Muahahaha.. Terima kasih bang kerana bersusah payah survey jam tu.. Huhu.. Jasamu dikenang...
Suka Jam.....
Salah satu sebab musabab juga tu... kuikuikui
Sori bro tak baca habis. Tgk2 gmbr aja laa. wow! moon watch...selamat tinggal seiko sayangku...
panjang sangat kot.. tak larat baca.. hehe
Fuhh...sekali lagi habis membaca..hehehe..congrats atas bulan yang telah jatuh ke riba :)
tq bro.... takleh nak pendekkan artikel.. byk benda nak kongsi. haha
romantik gak ko yerk....agak2 apa yerk kesudahan dinner korang mlm tu???hehehehehe .....
sukar digambarkan dgn kata2.... hahaha... psl dah tido... ekekekeke
Bukit Tinggi cantik dan mendamaikan..sesuai nak relax. Genting pulak bagi aku, agak huru hara dan sibuk..tak sesuai sangat nak relax!..Anyway, the best journey bro..
Tulah, aku masa baca tu pun rasa macam potong stim pulak! Kalau tengok wayang tu macam kena potong LPF - couple tengah baik punya romantik makan candle light dinner, lepas tu balik bilik, tiba-tiba ... eh, dah pagi! Ha ha ha ... kena jadi 18SX plakla blog hang ni.
Aku Budak Nerek...
Betui la.. mmg tepat pilihan rasanya mai Bukit Tinggi ni.. MMg relax sungguh kepala otak kita.. Hehe... Tq!
Pencinta Masa...
Nnt kena ban pula jadi blog tu... haha
Post a Comment