Dalam pembuatan jam, banyak bahan digunakan untuk menghasilkan ciptaan yang berkualiti & bermutu tinggi. Salah satunya ialah emas. Penggunaan emas adalah suatu bahan yang lazim digunakan tambah-tambah lagi jika ianya dari jenama terkenal & mewah. Penggunaan emas ini bukan saja cantik malah turut menaikkan lagi harganya.
Sebagai muslim, kita perlu mengikut lunas & hukum hakam yang telah ditetapkan oleh syarak. Janganlah terlalu obses & terlalu minat sampaikan membelakangi agama kita. Penggunaan emas sebagai plated, coating adalah suatu yang lazim. Yang menjadi masalahnya ialah jika emas itu emas tulen. Penggunaan emas tulen oleh muslimah tidak menjadi kesalahan.... yang salahnya jika muslim yang menggunakan emas tulen....
Penggunaan barang kemas hiasan daripada emas oleh lelaki.... hukumnya haram. Disebabkan ragu-ragu tentang penggunaan emas dalam jam tangan, aku telah mengemukakan persoalan ini kepada mereka yang arif termasuklah beberapa Pejabat Mufti negeri di Malaysia. Aku rasa wajib untuk aku sampaikan perkara ni setelah mendapat jawapan yang sahih.
----------------------------
Ini adalah email aku:
Assalamu'alaikum....
Saya seorang peminat jam tangan. Di sini saya ada sedikit kemushkilan mengenai bahan yang digunakan untuk jam tangan.
Pemakaian emas adalah haram bagi lelaki. Bagaimana pula jika jam tangan itu diperbuat keseluruhan dari emas? Contohnya jenama Rolex.
Ada pula jam yang hanya sebahagian saja diperbuat dari emas, contontohnya pada rim bahagian atas jam. Penggunaan emas jenis 14k. Bagaimana pula keadaan ini?
Akhir sekali... kawan saya mempunyai jam tangan Rolex untuk menyelam. Lepas beberapa lama beli, barulah dia tahu yang ada penggunaan emas dalam jam tu. Tapi untuk jam tu, emas putih hanya digunakan pada jarumnya saja & penunjuk bezel yang sedikit. Tujuan penggunaan emas ini ialah untuk mengelakkan bahan luminous (yang bercahaya waktu malam) akan menyebabkan jarum & penunjuk bezel tu mengalami 'kulat' dalam jangkamasa panjang. Disebabkan was-was, kawan saya dah tak berani lagi pakai jam tu.
Diharap tuan/puan/ustaz/ustazah dapat menyelesaikan belenggu saya ini. Terima kasih
Ini pula jawapan dari Pejabat Mufti Selangor:
Orang lelaki di haramkan memakai barang hiasan yang diperbuat daripada emas seluruh atau sebahagiannya termasuk jam tangan. Jikalau kita sudah beli jam yang kita tidak tahu komponennya diperbuat daripada emas, kemudian didapati jarumnya diperbuat daripada emas untuk lebih tahan adalah diharuskan.
------------------------------
Sekarang sudah jelas. Rasanya tak perlu lagi aku nak ulas lebih lanjut sebab aku bukanlah layak & arif nak meletakkan hukum terhadap sesuatu. Beli tapi tak pakai di tangan tak jadi masalah. Cuma kena fikirkan juga pasal zakat emas. Bukanlah niat aku nak menghampakan mereka yang mempunyai jam emas tulen. Niat aku cuma satu.... nak menyampaikan perkara yang benar & wajib untuk aku sampaikan perkara ini.
Penggunaan emas sebagai barangan perhiasan adalah haram.
Izinkan saya ulaskan sedikit
Persoalan, Kenapa Allah Swt melarang kaun Adam menggunakan emas?
Pertama, sudah tentu penggunaan emas pada jam yang bersentuh pada tangan manusia adalah haram untuk kaum lelaki kerana ia boleh mendatangkan penyakit manakala untuk kaum hawa ia adalah baik.
Kedua, Bagaimana pula penggunaan emas pada rim jam. Sedangkan rim jam tersebut tidak menyentuh kulit kaum lelaki. Sama juga penggunaan emas pada jarum jam. Allh swt melarang umat manusia dari kaum Adam menggunakan emas kerana penggunaan emas boleh mendatangkan penyakit.
Wallauhalam... emas memang haram kepada lelaki. Dlm konteks jam, ada jam yg keseluruhannya emas, ada juga sebahagian.
Mufti dah pun jawab yang penggunaan emas pada jam samada separuh atau penuh adalah haram penggunaannya. Kalau ada sebab macam yg dinyatakan tu, ianya harus.
Banyak sumber aku cari pasal penggunaan emas dalam jam. Tak jumpa. Ustaz yg aku tanya pun tak mampu nak ulas lanjut mengenainya. Sebab tu aku tanya mufti terus. Jawapannya ringkas tapi padat.
Ok... dah dapat jawapannya... aku copy & paste sumber yg aku dapat
1- Hikmah yang sebenarnya bagi seorang Muslim ialah: tunduk dan patuh kepada perintah Allah Taala. Sebagaimana firmanNya: “Dan tidak patut bagi lelaki mukmin dan wanita mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya membuat satu ketetapan, maka ada lagi pilihan lain tentang urusan mereka”. (Al-Ahzab: 36).
2- Kerana wanita adalah perhiasan, maka diberikan kelonggaran kepada mereka memakai emas dan sutera yang merupakan perhiasan yang paling tinggi. Manakala lelaki, dengan sifat kelelakiannya, tidak ada keperluan untuk menambah hiasan yang ada pada dirinya. Dan perhiasan2 itu tidak sesuai dengan sifat kelelakian seseorang lelaki.
Sebab itu dalam Quran, Tuhan menyebut ‘hilyah’ (perhiasan) dan ditafsirkan sebagai ‘wanita’ sebagaimana firman Allah: “Dan adakah patut orang yang dibesarkan dalam perhiasan, sedangkan dia tidak dapat memberi alasan terang dalam pertengkaran?” (Al-Zukhruf: 18).
Mujahid berkata: “Diberi kelonggaran bagi wanita memakai sutera dan emas”. Kemudian beliau membaca ayat di atas, dan menafsirkan ‘perhiasan’ sebagai ‘wanita’. Tafsir Tabari 21/579.
3- Ada juga sesetengah penulis yang mendakwa ada hikmah dari sudut saintifik, contohnya: memakai emas bagi lelaki akan melemahkan syahwat, dan boleh membawa penyakit, tetapi tidak bagi wanita. Namun, setakat ini kami masih belum menjumpai bukti kukuh dari kajian yang dipercayai tentang perihal ini.
Jawapan yang ko dapat dari Internet ini memang betul.
Persoalan dalam kepala aku ialah penggunaan emas separuh yang tidak menyentuh badan kaum lelaki seperti pada rim jam?
Selagi emas tidak menyentuh badan kaum lelaki perkara ini tidak akan berlaku (seperti...memakai emas bagi lelaki akan melemahkan syahwat, dan boleh membawa penyakit, tetapi tidak bagi wanita....).
Perkataan separuh dan sepenuhnya boleh buat tanggapan berbeza. Mungkin Mufti tu faham jenis emas 999 adalah emas sepenuhnya, emas 18k dan 14k ialah emas separuh.Sedangkan kita berbincang mengenai penggunaan separuh emas berkaitan diperbuat dari besi dan separuh emas. Setahu aku emas mempunyai jasad/molekul yang boleh dipisahkan dari molekul besi kerana sifat emas itu sendiri.
Penggunaan emas pada jam yang menyentuh kulit kaum Adam sah HARAM. Tapi pada RIM kena cari jawapan. Kerana RIM tak sentuh kulit kaum Adam... Jadi melemahkan nafsu syahwat kaum lelaki tak menjadi.... Sentuh aje emas pada tangan lemah lah nafsu sahywat korang.... Heeheeeee
Ada bebeapa isu boleh timbul. 1. Penggunaan emas pada jam sepenuhnya yang menyentuh kulit kaum Adam adalah HARAM .
2. Penggunaan emas separuh membawa tangapan berbeza sama ada jenis 916, 14k mahupun 18k atau besi & emas seperti pada rim 18K. Menjadi Persoalan.
3. Penggunaan jam adalah barang kemas boleh jadi haram juga? Boleh tak mufti jawab salan aku ni. Sebab menyamai kaum wanita.
Ini email yang aku dapat dari Seri. Ini penjelasannya...
Salam...
Terlalu sukar utk menjawap solan pendek tetapi memerlukan jawapan yang kompleks. Lebih2 lagi di dalam ruangan yang kecil ini. Saya sarankan kita semua membaca buku2 yang berkaitan maqosid syariah atu dlm bahasa melayunya matlamat syariah. Di dalamnya kita boleh dapati kenapa sesuatu perkara itu diperintah dan dalam perkara yang lain kita ditegah...
Sebagai seorang muslim yg kuat akidahnya, kita perlu berpegang kepada prinsip golongan salaf, mereka tidak mempertikaikan lagi apa yang telah diharamkan oleh Allah. Kerana mereka yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi. Walau bagimanapun ianya tidak melarang kita utk mencari jawapan kenapa sesuatu perkara itu diharamkan.
Di dalam kitab halal dan haram oleh Sheikh Sya`rawi ada soalan yang dilontarkan oleh sebilangan manusia yang cuba mempertikaikan beberapa hukum Allah. Mereka berkata "kenapa orang perempuan kena tutup rambut, kalau kena tutup lebih baik Allah tak payah la ciptakan rambut "..ada juga soalan " kenapa Allah ciptakan babi kalu ianya tidak boleh dimakan"... Sheikh Sya`rawi menjawab " adakah rambut pompuan diciptakan utk ditunjuk2?...adakah babi diciptakan Allah hanya utk dimakan?.. Jawapan dalam persolan, tetapi telah menjawab separuh dari soalan yang bertanya. Separuh lagi perlulah ia kembali kepada manhaj Islam yg betul..
Mari kita kembali kepada metodologi yg benar, seperti yang telah di tunjukkan oleh atuk kita Nabi Adam a.s... (baca surah Al-Baqorah tentang peristiwa Nabi Adam as).. Allah melarang Adam as memakan suatu tumbuhan dlm syurga. Hanya itu yang diharamkan. Tetapi Adam tergelincir dgn tipu daya iblis maka diturunkan Adam dan hawa ke Bumi.. Sewaktu di bumi Adam bertaubat kepada Allah. Adakah Adam berkata begini? "Ya Allah kenapakah engkau haramkan aku dari memakan tumbuhan itu semasa aku dlm syurga? sedangkan semua benda halal dlm syurga. Engkau jadikan semuanya halal tetapi kenapa satu ni jadi haram?... Jika ikut logiknya tentu Adam akan berkata dan mempersoalkan hal ini. Kerana semuanya penuh kenikmatan tetapi ditengah2nya ada satu benda yang diharamkan. Tetapi Adam hamba Allah yang takutkan Allah. Lihat apa yang adam berkata "Robbana Zolamna anfusana wa illam taghfirlana watarhamna lana ku na minal khosirin" (Ya Allah ya tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami dan jika eengkau tidak mengampunkan dosa kami dan merahmati kami maka kami akam menjadi golongan2 yang rugi" surah al a`raf ayat 23)... Adam tidak mempertikaikan langsung apa yang diharamkan Allah. Tetapi terus memohon keampunan dari Penciptanya.
Semoga kita dapat mengikuti prinsip dan displin taubat Adam dalam hal ini. Adapun mencari yang terisrat dan tersurat didalam apa yang diharamkan Allah tidaklah dilarang. Semoga setiap penemuan akan bertambah keimanan kita kepada Allah.. Wallahualam.
Kalau dibaca komen saya sebelum ini saya bukan mempertikaikan ajaran Allah swt.
....prinsip golongan salaf, mereka tidak mempertikaikan lagi apa yang telah diharamkan oleh Allah.... (Petikan Seri)
Melalui persoalan saya sebelum ini : Boleh jawab tak kenapa pakai emas diharamkan untuk kaum lelaki? dari persoalan ini kita boleh jawab kenapa kaum Adam tak boleh pakai emas kerana mengundang penyakit kerana molekul/jasad emas tidak sesuai untuk golongan Adam.
Setahu aku, emas yang bersentuhan pada kulit kaum Adam akan mengundang penyakit. Tetapi jam tangan yang rim 18K duduk pada molekul besi dan tidak bersentuhan dengan kulit kaum Adam. Tapi bagaimana penyakit seperti lemah syahwat boleh boleh muncul pulak sedangkan emas duduk atas molekul besi dan tidak bersentuhan dengan kulit kaum Adam.
Kalau begitu penggunaan jam tangan juga haram sebab menyerupai barangan kemas kaum Hawa? Cuba cari jawapan ini....
Separuh emas memberi tanggapan berbeza kepada kita dan mufti kerana mufti tak main jam, Kalau Mufti yang disoal kan ini main jam mungkin dia boleh jawab dengan betul. Separuh emas yang kita maksudkan memberi tanggapan berbeza pada rim (masih tak ada jawapan) dan keseluruhan body jam emas 18K (sah salah sebab bersentuhan pada kulit kaum Adam).
Saya risau apabila kita bincangkan topik "penggunaan emas pada jam" ia akan memberi jawapan yang sebaliknya. Kita ada pembaca blog ini sehingga ke Indonesia. Sekali kita membincangkan sesuatu isu memberi jawapan yang salah Nauzubillah... mungkin berjuta akan menerima kesannya. Aku tak nak tanggung dosa ni. Sebab tu aku muncul.
Melalui topik ini sebenarnya penggunaan emas pada jam bergantung kepada kedudukan emas emas tersebut pada jam sama ada salah atau tidak disisi agama Islam.
Kalau susah-susah sangat tak payah pakai jam tangan...... Sebab golongan Kafir/Syaitan akan cuba untuk menyesatkan umat Islam sehingga ke akhir zaman.
Susah nak jawab persoalan ni. Pakai jam tangan tak salah sebab bukannya perhiasan... bergantung juga atas niat kita sebab apa pakai jam. Kalau niat pakai jam nak menunjuk-nunjuk walaupun bukan jam emas sudah dikira berdosa. Bagi kita yang minat jam, sudah tentu bukan itu niat kita.
Dari segi kedudukan emas pada jam, susah juga kita nak buat ulasan. Kena berdepan dengan ustaz-ustaz & cerita pasal jam depan mata.
Yang aku faham dari jawapan mufti tu, rim atas jam tu dikira jam sebahagian emas. Walaupun tak sentuh kulit, penggunaan emas atas rim sudah tentu tidak memberi apa-apa fungsi melainkan sebagai perhiasan. Walauapapun kita kena tanya orang yang lebih arif, duduk & bincang bersama-sama dengan jam tu sendiri.
Terima kasih atas pandangan. Kadang2x kita terlepas pandang beberapa perkara kerana minat dan suka. Sy sendiri baru shj beli jam rolex terus dr switzerland. Bertalikan presiden brecelet gold 18k dan steel. Rasa was2x pula dgn hukum pemakaiannya. Sy perlukan masa utk mendapatkn pandangan dan fatwa yg lebih tepat. Semoga kita diberi hidayah yg baik dr Nya.
Salam. Nak tanya sikit. Bagi jam casio gshock seperti di link ni :- http://global.rakuten.com/en/store/somania/item/swatch-g-9330a-4er/
Boleh dikirakan emas ke? Gshock bukanlah termasuk categori jam mewah seperti rolex. Tapi ade model2 tertentu di mana back plate nya warna emas begitu juga keeper dia. Kurang pasti sama ada sedikit emas tulin atau tidak di jam tu. Harap pakar2 jam di sini dapat tunujuk ajat. Tq.
Adoi hai ko ni..kan emas tu sebahgian dari jam yang kite pakai pada tubuh x kire sebanyak mane emas tu tetap sebahagian dari jam yg kite pkai..hukumnye memang haram sama sekali..siapa yg pandai2 ckap mesti bersentuhan ngan kulit,x perlu pon janji kite memakai nye pada diri kite dah cukup jawapanye haram..dan siapa yg pndai ckap Allah larang sebab boleh datangkan penyakit pada kaum adam,boleh lemah syahwat..tu sume dari pandangam saintifik..Xde pon larangan sebab2 tu sume,cuma Allah dah tetapkan hukum nye haram,,siapa kita nak persoalkan sebabnye..kite dah diperintahkan maka turuti perintah tu..renungkan kisah adam dan hawa dikeluarkan dari syurga,sifat manusia ingin tahu hingga ingkar larangan.

Untuk yang sedang mencari-cari jam @ barangan jam, bolehlah kunjungi blog di bawah ini. Mungkin ada koleksi yang dipaparkan menarik minat anda. Silalah layari...
13 KOMEN ANDA:
Penggunaan emas sebagai barangan perhiasan adalah haram.
Izinkan saya ulaskan sedikit
Persoalan, Kenapa Allah Swt melarang kaun Adam menggunakan emas?
Pertama, sudah tentu penggunaan emas pada jam yang bersentuh pada tangan manusia adalah haram untuk kaum lelaki kerana ia boleh mendatangkan penyakit manakala untuk kaum hawa ia adalah baik.
Kedua, Bagaimana pula penggunaan emas pada rim jam. Sedangkan rim jam tersebut tidak menyentuh kulit kaum lelaki. Sama juga penggunaan emas pada jarum jam. Allh swt melarang umat manusia dari kaum Adam menggunakan emas kerana penggunaan emas boleh mendatangkan penyakit.
Wallauhalam... emas memang haram kepada lelaki. Dlm konteks jam, ada jam yg keseluruhannya emas, ada juga sebahagian.
Mufti dah pun jawab yang penggunaan emas pada jam samada separuh atau penuh adalah haram penggunaannya. Kalau ada sebab macam yg dinyatakan tu, ianya harus.
Banyak sumber aku cari pasal penggunaan emas dalam jam. Tak jumpa. Ustaz yg aku tanya pun tak mampu nak ulas lanjut mengenainya. Sebab tu aku tanya mufti terus. Jawapannya ringkas tapi padat.
Ok... dah dapat jawapannya... aku copy & paste sumber yg aku dapat
1- Hikmah yang sebenarnya bagi seorang Muslim ialah: tunduk dan patuh kepada perintah Allah Taala. Sebagaimana firmanNya:
“Dan tidak patut bagi lelaki mukmin dan wanita mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya membuat satu ketetapan, maka ada lagi pilihan lain tentang urusan mereka”. (Al-Ahzab: 36).
2- Kerana wanita adalah perhiasan, maka diberikan kelonggaran kepada mereka memakai emas dan sutera yang merupakan perhiasan yang paling tinggi. Manakala lelaki, dengan sifat kelelakiannya, tidak ada keperluan untuk menambah hiasan yang ada pada dirinya. Dan perhiasan2 itu tidak sesuai dengan sifat kelelakian seseorang lelaki.
Sebab itu dalam Quran, Tuhan menyebut ‘hilyah’ (perhiasan) dan ditafsirkan sebagai ‘wanita’ sebagaimana firman Allah:
“Dan adakah patut orang yang dibesarkan dalam perhiasan, sedangkan dia tidak dapat memberi alasan terang dalam pertengkaran?” (Al-Zukhruf: 18).
Mujahid berkata: “Diberi kelonggaran bagi wanita memakai sutera dan emas”. Kemudian beliau membaca ayat di atas, dan menafsirkan ‘perhiasan’ sebagai ‘wanita’. Tafsir Tabari 21/579.
3- Ada juga sesetengah penulis yang mendakwa ada hikmah dari sudut saintifik, contohnya: memakai emas bagi lelaki akan melemahkan syahwat, dan boleh membawa penyakit, tetapi tidak bagi wanita. Namun, setakat ini kami masih belum menjumpai bukti kukuh dari kajian yang dipercayai tentang perihal ini.
Wallahu A’lam.
Jawapan yang ko dapat dari Internet ini memang betul.
Persoalan dalam kepala aku ialah penggunaan emas separuh yang tidak menyentuh badan kaum lelaki seperti pada rim jam?
Selagi emas tidak menyentuh badan kaum lelaki perkara ini tidak akan berlaku (seperti...memakai emas bagi lelaki akan melemahkan syahwat, dan boleh membawa penyakit, tetapi tidak bagi wanita....).
Perkataan separuh dan sepenuhnya boleh buat tanggapan berbeza. Mungkin Mufti tu faham jenis emas 999 adalah emas sepenuhnya, emas 18k dan 14k ialah emas separuh.Sedangkan kita berbincang mengenai penggunaan separuh emas berkaitan diperbuat dari besi dan separuh emas. Setahu aku emas mempunyai jasad/molekul yang boleh dipisahkan dari molekul besi kerana sifat emas itu sendiri.
Penggunaan emas pada jam yang menyentuh kulit kaum Adam sah HARAM. Tapi pada RIM kena cari jawapan. Kerana RIM tak sentuh kulit kaum Adam... Jadi melemahkan nafsu syahwat kaum lelaki tak menjadi.... Sentuh aje emas pada tangan lemah lah nafsu sahywat korang.... Heeheeeee
Ada bebeapa isu boleh timbul.
1. Penggunaan emas pada jam sepenuhnya yang menyentuh kulit kaum Adam adalah HARAM .
2. Penggunaan emas separuh membawa tangapan berbeza sama ada jenis 916, 14k mahupun 18k atau besi & emas seperti pada rim 18K. Menjadi Persoalan.
3. Penggunaan jam adalah barang kemas boleh jadi haram juga? Boleh tak mufti jawab salan aku ni. Sebab menyamai kaum wanita.
Ok....tu je setakat ini...
Apa kata, kita sama2 cari jawapan. Yg aku dpt dari mufti tu ringkas saja. Aku memang ada nyatakan juga penggunaan emas 14k pada rim jam tu.
Setakat ni, takda perbincangan yg aku jumpa mengenai penggunaan emas pada jam di mana2. Sebab tu aku terasa nak tanya mufti.
Nanti dapat jawapan, kita sambung lagi. Cumanya kalau was-was, lebih baik jangan pakai. Itu lebih baik...
Ini email yang aku dapat dari Seri. Ini penjelasannya...
Salam...
Terlalu sukar utk menjawap solan pendek tetapi memerlukan jawapan yang kompleks. Lebih2 lagi di dalam ruangan yang kecil ini. Saya sarankan kita semua membaca buku2 yang berkaitan maqosid syariah atu dlm bahasa melayunya matlamat syariah. Di dalamnya kita boleh dapati kenapa sesuatu perkara itu diperintah dan dalam perkara yang lain kita ditegah...
Sebagai seorang muslim yg kuat akidahnya, kita perlu berpegang kepada prinsip golongan salaf, mereka tidak mempertikaikan lagi apa yang telah diharamkan oleh Allah. Kerana mereka yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi. Walau bagimanapun ianya tidak melarang kita utk mencari jawapan kenapa sesuatu perkara itu diharamkan.
Di dalam kitab halal dan haram oleh Sheikh Sya`rawi ada soalan yang dilontarkan oleh sebilangan manusia yang cuba mempertikaikan beberapa hukum Allah. Mereka berkata "kenapa orang perempuan kena tutup rambut, kalau kena tutup lebih baik Allah tak payah la ciptakan rambut "..ada juga soalan " kenapa Allah ciptakan babi kalu ianya tidak boleh dimakan"... Sheikh Sya`rawi menjawab " adakah rambut pompuan diciptakan utk ditunjuk2?...adakah babi diciptakan Allah hanya utk dimakan?.. Jawapan dalam persolan, tetapi telah menjawab separuh dari soalan yang bertanya. Separuh lagi perlulah ia kembali kepada manhaj Islam yg betul..
Mari kita kembali kepada metodologi yg benar, seperti yang telah di tunjukkan oleh atuk kita Nabi Adam a.s... (baca surah Al-Baqorah tentang peristiwa Nabi Adam as).. Allah melarang Adam as memakan suatu tumbuhan dlm syurga. Hanya itu yang diharamkan. Tetapi Adam tergelincir dgn tipu daya iblis maka diturunkan Adam dan hawa ke Bumi.. Sewaktu di bumi Adam bertaubat kepada Allah. Adakah Adam berkata begini? "Ya Allah kenapakah engkau haramkan aku dari memakan tumbuhan itu semasa aku dlm syurga? sedangkan semua benda halal dlm syurga. Engkau jadikan semuanya halal tetapi kenapa satu ni jadi haram?... Jika ikut logiknya tentu Adam akan berkata dan mempersoalkan hal ini. Kerana semuanya penuh kenikmatan tetapi ditengah2nya ada satu benda yang diharamkan. Tetapi Adam hamba Allah yang takutkan Allah. Lihat apa yang adam berkata "Robbana Zolamna anfusana wa illam taghfirlana watarhamna lana ku na minal khosirin" (Ya Allah ya tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami dan jika eengkau tidak mengampunkan dosa kami dan merahmati kami maka kami akam menjadi golongan2 yang rugi" surah al a`raf ayat 23)... Adam tidak mempertikaikan langsung apa yang diharamkan Allah. Tetapi terus memohon keampunan dari Penciptanya.
Semoga kita dapat mengikuti prinsip dan displin taubat Adam dalam hal ini. Adapun mencari yang terisrat dan tersurat didalam apa yang diharamkan Allah tidaklah dilarang. Semoga setiap penemuan akan bertambah keimanan kita kepada Allah.. Wallahualam.
Salam
Kalau dibaca komen saya sebelum ini saya bukan mempertikaikan ajaran Allah swt.
....prinsip golongan salaf, mereka tidak mempertikaikan lagi apa yang telah diharamkan oleh Allah....
(Petikan Seri)
Melalui persoalan saya sebelum ini : Boleh jawab tak kenapa pakai emas diharamkan untuk kaum lelaki? dari persoalan ini kita boleh jawab kenapa kaum Adam tak boleh pakai emas kerana mengundang penyakit kerana molekul/jasad emas tidak sesuai untuk golongan Adam.
Setahu aku, emas yang bersentuhan pada kulit kaum Adam akan mengundang penyakit. Tetapi jam tangan yang rim 18K duduk pada molekul besi dan tidak bersentuhan dengan kulit kaum Adam. Tapi bagaimana penyakit seperti lemah syahwat boleh boleh muncul pulak sedangkan emas duduk atas molekul besi dan tidak bersentuhan dengan kulit kaum Adam.
Kalau begitu penggunaan jam tangan juga haram sebab menyerupai barangan kemas kaum Hawa? Cuba cari jawapan ini....
Separuh emas memberi tanggapan berbeza kepada kita dan mufti kerana mufti tak main jam, Kalau Mufti yang disoal kan ini main jam mungkin dia boleh jawab dengan betul. Separuh emas yang kita maksudkan memberi tanggapan berbeza pada rim (masih tak ada jawapan) dan keseluruhan body jam emas 18K (sah salah sebab bersentuhan pada kulit kaum Adam).
Saya risau apabila kita bincangkan topik "penggunaan emas pada jam" ia akan memberi jawapan yang sebaliknya. Kita ada pembaca blog ini sehingga ke Indonesia. Sekali kita membincangkan sesuatu isu memberi jawapan yang salah Nauzubillah... mungkin berjuta akan menerima kesannya. Aku tak nak tanggung dosa ni. Sebab tu aku muncul.
Melalui topik ini sebenarnya penggunaan emas pada jam bergantung kepada kedudukan emas emas tersebut pada jam sama ada salah atau tidak disisi agama Islam.
Kalau susah-susah sangat tak payah pakai jam tangan...... Sebab golongan Kafir/Syaitan akan cuba untuk menyesatkan umat Islam sehingga ke akhir zaman.
Nanti aku cuba carikan jawapannya.
Salam Mr Dils,
Susah nak jawab persoalan ni. Pakai jam tangan tak salah sebab bukannya perhiasan... bergantung juga atas niat kita sebab apa pakai jam. Kalau niat pakai jam nak menunjuk-nunjuk walaupun bukan jam emas sudah dikira berdosa. Bagi kita yang minat jam, sudah tentu bukan itu niat kita.
Dari segi kedudukan emas pada jam, susah juga kita nak buat ulasan. Kena berdepan dengan ustaz-ustaz & cerita pasal jam depan mata.
Yang aku faham dari jawapan mufti tu, rim atas jam tu dikira jam sebahagian emas. Walaupun tak sentuh kulit, penggunaan emas atas rim sudah tentu tidak memberi apa-apa fungsi melainkan sebagai perhiasan. Walauapapun kita kena tanya orang yang lebih arif, duduk & bincang bersama-sama dengan jam tu sendiri.
Terima kasih atas pandangan. Kadang2x kita terlepas pandang beberapa perkara kerana minat dan suka. Sy sendiri baru shj beli jam rolex terus dr switzerland. Bertalikan presiden brecelet gold 18k dan steel. Rasa was2x pula dgn hukum pemakaiannya. Sy perlukan masa utk mendapatkn pandangan dan fatwa yg lebih tepat. Semoga kita diberi hidayah yg baik dr Nya.
Salam. Nak tanya sikit. Bagi jam casio gshock seperti di link ni :- http://global.rakuten.com/en/store/somania/item/swatch-g-9330a-4er/
Boleh dikirakan emas ke? Gshock bukanlah termasuk categori jam mewah seperti rolex. Tapi ade model2 tertentu di mana back plate nya warna emas begitu juga keeper dia. Kurang pasti sama ada sedikit emas tulin atau tidak di jam tu. Harap pakar2 jam di sini dapat tunujuk ajat. Tq.
Salam kooks...
Rasanya takda masalah warna emas dlm jam gshock sbb bukan emas tulin. Kalau emas tulen pasti harganya akan sangat mahal.

Post a Comment