EPISOD 1
Aku nak lari sebentar dari dunia jam kepada dunia permotoran pula. Walaupun begitu, dunia jam tak dapat lari dari hidup aku juga..... Selain minat jam, ramai kawan-kawan sudah tahu bahawa aku juga meminati motosikal... Minat yang beberapa tahun berada dalam keadaan dorman kini mula bercambah kembali....
Pada tahun 2009, aku telah mengadakan pengembaraan seumpama ini dengan menaiki kereta VW Beetle. Kisah perjalanan tersebut boleh di dapati pada link di bawah:
Dengan semangat yang sama, aku & isteri cuba untuk menjadikan pengembaraan begini sebagai acara tahunan. Namun pada tahun 2010 ianya tidak dapat dilakukan atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Peluang nampaknya ada pada tahun ini untuk pengembaraan ini dilakukan. Namun kali ini, kami bersepakat untuk merealisasikan impian sejak zaman percintaan (kuikuikui) yakni sejak 2005 untuk membuat pengembaraan mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan motosikal..... Nampaknya berkat kesabaran bertahun-tahun itu membuahkan hasil untuk diadaakan pada tahun ini... ia juga merupakan suatu hadiah untuk diri kami yang telah berdepan dengan suatu ujian yang cukup berat sebelum ini.... Alhamdulillah tercapai jua...
Nama Long Way Down dipilih.. inspirasi dari pengembaraan Charlie Boorman & Ewan McGregor yang mengelilingi dunia dengan moto suatu ketika dulu dengan pengembaraan pertama mereka Long Way Round (guna pakai nama ini untuk pengembaraan Beetle dahulu) & Long Way Down pengembaraan kedua mereka yang bermula dari atas ke bawah. Memandangkan pengembaraan aku kali ini juga bermula dari atas ke bawah... maka nama Long Way Down dipilih...
----------------------------------------------------------------
Aku cerita sedikit mengenai minat moto aku ni... Hanya sekadar berkongsi... takda apa-apa niat lain. Aku mula meminati moto agak lewat berbanding kawan-kawan lain. Umur aku 19 tahun baru aku mula meminatinya. Aku sangat meminati Modenas Jaguh (jangan gelak! ekekeke) pada waktu itu kerana sangat sukakan moto jenis cruiser. Pada permulaan aku mula nak belajar tentang moto, aku langsung tak dapat bezakan moto 2-lejang dengan 4-lejang.. Haru sungguh! Serupa dengan perbezaan jam auto dengan quartz juga la.. Haha...
Kalau nak cerita dunia moto aku dulu, sangat panjang.. dah tak jadi Dunia Jam plak nanti.. keke.. Dipendekkan cerita.. beberapa moto aku pernah pakai sebelum ni... Suzuki FXR150 (motor pertama), Honda CBR400RR Tri-arm NC23, Honda CBR 400RR Gull-arm NC29 & Honda CB400 Super Four Big Project. Banyak kengangan manis & pahit aku harungi bersama moto-moto itu..... Kenangan manis yang tak dapat dilupakan semasa main trek Sepang bersama kawan-kawan Pitstopriderz (group lama aku yang sangat sporting semuanya) dimana buat pertama kalinya lutut aku tersagat di Turn 9 hingga mengakibatkan seluar aku terkoyak.... & pengalaman pahit.. apa lagi la kan kalau bukan tergolek kat jalan.. huhu....
Belum sempat aku merasa moto CC besar, pada tahun 2005 aku telah menjual moto terakhir aku CB400 atas beberapa sebab & hanya menggunakan moto cub saja... Alhamdulillah rezeki datang kembali, Allah kurniakan aku Yamaha FZ1 kepada aku.... salah satu moto idaman aku.
Inilah Yamaha FZ1. Warna biru gelap menjadi pilihan hati... |
Moto ini juga ada kisahnya tersendiri... Sebelum membuat keputusan beli moto besar, aku telah pun memohon petunjuk Ilahi melalui solat Istikarah. Aku memohon petunjuk samada aku mampu atau tidak untuk merasai kembali superbike.... Takut juga kalau beli nanti, aku tak mampu nak tanggung atau akan mengganggu keperluan aku yang lain. Hanya DIA saja yang tahu nasib hambanya di masa depan... KepadaNYA kita memohon petunjuk.
Alhamdulillah... dapat petunjuk yang membenarkan aku pakai... Maka bermulalah pemburuan moto pula.. Dipendekkan cerita lagi, hanya ada 2 moto yang aku idamkan dengan kemampuan yang ada. Pilihan aku samada Honda VFR800 Vtec ataupun Yamaha FZ1 ini. Kedua-dua moto ini aku idamkan sejak zaman belajar lagi & Honda VFR itu merupakan moto yang paling aku minati.
Kedua-dua moto ini dari 2 kategori yang berbeza. CCnya juga berlainan. Harga keduanya lebih kurang sama. Masing-masing ada kelebihan & kekurangan. Dalam perbincangan & research aku, FZ1 memiliki kelebihan berbanding VFR... lebih banyak pro berbanding kontra. Namun aku masih pening memikirkan yang mana terbaik untuk aku kerana hati nak VFR tapi minda aku nak FZ1. Sekali lagi aku buat solat Istikarah... & ternyata FZ1 adalah jawapannya... Alhamdulillah....
Ia merupakan moto spesifikasi US yang dikatakan tiada power restriction seperti model UK. Ia juga dikenali sebahai nama Fazer. Ada 2 siri iaitu half firing & juga naked. Dalam keluarga Fazer, ia mempunyai beberapa CC pula iaitu 600cc (FZ6), 800cc (FZ8) & 1000cc (FZ1). Model yang baru diperkenalkan di Malaysia sebagai CKD iaitu XJ6 juga pernah di promote kepada aku yang pada ketika itu masih CBU dengan harga RM65k (belum otr)... & keluaran CKD itu dijual dengan harga RM39k (belum otr) adalah harga yang sangat mampu milik.... ia menjadi saingan kepada Kawasaki Versys 650 yang seangkatan harganya...
Beberapa modifikasi & penambahan aksesori aku buat pada hari pertama aku dapatkan moto ini. Perkara pertama yang aku telah buat ialah menukarkan lampu belakang kepada jenis LED & pemasangan beberapa aksesori seperti gambar tersebut. Aksesori ini merupakan penyelamat dikala moto tumbang atau terseret. Ramai otai menasihatkan untuk memasang benda ini bagi mengurangkan kerosakan. Setelah membuat beberapa penyelidikan, frame slider T-rex menjadi pilihan kerana telah terbukti berkesan 'menyelamatkan' FZ1 dalam kemalangan...
Aku juga membeli alat ini... cramp buster. Ia berfungsi untuk mengurangkan keletihan tangan ketika throttle dipulaskan.. ternyata memang membantu...
Selain itu, bagi mengurangkan aktiviti persilatan dengan angin semasa menunggang, double bubble windscreen dari Zero Gravity menjadi pilihan.
Satu perkara terbesar yang menggunakan perbelanjaan yang agak tinggi ialah dengan melaburkan duit pada kusyen yang ditempahkan khas dari France ini (kanan). Ia adalah kusyen buatan Top Sellerie yang membuat kusyen custom bagi menambahkan keselesaan ketika menunggang. Tujuan utama aku tempah kusyen ini adalah untuk memberi keselesaan kepada isteri aku ketika membonceng... Walaupun mahal, aku rasa berbaloi untuk keselesaan yang aku & isteri terima.
Walaupun posisi menunggang moto ini agak tegak, tapi aku ingin menambahkan keselesaan kepada aku.. hendal motocross dibeli dari KL. Aku beli murah saja sebab apa yang bakal aku buat adalah try & error. Ia sesuai dengan moto ini namun kabel brek & klac agak pendek... tak boleh pasang. Kecewa juga aku... tapi takpalah, harga hendel pun tak mahal mana. Modifikasi ini dilakukan untuk pengembaraan yang akan aku lakukan nanti...
Aku juga telah membeli beg sisi & beg tangki bagi menggantikan beng tangki yang telah pun berusia lebih kurang 10 tahun. Semangat untuk aku mengembara dengan FZ1 semakin menebal & rancak diperkatakan antara aku & isteri... Nampaknya ianya akan direalisasikan tak lama lagi....
Semangat yang berkobar-kobar untuk mengembara dengan FZ1 terpecah dua apabila satu lagi moto memasuki ke dalam keluarga aku....
-------------------------------------------
SYM VTS200 memasuki keluarga aku menggantikan Suziki Step 125 yang aku gunakan sebagai pengangkutan utama ke tempat kerja. Ia merupakan suatu tamparan kepada aku kerana ia bukanlah sekadar skuter malah boleh dijadikan moto tourer di atas kelebihan yang ada padanya. Selepas memilikinya barulah aku tahu mengapa begitu ramai yang memiliki jentera ini..... namun.....
... selepas lebih kurang sebulan memiliki VTS, hatiku terpaut dengan 250 EVOi pulak... Kelebihan yang ada padanya itu membuatkan aku jatuh hati kepadanya. Aku cuba review kedua-dua moto ini jika perlu di masa akan datang...
Dengan adanya EVO, aku menjadi berbelah bagi samada untuk memilih FZ1 ataupun EVO dalam pengembaraan nanti. Banyak info yang aku dapat dari kawan-kawan otai yang telah lama menggunakan jentera ini. Banyak info datangnya dari web terkenal Malaysian Bikers Community, group FB SYM Owner Group & juga GTSer... Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu & semangat yang diberi...
Setelah bermesyuarah dengan isteri, ayah (juga kaki moto) & kawan-kawan.... ternyata SYM menjadi pilihan & merupakan calon terbaik untuk pengembaraan ini... Berikut merupakan antara faktor yang dititikberatkan:
- Posisi menunggang yang tegak - memberi keselesaan & kurang penat menunggangnya.
- Kusyen yang besar & empuk - bak kata pemilik SYM.... bak sofa bergerak + ada pula lumbar rest.
- CC tak begitu kecik... 250cc sangat sesuai untuk tunggangan jauh... Kalau 200cc pun orang merentas negara beribu kilometer.. apatah lagi kalau 250cc..
- Penggunaan petrol yang lebih jimat berbanding FZ1.. maka perbelanjaan juga akan jimat.
- Ringan & lebih nimble untuk tunggangan perlahan. Nak mengembara tak perlu bawa laju-laju & mudah dikendalikan.
- Boleh pasang kotak belakang keras yang lebih terjamin keselamatan berbanding beg sisi FZ1.
- Lampu yang terang... malah lebih terang berbanding FZ1 untuk low beam.
- Penumpang lebih selesa.
- Ruang bawah kusyen yang cukup besar.... maka lebih banyak barang boleh di bawa...
- Low profile... orang tak begitu peduli dari bawa superbike.
- Lebih santai.
- Tak begitu bimbang tentang keselamatan moto... bukanlah tak bimbang langsung.. Kalau bawa superbike, kebimbangan itu lebih tinggi kalau nak tinggal parking di mana-mana sebab nak berjalan banyak tempat yang tak diketahui kondisi jalannya & banyak tempat nak menyinggah...
- Moto baru lepas habis pantang & baru servis... Risiko nak rosak agak tipis...
- Memandangkan banyak tempat yang bakal dikunjungi & kelebihan kotak yang ada padanya, keselamatan barang yang dibawa lebih terjamin + nak parking merata pun tak bimbang sangat.
Atas sebab-sebab itu, maka EVO adalah pilihan yang tepat.
-----------------------------------------------------
Lebih kurang sebulan sebelum pengembaraan... beberapa modifikasi aku lakukan untuk menambahkan keselamatan & keselesaan. Umpamanya custom made kusyen kereta untuk penyandar penumpang.... Penyandar untuk penunggang tak sempat dilakukan, namun idea untuk membuatnya telah dapat seperti dalam gambar. Kalau tengok kawan-kawan lain yang pernah buat, lagi extreme modifikasi kusyen yang mereka lakukan... terbeliak mata aku melihatnya.. Haha...
Kotak yang dipasang adalah jenis Coocase. Ia mempunyai 4 lampu LED integrated padanya serta mempunyai kapasiti 48 liter. Cukup besar bagi memuatkan beg pakaian. Kotak ini dipinjamkan dari Virago 1100 milik ayah aku... Selain itu aku turut memasang strobe light oren yang berkelip-kelip ketika dipasang. Aku akan hidupkan lampu itu ketika hujan saja atau di tempat yang perlu....
Ini adalah sebahagian barang yang akan dibawa kelak.... tolak tool box besar tu.. Tool box yang dibawa kecil saja. Antara yang kelihatan peta Malaysia, pam automatik, tali getah, cover moto, kasut hujan, topeng muka, spanar-T, baju hujan, penyandar belakang, ubat-ubatan & lain-lain lagi.
Sebagai penambah keselamatan, aku bawa 2 jenis mangga (bak kata orang utara pedai ayam) yang akan dipasang pada disc depan & belakang.
Aku juga telah servis moto ni kali kedua. Seperkara yang aku rasa kurang setuju ialah kedudukan lubang untuk memasukkan minyak gear... Ia terletak disisi dimana sangat menyusahkan untuk memasukkan minyaknya memandangkan minyak tidak dapat dimasukkan sehingga betul-betul habis satu tiub & kalau tak kena gaya, akan meleleh keluar pula. Sakit kepala aku fikirkan cayanya. Memandangkan aku cuma servis sendiri, sesuatu perlu aku lakukan untuk memudahkan kerja....
Aku beli 2 benda ni. Ia mempunyai sukatan pada botolnya & corongnya pula meruncing. Pada mulanya, aku masukkan minyak menggunakan corong yang lurus... ia boleh dimasukkan namun terdapat minyak yang tak dapat masuk sehingga habis. Apa yang aku buat ialah memanaskan corongnya & membengkokkannya seperti yang berwarna merah itu....
... hasilnya... memudahkan kerja aku... minyak dapat dimasukkan sehingga habis & tiada lelehan berlaku...
Beberapa hari sebelum pengembaraan, tayar belakang mengalami pancit. Periksa tayar takda pun paku. Periksa di kedai, 2 mekanik pun pening kenapa sampai ada yang sarankan tukar tayar baru. Bila isi angin penuh, takda pula angin keluar di mana-mana bahagian tayar. Tapi bila mula bergerak je, tak sampai seminit pun tanyar pancit. Memandangkan tiada tayar yang baik aku jumpa, aku ambil keputusan untuk balik rumah & cari tayar di Alor Setar ataupun Sungai Petani.
Sebelum buat keputusan beli tayar baru... aku periksa sekali lagi tayarnya... Guna air sabun, memang tak nampak langsung dari mana angin keluar... Entah bagaimana aku terasa nak periksa valve.... tiba-tiba ppuuuusssssssss..... sah VALVE PUNYA ANGKARA!!!
Angin keluar dari bahagian anak panah. kedudukan valve yang tidak berada di kedudukan yang betul telah menyebabkan angin keluar dari situ. Valve tersebut tidak stabil & sangat mudah digoyangkan. Aku ambil keputusan untuk tukar valve baru yang lebih stabil & diyakini... RM10 termasuk upah... selamat duit aku!!!!!
Terkejut juga aku tengok valve jenis sumbat ini. Pemasangan yang tidak baik telah menyusahkan aku... Syukur juga kerana ia terjadi sebelum mula pengembaraan... syukur sangat...
Aku juga pasang cramp buster yang dipinjamkan dari FZ1.
Malam sehari pengembaraan, aku ,memastikan semua lampu berada dalam keadaan berfungsi.
Moto juga dicuci untuk kelihatan lebih hensem... Bila moto bersih, hati pun seronok...
Jarak perjalanan sebelum pengembaraan dicatatkan bagi memudahkan pengiraan dilakukan kelak...
Malam itu semua peralatan & beberapa spare part telah siap dimasukkan dibawah kusyen. Aku tak sabar nak mulakan perjalanan keesokkan harinya. Ini merupakan kali pertama aku & isteri mengembara dengan moto... Berdebar-debar rasanya untuk menunggu saat itu... Apa lah yang bakal kami akan alami nanti ye.......
.......ikuti sambungannya di episod ke2... debaran semakin terasa....
13 KOMEN ANDA:
mantap.alhamdulillah, tercapai cita cita bro sekali lagi
Terima kasih bro.. alhamdulillah.. rezeki Allah bagi & peluang yg diberikanNYA...
Memang best....
aku teringin jugak nak mengembara seperti ni keliling sarawak. Masalahnya aku kat Mukah, kat tengah2 sarawak. Nak gi Miri ke nak Kuching dulu.. haha!! Penin!!
tahniah....best giler weh
Teringat zaman kembara dengan Honda Cup C70 lampu petak dari UiTM Shah Alam sampai Sri Manjung...hahaha...orang lain 3-4 jam dah sampai...kita 7-8 jam! hehehe...tahniah DJ atas usaha kembara tu...memang best
sukajam,
Boleh buat pi Miri & balik ke Mukah dulu... Jadilah ia Long Way Down...
Pastu buat plak dari Mukah ke Brunei plak... Jadilah pula Long Way Up... Haha
mnazri.tan,
Kalau kita dpt jumpa dgn Demi Masa sekali hari tu mesti lg best... huhuhu...
walikard,
Itu suatu kenangan manis tu... Teringat cerita kwn aku.. Kwn dia naik ex5 dari Kulim nak ke UTM Skudai.. Tool yg dia bawa cumalah 1 spanar hidup.. Alhamdulillah.. 2 hari baru dia sampai sana.. Haha..
epik bro...
tq bro!
Hebaaaaatttt!!! Memang sohih berjiwa mat motor ... ha ha!
Patut kena sebut yg sebab utama pakai SYM tu pasai ada tempat nak bubuh jam banyak sikit ...
Haha.. kena ubah statement nampaknya... kekeke
Post a Comment