Tuesday, August 25, 2009

Keputusan Poll 1

Pernahkah anda memakai jam di kedua-dua belah tangan?


Selama sebulan poll ni berada untuk aku buat sedikit bancian tentang penggunaan jam di tangan. Kebiasaannya orang pakai jam di sebelah tangan saja samada di sebelah kiri ataupun kanan. Jarang sekali atau hampir takda orang pakai jam di kedua belah tangan serentak. Kalau jumpa, anda orang yang bertuah sebab payah nak jumpa orang camni & semestinya anda sendiri boleh tahu orang tu mestilah seorang peminat jam. ;-)



Selama sebulan, sudah 30 undi yang telah masuk. Cukup 30 hari dengan 30 undian. Nak kata 30 orang yang undi pun tak boleh juga sebab undi boleh dibuat berkali-kali. Tak kisahlah pasal tu pasal aku cuma nak buat bancian ramai mana orang pakai jam di kedua belah tangan. Kalau tengok carta kat atas, peratusan orang yang tidak pernah pakai lebih tinggi dari yang lain.

Keputusan:
  • Ya = 30% (9 undian)
  • Tidak =43.33% (12 undian)
  • Buat malu ja = 26.67% (8 undian)
Tapi keputusan ini mungkin berubah kalau lebih banyak lagi undian yang masuk.

Tadi sorang kawan buka blog aku & tengok bancian yang aku buat. Dia bukanlah peminat jam, sekadar nak tengok blog aku ja. Dia agak terkejut & pelik kalau orang pakai jam di kedua belah tangan. Bagi dia, mungkin tak sanggup & ia suatu yang memalukan. Ya lah, bukan suatu norma kebanyakan orang pakai jam di kedua belah tangan. Kadang-kala aku pakai jam di kedua belah tangan ke tempat kerja, mungkin dia tak pernah nampak aku pakai. Mungkin hanya orang yang 'berani' & mempunyai semangat juang yang tinggi sanggup pakai 2 jam sekali. Ini pada aku la. Tapi kalau peminat jam yang lain tak perlulah nak pakai dua jam semata-mata nak memenuhi syarat ni.

Ada seorang kawan aku yang juga peminat & pengumpul jam pakai dua jam sekali... tapi di sebelah tangan, sebelah lagi pun ada satu lagi.... dia pakai 3 jam sekali.... Wah! Aku pun terkejut. Lebih ekstreem dari aku. Ekekeke..... Sanggupkah anda? Persoalan aku ni, bukanlah bermaksud kena pakai jam di dua belah tangan setiap hari. Kalau pernah pakai sekali pun sudah mencukupi sebab anda ada pengalaman berbuat demikian.

Kenapa aku pakai di kedua belah tangan?
  1. Aku memang sangat-sangat suka jam. Tak kisahlah orang lain tengok aku pelik ke apa, janji aku suka & bahagia dengan apa yang aku buat & tak kacau orang lain. Sebab kalau stress kerja, jam yang aku pakai ni boleh bagi aku relax bila aku tengok & belek dia. Staf tempat kerja aku dah tak pelik sebab dah tahu aku memang gila jam.
  2. Sebab jam banyak & tak terpakai. Jadi aku pakai dua sekali. Nak tunggu giliran lama sangat. Jadi, aku hentam dua sekali. Pagi jam lain, petang pakai jam lain pula... kalau tengah hari aku balik rumah la.
  3. Kalau jumpa kawan yang minat jam & tak bawa bekas jam @ malas nak bungkus jam, aku pakai dua sekalilah senang. Mestilah ok hendaknya jumpa geng yang sama...

Bear Grylls (hos rancangan Man vs Wild) dengan Casio Dynamic Wave Ceptor di tangan kiri.

Kepada anda yang pakai dua jam camni, aku memang respek. Salute! Anda memang berani! Anda memang seorang pencinta jam sejati. Tak la bermaksud yang lain tu bukan. Hanya nak menunjukkan mereka yang berani saja yang sanggup. Bagi sesetangah orang, pakai jam camni memalukan. Mungkin memalukan pada sesetengah orang & tak sanggup nak pakai. Kalau peminat jam yang tak pernah pakai pula, mungkin tak menjadi satu kesalahan kalau nampak orang lain pakai dua jam & tak pelik. Tapi dia sendiri pula mungkin tak sanggup.

Apa pendapat anda?

3 KOMEN ANDA:

warikh said...

Aku penah buat kerja ni bro. hahaha... Camni ceritanya. Aku baru dapat jam yg ditempah melalui pos, tattau mana nak letak. Buh dalam kocek kang calar pulak jadi aku pakai jela dua-dua belah. Rasa best sbb dua2 jam tuh aku suka, peliknya sbb banyak mata yg tgk aku! hahahaha

duniajam said...

Itu pasti akan berlaku kalau pakai dua jam sekali. Aku pakai jam camni masa pi armcop mall, PJ. Selamba ja pakai. Orang la tgk pelik. Wakaka... Pakai facemask pula masa pi sana... memang pelik la dari orang. Orang tak buat, kita buat.... ekekekeke....

JACK' TREASURE CHEST said...

Aku banyak kali pakai dua jam ni.. lantaklah kalau org kata aku otak mereng ke biul ke! Aku pakai dua kerana aku takde jam dual time masa kat oversea jd aku pakai dua satu waktu Msia satu waktu negara tu. Lama-lama aku sendiri rasa pelik kerana nak tgk world time dalam handset aku pun ada, jd aku beli jam dual time hehehesatu lagi keadaan bila aku pergi ambil jam baru service, x bawa bekas mcm Warikh gak, jadi pakai dua-dua. Cara aku pakai dua jam ni dengan tangan belah kanan muka jam belah atas, tangan kiri muka jam kat bawah jd taklah nampak pelik sangat dan org tak perasan sangat