Friday, October 28, 2011

Nasihat kepada kawan-kawan blogger

Ramai yang telah mengetahui wujudnya ramai individu penipu yang mengambil kesempatan mencuri gambar & info jam dalam blog & dijual pula samada dalam Mudah.my, eBay ataupun blog sendiri....

Hal ini telah lama dihebahkan di dalam Facebook & beberapa penjual ini telah dijumpai mencuri gambar berserta info dari blog-blog tertentu & membuatkannya seolah-olah jam itu miliknya. Mereka menjual secara berleluasa di alam maya. 

Jika anda telah mengenalpasti & yakin gambar anda telah dieksploitasi mereka untuk menipu orang, sila buat laporan kepada admin web tersebut, polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengekang perkara ini.

Ambillah langkah sewajarnya agar ramai yang tidak tertipu dengan mereka... Nasihat aku supaya semua blogger buatlah WATERMARK pada setiap gambar jam yang anda upload dalam blog anda bagi mengelakkan kecurian.

HARAP MAKLUM....


10 KOMEN ANDA:

walikard said...

InsyaALLAH, noted. TQ Dj

duniajam said...

Elok buat bro.. makin menjadi nampaknya penipu ni...

zul said...

tu la baru-baru ni terjumpa satu blog yang semua isinya serupa dengan blog yang popular. Terima kasih atas nasihat ni.

sah_kul said...

kalau ada sign watermark yg menarik untuk blog saya bolehlah kirimkan ke email saya. Jasa baik tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih...

duniajam said...

sah kul...

Kena bayar tu bro... hehe

duniajam said...

cikgu zul....

bahaya la ni... rasa penat pun ada amk gambo elok2.. org lain curi & salah guna pula. Kalau guna untuk kebaikan takpa la juga... mmmm....

anisyazila said...

uihh,, bahayala..mengambil kesemptan la plak yer,,tp memang kalo ada watermark susahler org nak edit n guna smula gambar tu...

duniajam said...

betui tu cikgu Jojoe....

Org curi gambar kita & claim cam depa punya.... Salah guna pula... naya org lain... Aku boh watermark kat semua gambar aku la ni... psl aku rasa penat amik gambar & edit.

Susah2 buat, org lain curi untuk salah guna pula.. Kalau utk kebaikan ok la gak kan.. hehe...

Benda ni bukan takat ni saja, di kalangan wartawan pun jadi. Ada kes wartawan akhbar ni curi gambar eksiden dari blog On The Scene... Pastu wartawan tu buat soalah2 depa pi & amik gambar eksiden tu.. Buat berita.. tak betul pula berita tu.... bengang la blogger On The Scene tu. Susah payah dia buat liputan, wartawan lain yg dpt nama... beliau pun nasihat semua blogger buat watermark utk elak kes cam dia jadi...

thetick-thetick said...

Semalam ada sorang mamat tanya aku berapa harga jam "Seiko SUMO". Dia dari Brunei. Setahu aku kat blog aku mana ada jual/offer jam Seiko SUMO. Ni cerita hampir sama la kut. Ntah ntah ada kutu main belasah publish kat mudah.my so dia tanya... ni kes hangat nih! Aku reply kat mamat tu melalui email aku... sorry hek, silap kedai. Kedai aku jual roti chanai dengan teh tarik jeh!!!!

duniajam said...

Haha.... dia main tembak ja tu bang.... muahahaha.........