Monday, August 24, 2009

Seiko Chronograph 6139-7100 (HELMET)

Sekeping gambar memberi seribu erti.... mungkin itu ungkapan yang paling sesuai untuk gambar ni. Gambar tu sendiri sudah memberi erti..... "Akulah Seiko Helmet" ... sangat sesuai dengan namanya. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata bila mula-mula aku tengok gambar ni. Gelak ja memanjang... Muahahaha...


Sekali pandang macam cengkerang kura-kura, dua kali pandang pun nampak camtu jugak. Nasib namanya tak jadi Seiko Kura-kura. Seiko Helmet merupakan siri jam chronograph 6139-7100. Pelbagai lagi model chronograph yang dikeluarkan dalam keluarga Seiko dengan siri & bentuk yang pelbagai. Cukup untuk memenuhi kehendak & 'taste' ramai terutamanya pengumpul jam.


Mula dikeluarkan di pasaran sekitar tahun 1970an, ianya masih menjadi kegilaan peminat & pengumpul jam di serata dunia. Nasib baik la Helmet ni masuk juga ke pasaran kita.... kalau tak masuk, telan air liur saja lah tengok kat internet.


Fungsi & setting jam ni adalah sama seperti Seiko chronograph dalam artikel yang lepas. Dengan bentuk yang lebih gagah & sasa menjadikannya lebih berat berbanding yang lain. Jam ni dah ditukar tali rasanya. Sepatutnya talinya bracelet. Tapi tak tahulah kalau memang ada jam ni yang bertali kulit. Tapi aku memang suka jam ni dengan tali kulit berbanding bracelet. Nampak lebih muda & solid. Aku dah tukar tali baru sebenarnya. Tali tu ada jahitan benang putih di sepanjang tali. Nampak lebih selari dengan dail & nampak lebih smart.


Cermin jam ni adalah mineral glass, tidak seperti Seiko chrono aku sebelum ni dari akrilik. Dail masih original dan larian jam masih cantik seperti keadaannya. Chronograph masih berfungsi dengan cemerlang. Tapi aku jarang 'main-main' dengannya, maklumlah jam tua, takmau la tulang-temulang dia dapat arthritis pula. Tapi sekali-sekala tu tekan gak la button dia, mana boleh tahan tengok saja. ;-)


Tapi dail dia aku rasa pernah patah. Cuba tengok kesan seperti gam di sepanjang dail. Tak nampak ketara sangat kalau sekali pandang. Kena fokus betul-betul baru nampak dengan mata kasar. Aku tengah cari dail original jam ni. Kalau jumpa yang murah, aku nak ganti kasi ayu skit wajahnya.


Kondisi jam secara keseluruhan sangatlah memuaskan hati. Finishing jam sangat bagus tanpa calar. Macam jam baru ja... berkilauan sampai boleh buat cermin. Casing stainless steel ini berukuran 40mm (diameter) dengan saiz lug 20mm. Macam besar... & aku sendiri pun ingat besar sebab tak pernah tengok depan mata. Bila sampai ke tangan aku, senyum sampai ke telinga dibuatnya... tak sangka dapat jam sebegini cantik. Thanks bro... Memang impian aku nak miliki jam Seiko Helmet ni.


Crown disimpan 'di dalam' casing & selari dengan casing. Nampak cool sebab crown tersorok... tapi tetapan crown sebegini mempunyai kekurangan dimana crown tu akan bengkok sebab tarikan crown hanya dari satu sudut & tak seimbang tanpa support dari sudut yang bertentangan. Crown jam ni sudah pun bengkok sedikit. Tak kisahlah, janji crown tak loose, tak ketat & boleh ditekan ke dalam untuk tukar tarikh. Kena tarik crown dari bawah dengan hati-hati. Untuk pemilik & bakal pemilik jam model ni... please take note.


Caseback jenis skru. Tidak begitu terjejas dimamah usia. Aku tak buka tengok enjin sebab lupa nak bawa pembukanya masa photoshoot. Model dah bersedia, photographer pula buat slack. Hmm.. Jelas terpampang nombor keramatnya... 6139-7100.


Bila dikenakan pada tangan, sangat masyuk sekali walau cuma perasaan sendiri. Takpalah, biarlah syok sendiri... lagi pun jam sendiri. Tapi jam ni memang staf tempat keja aku admire. Depa pun tak pernah tengok jam ni & tak sangka jam sebegini cantik. Selama ni aku tunjuk gambar je kat depa ni. Selalu cerita & buka blog pasal jam sampai depa pun tahu model-model Seiko chrono ni. Bolehlah aku kongsi minat dengan depa ni. At least, bila ku sebut Helmet, Pepsi, UFO, Bull Head depa ni ada ilmu skit & tahu yang mana satu.


Sarat dengan makna untuk jam yang sarat seperti ni. Rupanya pun memberi makna ianya laksana helmet kecil. Boleh pakai di kepala naik moto kalau saiznya seperti helmet yang sebenar. Sudah tentunya keras & memberi perlindungan yang baik. Pakai kat tangan pun dah rasa selamat hendaknya...


Seolah-olah jam ni memang dibuat untuk aku. Shape casing & lug yang melengkung ke bawah tu betul-betul mengikut bentuk tangan aku yang comel ni. Bagai irama & lagu... tak dapat dipisahkan lagi dengan tanganku ini... Seperti bertemu jodoh yang dah lama menyepi... seperti ayat-ayat cinta pula.... (bini aku geli baca ayat ni... ekekeke...)

Pemburuanku masih belum selesai. Koleksi Seiko masih belum lengkap.... Bagai mencari harta karun, walaupun hanya jam berjenama Seiko (bukannya Omega & Rolex), membuatkanku tidak memandang lagi ke belakang. Perjalanan perlu diteruskan selagi kemampuan masih di tangan. Gagahkan juga walau rintangan mendatang.... Seiko Pepsi, UFO & Bull Head bakal menjadi milikku suatu hari nanti...

6 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

bro~ blog hg amat menarik..aku dah 4 jam lebih membaca dari td..hahaha.
aku org sg ptani...lani dalam perancangan nk membeli jam selai.byk ilmu dan maklumat yg aku dapat dr sini.blog hg mmg terbaekk laa!!

p/s:aku xabeh baca lg blog ni..:P

duniajam said...

Hehehe.... Terima kasih bro. Boleh jumpa bila-bila. Kalau nak tengok jam lama kat SP, boleh ke Central Square. Tingkat bawah. Kedai Time Prosper. Bole jumpa otai jam kat situ.... Mamu. Ada artikel aku buat pasal kedai tu.

Insyaallah aku akan teruskan blog ni selagi mampu, ikut kemampuan & ilmu yang terhad ni. Aku pun masih belajar. Masih banyak yg kurang. Terima kasih atas sokongan...

Anonymous said...

Fuh dasyat gila bro punya koleksi.....bleh tanya brape rat bro beli helmet kat tangan tu?

duniajam said...

Jam ni boleh dapat di antara RM400-600. Tapi nak dapat tu yang payah. Yang elok camni mmg sgt payah. Kalau ada orang jual tu, terus tangkap je. Hehehe....

Tengok lah camno nanti nasib jam ni... samada akan terus jadik milik aku @ akan dijual pada orang.... Tapi buat masa sekarang, rasa selamat bila ada di tangan aku... Wakaka...

paulie said...

dekat time prosper tu kalau seiko yg dia jual tu harga dia macamana? ada murah dr tempat lain tak?atau pon hg ada tmpat laen nk rekemenkan utk aku yg baru nak jatuh cinta dgn seiko (lepas kena racun dgn hg laa.. :P)bajek aku dlm 100-370..huhu.bajek ciput ja.student lg.sob3~

duniajam said...

Time prosper ada banyak jam vintage. Banyak pilihan dengan pelbagai jenama & harga. Depa jual jam Jepun & Swiss. Jenama mahal yang pernah ada & masih ada Rolex, Tag Heuer, Brietling, Maurice Lacroix, Dunhill, Versace, Oris & macam2 lagi.

Hari tu aku pi ada seketul Seiko 6139 Pepsi. Aku tak pasti condition camno psl tak minat nak belek dengan rupa luarannya yang agak bercalar. Harga RM560 firm. KAt kedai tu, jam lama dia semua harga firm & kena beli cash sebab depa bayar cash kat pelanggan.

Kalau nak cari, aku cadangkan pi jalan2 kat pasar karat tang mana2 yang ada. Kalau nasib baik, boleh terjumpa Seiko chrono ni. Harga pula boleh runsing. Kalau jumpa yang elok & harga ok, terus sambar ja. Pasal jam ni dah semakin rare. Tambah2 nak dapat yang betul2 cantek. Selamat mencari....