Friday, February 17, 2012

Long Way Down Semenanjung - Impian tercapai jua...

EPISOD 9


Perjalananku masih belum berakhir.... Barangkali ramai tertanya apa pengakhiran pengembaraan aku. Mohon maaf kerana ambil masa lama nak menceritakan ke semuanya... Malam sebelumnya aku & isteri telah berbincang untuk ke destinasi impian iaitu Tasik Kenyir. Abah & mak tak ikut kerana pernah pergi suatu ketika dulu.

Mak & abah sampai lepas isyak...  Hujan yang tak berhenti dari petang hingga ke malam... Mak paling basah sebab baju hujan nipis & terkoyak pula. Nak balik nanti kena cari baju hujan baru yang elok sikit. Menurut abah, hujan turun sejak mereka di atas bukit lagi sebelum sampai Kelantan... Abah sengaja naik Evo dia juga sebab nak sama-sama berkonvoi balik nanti.... Alhamdulillah mereka selamat sampai....


Cuaca agak elok walau mendung sepanjang hari. Tak panas... selesa saja. Aku tak pernah pergi ke Tasik Kenyir sebelum ni. Berdasarkan GPS tak jauh sangat dari rumah adik. Lebih kurang 40km saja. Aku ingatkan jauh sangat... Jom lah kita... Kalau hujan pun hari ni aku tetap pergi pasal bila lagi nak pi kalau bukan hari ni.... Bimbang jugalah pasal semalam hujan lebat betul...


Perjalanan sangat lancar dari KT. Kenderaan tidak banyak. Jalan nak ke simpang masuk ke Tasik Kenyir juga tak susah dicari. Tak pakai GPS pun akan jumpa dengan mudah hanya dengan berdasarkan papan tanda. Perjalanan menyusuri laluan ke Tasik Kenyir agak terpencil & kenderaan sangat kurang. Perasaan gembira menyaksikan keindahan ciptaan tuhan memberikan perasaan betapa lemah & kerdilnya kita di muka bumiNYA... 


Banyak simpang lagi perlu kita susuri sebelum sampai ke persimpangan utama... iaitu jalan masuk ke Tasik Kenyir. Laluan jalan besar, kecil & terpencil dilalui. Terasa seram terkenangkan jika melaluinya waktu malam.... 


Akhirnya kami sampai di simpang masuk ke Tasik Kenyir. Jalannya cantik & persekitarannya nampak terurus....


Sebelum sampai hatiku berdebar & rasa sangat teruja serta bersyukur selamat sampai di Pengkalan Gawi. Kami disambut dengan suatu panorama yang cukup indah... 


Di sini ada beberapa kedai cenderamata & beberapa kedai makan. Ada deretan pondok-pondok kecil seperti pondok tiket bas ekspres. Namun pondok-pondok ini adalah pondok tiket untuk kita menyewa bot & boleh sewa mengikut pakej yang kita inginkan. Teringin benar nak naik bot bersiar-siar sekitar tasik.. nak buat aktiviti lain pun boleh, namun masa tidak mengizinkan... lain kali kita mai lain buat aktiviti menarik yang mereka sediakan. 

Antara aktiviti yang boleh kita lakukan di sini ialah, memancing, berkemah, junggle trekking, sukan air serta melawat tempat menarik seperti Kelah Sanctuary di Sungai Petang, kawasan air terjun seperti Air terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, melawat kawasan berbukit & gua serta boleh melawa taman herba... 


Kami berehat sebentar di dataran Tasik Kenyir... menurut pekerja di sini... pernah suatu ketika air pasang sehingga menutup separuh tulisan Tasik Kenyir itu... Tinggi sungguh air naik kalau nak dibandingkan dengan paras air hari ni.


Evo meluncur gagah tanpa sebarang rungutan... Kami bersiar-siar di kawasan sekitar untuk melihat apa yang ada. Orang tak ramai... jomlah kita sewa bot pusing kawasan sekitar tasik....


Kami sewa bot RM60 yang akan membawa kami bersiar kawasan sekitar tasik... Masa lebih kurang satu jam lebih. Rasanya berbaloi... Penjelajahan tasik cumalah lebih kurang 1/8 saja berbanding keluasan tasik lebih kurang 209k hektar. 

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini... banyak tempat yang boleh kita pergi dengan menyewa bot & ada yang memerlukan kita bermalam di atas bot untuk sampai ke sesuatu tempat. Ada 14 air terjun di sini yang boleh kita pergi.. yang mana setiap satunya bukanlah dekat bang oi... Nak ke sana perlu dengan bot & masa yang sesuai ialah pagi. Kena bincang dengan tuan bot untuk ke sana... Biasanya nak ke air terjun tu mereka sediakan pakej yang sesuai. Aku kena datang lagi kalau nak ke sana... Hari ni cukuplah sekadar bersiar-siar di kawasan sekitar.. Tujuan utama nak tengok kawasan pokok-pokok yang terjuntai dari air tu. Selama ni hanya tengok gambar saja... hari ni nak merasainya sendiri... jom!


Anak taukeh bot kat depan tu. Dia bawa kami ke jeti untuk naik bot. Orang tak ramai hari ni.. Aku rasa seronok & tenang sekali bercuti camni....


Kalau diperhatikan ada kawasan berwarna hitam pada benteng tu.... menurur En. Amin (pemandu bot), air pernah naik setinggi tu.... hampir melimpah tu.. Ada bulan-bulan tertentu yang airnya tinggi. Aku lupa pula bulan apa....


Cuaca yang mendung membuatkan suasana agak dingin pada hari itu. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar muka dengan lembut... suatu suasana yang jarang aku lalui begini (bukan naik moto la)... pengalaman ini sangat bermakna pada aku....


Ada 340 buah pulau terdapat di Tasik Kenyir. Ada juga pulau yang macam biskut Chipsmore... kejap ada kejap takda... ia akan hilang dari pandangan apabila air pasang (gambar bawah). Menurut En. Amin, pada bulan air pasang itu, bot boleh bergerak dengan laju tanpa halangan. Jika seperti keadaan sekarang ini, hanya pemandu bot berpengalaman saja yang boleh mengendalikan bot kerana bimbang bot akan tersangkut pada kayu atau tanah di kawasan yang cetek.


Menurut beliau, tiada pencemaran berlaku di Tasik Kenyir. Ia dipantau & dijaga rapi oleh kerajaan. Airnya cukup bersih & beliau mengambil sampel air sungai untuk menunjukkan pada aku keadaan airnya. Memang benar katanya.... Jernih & bersih....


Setiap pulau mempunyai nama malah ada rumah didirikan di pulau tersebut. Aku tanya juga kalau aku kaya sangat nanti, duit tak tau nak buat apa dah... aku nak beli salah satu pulau kat situ..... kuikuikui.... Namun kecewa kerana pulau-pulau tidak dijual kepada orang awam. Hanya untuk jabatan kerajaan saja... Ini salah satu pulau milik jabatan kerajaan...  


Dari jauh kami nampak satu kawasan kayu pokok terjuntai... 


Ada kawasan terhakis pada pulau-pulau ini yang menunjukkan paras air pasang. Hakisan agak teruk pada pulau ni...


Dari jauh aku sudah nampak suatu kawasan pokok terjuntai atas air yang agak luas dari yang sebelumnya... Rupanya En.Amin nak bawa kami ke situ... nampak seram pula bila makin dekat...


Ada satu pokok balak yang cukup besar dok sorang-sorang kat situ... yang ni aku lagi seram... mungkin suasana sunyi masa tu sama kot faktor penyumbang keseraman tu..... haha... Menurut En. Amin, ramai pengunjung yang datang sini, berpaut pada pokok tu untuk bergambar. Jika air pasang, kita boleh duduk di cabangan dahan berbentuk V itu....


Semakin lama semakin dekat... suasana kawasan ini membuatkan aku cukup teruja.. aku suka tengok pemandangan begini walau seram pada mulanya.... Banyak pengambaran filem dilakukan di kawasan ini...


Sempat juga kami bergambar... masa yang agak lama En. Amin luangkan pada kami yang mana sekarang ini sudah pun sejam lebih  kalau tak salah aku la....



Hanya pemandu bot berpengalaman saja boleh melalui kawasan ini... tak kena gaya enjin boleh tersangkut pada kayu yang sedia menanti di bawah air... punyalah dekat sampai kita bole pegang pokok tu... 


Perlahan-lahan kami menyusuri kawasan itu... Suatu pemandangan yang hebat pada aku....


Ingatkan En. Amin sekadar cakap saja.. rupanya beliau bawa kami ke pokok besar tu... Alamak! Aku dah la seram ni... 


Seram tak seram.. aku naik juga atas pokok tu... muka senyum tapi hati siapa yang tahu.... Masa paut pokok tu... kepala aku rasa terhoyong hayang pasal akibat lama sangat berada atas bot. Pergerakan bot naik turun membelah air buat ia terbawa-bawa dalam kepala....  Kalau pegang tak kuat memang jatuh aku nanti... Dalam pada tu kepala fikir pelik-pelik pula.. ada ikan toman besar nak ngap aku la, buaya keluar la (walau takda buaya pun), ikan jaws la... macam-macam... Haha.... Dah la tempat pijak & paut cuma sikit saja... mau plak reput tempat aku pujak tu...... mandi Tasik Kenyir lah aku... muahahaha... 


Isteri aku turut tak lepaskan peluang bergambar atas pokok ni... Kalau air pasang, kita boleh duduk kat cabang dahan di atas tu... 


Itu salah satu chalet yang boleh kita sewa. Ada beberapa chalet yang boleh kita menginap iaitu Kenyir Lake View Resort, Petang Island Resort, Kenyir Sanctuary Resort, Lake Land Resort, Uncle John Resort, Musang Kenyir Resort, Tanjong Mentong Resort, Federal Government Resthouse & Kenyir Lake Resort.


Di sana terdapat beberapa house bot yang boleh kita sewa yang menawarkan pakej yang menarik. Satu bot boleh membawa 20-80 orang pada satu masa bergantung pada saiz bot. Kalau datang berkumpulan sangat berbaloi menyewa bot ini.


Sebelah kiri tu bot yang boleh bawa 20 orang & di sebelah kanan boleh bawa sehingga 80 orang. Makan minum turut disediakan dalam pakejnya. Bilik ada aircond & TV kalau tak silap aku. Dengar pakej yang ditawarkan pun aku sudah tertarik... lain kali mai lain ramai-ramai baru syok...


Sebelum mengundur diri, seperti biasa aku bergambar dengan mereka yang aku jumpa & memberi info di sepanjang pengembaraan ini. Terima kasih banyak kepada En. Amin yang bawa kami bersiar-siar & banyak beri kami informasi tentang Tasik Kenyir....


Alhamdulillah hari ni tak hujan. Cuaca pun tak panas.... selesa betul. Hari ni kami rasa cukup puas. Pengalaman yang berbeza kami nikmati hari ini... Hampir satu pelusuk semenanjung kami jelajah... Tasik Kenyir merupakan destinasi impian... Alhamdulillah tercapai jua... InsyaAllah jika umur panjang, ada kelapangan & rezeki lebih, kami akan datang lagi... Kali ni, kami nak bermalam pula.... Esok adalah hari terakhir pengembaraan aku... rasa sekejap betul masa berlalu... hmmmm....


..... Bertemu lagi di episod akhir.....



0 KOMEN ANDA: