Banyak benda aku suka buat sendiri kalau aku yakin aku boleh buat. Ada juga benda yang aku tak yakin pun, main hentam je. Kalau jadi seronoklah, kalau tak jadi.... alahai.... Dari kecik, memang inilah tabiat aku. Selagi aku rasa boleh buat, aku akan buat & kalau tak mampu baru aku minta tolong. Bukanlah pandai sangat pun, main ikut teori, logik, bacaan, jeling orang buat.... lepas tu baru cuba buat praktikal.
Watchmaker mana ntah ni.... Nanti keluarlah jenama D.J. automatic power reserve, chronograph, day, date, moonphase, chronometer... Mesti mahai gila...
Dulu... bukan dululah, sekarang pun aku rasa kalau boleh aku nak repair jam sendiri & sampai berangan nak jadi watchmaker. Ehehehe... Tapi jam ni rumit skit & aku tak berapa berani nak buat sangat sebab komponen kecik sebesar kuman (tak cam enjin kereta & moto...ekekeke...) & ilmu pun ciput sangat. Takat buka caseback tengok enjin tu memang terer sangatlah. Wakaka... Tapi nak cabut crown, suatu perkara yang aku rasa susah pada mulanya pasal tak tahu nak mula kat mana. Aku cuma tengok kat youtube pada mulanya. Tak ingat pula dia guna jam apa. Yang aku perasan, dia buka satu skru dekat dengan crown. Itulah petua aku. Eksperimen pertama bermula...
Aku ada 3 set screwdriver biasa untuk buka jam. Ada yang beli kat kedai RM2 je & ada gak yang beli dari kedai hardware. Disebabkan saiz mata screwdriver tu besar & tak muat skru jam yang sehalus sutera tu, aku asah screwdriver ni dengan batu asah pisau sampai tajam. Sebelah kanan keadaan asal, kiri keadaan selepas diasah.
Walaupun alat tak berapa cukup, aku buat juga sebab nak betulkan jarum jam Seiko Bellmatic aku yang tak berapa tepat jarumnya. Disebabkan aku dapat conjuctivitis setiap kali tengok jam ni, aku cuba jadi doktor rawat jam yang tak sakit ni.
Seiko Bellmatic ni jam pertama aku mula buat. Senang bagi setengah orang, tapi susah bagi orang lain. Aku main yakin je buat sebab pernah tangok video klip tu. Cuma guna petua, skru berdekatan dengan stem crown... pencarian bermula untuk cari crown yang dekat... ternyata takda skru yang dok dekat pun dengan crown... dok sebatu ja semua. Cuma ada suatu punat kat situ. Aku pun tekan & cuba tarik crown perlahan-lahan... Toing... boleh cabut. Wah! Seronok betul. Bulatan merah menunjukkan tempat untuk menekannya. Tekan (jengan lepas) & tarik perlahan-lahan.
Disebabkan Bellmatic ada 1 lagi crown, aku main agak je 'menatang' yang dalam bulatan merah tu boleh tekan. Aku pun tekan guna screwdriver yang tajam... ternyata boleh cabut. Eksperimen berjaya. Prognosis? Very good. Ini baru permulaannya saja... & confidence level aku semakin meningkat.
Semua bahagian dah dikeluarkan. Bolehlah aku cuci semua bahagiannya. Lepas keluarkan, barulah aku tahu sebenarnya senang saja nak keluarkan benda ni. Dok tengok saudara Jamlama buka jam dia buat aku termenung sejenak... camnolah nak cabut menatang tu... Kawan aku tengok pun tabik dia. Kena buat... baru tau... Lepas buka, barulah nampak banyak bahagian dah longgar. Biasalah, cam manusia juga, semakin meningkat umur, semakin banyaklah parts yang longgar sana sini... err... untuk jam ni lah. Sebab tu jam automatik kena hantar servis setiap 5 tahun. Tapi jam ni, rasanya tuan asal guna untuk gerak dia bangun pagi kot. Bila jam bunyi, mungkin dia baling, hentak-hentak kot nak kasi senyap sampai tertanggal apa yang ada.
Finding: Bukan saja matanya juling, ada beberapa parts dalaman, skru dah longgar.
Treatment: Titisan air mata berlinangan + joy & happiness + mata (jarum) dibetulkan + ketatkan apa yang patut.
Outcome: Very good
Result: Confidence level upgraded + puas hati pengarang jantung.
Lepas eksperimen tu berjaya, aku cuba buat benda yang sama untuk jam-jam lain. Mungkin boleh dijadikan pedoman kepada yang lain sebab lain jam, lain skit. Mungkin kepelbagaian jam yang ditunjukkan ni, sedikit sebanyak boleh membantu.
Helbros
Helbros
Guna screwdriver yang dah asah tu, longgarkan crown (pusing ikut arah lawan pusingan jam). Tak perlu pusing sampai skru tertanggal. Memadai hanya longgarkannya.
Ha! Dah boleh cabut pun. Bila nak pasang balik, masukkan stem crown tu sampai rapat & barulah ketatkan semula skru tadi (ikut arah pusingan jam).
Tissot Seastar
Tissot Seastar
Bulatan merah menunjukkan tempat dimana screwdriver perlu ditekan. Tidak seperti Helbros yang guna skru, Tissot ni cuma perlu tekan seperti Seiko Bellmatic tu. Tekan di bulatan merah tu.
Satu masalah dah timbul, punat tu takmau timbul pula lepas tekan. Tenggelam kelemasan. Terpaksa aku hantar pi hospital buat MRI. Leceh betul. Benda tak sakit, jadi sakit pula. Apa boleh buat, asam garam rumahtangga jam.
Oris
Oris
Q&Q Leaf-Fit
Movement Miyota ni unik skit. Kalau yang lain punatnya malu-malu, Miyota memang tak malu, siap macam suruh.... "tekan la.. tekanlah aku..."
Dah dia suruh, aku pun tekan lah...
Cuma untuk movement quartz aku belum berjaya lagi. Cari skru tang mana pun tak jumpa. Mungkin dia tersangat malu sampai batang hidung pun tak nampak. Takpalah, biaq pi kat dia.
Untuk aktiviti ni, aku cuma guna beberapa alat:
Untuk sesiapa yang belum tahu caranya, ketahuilah ianya senang saja & jangan takut nak buat... Sangatlah boleh untuk mereka yang suka buka baju jam & cuci jam. Aku nak cuba tanggalkan semua komponen jam pula lepas ni. Nak belajar repair pula. Tapi alat tak cukup sempurna & takda mangsa yang rela hati untuk aku buat. Dok nampak jam replika je sekarang.... Hmm...
Untuk aktiviti ni, aku cuma guna beberapa alat:
- Caseback opener
- Watch stand/holder
- Screwdriver tajam & flat (RM2 je... nak asah pun tak sayang sangat)
Untuk sesiapa yang belum tahu caranya, ketahuilah ianya senang saja & jangan takut nak buat... Sangatlah boleh untuk mereka yang suka buka baju jam & cuci jam. Aku nak cuba tanggalkan semua komponen jam pula lepas ni. Nak belajar repair pula. Tapi alat tak cukup sempurna & takda mangsa yang rela hati untuk aku buat. Dok nampak jam replika je sekarang.... Hmm...
15 KOMEN ANDA:
D.J,
Ni ceghita baguih nih. Lepaih nih nak pi sambaq pat-lima bijik jam mughah buat eksperimen. Kalau lingkup pun takpa, boleh frame parts yang berteghaboq buat frame gantung di dindin. Seghupa yang sahabat kita di Sarawak buatla.
haha!! Betui tuh, buat kat jam replika pun ok..
cayalah! nnt ada masa aku nk try juga!
bagus writing ni :)
Muzill, trima kasih. Idea yang bagus. Nanti try cari jam-jam apa yg murah. Kalau tak ok, buat frame cam jamlama. Canteekkk...
sukajam, dok terfikir lama dah psl jam replika tu. Ehehe...
farghmee, boleh cuba bro. At least kita tau cara nak. Tak la semua hantar kedai kalau jarum tercabut.
tokey kedai tu dulu pun blaja dari kaedah 'try @ error' jugak bro! pastu skarang baru bleh sembelih kita. hehe...
lepas ni dia takleh sembelih kita dah... semua dah pandai buat sendiri. Eekkeke... Dok bertekad nak cuba repair sendiri. Tp nak cari jam2 murah dulu.
Tapi.... berhati-hati bila keluarkan stem dan crown dengan memastikan kedudukan gear pemusing yang menghubungkan gear pengunci jam ketika mengeluarkan stem dan crown samada ia pada kedudukan mengunci jam atau memusingkan jarum. Jika tersilap, semasa memasang dan screw diketat dalam kedudukan memusingkan jarum alamatnya jam tak boleh dikunci dan hanya boleh memusingkan jarum! nanti terpaksa buka dial, betulkan takal untuk adjust balik kedudukan gear tersebut, silap-silap screw pengunci stem/crown haus kalau terlalu kerap dikunci dan dibuka!!!! Nak buka dial juga perlu berhati-hati, biasanya kaki diak ini ada dua dan discrew di tiga tempat untuk mengetatkan dial agar tidak longgar. seperkara lagi, pump stem ada jantan dan betina, nak kelaur stem kena buka dial dahulu dan kalau dah buka, nak pasang balik mesti ada kepakaran kalau tidak alamat stem jantan tak bersdambung dengan stem betina kena hantar wad ICU watch repairer le... DJ satu percubaan yang berani, aku try buka-buka stem dan crownni 15 tahun yg lalu banyak jam yang stem dan crown x dpt masuk balik hehehe... untuk quartz, ada berbagai bentuk dan cara untuk mengeluarkan stem, ada buka clip, ada tekan punat dalam lubang yang bertanda +, buat experiment guna jam quartz murah jepun atau cina, kalau berani buatlah experiment guna enjin miyota dan swiss ETA. Selamat mencuba!!!!!
Terima kasih Tuan Syed atas nasihat & tips. Moga kita sama ambil iktibar & sama2 tambahkan lagi ilmu kita...
t.q bnyk2 la brther kongsi ilmu rpair jam ni..huhu..
aku dh brjya rpair jam klasik aku yg dh lma trsdai..
aku nk tnya..caseback opener tu nk cari kat mna?
sba aku ad stu ag jam yg nk repair..
tp xlh nk bukak..
tlg inform kat aku blh x..
Tq. Apa yang aku mampu, aku kongsi sama2.
Tahniah bejaya gak repair. Aku tak berani nak repair lagi... tools tak cukup.
Caseback opener tu dulu aku jual. Tapi dah habis stok. Boleh check kat jamlama.blogspot ataupun http://ltwatchgallery.blogspot.com. Rasanya masih ada lagi benda tu.
bro
ada tak caseback opener nak cari la...lepas tue watch stand / holder tu pun nak cari mana...best best best
Aiseh... sorry bro... aku takda plak yg nak jual. Yg ada pun guna sendiri. Try tanya Ijan Jamlama. Hari tu ada dia jual. Dulu aku pun pernah beli kat dia.
Watch stand tu aku order dari internet. Tak jumpa plak kat sini.
Selamat malam abang.ngelak saya baca abang punya cerite ni.saya dulu juga macam abang.hanya saya guna jam dinding untuk kelinci percubaan.alhasil gatot bang.(gagal total)Tak sampai situ.saya pon kena bising sama emak pasal nak bagun pon tak ade lihat jam lagi. Dan sampai saat ini saya baru bisa buka jam yg guna Bettry je bang.
Selamat malam. Itu suatu kenangan manis tu. Haha. Ada seorang mentor saya cerita dahulu, beliau mula belajar repair jam sendiri dengan jam loceng pakai bateri tu. Itu suatu cara belajar yang baik sebagai permulaan. Mudah nak faham dan saiznya besar. Senang untuk kita nampak dan belajar pasang semula. Buka dan leraikan keseluruhan jam... dan seterusnya pasang semula
Post a Comment