Thursday, August 6, 2009

Kotak jam

Aku beli kotak jam ni dari lelong. Tak mahal pun. Kualiti boleh tahan. Ada cermin pada bahagian atas. Disamping boleh simpan jam, boleh juga jamu mata....

Kotak cukup cantik dengan balutan 'kulit'... (PVC kot) yang cukup cantik. Kotak ni didatangkan dengan kunci.


Seperkara yang aku kurang minat.... ruang letak jam amat rapat. Jam-jam boleh bersentuhan. Satu yang tak menyenangkan kalau jam-jam ni bergesel. Boleh isi 12 ketul.


Seiko Helmet dah smack down yang lain...

Kotak ni amat sesuai untuk mereka yang takda tempat nak simpan jam @ kepada mereka yang suka bawa jam banyak-banyak bila jalan-jalan. Sesuai juga dibawa bila nak jumpa member-member jam. Aku nak cari briefcase yang besar untuk isi jam. Boleh bawa jam banyak skit & boleh bawa alatan jam sekali. Bila la kita boleh buat macam member dari Indonesia... perhimpunan peminat jam...

6 KOMEN ANDA:

LanKoleksi said...

Bagus idea untuk buat teh tarik session untuk peminat jam malaya ni... kau risik2 lahnak buat kat mana boleh pool kereta pun tak apa...

duniajam said...

TT for watch collector/lover mmg best. Kena cari tempat best & masa yg sesuai... Hehehe...

farghmee said...

mmg cantik kotak tu.
tu nasib ada 12slots je.
kalu 24slots, mau penuh..hehehe

duniajam said...

Hahaha... Aku nak cari briefcase yg boleh letak jam lepas ni. Jumpa kat ebay. Hehehe... Senang nak bawa kalau buat TT session nnt. ekekeke...

Irhomdeys Vintage Watches said...

Idea teh tarik tu bagus gak.. boleh le kita semua jumpa secara live bukan melalui blog aje! Apa kata Lan kita buat bila kau conference kat KL minggu depan!

Untuk duniajam... cari banyak-banyak briefcase lepas tolak kat member yang nak, untuk aku kena 20 briefcase kot hehehe

duniajam said...

U mak ai? 20 kotak? Pergh! Hahaha...