Sunday, December 25, 2011

Long Way Down Semenanjung - Tasik Bera memanggil....

EPISOD 7

Badan agak letih semalam.... Pagi ni kami bersiap agak lewat bertolak. Semalam aku berbalas SMS dengan Cikgu Zuhaimie JamAbah bertanyakan pasal Tasik Bera & Taman Negara.... beliau cadangkan pi jalan-jalan kedai jam di Temerloh... Cumanya aku takot keracunan lagi... Cukuplah Moonwatch buat aku demam..... Huhu.... Kami berjanji nak berjumpa petang tu... Elok sangatlah, bukan senang aku nak datang Pahang ni.... kalau boleh jumpa kawan-kawan tu kira bertuah sangatlah dapat selam sambil minum air...

Pagi pun dah nak jejak tengah hari pada waktu nak bertolak ni.. Perut aku lapaq dah... Aku masih tak puas hati pasal tak dapat rasa tempoyak ikan patin... Nak pi pekena di kedai terkenal yang sering disebut-sebut tu. Aku dah lalu kedai tu semalam, tapi dah tutup. Dari maklumat Cikgu Zuhaimie, memang sah itu kedainya... 


.... aku pergi semula ke kedai tu... ikut laluan yang semalamnya tutup sebab ada pasar malam. Kalau ikut jalan ni, memang lalu betul-betul depan kedai patin tu... 


Kalau terus ikut anak panah tu, dapatlah ke Hotel Seri Malaysia....  Dah nampak dah kedai tu... dengan lapaqnya aku berhenti & bergegas ke kedai tu nak mentekedarah.... Sebelah kanan, bertentangan dengan kedai tu terdapat sungai.


Aku rasa inilah kedainya... dari jauh dah boleh bau masakan patin ni. Pilih lauk sempoi ja... Tapi nampak berselera... jom makan....


Inilah rezeki aku tengah hari tu...gulai tempoyak ikan patin..... alhamdulillah, dapat juga rasa keenakkan ikan patin anugerah Allah... Sedap gila. Tak tipu punya... satu potong ikan camni berharga RM10. Ikan sekor dipotong 3 bahagian....

Berdasarkan gambar & papan tanda, tidak syak lagi memang inilah kedai yang terkenal tu... Sama seperti dari maklumat Cikgu Zuhaimie.


Gulai tempoyak ikan patin di masak dalam periuk besar....  tengok pun nampak sedap.. kalau sepotong RM10.... rasanya satu periuk ni lebih RM1000 harganya.... memang untung berniaga makanan kalau sedap & servis pun bagus.


Perut pun dah kenyang, jom kita mulakan perjalanan.... Minta maaf kepada pemilik kereta yang nak parking, EVO aku tumpang sat dok tang ni.... 


Jarak perjalanan ke Tasik Bera dari Temerloh lebih kurang 60km berdasarkan GPS. Perjalanan menyusuri Sungai Pahang penuh liku-liku. Ada kawasan yang sedang dinaik taraf jalannya.... alur-alur kesan korek jalan  menyebabkan tunggangan EVO tak stabil & merbahaya... Aku nyaris-nyaris tergolek dek tayar terikut aluran tu... Mujur aku naik EVO kaki dapat jejak tanah dengan baik... kalau naik FZ1 aku rasa dah dummmm dah.... Beberapa kali seriap juga darah aku sebab hampir hilang kawalan walau aku bawa  perlahan.... hati-hatilah menunggang di jalan yang sedang dinaik taraf begini....


Walaupun menurut Cikgu Zuhaimie tiada apa yang menarik di Tasik Bera, kami terasa nak pergi walau ada risiko sebab jalan terlalu sunyi, sebab bukan senang nak datang Pahang, rasa tak jauh dah nak sampai (60km dah terasa dekat), takut tak dapat tidur malam asyik teringat & menyesal tak pergi serta ubah plan tak jadi ke Taman Negara. Kami bertekad untuk pergi juga menimba pengalaman di sana... kalau di tanya tentang Tasik Bera, tahulah camno rupanya nak cerita kat orang.... Sebenarnya kami lebih nak menikmati perjalanan itu, memandangkan isteri aku juga meminati motosikal, perjalanan bermotosikal itu suatu yang sangat menggembirakan.... 

Aku berjanji untuk berjumpa Cikgu Zuhaimie di masjid pekan Bera Zohor nanti. Aku rasa timing aku ok sangat dah & jadual perjalanan pun di rasakan betul... lagi pun tiada perancangan lain selain ke Tasik Bera ni....


Jarak ke Tasik Bera dari pekan Bera lebih kurang 40km. Masuk saja jalan tu, memang benar kata Cikgu Zuhaimie, jalannya kecik & sunyi. Kurang kenderaan lalu di sini.... Ada beberapa kawasan yang jalannya tida berapa elok. Bahaya bawa laju di jalan ini.... 


Jalan yang menghubungkan Tasik Bera dengan tempat lain semakin lama semakin kecil & terpencil.... macam dah jalan kampung dah.... Alhamdulillah sampai juga.... 

Di persimpangan itu, ada satu pondok jaga. Kita perlu mendaftarkan diri sebelum memasuki jalan kecil ke Tasik Bera yang 4km dari situ. Pondok jaga itu berada dalam Pusat Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera. Jaga tersebut juga mengawal pintu masuk ke Tasek Bera.... 


Bersama aku ialah En. Hasyimi, beliau yang mengawal pintu masuk tersebut. Peramah orangnya. Lama juga aku bersembang dengan beliau. Banyak info aku dapat dari beliau. Banyak cerita pengalaman beliau juga keluar.... mungkin beliau tiada kawan untuk bersembang....


Laluan masuk ke Tasek Bera kecil & hanya muat satu kereta saja. Perjalanan lebih kurang 4km dari pondok jaga. Merurut En. Hasyimi, kami orang kedua ke situ. Pagi tadi sekumpulan pelajar masuk untuk bersarapan di sini. Di sini ditempatkan Persona Lake Resort Bera.


Alhamdulillah... akhirnya sampai juga.....


Tempatnya damai & agak sunyi. Yang ada cumalah pekerjanya saja. En. Hayimi tidak recommend untuk tidur di sini kerana terlalu sunyi. Kalau nak datang pun, hujung minggu. Ramai sikit orang.... aku pun bimbang juga tengok keadaan di sini.... 


Ada laluan kecil ke bawah untuk ke tepi tasik. Tak larat aku nak jalan... naik EVO je la....


Memang benar, tiada apa yang menarik di sini pada aku... Ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti memancing & menaiki bot mengelilingi tasik. Aku takda perancangan untuk naik bot di sini, datang hanya untuk melihat kawasan ini saja... nanti dok teringat ja..... la ni dah sampai pun... tau la camno rupanya....


Alhamdulillah EVO membawa kami dengan selamat hingga ke sini tanpa ada sebarang masalah... harap ia kekal begitu sepanjang perkhidmatannya....


Ada laluan yang ditenggelami air.... takda rezeki aku nak pi sampai hujung....


Tak banyak chalet aku perasan ada di sini. Mungkin pengunjung pun tak begitu ramai kot...


Tadi nampak jeti, terasa nak pergi ke situ lak...


Ruang parking luas. Dua kereta tu pemilik pekerja di sini...


Walau pelancong kurang, tempat ini dijaga dengan cukup baik & kemas. Bangunan sebelah kiri tu menempatkan kafe dengan konsep terbuka yang mengadap ke tasik.


Laluan yang ditenggelami air...


Suasana yang cukup mendamaikan...


Dari jauh nampak bot melalui tasik tesebut... mungkin bor kaki pancing...


Bot-bot yang berada di jeti lesu & seperti lama tidak digunakan...


Aku suka pemandangan ini... nampak cantik betul..


Tidak ada apa aktiviti yang menarik untuk kami di sini.... Tadi dapat SMS dari Cikgu Zuhaimie, nak balas balik tak boleh sebab tiada liputan telefon di sini.. Haru betui....


Memandangkan takda apa, kami pun nak bertolak semula ke pekan Bera untuk berjumpa Cikgu Zuhaimie.


Pandangan lain di sebelah kiri....mungkin laluan yang tenggelam tu boleh sampai ke sebelah sana.


Sebelum bergerak, sempat juga bergambar sebentar di pintu gerbang tasik ini. Kat sini, baru ada liputan telefon. Dapat juga balas SMS. Rupanya Cikgu Zuhaimie dah berada di masjid tersebut.. aku kena bergerak cepat. Aku bawa moto agak laju juga. Tak mau beliau tunggu lama sangat.

Alhamdulillah selamat sampai di masjid berjumpa beliau. Lepas solat, beliau mengajak kami ke rumahnya. Segan juga kerana beliau baru balik sekolah. Letih-letih badan, nak layan kami pula... Walau apa pun terima kasih kepada beliau & isteri kerana layanan baik yang diberikan kepada kami... 


Banyak hal kami bincangkan dalam pertemuan singkat ini. Banyak cerita  pasal jam keluar.... Camnilah kalau jumpa kaki jam... hehe... tak sangka gurauan aku pasal hadiah jika berjumpa beliau menjadi kenyataan....


... beliau menghadiahkan aku dengan jam baru berjenama Potenzia... Waduh... Aku melawak je... tak sangka jadi kenyataan... haha.. Terima kasih bro! Akan aku jaga jam ni sampai ke anak cucu... kenangan terindah dapat hadiah camni.....

Kami meneruskan perjalanan kembali & melalui kembali lebuh raya.... Disebabkan tiada agenda lain, kami bercadang nak tidur di Cherating. Namun jaraknya masih jauh. Tak pasti sempat ke tak sampai sebelum maghrib... tibai sajalah.....


Kami singgah berehat di R&R Temerloh. Jam dah menunjukkan hampir pukul 6... ish jauh lagi Cherating ni... Takpa... impian nak tidur di Cherating mesti dikabulkan juga... Dah lama pasang impian nak tidur di Cherating, percutian kali ni mesti dilaksanakan....


Keluar dari lebuh raya, kami melalui jalan biasa ke Cherating... beberapa kali kami silap jalan. Buang masa betul. Guna GPS pun haru, asyik tunjuk jalan yang salah... geram juga... 

Jalan agak sibuk. Lori juga banyak...  Aku bawa moto agak laju juga bila jalan clear..... ada pulak mamat RXZ terasa tercabar dengan aku.. Hadoi la... dia ingat aku nak race dengan dia kot. Dia bawa moto yang tadinya baik, bila aku sampai dekat dia terus lain jadinya.... Bawa moto laju sesuka hati sambil tengok aku. Aku cucuk angin dia ja walau boleh potong dia... Saja nak tengok reaksi dia. Nampaknya dia tak mahu kalah... aku biarkan saja dia dengan dunia dia... aku teruskan perjalanan ke Cherating & malam pun telah menjelma... mujur lampu EVO terang... 

Beberapa chalet & hotel kami jumpa sepanjang perjalanan... Impian nak ke perkampungan Cherating... Alhamdulillah sampai juga... Banyak chalet & resort di sini. Ada yang nampak terjaga & tak terjaga... Mahal juga sewanya.... Kami nak cari chalet yang boleh park EVO di depannya... Jumpa yang pada aku nampak ok diluarnya... dah kelam... pasang lampu, nampak cam ok la... Aku pun sewa sajalah.. RM100 ja. Bilik ada aircond, 1 katil queen & 1 single bed. Dari penceritaan tuannya rasa cam ok. Aku pun terima ja lah pasal dah terlalu penat... jauh perjalanan tadi.... perut pun lapar.... namun.....


KECEWA!!!! Frust aku tengok keadaan chalet ni. Bukanlah seperti yang diharapkan.. Dengan kondisi begini patut layak RM50-60 ja... teruk! Taik cicak rata tempat. Tandas yang geli... tapi aku dah tak larat dah... terima saja.. Ikutkan hati kalau jumpa tuan dia, aku nak maki ja pasal rasa terlalu penat untuk dapat penginapan camni.... nak minta tukar chalet aku dah rasa malas dah... tak larat sangat dah..... 


Ni lah rupa keadaan dari luar..... kalau nak sewa, sewalah bilik yang mahal sikit.. yang RM100 ni tak payahlah... buat sakit hati saja.... Kami keluar makan malam, jalan tepi pantai & balik bilik & terus tidur dengan hati yang agak kecewa.....


....akan bersambung.....


4 KOMEN ANDA:

Pencinta Masa said...

Asmar, hang sure ka chalet buruk hang duduk tu dinding dia takdak lubang? Aku takut ada orang skodeng ja ... ha ha ha!!! (Jangan depa upload ka YouTube sudah)

zuhaimie said...

tq bro smpat singgah rumah aku....haha nnti klu dtg pahang meh la tido umah aku pulak...

duniajam said...

Pencinta Masa....

Loh! Lupa nak check... hah sudah! Haha

duniajam said...

jumie

InsyaAllah, ada masa aku pi lg... Bole sembang lama2 nnt. Hehe