Monday, August 31, 2009

Oris Date


Oris merupakan salah satu jenama terkenal yang terbit dari Switzerland & tergolong dalam Swatch Group. Ditubuhkan di Holstein, Switzerland oleh Paul Cattin & Georges Christian pada tahun 1904, mereka hanya menghasilkan jam mekanikal terutamanya jam automatik (self winding) dengan trademark rotor berwarna merah. Kalau ada Oris quartz.... jam replika la tu.

Oris telah berjaya mendapatkan pengiktirafan penuh chronometer dari Neuchatel Observatory untuk movement cal.652 pada tahun 1968. Neuchatel Observatory merupakan salah satu pengiktiraf ketepatan jam terbaik di dunia.

Pada tahun 2003, Oris membuat persetujuan dengan BMW untuk menjadi satu-satunya pengedar jam untuk BMW Williams Formula One Team & jam Oris Limited Edition Williams F1 Team Chronograph merupakan jam Oris terbaik pada tahun tersebut. Banyak lagi model Limited Edition yang dihasilkan mereka menjadikan mereka antara jenama Swiss yang unik.

Selain menempah nama dalam sukan Formula Satu, Oris juga terkenal di Hollywood di mana ramai pelakon Hollywood menggunakan jam mereka seperti Sean Penn, Harrison Ford, Gwyneth Paltrow, Nicolas Cage, Meg Ryan & ramai lagi.

Berikut merupakan model-model yang dikeluarkan Oris:

Oris Williams F1 Mark Webber Chronograph

Motor Sport
  • TT3
  • Williams F1
  • Chronoris

Oris Divers GMT Date

Diving
  • Divers


Oris BC4 Flight Timer

Aviation
  • BC3
  • BC4
  • Big Crown
  • Flight Timer
Culture
  • Bob Dylan
  • Rectangular
  • Artelier
  • Classic

--------------------------------------------------------------------


Kalau itu model-model baru, ini pula model lama Oris. Tak pasti pula apa nama jam ni. Dipercayai dilahirkan sekitar tahun 1960an, ia masih berdetik dengan begitu cemerlang sekali. Lariannya masih gagah walau umurnya hampir 40 tahun. Bentuk yang ala segi empat ni telah membuatkan aku jatuh cinta untuk memilikinya.

Klasik...



Casing stainless steel dengan diameter 36mm (tidak termasuk crown). Saiz lug 18mm. Dipadankan pula dengan tali kulit ala buaya berwarna perang, 'menaikkan' lagi rupanya.


Dail yang bersih dengan marker timbul berwarna emas menyerlahkan kecantikan jam ni.


Penentuan tarikh adalah jenis non-quick set. Terpapar perkataan Swiss Made pada dail di pukul 6 untuk menunjukkan tempat kelahirannya.


Walaupun suasana suram, namun masih mampu menampakkan kecantikannya...


Crown tidak asli. Aku sedang cari crown original yang bersesuaian dengannya. Cermin akrilik timbul dengan bentuk dome. Salah satu ciri-ciri jam klasik.


Lambang Oris terpampang dengan besar sekali. Tulisan-tulisan di sekitar caseback sudah tidak begitu jelas. Mungkin kesan kehausan akibat pemakaiannya yang sudah lama.... ditambah pula dengan polish, makin tak nampaklah tulisannya. Tak kisahlah, janji lambang perisai Oris tak hilang sudahlah...


Movement automatik dengan fungsi kunci, bersih & bergerak lancar. Movement mempunyai 21 jewels.


Sangat segak apabila dipadankan pada tangan. Sangat sesuai dengan majlis formal... apatah lagi kalau ke tempat kerja. Nampak macam besar, tapi sebenarnya sangat sesuai dengan tangan aku. Bila pakai jam yang nampak klasik camni, aku pun rasa macam orang klasik juga...


Mungkin akan ada lagi Oris di tangan aku lepas ni... yang pastinya bukan replika William F1 yang aku ada tu... Cukup dulu review ringkas di bulan puasa ni... akan disambung dengan review jam lain pula...

7 KOMEN ANDA:

Timur said...

Nampak best jam ni, tapi kalau tukar tali dark brown lagi nampak cun kut? saling tak tumpah mirip seiko lama yg aku ada...

duniajam said...

Salah satu sebab aku suka jam ni...bentuknya tu...

tabuan said...

akm...tuan aku pakai jam seiko 5, yang aku tak pandai nak setting date....mohon tunjuk ajar..

tabuan said...

aku tau nak pusing tapi pukul dia tukar time 12 tengahari aku nak tukar time 12 malam...lepas tu aku...tengok hari dia macam ni...mon,lun,tue,mar,wed,mie,thu,jue,fri,vie,sat,sab,sun,dom

duniajam said...

Ada artikel pasal nak setting tarikh jam ni. Ko cari kat artikel yang lepas2.

Penentuan kul 12 tgh hari @ malam... ko pusing crown sampai kul 12, kalau tarikh tak bertukar... itu tengah hari.

Kalau pusing crown lagi & tarikh bertukar, itu pukul 12 malam.

Untuk hari pulak, ko setkan supaya harinya jadi mon. Sebab penukaran hari berikutnya akan automatik jadi tue, wed, thu, fri, sat, sun. Kalau hari yang sebaliknya, automatik akan jadi lun, mar, mie, jue dan seterusnya. Senang je.

sukajam said...

Cara yang sebaik-baiknya, tabuan pusingkan dulu jarum jam ke pukul 3.30, lepas tu tabuan tukar tarikh dgn day dia.. isyaallah, takde masalah lg dgn mon jd lun ke, tue jd mar ke.. Ini aku baca blog dr peminat jam dr indonesia.. pastu aku try, mmg ok.. sebab jam citizen, tarikh dia bertukar tepat pukul 12 tghmlm, diikuti day dia bertukar dlm pukul 3pg..
Jam mido lain pulak, day dia bertukar dulu, pastu baru date.. pun kena setting pukul 3.30 klu nak tukar day ngan day dia.. wallahua'lam

Ahemz Inc said...

Hi,

This is Ahemz Inc, a media Company.

We had just look through your blog, the conents are really good, it is awesome and well-designed. So we would like to invite you to join our celebrity programme, you may simply click the link below to fill in and submit the form. If you have any enquiries, please email us at ahemzinc@gmail.com

Ahemz Inc. Celebrity Programme

We hope to see you soon.

Thank you!

Ahemz Inc.