Friday, October 21, 2011

Long Way Down Semenanjung - Selam sambil minum air...

EPISOD 4

Ini hari terakhir aku berada di Melaka. Semalam puas betul berjalan. Evo dibungkus dengan baik untuk mengelakkan perkara yang tidak enak berlaku. Hotel ini memenuhi kehendak & sangat memudahkan aku. Nak pergi simposium pun mudah.. jalan kaki ja & boleh parking Evo betul-betul dengan hotel. Aku pun tak bimbang......


Dengan semangat kental, aku ke simposium.... bukanlah semangat nak ke simposium sangat, tapi nak balik KL dengan beberapa tujuan:
1. Temujanji dengan saudara Pencinta Masa di rumahnya (boleh layari blog beliau DI SINI). Kami telah berjanji untuk berjumpa sejak sebelum pengembaraan ini bermula lagi. Memandangkan perjalanan aku  memang akan melalui laluan ke rumahnya... apa salahnya aku pergi beraya, ye tak? Hehe..
2 Untuk bertemu dengan kawan-kawan moto aku dulu Pitstop Riderz.
3. Bermalam di rumah adik aku di Shah Alam.


Walau jasad dalam dewan itu, namun hati aku sudah berada di KL.... sambil mencari jalan & kaedah serta alasan yang patut aku berikan kepada AJK yang terlibat. Untuk plan 1 berjaya, aku perlu balik tengah hari itu juga. Jadi perlu minta sijil seawal mungkin. Banyak informasi & ilmu aku dapat pelajari & dapat update ilmu untuk aku gunakan dalam kerja aku kelak. Namun ajakkan untuk balik lebih kuat berbanding untuk mendengar ilmu tu... Nak buat camno.....

Waktu rehat pun tiba & aku terus berjumpa AJK untuk meminta sijil memandangkan aku ada 'hal' yang perlu aku balik awal. Alhamdulillah, mereka terpaksa bersetuju & serah sijil yang kebetulan tengah mereka buat pengelasan nama. Kalau nak ikutkan, tengah hari nanti baru nak bagi sijil. Lega... lepas pusing-pusing tengok barang dari supplier... dengan lajunya aku berjalan balik ke hotel & bersiap untuk balik.

Evo dikejutkan lagi untuk bawa kami cari makan dulu. Cadang nak pi makan di kedai belakang hotel tu. Nampak gayanya takda rezeki, tutup la pula. Mujur nampak satu kedai di depan dalam 100m dari situ. Sedang asyik mentekedarah, datang sekumpulan superbike dimana terdapat Suzuki Burgman 650 bersama mereka. Itulah kali pertama aki melihat moto itu. Tak sangka besar sungguh saiznya.... Lebih kurang Honda Goldwing dah.... terbekenan la juga sebenarnya.... kuikuikui....

Perut pun dah kenyang, hati pun girang... perjalanan diteruskan & kami singgah di R&R Ayer Keroh untuk berehat & solat. Petua untuk ke rumah Pencinta Masa ialah melalui susur keluar ke Nilai. Aku anggarkan mungkin akan sampai di sana lebih kurang pukul 3.30 petang.


Dari jauh nampak Evo aku seperti sepasang mata yang garang. Umpama superbike moden kini... Tidak hairanlah mengapa ramai yang menyalah-anggap ia sebagai superbike.. Ramai juga mudah tercabar & tak kurang pula yang nak mencabar... Adoi la...


Aku sangat berpuas hati dengan moto ini. Ia bukanlah sekadar skuter, tapi lebih kepada tourer.... Aku tidak terasa penat sepertimana menaiki FZ1. Boleh lagi la nak main aci ligan bila sampai kat mana-mana..... punyalah nak tunjuk betapa tak penatnya... tapi tang pungkoq tu takleh buat apa la.. lenguh juga... Haha...

Seperti yang dianggarkan, lebih kurang pukul 3.30 petang aku sudah sampai ke Nilai. Berpandukan panduan yang diberikan saudara Pencinta Masa.. itu pun setelah berkali-kali aku berhenti & menelefon beliau, barulah sampai ke rumahnya. Alhamdulillah.... Itulah kali kedua kami bertemu. Selama ini hanya bermesra melalui telefon & SMS saja.. ini boleh jumpa terus...

Terima kasih atas hidangan makan yang diberikan kepada kami yang berpeluh-peluh ini. Banyak topik yang dibincangkan & beliau nak bawa kami ke kedai jam yang dijanjikan di KL. Aku turut menghubungi saudara Nazri Time As It Is untuk megajak beliau turut serta. Namun beliau agak sibuk waktu itu. Kalau tidak, mesti pengembaraan aku ke kedai jam ini lebih menarik.



-------------------------------------------------



Beliau tak jemu melayan aku & membawa pula ke kedai jam yang dijanjikan itu. Terima kasih banyak bang.. Ni yang sayang ni.... Haha.... Agak jauh sebenarnya dari rumah beliau ke KL. Kenderaan agak banyak & sibuk, al-maklumlah hujung minggu, namun beliau cekap mencari jalan alternatif & cepat pula sampai ke salah satu pusat tumpuan itu.

Dengan hati yang berdebar-debar... sebenarnya kalau boleh nak lagi cepat sampai... melangkah kaki ikut detikan jam 36000bps... perasaan aku saja la... Tak sangka memang cepat sampai pun ke kedai tu. Lama betul aku tak masuk tempat tu & kedai jam itu adalah cawangan terbaru yang dibuka.

Masuk saja dalam kedai, kami dilayan dengan penuh mesra dengan Mr Kevin. Perlbagai jam dengan pelbagai jenama dengan pelbagai harga dari serendah RM1k-50k ada di kedainya. Aku agak segan nak masuk kedai-kedai begini kerana kebiasaan aku masuk, penjualnya tidak begitu melayan, apatah lagi kalau nak tengok jam berpuluh ribu & tak beli pula. Tambahan la pula kalau orang yang masuk tu pakai Casio macam yang aku pakai ni... Pandang sebelah mata je... Cis! Tapi cukup berbeza dengan Mr Kevin. Beliau tak kisah kalau nak tengok jam yang ada & akan keluarkan atas permintaan.. Terima kasih....


Dalam banyak jam yang ada, salah satu yang menarik perhatian aku dalah Tag Heuer Monaco itu. Jarang benar untuk berjumpa dengan model itu... apa salahnya aku tengok & merasainya....


Ia merupakan Tag Heuer Monaco Gulf Limited Edition. Terhad sebanyak 5000 unit sahaja. Ia merupakan keluaran khas sebagai meraikan usahasama Tag Heuer dengan Gulf Oil. Ia diperkenalkan semasa Baselworld 2009.

Pada pertengahan tahun 1970an menyaksikan model tersebut telah dihentikan pengeluarannya. Namun ia dilancarkan kembali pada tahun 1998 dengan design yang baru &  tahun 2003, ia dikeluarkan kembali dengan movement yang baru. 


Bentuk segi empat ini amatlah menarik perhatian aku kerana memang sukakan bentuk sedemikian. Ia mempunyai diameter 39mm.. sangat sesuai dengan saiz tangan aku. Tali kulit dengan sulaman benang oren di tepinya membangkitkan rupa & serasi dengan warna dialnya.


Ia mempunyai fungsi chronograph yang menggunakan Caliber 12. Ia diasaskan dari movement ETA 2894. Monaco merupakan jam pertama automatik di dunia & jam chronograph pertama di dunia yang menggunakan casing berbentuk segiempat.... banyak juga cerita yang dibawa jam ni ye....


Monaco sinonim dengan warna biru & merupakan model popular setelah ianya dijulang oleh pelakon popular Hollywood, Steve McQueen pada ketika itu yang memakai jam itu dalam filem Le Mans pada tahun 1971. Pepopulariti jam ini meningkat seiring dengan peningkatan populariti pelakon itu juga.


Heuer Monaco edisi terhad sempena perayaan Monaco ke 40 tahun.  Ia merupakan model yang paling dekat dengan keluaran pertama 1969.
Gambar pinjam dari Wikipedia. 
Berbeza dengan dial biru, model Gulf ini mempunyai dial hitam dengan belang biru muda & oren. Penampilannya cukup cantik & elegan serasi dengan tali kulit yang dipasang padanya. Dial dengan 2 register ini mempunyai sub-second pada pukul 3, counter minit di pukul 9 & tarikh pada pukul 6. Corak dial sebegini diilham dari kereta lumba lagenda Porsche Gulf 917K.


Porsche 917K Gulf
Porsche Gulf 917K.
Gambar pinjam dari Engined Beasts.


Kalau ada masa aku ingin menyingkap sejarah Monaco yang menarik perhatian aku untuk memilikinya suatu hari nanti. Namun jam ini telah mengubah impian aku sampai rasa untuk membawanya pulang hari tu juga... Nyaris juga sebenarnya kalau ikutkan nafsu....


Satu lagi model yang menarik perhatian aku ialah Baume & Mercier Capeland Chronograph. Ia merupakan jenama mewah Swiss yang tak begitu dikenali orang kebanyakan. Di Malaysia, Tag Heuer merupakan jenama yang sangat popular berbanding jenama Swiss lain.


Aku sangat meminati jam chronograph & model ini tidak terlepas pandang. Casing bulat dengan smooth bezel diberi sentuhan brush finished, manakala bahagian lain adalah polish finished. Aku sukakan buatan jarumnya yang besar bak pedang itu. Ia menggunakan movement chronograph BM13750 yang berasaskan dari Valjoux 7750.


Terus terang aku cakap, aku jatuh hati pada jam ini... nampaknya bukan aku sorang, isteri juga turut berkenan... Hah! Sudah!...



Mr Kevin turut memperkenalkan aku dengan Tag Heuer Carrera Chronograph ini yang turut meracuni fikiran aku.. Walaupun aku tidak begitu meminati model Carrera, namun aku akui bahawa ia suatu jam yang cantik.

Ia menggunakan movement chronograph Caliber 16 yang juga diasaskan dari Valjoux 7750. Walaupun movement ini digunakan oleh kebanyakan jenama Swiss, ia adalah movement yang sudah terbukti sangat reliable sejak berpuluh tahun kewujudannya. Setiap jenama membeli ebauches atau keseluruhan movement dari ETA & modified mengikut kesesuaian & kehendak mereka. Lalu nama baru akan diberikan kepada movement itu... Wah! Aku rasa kita juga mampu buat sedemikian... 


Saiznya agak besar & tebal dengan tangan aku. Walaupun ianya cantik & sempurna.... tiada chemistry wujud antara aku & dia... Tapi aku sangat recommend kepada yang berminat.


Buat pertama kalinya, aku dapat melihat suatu model unggul dari Rolex iaitu Rolex Oyster Perpetual Date Sea-Dweller Deepsea. Selama ini aku hanya melihat melalui gambar di internet saja & kali ini berpeluang melihatnya secara live. Aku cukup kagum dengan binaan jam ini. Superb!


Ia merupakan keluaran terbaru selepas Sea-Dweller yang hanya mempunyai rating kalis air 1220 meter. Model terbaru ini mula diperkenalkan semasa Baselworld 2008 & ia mempunyai rating kalis air sehingga 3900 meter yang mencatat rekod jam mekanikal yang paling dalam dibawa selam. Namun sebenarnya ujian telah dilakukan menunjukkan ia boleh tahan tekanan sehingga 5000 meter, melebihi rating yang dicatatkan pada dial.

Bentuknya saling tak ubah seperti adiknya Submariner. Ia nampak seperti Submariner yang makan terlebih... gemuk. Kalau ikutkan sejarahnya, Sea-Dweller memang merupakan rentetan keluaran dari Submariner.

Binaannya cukup solid, kukuh, besar & berat. Melihatkan ia saja, kita sudah yakin akan kemampuannya itu. Ia juga mempunyai helium escape valve di sisinya. Untuk jam terbaru, kini Rolex telah printed kod bar di sisinya (bersebelahan dengan helium escape valve). Caseback jauh lebih tebal & memerlukan alat khas untuk membukanya.


Walau jam ini cukup hebat, tetapi ia bukanlah jam untuk aku jika berkemampuan pun. Minat aku lebih kepada adiknya Submariner yang lebih sesuai dengan tangan aku. Dengan harga lebih RM30k, perjalanan aku masih jauh nampaknya.... Syukur juga kerana aku dapat juga merasainya walaupun sekejap.


Satu lagi jenama mewah yang menarik minat aku ialah Armand Nicolet Complete Calendar. Komplikasi yang ada padanya merupakan kalendar yang lengkap... hari, tarikh & bulan. Disamping itu ia juga mempunyai moonphase.

Jam dengan dial hitam ini cukup anggun & elegant. Ia juga mempunyai versi dial putih yang tampak cantik & casual. Dengan harga pre-owned RM12k (kalau tak silap aku), ia merupakan pembelian terbaik & merupakan suatu jam dress yang henat untuk dimiliki.


IWC.... apa lagi yang nak dikatakan pada jam ini.... IWC merupakan singkatan pada International Watch Company. Ia merupakan jenama yang sangat popular selepas Rolex. Mereka mendapat supply dari ETA untuk movement mereka & ianya pula dimodified keseluruhannya mengikut kehendak mereka. Namun begitu, mereka juga telah mula menghasilkan movement sendiri pada tahun 2000 & sekaligus melonjakkan lagi harganya....


IWC ini merupakan model Pilot Mark XVI. IWC terkenal dengan model-model pilot yang hebat. Logo segitiga dengan 2 titik (pukul 12) merupakan simbol bagi pilot & diguna pakai seluruh dunia. Cermin cembung sapphire mempunyai saduran anti-reflektif dapat mengurangkan glare. Bacaan waktu sangat jelas dengan jarumnya yang besar.


Nampak besar, sebenarnya casingnya bersaiz 39mm & merupakan casing anti-magnetik. Ditala dengan movement automatik Cal.30110 & berharga RM8k (pre-onwed) bagi yang berminat.


Jean Richard merupakan satu lagi jenama yang menarik minat aku. Jean Richard (JR) terkenal dengan konsep jam bersegi empat. Memandangkan aku memang sukakan jam bersegi empat & jenama ini pula belum pernah tengok live, peluang yang ada aku garap sepenuhnya.


Ia mempunyai komplikasi power reserve yang bergerak secara linear. Dial carbon fiber ini bukanlah seperti yang dibuat pada jam-jam biasa. Ianya nampak tebal, kemas & nampak jalinan fibernya. 


Jarumnya sangat besar & berwarna putih. Sangat jelas dipandang walau dari jauh. Arabic marker mempunyai lining oren yang memberi kontra & rupa yang garang. Tarikh berada di posisi yang unik di antara pukul 7 & 8. Indicator tarikh dikelilingi oleh steel yang dibuat cukup kemas & nampak standart dengan kualiti yang mengagumkan.


 Caseback dengan cermin membenarkan kita untuk melihat kecantikan movementnya. Seperkara yang menarik mengenai JR ialah mereka menggunakan movement mereka sendiri. Untuk jam ini, ia adalah Cal. JR1000.


JR Paramount dengan saduran PVD ini merupakan model edisi terhad sebanyak 10 unit saja. Bertuah kepada sesiapa yang memilikinya memandangkan ia bernombor 00..... Aku rasa sangat bertuah kerana dapat mencubanya.


Jelas bacaan waktunya. Cermin sapphire dengan saduran anti-reflektif bertindak seperti yang sepatutnya. Dengan casing yang sedikit melengkung, ia menambahkan keselesaan ketika memakainya. Dengan harga RM16k (pre-owned), agak berbaloi memiliki dengan keistimewaan in-house movement serta pakej yang disediakannya.


Salah satu jenama yang aku minati ialah Girard Perregaux (GP). Namun dengan harga baru yang terlalu tinggi...... masih kabur perjalanan aku itu. Namun dengan model pre-owned yang dipaparkan, pandangan aku agak jelas juga... ekekeke....


Aku sangat sukakan jam chronograph, jadi keutamaan aku lebih kepada jam chronograph berbanding jam lain. Yang menarik perhatian aku ialah model di sebelah kanan itu... Namun, dengan harga yang jauh lebih mahal dari Omega idaman aku, keutamaan lebih kepada Omega itu.


Ini adalah model yang sama, cuma versi yang lain.


Ini merupakan model GP Vintage 1960. Ia bukanlah jam vintage namun merupakan jam baru dengan versi vintage. Aku sangat tertarik dengan rupanya itu. Ia mempunyai 2 register di mana setiap satunya merupakan indicator masa 24 jam (pukul 9) & sub-second pada pukul 3.

Ia merupakan jam chronograph yang didatangkan dengan 1 jarum tambahan (jarum anak panah merah). Jarum merah itu merupakan jarum minit. Dimana ia akan bergerak setiap 1 minit selepas jarum bacaan saat chronograph membuat 1 pusingan (60 saat). Satu pusingan jarum merah itu memberikan bacaan 1 jam.

Dengan harga RM13300 selepas diskaun dari RM21k... ia adalah diskaun yang cukup tinggi. Walau dah diskaun, harganya masih meletup & hatiku tercuit untuk mendapatkan dulu grail aku sebelum jam lain jikalau harganya sudah lebih RM10k... entah bila la Labu....


Ia merupakan keluaran khas edisi terhad. GP BMW Oracle Racing R&D 01 USA 87 adalah nama khas bagi jam ini. Berbekalkan dengan casing titanum & bersaiz besar ia tampak unik dengan button chronograph & crown di sebelah kiri. Crown pada pukul 4 itu merupakan crown untuk pergerakkan inner bezel.

Dial carbon fiber memberikan wajah yang cukup garang & memberikan rupa seperti terapung kepada 4 register itu. Designnya nampak 'racing'.... ayat paling mudah... Jam dengan 8 jarum ini menggunakan movement GP 033C0... cukup kompleks dengan pelbagai komplikasi. Sesuailah dengan harganya itu.

Jam yang terhad sebanyak 750 unit ini merupakan keluaran khas sempena usahasama GP dengan BMW Oracle dalam perlumbaan 32nd America's Cup. Menarik! Tapi aku lebih tertarik dengan model terbaru mereka.... Yang pi minat pun jam harga kereta... Adoi la. Tapi tak salah kalau berangan kan? Hehe....


--------------------------------------------------------------------


Dalam aku dok tawaf kedai jam tu, rupa-rupanya isteri tercinta turut sama survey jam untuknya... Hat doi! Beberapa jam yang dicalonkan....


Omega Seamaster ini sangat menarik minatnya. Ia merupakan jam pre-owned  mid size yang sangat sesuai dengan tangannya. Sebenarnya aku cemburu juga.....  Haha... 


Jam yang cukup solid ini sangat selesa di pakai... sesuai juga ya dengan aku? Boleh aku pinjam.. Haha... Dengan harga yang ditawarkan RM4k+ tanpa kotak.... ditambah pula dengan bezel yang sudah calar & lume serta jarum yang dah mula berpatina & dial yang sudah nampak seasoned..... ia tertolak sebagai calon terbaik.... walau beliau dah suka dengan model ini... 


Tag Heuer Professional 2000 ini sangat aku minati sejak di bangku sekolah & memang dalam pencarian aku juga. Tak sangka isteri  turut berminat lebih-lebih lagi yang di sebelah kiri itu yang nampak masih seperti jam baru. Aku minat yang kanan tapi saiz kecik la pula..... Hmmm...


Akhirnya inilah pemenangnya. Beliau agak teracun dengan satu lagi Tag Heuer Link automatik ladies (aku lupa ambil gambar)... tapi setelah penilaian dibuat, ini yang terbaik. Akan datang katanya jam tu.... Adoi la... Jam ni tak sesuai la pula dengan aku.... aku juga yang kempunan...... Adoi kuasa dua......


-------------------------------------------------------------



Omega ini merupakan salah satu jam istimewa yang ada di kedai ini. Ia merupakan Omega Speedmaster Professional Moonwatch Alaska Project. Ia adalah rentetan keluaran Moonwatch pertama yang kononnya pernah di pakai di bulan pada tahun 1969 oleh Neil Armstrong. Boleh dikatakan bahawa tidak ada jam lain yang mempunyai sejarah hebat seumpamanya.

Ia merupakan jam keluaran khas untuk misi di angkasa lepas bagi menggantikan model pertama itu. Namun NASA telah mengatakan bahawa tidak perlu apa-apa perubahan dilakukan memandangkan model sedia ada sudah memadai & sesuai dengan misi di angkasa lepas.... & ia hanya kekal sebagai prototaip kerana tidak pernah digunakan untuk apa-apa misi angkasa. Kini dijual sebagai koleksi yang istimewa dengan edisi terhad.


Gambar dipinjam dari Watches Infoniac.
Perubahan ketara yang dilakukan oleh Omega ialah warna dial putih & design jarum register bak roket. Paling ketara ialah dengan adanya casing luaran berwarna merah yang telah dipatenkan itu. Ia adalah alumunium yang dianodized merah yang memberikan kontra yang sangat menarik perhatian. Ia dibuat bagi melindungi jam pada perubahan cuaca yang sangat ekstrem di angkasa lepas.

Walaupun ia tidak pernah digunakan NASA selepas menolak jam ini kerana Moonwatch sedia ada sudah mampu berkhidmat dengan baik, jam ini tetap bersama-sama mempunyai sejarah yang istimewa sepertimana Moonwatch. Walaupun hanya sebagai prototaip, ia merupakan prototaip yang hebat.


Ia adalah unit terhad sebanyak 1970 unit sahaja. Gundah gulana juga aku dibuatnya jam ni.... Bukan senang nak dapat jam ni Labu oi.... Walaupun begitu, hatiku masih setia pada si dia......


Inilah selebriti di kedai tu... Jam yang paling aku minati & merupakan grail watch aku... Omega Speedmaster Professional Moonwatch....


Jam ini merupakan jam baru yang didatangkan bersama kotak & surat beranak. Berpinau mata aku melihat jam idaman di depan mata. Jam ini tiada dalam display kedai & Mr Kevin keluarkan khas untuk tatapan aku. Terima kasih banyak....


Ia disokong dengan sejarah yang cukup kuat & boleh dikatakan tiada jam yang mempunyai sejarah sepertinya. Impaknya cukup kuat & cukup sinonim dengan sejarahnya itu. Tidak hairanlah ia masih dikeluarkan sehingga kini & masih mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat seluruh dunia.


Pelbagai versi dikeluarkan untuk model ini & model ini yang paling dekat dengan model terawal itu. Mempunyai design dial yang ringkas tanpa tarikh dengan 3 register,  ia tampak ringkas, anggun & elegant. Hatiku cukup tertawan & seperti biasa... aku mencari jam yang ada chemistry & senyum kepada aku... Nampaknya jam ini memberikan senyuman yang menawan.....


Dua dunia yang berbeza mahupun harganya.... bukanlah gandingan yang setara.... Kalaulah aku pakai Casio tu pi kedai jam mewah lain... rasanya pandang sebelah mata je la kot... Jangan cakap camtu, kot-kot mata dia masuk habuk kot....


Seperti Rolex, Omega juga pemain pasaran yang baik. Menurut saudara Pencinta Masa, untuk tahun ini sudah 2 kali harga Omega dinaikkan. Walaupun harga dinaikkan, diskaun yang diberi pula semakin sikit... hanya sekitar 7-8% saja. Agak terkejut juga aku tengok harga Moonwatch sekarang yang sudah mencecah RM13k. Akhir tahun lepas aku tengok masih RM12k. Walaupun cuma naik RM1k... RM1k sudah cukup tinggi pada aku.... Lagi 5,6 tahun sudah pasti harganya lebih tinggi dari sekarang.... Seperti Rolex, kalau tak beli sakarang, tahun depan harganya pasti naik! Habis tu... aku kena beli la? Adoi la..... 


Gambar email dari Pencinta Masa
Bila harga jam baru naik, secara tak langsung harga jam terpakai (pre-owned) juga naik. Sebagai contoh, terdapat 2 Moonwatch vintage/terpakai di kedai tersebut. Salah satunya telah berusia 15 tahun (sudah terjual semasa aku di kedai ini) & jam dalam gambar ini telah berusia 20 tahun. Walaupun sudah lama, ia kelihatan masih cantik & masih berkeadaan baik. Ia dijual pada harga RM7k+....

Berapakah harganya 20 tahun lalu? Sudah pasti jauh lebih murah walaupun pada zaman itu ianya sudah dianggap mahal. Apa yg aku cuba sampaikan ialah.... jika lagi 10 tahun, harga baru Moonwatch ini sudah tentu akan semakin meningkat jika Omega buat pendekatan seperti Rolex. Namun bukan semua jam mempunyai kapasiti seperti Rolex, hanya model tertentu saja yang mempunyai 'nilai' tersebut jika namanya bukan Rolex.

Rolex merupakan suatu jenama yang aku rasa satu-satunya jenama yang paling hebat dalam permainan harga. Walau harganya semakin meningkat, permintaan tetap ada. Ianya seperti emas dalam pasaran jam. Tidak rugi memilikinya...

Sebagai contoh:
Rolex Submariner 14060M 
Tahun 2008: RM14.5k
Tahun 2011: RM19.5k

Hanya dalam masa 3 tahun harganya meningkat sebanyak RM5k. Walaupun Omega tidak mempunyai peningkatan sebanyak itu, namun mereka telah mengorak langkah ke arah itu sedikit demi sedikit. 


Shot terakhir sebelum melangkah pulang...  Bilakah aku dapat merasainya lagi? Hanya rezeki dari Allah yang menentukannya.... Kalau ikutkan nafsu, mahu saja aku bawa balik jam ni & Tag Heuer Monaco tu... namun apakan dayaku... Cukuplah sekadar melihat & membeleknya di kedai. Walaupun sekejap, ianya suatu yang amat bermakna. Di samping itu, ia memberi aku semangat untuk terus berusaha mendapatkannya suatu hari nanti.....

Terima kasih sekali lagi kepada Mr Kevin yang tak jemu melayan aku & memberi peluang aku membelek semua jenis jam yang ingin aku tengok. Beliau sangat peramah & tak kisah kalau nak tengok jam di kedainya walaupun tak beli. Sikap begini jarang benar dijumpai pada mana-mana penjual jam mewah....

Kami berangkat pulang semula ke rumah Pencinta Masa... Pengalaman yang amat bermakna dalam pengembaraan aku ini apabila dapat juga aku buat rombongan sambil belajar ke kedai jam.....


Di rumah Pencinta Masa, aku disajikan pula dengan koleksi jam beliau yang sangat hebat. Kalau dah gila jam, tak jemu dibuatnya walau berjam-jam masa dihabiskan....



---------------------------------------------------------



Hari sudah semakin lewat, aku perlu mengundur diri. Sempat juga kami bergambar sebagai kenangan. Bukan senang nak jumpa. Ribuan terima kasih tak sehingga banyaknya kepada beliau di atas luangan masa & layanan mesra beliau... ditambah pula bawa aku ke kedai jam yang jauh pula tu... Terima kasih banyak!!!!

Moto aku sudah sarat dengan barang-barang tambahan yang aku dapat dari simposium. Satu masalah juga kerana tiada tempat untuk aku letak pembelian jam tadi. Kotak jam agak besar & perlukan ruang yang besar. Muka isteri tersenyum puas dapat jam baru... aku juga yang kempunan... Huhu....

Nampak gaya, beg pakaian yang besar perlu diribanya & kotak jam dimasukkan dalam peti moto. Beg pakaian yang besar tu pula berat. Boleh lenguh lama-lama. Aku pula tak dapat samdar dengan elok. Punggung duduk hujung kusyen je... Takpalah, tahan la kejap sampai Shah Alam nanti...

Makin cepat lenguh punggung aku namun digagahkan juga. Beberapa kali aku berhenti untuk dapatkan kepastian jalan keluar ke Federal Highway. Tips perjalanan telah diberikan lebih awal oleh Pencinta Masa & alhamdulillah dapat juga aku kenalpasti beberapa objek yang telah diberitahu.

Akhirnya sampai juga aku di Shah Alam.... berhenti sekali lagi untuk kepastian jalan ke rumah adik pula. Aku pula pertama kali ke rumahnya sejak depa pindah. Mujur jalan nak pergi tu senang. Aku pun semakin penat & akhirnya selamat sampai ke rumahnya.

Disebabkan lewat sampai, aku terpaksa membatalkan hasrat untuk bertemu dengan kawan-kawan Pitstop Riderz. Memandangkan esok hari isnin, depa nak kerja pula. Lain kalilah kita jumpa no...... 



Walau malam semakin lewat, adik aku menyatakan hasrat untuk membawa kali ke iCITY. Aku yang tak pernah pergi ni memang teringin juga nak pergi. Alang-alang penat, biar penat terus.... Cantik sungguh suasana di sini. Namun pengunjung agak kurang kata adik... mungkin disebabkan oleh bayaran yang mula dikenakan... sebelum ni percuma je masuk. Kebiasaannya memang cukup ramai orang walaupun esok hari kerja.

Masa mula jalan-jalan, ramai penjual lampu-lampu & cenderamata di sepanjang kaki lima.... Namun yang menjualnya pula bukanlah orang Malaysia... Boleh dikatakan semua penjual adalah orang asing.....


Banyak juga 'pokok' yang telah diubah kedudukannya & memang sedikit berkurang juga bilangannya. Mungkin telah 'dipetik' orang sebab di Alor Setar pun ada beberapa 'pokok' cahaya ni...


Terdapat satu aktiviti baru diperkenalkan.... Mini sky train yang aku bagi nama sendiri... Hehe... Depa buat landasan terapung mengelilingi kawasan yang ada pokok-pokok tu... Benda dah ada & dah mai pun... naik je la...


Bayaran RM5 seorang dikenakan. Terima kasih kepada adik kerana belanja... Ni yang abang sayang ni... Haha.....


Aku paling suka bila melalui di celah-celah pokok ni... Rasa cam filem Avatar pula....


Sedutan pendek menaiki mini sky train.


Landasan itu bergerak mengelilingi kawasan pokok-pokok tu ja. Bukanlah mengelilingi seluruh kawasan seperti mana River Cruise di Melaka yang cukup lama perjalanannya....


Walaupun tidak lama, ianya suatu pengalaman yang cukup berbeza... seronok juga sekali sekala buat aktiviti ni... fikiran pun tenang... rasa romantik pula... haha... Cantik pemandangannya....


Aku rasa macam nak tanam la pokok ni tepi rumah... Kalau aku cabut sebatang, depa tak perasan kot..... pokok pun banyak... kalau satu hilang takda hal lah....


Pelbagai corak, design & warna yang menjadi santapan mata... Rata ceruk posing dengan pelbagai penggayaan. Walau aku tak reti posing bak model, walau angan-angan tu ada... hantam sajalah Labuuu......


Bukan saja pokok, binatang pun hangpa tibai boh lampu! 


Sedutan pendek suasana iCITY



.... ada sekor anak tupai.. atas jula mokte.... ni bukan anak tupai dah.. tokwan kot.. Tapi kalau real besar tu... tobat aku tak pegang.... Risau juga sebenarnya.... dok pegang-pegang sesuka hati nanti dapat renjatan letrik pula. Ye la kan, segalanya mungkin... jadi hero Electric Man pula....


Gajah juga posing sakan di sini. Kata adik aku, dulu gajah ni dok tang lain... la mai dok tang ni.... Di sini juga terdapat muzium binatang. Aku tak masuk tengok pasal dah agak lewat & ada hati gak pekerjanya pujuk masuk walau dah nak tutup. Pekerjanya itu juga adalah orang asing yang cakapnya pun aku tak berapa faham....


Dekat pukul 1 pagi dah. Orang masih ada walau tak seramai tadi. Esok adik aku kerja.. Jomlah kita balik. Kesian pulak kat depa.. & terima kasih banyak bawa abang & kakak mai sini... Alang-alang jalan, jalan sungguh-sungguh.... itu yang kami buat sepanjang pengembaraan ini....


..... sekian.... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.........................bakal bersambung......


12 KOMEN ANDA:

Pencinta Masa said...

Fuh, gempak!!! Tahniah bro!

walikard said...

Akhirnya berjaya aku habiskan :) Panjang, berinformasi

duniajam said...

Pencinta Masa.... Nnt kita pi lagi no kedai tu... kekeke... Tq

duniajam said...

walikard.... Kalau yg baca pun penat... apatah lagi yg mengarangnya.... sampai merajuk dibuatnya... Muahaha....

Pencinta Masa said...

Aku tengok banyak sangat jam yang hang try tu, takkan takdak satu pun yang bawak balik? Macam nak ada sambungan bersiri ja ... ha ha!!

zuhaimie said...

Tersenyum aku membacanya...:)

duniajam said...

Macam drama bersiri juga.... ada kesinambungannya... hehe

JACK' TREASURE CHEST said...

Letih baca... btw tahniah krn berjayo menceritakan segalanya. Tapi tu lah.... x kesampaian hajat nak jumpa doc, sampai S.Alam nak ke iCity xpe ada rezki kita jumpa

duniajam said...

Haha... panjang berjela.. tu yg sampai merajuk bila terpadam.. Haha....

InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa nanti. Hehe

Suka Jam said...

Seonok baca bro, best sekali sekala berjalan sakan mcm ni..

Suka Jam said...

Seronok baca ni bro.. penat ada gak.. panjang giler.. haha!!

duniajam said...

Suka Jam...

Entry yg panjang... letih aku dibuatnya... Haha