Monday, August 15, 2011

Tahukah anda? J-Springs?

Gambar pinjam


Pernah dengar nama J-Springs? Mungkin ramai yang tidak mengenali nama ini. Manakan tidak, jam ini tidak pernah dijumpai di sini. Mungkin tak masuk pasaran sini atau aku yang tak pernah jumpa... Haha...


Gambar pinjam

J-Springs bermaksud Japan Springs... Jenama ini merupakan produk keluaran Seiko Instruments Inc. Lebih kurang sama dengan Alba, Pulsar Lorus la... Mereka turut menggunakan movement yang sama dari Seiko. Dari segi harga, jenama ini dijual lebih murah dari Seiko sepertimana sub-brand yang lain. Dari segi kualitinya, tidak pasti kerana aku tidak pernah melihatnya secara live. Namun aku rasa sama standart dengan Alba. 

Mmereka mempunyai pelbagai variasi model dengan pelbagai design yang cukup menarik.. Mari sama-sama kita lihat antara model-model yang ada....


Gambar pinjam

Jam ini menggunakan movement automatik... Movement dari 7S.


Gambar pinjam


Gambar pinjam


J Springs BBH104 Mens Prestige Sports Orange Black Watch
Gambar pinjam

Model diver... Perhatikan tali getah yang berbentuk wave itu... DNA Seiko ada di situ...


Gambar pinjam

Model dress yang cukup menawan.


Gambar pinjam

Cukup sporty!


Gambar pinjam

Model kiri tu mengingatkan aku pada Seiko Ananta...


Gambar pinjam

Aku cukup tertarik jam sebelah kanan tu... boleh main dart beb!

Tidak banyak informasi yang aku dapat mengenai jenama ini. Jika ada yang berminat, aku hanya tahu boleh dapatkannya secara online sahaja. Boleh google nama JSPRINGS & akan keluar banyak web yang menjualnya....

Mereka juga turut mempunyai web rasmi yang boleh dilayari pada link di bawah ini.

6 KOMEN ANDA:

sah_kul said...

Pernah jumpa tp mcm tak konfiden pulak... model awal mcm rolex kalau tak silap...entahlah, ingat2 lupa gitu...

duniajam said...

Rezeki la pernah jumpa. Aku tak pernah jumpa langsung. Hehe... Nama tak familiar, tu yg org tak konfiden... Bila tau Seiko punya brand mungkin org akan terkejut plak. Hehe

sah_kul said...

Jgn marah boss...kwn jumpa kt internet aja (Chino watch) hehe :)

duniajam said...

Tipah tertipu lagi.. huhuhu..... Haha

kunci jam said...

Dah lama tahu, memang Seiko punya caliber 7S26. Paling murah RM 600 rasanya, tapi baik cari Swiss made tambah RM 600 lagi kurang2 dapat Certina ?.

thetick-thetick said...

zaman OEM ni, pemasaran penting... design, lepas tu jenama. ikut mood pembeli dan trend semasa.... brand J Springs ni tak jauh beza dengan jenama-jenama OEM lain. nengok gambar2 ni aku tau dia outsource dan guna banyak movement. Ronda, Miyota, dan kemungkinan gak Seiko dan ETA jelmaan buatan China. zaman OEM ni, movement apa? apa konfigurasi dial? semua bole bikin... janji yang genuine, ada warranty.... nak beli, tepuk poket tanyalah selera... brand penting woo