Masa sekolah rendah dulu, aku & sedara.... kawan baik aku Arif Muazim a.k.a Amar (penyanyi nasyid, ahli silap mata, kartunis) suka lukis kartun. Seingat aku masa tu darjah 4. Masa tu kami pergi sekolah agama di sebelah petang bersama-sama. Sepatutnya aku masuk darjah 5, tapi suka hati aku... aku masuk darjah 4... & suka hati juga pilih kelas sendiri masuk sekelas dengan Amar... yang sepatutnya pada waktu tu masuk ke darjah 5 juga. Buat macam bapak aku punya sekolah ja. Hahaha... Pi kelas plak tak naik basikal, kami naik skateboard. Amboi! Eksyennya.... Ekeke... Masa tu aku baru pindah balik sini dari Sabah. Abah belikan hadiah skateboard sebagai hadiah exam. Skateboard pertama beli di The Mall, KL. Gambar bersama skateboard kuning tu pun masih disimpan.
Bila balik sini, main skateboard petang-petang.... maka tercetuslah fenomena skateboard di taman aku. Masa tu aku sorang ja ada skateboard. Kemudian Amar pun beli. Lepas tu makin ramai sampai boleh buat racing... Haha... Hampir semua kawan-kawan pakat beli skateboard. Kami merempit setiap petang. Stunt sana, stunt sini perkara biasalah. Sagat sana sini pun biasa. Kesan berperang tiap petang. Muahaha...
Masa dok di Sabah darjah 3 (1989). Aku dah mula melukis kartun. Kartun aku tak cantik pun. Tapi aku suka lukis pengalaman yang aku alami. Kalau orang lain tulis diari, aku lak lukis kartun. Lukis pun dalam diari juga. Diari kecik je. Besar buku 555 tapi tebal. Segala pemandangan, orang, burung aku lukis. Pengalaman naik kapal terbang pun aku lukis. Segala cerita dari mak abah yang pada aku seronok, aku abadikan dalam komik aku. Ada juga cerita ciptaan sendiri. Boleh buat episod & dijadikan komik tebal. Tapi sayang..... bila balik sini, aku buang komik tu. Rasanya mau menangis aku kalau terjumpa balik komik tu. Segala kenangan ada di situ.... Isk....
Amar dilahirkan dengan bakat seni yang cukup hebat. Bermula dari sekolah rendah Amar dah mula tunjukkan bakat seninya. Cita-citanya nak jadi kartunis berjaya macam Ujang. Kami pakat-pakai lukis kartun. Watak pertama Amar ialah 'Dr Sam'. Aku pun dah lama tak lukis pun turut serta.... Lukis gak Dr Sam. Tapi tak lawa pun. Karekter kartun Amar memang cantik & semakin cantik bila bakatnya tu semakin berkembang. Komik diari aku masa tu kalau tak salah wujud lagi. Masa ustaz, ustazah mengajar.... aku dok melukis kartun. Macam-macam cerita lukis. Dok sakat budak pompuan lagi.... tu yang 'pandai' sangat sekarang. Hmmm....
Naik darjah 6, disebabkan UPSR, dengan segala hormatnya aku loncat kelas agama dari darjah 4 terus ke darjah 6.... tak masuk darjah 5. Sebab masa tu terfikir kalau aku dah naik tingkatan 1, takkan aku nak datang sekolah rendah agama waktu petang.... ustaz pun tak marah. Baik sungguh Ustaz Yahya. Ustaz masih ingat nama aku & kawan-kawan walau kami dah bertahun-tahun tak jumpa dia. Panggilan lembut Ustaz Yahya masihku kenang & segala ilmu & pengajarannya aku ingat. Lama betul tak jumpa ustaz. Terima kasih banyak ustaz, moga ustaz di panjangkan umur, dimurahkan rezeki & semoga Allah merahmati seluruh keluarga ustaz.....
Masa darjah 6, idea tercetus kembali untuk aku buat komik. Komik aku menjadi tatapan kawan-kawan sedarjah. Aku guna buku sketch book buatan student mak ke abah.... tak ingat.. Suka hati juga aku ambil buku tu.... Kartun aku tak lawa pun. Karekter aku kurus-kurus je. Cuba lukis gemuk pun... jadi kurus gak. Memang betul lah cakap kartunis.... setiap kartunis ada karekter tersendiri. Karekter tu hanya dia ja ada & mampu lukis. Orang lain lukis takkan jadi. Kena tengok & tiru baru jadi.
Inilah bukunya.... kulit tebal. Isi dalam pun tebal. Muka surat semua kosong. Sangat sesuai untuk melukis... Masih tersimpan dalam almari buku. Tidakku sangka sudah 20 tahun rupanya komik aku ni...
Muka depan sekali, aku buat syarat-syarat baca..... editor, pengarang sepertimana majalah Ujang. Malu aku nak letak gambar. Sebab ayat-ayat dalam tu semua 'jiwang'. Hahaha...
Isi kandungan aku letak juga. Apa yang aku lukis adalah berdasarkan idea sendiri, pengalaman, cerita yang aku dengar dengan dari mak abah & cikgu & ada juga tercetus dari majalah komik lain. Zaman tu masih lagi main skateboard.... jadi idea skateboard pun tercetus.
Baju Gaban!!!.... bertukar dalam masa 0.05 saat. Lamanya.... idea sendiri.... Sepatutnya minta seluar sekali....
Cetusan idea komik lain & idea orang yang cerita.... Masa tu kereta Suzuki Swift aku minat... kecik-kecik aku minat kereta. Sebelum tadika pun aku dah kenal semua model kereta.... sebab abah dulu pernah jadi mekanik. Kereta selalu bertukar-tukar & abah repair sendiri ja di rumah. Abah buat kerja, aku tolong.... tengok dia.... ekekeke....
Cetusan dari pengalaman sendiri. Abah suruh aku baca papan iklan dadah di Butterworth, Penang. Masa tu nak naik feri. Tunggu kat trafic light nampak iklan ni. Hehehe...
Rasanya ramai yang dah tau cerita ni. Banyak kali dengar pasal cerita ni dari ramai orang. Paling aku ingat bila cikgu darjah 6 yang cerita. Cara dia cerita yang paling lawak. Muahahaha... Aku olah sedikit ceritanya dengan tambahan imam.... orang lain cerita takat makmum saja.
Idea sendiri lepas asyik tengok iklan ubat nyamuk bunuh 3 ekor nyamuk... Spray banyak mana pun maksimum tiga ja...
Masa zaman tu, istilah "mana-mana" adalah satu bahan lawak & sakat kawan-kawan. Tak pasti dari mana tercetusnya istilah ni. Kalau orang tanya pi mana... jawapannya.... "mana-mana" adalah satu bahan lawak semua orang masa tu. Ada 2 kartun pasal ni, tapi yang satu lagi tu aku rasa kurang sesuai untuk tatapan.
Inspirasi cerita orang. Aku olah kembali & jadikan begini. Kalau perasan, background pun dah berubah. Masa tu aku tengok kartun-kartun Amar dah ada background hitam. Aku pun cuba-cubalah bermain warna.
Dah dekat akhir muka surat. Kalau perasan, 2 karekter di tengah yang cantik tu adalah watak yang Amar lukis. Masa tu pun dah cantik begini.... sekarang jauh lebih cantik. Kartun-kartun Amar banyak disiarkan dalam majalah Asuh. Tercapai juga hajat Amar nak jadi kartunis majalah. Bakat Amar semakin berkembang dari tahun ke tahun. Banyak pihak mula buka mata dengan bakatnya sehinggalah mengambilnya sebagai artis.
Masa tingkatan 2, Amar dah cipta lagu nasyid sendiri. Demo tape rakam di rumah aku. Masa tu abah beli mini hi-fi Sony Trivox. Model pertama Truvox dikeluarkan dalam pasaran abah beli. Ada 2 deck tape. Kami buat dubbing & jadikan harmoni walau pada hakikatnya yang nyanyi & main purcussion cuma kami dua ja. Hahaha... Alat-alat purcussion Amar bawa & tinggal di rumah aku. Pengaruh bernasyid pun dah mula masuk dalam diri aku. Aku pun turut bernasyid sampailah masuk U....
Suara tak sedap pun. Tapi takda orang yang boleh, terpaksalah aku jadi solo & main purcussion. Semuanya itu pengaruh sahabat saudara Amar yang kini telah menjadi seorang selebriti yang berjaya. Kepada yang belum kenal, bolah layari websitenya http://amar.com.my/
Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan jika diimbau kembali. Kenangan yang terbit dari fikiran banyak yang mencuit hati. Rasanya cukuplah dulu cerita nostalgia aku setakat ni. Masih ada banyak nostalgia yang aku rasa nak cerita sebenarnya. Saja nak bawa cerita pengalaman aku yang tak seberapa ni dengan semua. Rasa seronok dapat berkongsi dengan semua. Setiap dari kita ada cerita yang menarik untuk diceritakan. Mungkin perit di zaman tu, tapi bila dikenang kembali.... itulah kenangan paling manis dalam hidup...
Leia Mais…