Thursday, July 30, 2009

Tissot Seastar

Ramai yang menyebutnya "tis-sot", termasuklah aku untuk... Tapi sebutan yang betulnya ialah "tis-so".... huruf 'T' hilang pi mana ntah. Tapi itu la sebutan yang betul. Tissot merupakan salah satu jenama dalam keluarga Swatch Group & telah bertapak dalam keluarga ini sejak 1983. Mereka merupakan salah satu jenama yang terlama dalam sejarah pembuatan jam tangan. Dilahirkan di Switzeland pada tahun 1853 , mereka merupakan antara jenama yang bersaing sengit di pasaran dunia. Dengan harga yang tidak semahal adik-beradiknya yang lain, telah menjadikan mereka salah satu pilihan penggemar jam tangan di seluruh dunia.

Model Le Locle diilhamkan dari tempat kelahirannya.


Tissot Porto Chrono.
Masa mula-mula tengok jam ni, ingatkan automatik. Rupanya quartz. Cantik & nampak klasik. Harga RM2k++.


Tissot diasaskan oleh Charles-Felicien Tissot & anaknya Charles-Emile yang menubuhkan kilangnya di bandar Le Locle. Jam poket merupakan produk pertama yang mereka keluarkan secara meluas pada tahun 1853. Tahun 1929-1930 memperlihatkan pula pengeluaran pertama jam dengan anti-magnetik.


Tissot Diver Seastar


Tissot Stylis-T



Setelah pengeluaran jam anti-magnetik, mereka juga memegang rekod dengan pengeluaran jam plastik pertama dunia, the Rock watch, the Wood watch & model T-Touch (dengan fungsi touch pada cerminnya)... macam LCD touch screen. Hebat! Semua ni adalah hasil titik peluh pekerja, technician & jurutera mereka yang cukup dedikasi & berinovasi. Penciptaan jam-jam ini telah melonjak mereka ke satu tahap yang tidak dicapai oleh jenama lain.


Tissot T-Race Moto GP Limited Editon.
Yang kuning tu model 2008 & merah 2007. Hanya dikeluarkan sebanyak 8999.
Harga RM3.8k.


Tissot T-Race Moto GP Limited Edition.
Berbeza dari model atas. Caseback tak boleh tukar seperti di atas. Aku hampir beli jam ni. Tapi tak jadi atas beberapa sebab. Aku lebih suka model ni dari atas sebab design yang lebih mengancam, perkataan 'Limited Edition' yang jelas & unik, harga lebih murah (RM2.2k) & hanya dikeluarkan sebanyak 4999. Sebab lain aku kurang minat model atas dari yang ni, sebab design jam atas tu sebijik macam model unlimited edition.


Pasaran Tissot teleh meliputi lebih dari 150 buah negara & mereka telah menjadi 'official timekeeper' pada banyak sukan di seluruh dunia. Jam mereka juga digunakan dalam beberapa filem Hollywood seperti Lara Croft: The Cradle of Life & Mr. & Mrs. Smith dengan model T-Touch.

T-Touch.
Harga dijual atas RM2k. Padanlah dengan teknologinya.


Berikut merupakan model-model Tissot yang telah dikeluarkan:
  • T-Touch Expert - T-Race
  • T-Touch - PRS 516
  • T-Navigator 3000 - PRC 200
  • T-Sport - PRS 200
  • TXL&TXS - PR 50
  • Bascule - PRC 100
  • Six-T - T-Race MotoGP
  • T-Wave - Ice-T
  • Equi-T - Diver Seastar Automatic 1000
  • Bellflhour - Seastar 660
  • Flower Power - V8
  • Cocktail - Le Locle
  • Heritage - T-Lord
  • Seastar 7

PRS 516



Tissot T-Tracx



Tissot T-Sport Racing.
Model terbaru 2008.



---------------------------------------------------------------



Tissot Seastar


Jam ni dibeli dari saudara Haizul Antique. Masa mula dapat jam ni, aku cukup teruja... senyum sampai ke telinga pasal jam ni langsung takda calar. Betul-betul macam jam baru. Terkejut aku dibuatnya. Ekekeke...

Jam cantik camni jadi lebih menawan dengan konsep bunga-bungaan. Tengok pun dah rasa cantik lagi wangi...


"Waa... bunga aku"... bini aku cakap...


Dari banyak view, jam ni menunjukkan kecantikannya. Ada member yang tengok pun cakap macam jam baru. Kembang sekejap hidung aku...



Tengok saja kecantikkan jam ni... boleh buatkan peminat jam lain telan air liur.


Cermin akrilik berbentuk dome. Dail biru ni buat aku tertarik.



Semua original dengan lambang 'T' yang cukup jelas pada crown.


Caseback jenis skru.


Sudahlah terkejut buat kali pertama... ini pun buatkan aku terkejut jugak bila nampak lambang Rolex pada tali. Uii... Aku tak pasti sejauh mana ketulenannya. Tak kisahlah janji syok sendiri.


Walaupun nipis, tapi cukup selesa pada tangan. Kesian boya ni...


Casing stainless steel dengan diameter 35mm (tidak termasuk crown). Finishing pada jam cukup mengagumkan dengan brush finishing pada permukaan atas & polished pada bahagian tepi yang langsung taak terjejas.


Aku nak tukar tali yang lebih tebal lepas ni. Nak nampak lebih sasa & macho.



Movement automatik & kunci dengan 17 jewels. Cukup bersih & lancar. Saudara Haizul Antique sudah serviskan untuk aku. Terima kasih banyak bro... moga rezeki saudara bertambah-tambah lepas ni...





Leia Mais…

Tuesday, July 28, 2009

Siri Seiko Monster yang tiada dalam pasaran

Berikut merupakan siri Seiko Monster yang hanya didapati di pasaran domestik Jepun. Jangan mimpilah nak jumpa jam-jam ni di pasaran kita. Kepada sesiapa yang berkesempatan pergi ke Jepun, bolehlah sambar jam ni seketul. Nescaya anda akan di-admire ramai orang... termasuklah aku...


SZEN002 Night Monster



SZEN001 Orange Night Monster



SZEN006 White Night Monster


SZEN007 Purple Night Monster

Sengaja buat preview untuk tatapan mereka yang belum pernah tengok atau yang tak tahu kewujudan jam ini. Mohon maaf kepada semua pasal aku tak dapat maklumat lanjut untuk jam-jam ni.

Leia Mais…

Sunday, July 26, 2009

Kagum! Cukup kagum!

Woo! Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut aku bila tengok jam-jam ni. Kagum.... bila tengok design yang cukup mengagumkan yang langsung tak pernah terlintas di kepala. Termenung.... bila fikir camno diorang reka, design, buat jam-jam dengan bentuk yang cukup radikal & futuristic camni. Pening... bila fikir kalau aku sendiri kena yang buat jam-jam camni. Hahaha... Macam mana diorang boleh terfikir cipta jam sebegini rupa? Cukup kreatif, inovatif & genuis! Cukup genius!


ANTIONE PREZUISO 3 Volution Triple Tourbillon


AUDEMARS PIGUET Wandering millenary


AUDEMARS PIGUET Wandering Starwheel


CABESTAN Winch Tourbillon Vertical
Jam ni memang betul menguji minda. Bukan saja nak baca masa pun kena fikir lama, cara nak buat jam ni pun cukup memeningkan kepala. Jam jenis kunci dengan power reserve 72 jam. Harganya di antara US$200k-400k.


CABESTAN Winch Tourbillon Vertical


Movement CABESTAN Winch Tourbillon Vertical


Movement CABESTAN Winch Tourbillon Vertical
Lihat saja rantai-rantai yang ada dalam movement-nya... mengingatkan aku timing chain enjin kereta aku ja. Pergh!


CONCORD C1 Tourbillon Gravity


CONCORD C1 Tourbillon Gravity



DEWITT WX 1 Watch Concept N°1
Gempak jam ni. Kalau pakai.... terbayang diri sendiri.... orang mungkin tak tahu benda ni jam. Pasal body-nya boleh slide ke dalam.





DEWITT WX 1 Watch Concept N°1


GREUBEL FORSEY 24 Secondes Incline Tourbillon
Jenama ni antara jenama yang cukup aku suka. Design-nya radikal/klasik boleh membuat siapa saja tertawan melihatnya. Jam buatan tangan ini hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit setiap tahun... aku agak harganya juga mencecah ratusan ribu ringgit.... kalau aku billionaire akan ku hadiahkan jam ni kat aku sendiri.... Adoi! Sakit kepala....



GREUBEL FORSEY 24 Secondes Incline Tourbillon




GREUBEL FORSEY Quadruple Tourbillon


GREUBEL FORSEY Quadruple Tourbillon


GREUBEL FORSEY Quadruple Tourbillon




GREUBEL FORSEY Invention




GREUBEL FORSEY Dial Side
Adik-beradik GREUBEL FORSEY bergaya dengan megahnya...


HARRY WINSTON dengan kerjasama GREUBEL FORSEY


HARRY WINSTON Opus 5


HARRY WINSTON Opus 5


HARRY WINSTON Opus 5
Harry Winston dengan kerjasama Urwerk... menghasilkan jam yang sungguh unik.



HD3 Bi-Axial Tourbillon


HD3 Bi-Axial Tourbillon



HUBLOT Big Bang Million Dollar watch
(the only piece in the world)

Semasa Hublot mengumumkan mereka nak buat projek untuk menghasilkan jam ni, pejabat Hublot di Geneva menerima banyak panggilan telefon mengenai jam ni. Yang cukup mengagumkan ialah jam ini terjual hanya melalui telefon. Pembeli bertuah langsung belum tengok design yang ingin dibuat & CEO mereka juga tidak tahu design-nya. Beliau hanya tahu design jam ini setelah jam ini siap. Hebat bukan?

Link di bawah menunjukkan video mengenai projek ini.

The Hublot One Million Dollar Big Bang in Geneva



HYSEK Colosso
Jam ni cukup mendebarkan sesiapa saja yang tengok. Tak pasti apa sebenarnya yang ada di tangan... Pelik, hebat, dahsyat... adalah perkataan yang sesuai untuk jam ini... Dengan harga US$550k akan membuatkan sesiapa yang memandang telan air liur... itu pun kalau boleh telan...



JACOB & CO. The Quenttin
Aku rasa apa yang anda fikirkan bila tengok jam ni. Kalau boleh boh syiling, mungkin boleh dapat 'jackpot'... Hebat, sudah pastinya hebat sesiapa yang memilikinya. Jam Rose Gold tu yang paling mahal antara semua.... cuma US$341.9k ja...


JAEGER LeCOULTRE Gyrotourbillon


MBF family
MBF sentiasa menghasilkan jam yang berbentuk radikal seperti ni. Rupa pun macam bukan jam ja. Sekali imbas sesiapa yang pandang mungkin menganggap ia hanyalah aksesori tangan.... bukannya jam. Hanya tuannya saja yang tahu..


MBF Horological Machine 3


MBF Horological Machine 3


MBF Horological Machine 3
Macam mana la nak buat movement camni?


MBF Horological Machine No2


MBF Horological Machine Titanum



Max Busser
Horological Machine n° 1



MBF
Launches Horological Machine No. 3 in Singapore




MTC Sequential One




MTC Sequential One



OMEGA
Aku tak pasti apakah nama jam ni. Belum pernah Omega hasilkan jam sebegini rupa... Dengan rupa yang berangka ini pasti membuat orang yang memakainya disulubungi... misteri...


PARMIGIANI Bugatti Type 370
Hmm... Hebat!


TAG Heuer
Monaco V4



THOMAS PRESCHER Triple Axis Tourbillon Regulator Sport Watch


ULYSSE NARDIN Freak DIAMon SIL


ULYSSE NARDIN Freak DIAMon SIL
Bijak betul watchmaker mereka. Kalau tiada lambang sauh pun.... orang akan tahu ini ialah ULYSSE NARDIN. Tengok saja rupa mekanikal yang bertindak sebagai jarum tu... Bentuknya mempunyai ciri-ciri sauh padanya.


ULYSSE NARDIN Freak DIAMon SIL



URWERK 202

Bentuk futuristic jam ni bagaikan sedang melihat cerita Star Trek dengan kapal angkasa mereka Enterprise. Bentuk seperti kapal angkasa yang sedang terbang di angkasa ini mempunyai cerita komik mereka sendiri. Tak percaya? Urwerk sebenarnya mempunyai keluaran komik mereka sendiri. Cerita yang berkisar mengenai pergolakkan manusia & alien di angkasa lepas menjadikan jam ini sebagai kapal angkasa & hero mereka adalah kedua-dua orang watchmaker Urwerk sendiri. Hebat betul! Harganya lebih kurang US$50k.


URWERK


URWERK Tarantula





URWERK

ZENITH Defy Xtreme Tourbilon ZERO G





What a work of art... Tanpa seni, tidak akan wujud jam-jam sebegini. Tanpa seni juga, maka tiadalah jam yang berada di tangan kita sekarang ini. Orang seni yang tak minat jam pun akan kagum & akan menilai serta akan appreciate hasil seni agung seperti ini.

Tengoklah betapa pemikiran & kreativiti manusia boleh mencipta jam yang gempak camni. Tengoklah bagaimana hasilnya sekiranya fikiran ciptaan tuhan ini diguna sebaik mungkin. Tengoklah bagaimana terciptanya & hasilnya sekiranya semua orang dalam suatu organisasi bergabung, bekerjasama dengan semangat berpasukan boleh menghasilkan jam yang akan menjadi lagenda seperti ini.

Leia Mais…