Monday, October 31, 2011

Jalan-jalan cuci mata.... Jom pi Padang Besar!

Sabtu, 29 Oktober 2011.... aku & isteri ke Padang Besar. Dah lama aku tak ke sana... jomlah kita pi. Tujuan utama sebenarnya nak jalan ke kedai-kedai jam di situ... manalah tahu tersangkut yang menarik di sana... 

Seperti pengembaraan lepas, kami ke sana dengan menaiki skuter juga. Di samping jalan tengok jam, dapat juga layan naik moto. Cuaca hari tu agak mendung. Kami nak cuba ikut highway ke Padang Besar melalui ladang tebu. Menurut rakan-rakan, ianya lebih cepat berbanding jalan biasa. Sengaja aku selang seli cerita ni dengan pengembaraan aku dulu... yang belum siap & masih berbaki 5 episod....


Rumah agam itu sungguh besar & rasanya dah setahun pembinaan. Cukup besar & gah sampaikan kerabat diraja Perlis ingin membelinya namun tuannya tak mahu melepaskannya... Padi mula menghijau di kawasan sekitar. Pemandangan indah yang cukup biasa jika bertandang ke Perlis.

Kami melalui highway percuma yang disediakan kerajaan negeri Perlis... Ia menghubungkan Kuala Perlis dengan Changloon, Kedah.


Dah lama aku nampak papan tanda ke Padang Besar ni, tapi tak pernah melaluinya. Pertama kali melaluinya membuatkan hati aku cukup teruja. Bangunan yang nampak nun jauh itu merupakan kampus tetap Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Entah bila akan siap sepenuhnya bagi menempatken keseluruhan pelajar di dalamnya. Buat masa sekarang, fakulti, jabatan, pejabat, asrama UNIMAP berselerak di seluruh Perlis. Rata ceruk boleh jumpa mereka punya bangunan. Jenuh pelajar mereka pergi ke sana sini... Hanya beberapa fakulti sahaja yang ada di situ buat masa sekarang.


Jalannya cukup baik & pemandangan cukup cantik. Kenderaan pun sangat kurang. Suatu perkara biasa di Perlis pada hari Ahad..... paling aman dari kenderaan. Dari jauh, boleh nampak jalannya & selekoh yang ada. Boleh nampak apa yang menanti di depan.... Kami dah nak masuk ke ladang tebu terbesar di Malaysia...


Aku ditemani Moon yang agak mengganggu tunggangan.... asyik jeling je.. Adoi la...


Itulah kilang gula yang telah menabur bakti berpuluh tahun membekal gula kepada rakyat Malaysia...


Ladangnya cukup luas... laluan ini akan melalui ladang tebu terkenal ini. Boleh tengok suatu pemandangan yang berbeza. Jika tadi melalui sawah padi terbentang luas... kali ini melalui ladang tebu seluas mata memandang.


Aku ternampak laluan masuk ke ladang ini... aku teringin nak masuk. Kalau naik kereta, memang aku tak masuk la.. menyusahkan pula nanti. Teringat aku pada filem KL Menjerit yang pernah dilakonkan di ladang ini...


Jadi moto offroad pula skuter aku ni... posing pi la no....


Seluas mata memandang...... ada sekatan jalan raya di sini oleh Unit Penjegah Penyeludupan (UPP).


Kalau itu adalah gurun... kawasan berair itu bagaikan oasis... nampak cam seronok je pi situ.. kuikuikui....


Perut dah lapar... kebetulan ada gerai makan tepi jalan. Kami singgah makan tengah hari di sini. Ada 3 gerai di sini. Gerai makan ni sudah berada di pinggiran ladang tebu. Pekan Padang Besar hanya beberapa kilometer saja lagi dari sini.


Pekan Padang Besar yang cukup terkenal. Kalau musim cuti sekolah punyalah ramai orang. Pekannya tak besar, tapi merupakan tempat membeli belah terkenal satu Malaysia. Berbas-bas orang datang. Ada satu kedai jam berada di deretan kedai di tepi jalan ini...


Inilah kedainya... KAH TIME. Tokeynya cukup peramah. Aunty yang melayan aku tu dah buka kedai jam ni sejak tahun 1980 & merupakan antara kedai pioneer yang mula berniaga di sini. Jam yang dijual tak banyak.. Tapi sangat menarik kerana mereka menjual model-model lama yang sudah tiada di pasaran. Namun harganya masih harga lama... harga jam tak turun bang oi....


Deretan model Seiko The Age Of Discovery yang pernah manjadi impan aku sejak di bangku sekolah... Kedai ni masih menjualnya... Aku berhajat untuk memilikinya suatu hari nanti... 


Ini adalah keratan iklan Seiko The Age Of Discovery yang masih aku simpan hingga hari ini. 


Model-model lama Seiko quartz & Alba yang sungguh menarik perhatian. Yang aku perasan, harga jam Alba di sini lebih murah.


Ini adalah Seiko diver yang belum pernah aku lihat. Menarik juga.... jangan tanya harga sebab aku lupa nak tengok.. Haha...


Jam-jam lama (NOS) masih dijual.. Umpamanya Bulova, Chagal, Mido masih dijual. Harga Mido Commander di sini masih murah kerana masih kekalkan harga lama. Kali terakhir aku ke sini, ada banyak juga Mido Commander, sekarang cuma tinggal 3. Katanya ramai pelanggan dari Thailand datang membeli dengannya.


Titoni! Banyak beb!


Ini antara lain jam lama yang masih dijual... Teringat betul aku kat Puma tu... Lorus Mickey Mouse tu cukup menarik perhatian aku.


Casio gold yang kini diminati ramai selebriti. Casio tak banyak dijual di sini. Gambar bawah tu menunjukkan deretan Seiko 5 yang di jual di sini.


Aku teracun benar dengan tiga Seiko The Age Of Discovery.... Model ni adalah model chronograph yang menggunakan movement yang agak rare.

Ini juga menarik perhatian aku... komplikasi cukup banyak... 


Yang ni aku suka... ringkas & nipis... Aduhai.... Aunty cakap tengok tak beli takpa.. Kalau terasa nak beli mai lain... Hehe... Kalau tak dapat tidur malam... sah aku kena pi beli jam ni...


Kami teruskan perjalanan ke sempadan Thailand. Niat di hati nak pergi ke kompleks bebas cukai Emas Kerajang. 


Kena masuk border dulu... bila sampai ke kaunter, beritahulah petugas yang kita nak pergi ke kompleks bebas cukai tu... Tak perlu tunjuk apa-apa dokumen.

Nasib aku tak baik... kamera aku kehabisan bateri & aku tak bawa pula bateri spare.... Lepas ni aku guna kamera HP untuk gambar-gambar berikutnya....


Inilah kompleksnya.. kebetulan orang tak ramai. Hanya beberapa kenderaan saja. Aku parking betul-betul bawah foyer... takda sapa nak marah kot....


Hah! Tu dia! Bersedialah aku menahan nafsu....


Dalam banyak Tag Heuer yang ada... Heuer Monaco ini sangat menarik perhatian aku. Pertama kali aku melihat model Monaco ini. Tak kira aku nak tengok juga walau awek penjual tu macam tak percaya aku minta tengok.. tak kiralah aku nak tengok juga. Mungkin sebab harganya RM24800 kot.. Biaq betui mamat ni... Haha.. Biaq pi kat aku la.. aku nak tengok juga...

Ia adalah model limited edition. Ada 2 versi yang dijual. Satu lagi dial berwarna putih pearl. Aku lupa pula nak ambil gambar. Ia menggunakan Caliber 11... sama seperti Tag Heuer Monaco Gulf yang aku tengok di KL dulu. Dengan harga lebih RM20k tanpa diskaun... aku mengucapkan ribuan terima kasih!!!


Saiz lebih kurang Moon... Monaco adalah salah satu jam grail aku. Aku tak pasti samada boleh memilikinya atau tidak dalam hidup ni. Kalau aku tak dapat memilikinya pun tak apa aku tak kecewa. Sebab hidup di dunia bukanlah abadi... tidak perlu kecewa jika tidak mendapat sesuatu yang kita idamkan kerana akhirat sana lebih penting untuk dikejar.... 



Ada pelbagai jenama Swiss dijual... antaranya Tag Heuer, Oris, Mido, Longines, Tissot, Montblanc & lain-lain lagi.


Antara jam yang mempunyai kotak khas yang unik.


Dua-dua jam ni sangat menarik perhatian aku... Longines Legend Diver (RM6800) & Longines WWW Greenlander (aku tak tau berapa harga & malas aku nak tanya awek tu).....


Antara koleksi Longines Heritage yang mempunyai harga tak masuk akal!


Rupanya betul-betul sama dengan model vintage. Ini yang paling murah pun.... 


Tissot Sea-Touch... model diver yang punyai fungsi yang complicated. 


Dalam semua model Tissot, ini yang paling aku tertarik & sudah lama aku menanti.. Selama ini hanya melihatnya di internet & aku amat teruja untuk melihatnya lebih dekat. Kata penjual ianya baru sangat masuk dalam kedai mereka...


Ia adalah model Seastar 1000 Automatic Chronograph yang sudah beberapa bulan dilancarkan di pasaran luar. Yang menarik mengenai jam ini ialah ia merupakan jam chronograph automatic dengan 3 register. Ia menggunakan movement terbaru ETA cal. C01.211. 

Walaupun caliber ini menggunakan beberapa komponen plastik di dalamnya, ianya berbaloi memandangkan harga yang murah & merupakan salah satu pilihan pembeli yang ingin merasai jam chronograph automatik tanpa merabakkan poket. Jika jam ini menggunakan Valjoux 7750, rasanya harganya akan 2 kali ganda dari harganya sekarang.... Ia dijual pada harga RM3600 sebelum diskaun.

Melihatkan rupanya itu, aku sudah tertarik. Bezel jenis embosed dengan kontras hitam di dalamnya dibuat cukup kemas & nampak berstandart tinggi. Jarumnya unik berserta warna biru jarum saat chrono & sedikit pada dial mambangkitkan rupanya itu.... memberikan mood yang tenang. Suatu perkara yang aku kurang minat adalah saiznya yang cukup besar.... 48mm... Sesuai kepada mereka yang sukakan jam yang besar...


Ada helium escape valve di bahagian tepi. Hebat! Ia mempunyai rating water resistant 300 meter. Nampaknya nama Seastar 1000 tu bukanlah rating kedalamannya. 


Mempunyai crown berlogo yang besar jenis screw-down termasuklah 2 push button. Buatannya cukup solid, berat & berkualiti tinggi. 


Caseback mempunyai cermin yang menampakkan movementnya.. Movement yang sama turut digunakan pada jam Swatch. 


Sangat berbeza saiznya dengan Moon.. sekadar perbandingan saiz saja....


Walaupun aku minat jam ni pada mulanya, tapi ianya bukanlah untuk aku. Aku hilang minat terus disebabkan saiznya itu. Namun ada satu lagi model automatik siri tanpa chrono yang mempunyai design yang sama namun saiznya lebih kecil. Aku tak belek yang tu sebab tak berapa minat. Kalau yang ni memang best lah sebab ada chronograph & diver pula. Marvellous!

Kami berangkat keluar dengan setelah kecewa dengan cara pengendalian tukar tali jam isteri aku dan cara layanan terhadap pelanggan. Selaku penjual mereka patut lebih professional & mempunyai ilmu terhadap kerja mereka samada selaku perkhidmatan pelanggan mahupun teknikal. Kepada pengurusan Kompleks Emas Kerajang, anda perlu pastikan pekerja anda professional dalam kerja mereka.


Walaupun kecewa.... kami belum balik lagi. Kami singgah pula ke kedai YL KEONG CORPORATION yang terletak berdekatan dengan kompleks bazaar yang terkenal di sini. 


Ia terletak di bangunan paling tepi sekali berdekatan dengan gerai bazaar.... Banyak kali aku ke kedai jam ni sebelum ni, namun tak pernah pun beli apa-apa jam di sini. Hanya cuci mata saja... Kedainya sunyi.. hanya ada 2 orang saja termasuklah taukehnya.

Ada beberapa jenama Swiss yang dijual di sini seperti Epos, Oris, Omega, Rado.... sebelum ini ada banyak lagi jenama Swiss yang ada. Yang aku perasan sudah tiada Tag Heuer, Porsche Design & beberapa lagi jenama Swiss. Aku mai nak tengok Tag Heuer sebenarnya... Dulu depa ada jual Monaco... Hmmmm... takda rezeki aku nak tengok lagi...

Ada beberapa jenama fesyen turut dijual & mereka juga mempunyai rangkaian model Jepun yang agak banyak pilihannya.... Citizen & Seiko. Model yang ada cukup banyak. Rambang mata aku. Yang menarik perhatian aku adalah Seiko Sportura Kinetic Chronograph Limited Edition yang berharga RM10k+.... Aku rasa dekat setahun jam tu tak terjual. Mahal tu... hanya kepada mereka yang sanggup saja....

Mohon maaf kepada semua kerana aku tak ambil gambar jam-jam yang ada atas sebab tertentu. Mereka juga masih mempunyai jam-jam lama pelbagai jenama yang mempunyai diskaun yang cukup banyak. Namun hampir keseluruhannya adalah jam butik. Selain jam, mereka turut menjual cermin mata.


Boleh dikatakan gerai-gerai ini sentiasa ada setiap hari. Kalau cuti sekolah, memang ramai sungguh pengunjung di sini. Kalau aku datang sini, memang akan beli kacang kat sini. 


Di atas sana tu bazaar yang menjadi perbualan ramai di seluruh Malaysia. Seluruh kawasan ini merupakan pusat membeli belah. Macam-macam barangan yang dijual di sini. Jam-jam tiruan pun banyak dijual di bazaar atas tu. Aku malas nak jalan pi dah atas tu.... tengok dari jauh dah la.....


Kami berangkat balik selepas itu melalui jalan biasa. Sebelum sampai ke sekatan UPP, kita akan bertemu dengan Ladang Burung Unta di sebelah kiri. Ianya hanya beberapa kilometer saja dari pekan Padang Besar. Selama ini kami hanya lalu saja, kali ni kami singgah masuk.

Ladang ini kepunyaan kerajaan Negeri Perlis. Selain burung unta, ladang ini turut menjaga kuda. Bangunan berwarna pink itu (gambar 2) adalah tandas & tempat untuk beli makanan burung & kuda. Kita bole memberi makan burung & kuda di sini. Hanya RM1 dikenakan untuk aktiviti ini. 


Masa aku sampai sini, burung unta tu mai dekat... ikut ja aku. Rupa-rupanya dia mengharapkan makanan diberikan padanya....


Dengan bayaran RM1, kita akan diberi secekak sayur untuk diberikan kepada burung itu. Risau juga aku takot kena patuk dengan dia.. Haha.... Ada beberapa pengunjung turut serta selepas aku memberi makan burung ini.



Seronok juga tengok gelagat burung-burung ini & teruja tengok cara depa makan. Tak perlu bimbang kerana burung ini tidak patuk tangan kita pun. Kita hanya perlu pegang kuat-kuat sayur tu supaya tak terlepas. Isteri aku turut serta... Kalau sesiapa yang lalu kawasan ni, singgah la ke tempat ini. Menarik juga aktiviti ni.


Kami turut singgah ke Gua Kelam... buat masa sekarang gua ditutup kerana jambatan di dalamnya runtuh akibat dihempap batu besar. Kata petugas di sini, kemungkinan besar tahun hadapan baru buka. Kami tak lama di sini, & teruskan perjalanan pulang. Di kawasan luarnya masih boleh pergi & bermandi manda...


Kehijauan sawah padi sangat memikat jiwa... masa ni cantik la pemandangan... cuba mai masa dah tuai padi.... hahaha... 


Kalau hujan lebat, inilah tempat utama penduduk mai tengok...maklumat biasa... berapa pintu empangan yang dibuka.... lagi banyak pintu dibuka, lagi risau dibuatnya.... takut banjir...


Kami turut singgah ke Tasoh Lake Resort.... pemandangan yang cukup indah di sini. Banyak filem menggunakan kawasan ini sebagai tempat perfileman. Kalau tak menyewa di sini pun tak apa, kerana ramai orang mai lepak sini... ada pondok-pondok kecil & kerusi di bina di sepanjang tebing tasik ini...


Gambar 1: Kami turut pergi ke Kuala Perlis.. air tengah surut sekarang...
Gambar 2: Gerai makan tepi laut yang menjadi destinasi makanan orang luar... aku tak recommend langsung makan kat sini... dah terkena beberapa kali... mahal gila & tak sedap. Bila tegur penjualnya nak melenting pula. Hampeh! Rasanya yang ramai bukanlah orang Perlis, tapi orang luar... Orang Perlis yang pernah terkena makan kat sini tak mai makan sini...
Gambar 3: Kami turut singgah ke Masjid Al-Hussain.... masjid terapung yang cukup cantik di sini... Baru siap saja pembinaannya....
Gambar 4: Jeti Kuala Perlis yang sentiasa sibuk dengan pengunjung, tambah-tambah di hujung minggu.... kalau cuti sekolah... usah dikenang la ramainya orang di sini....


Hari ni tiada tangkapan jam... yang tertangkap cumalah katalog & brochure jam.. Jadilah.... Bole juga tengok-tengok... hehe...

Selepas ini, akan bersambung kembali cerita pengembaraan aku yang seterusnya....


11 KOMEN ANDA:

Pencinta Masa said...

Dah pandai pakai Moon time ride nampak? Tak takut calar ke hesalite crystal tu ... ha ha ha!!!

Hang tukaq tali kulit military pilot ka?

duniajam said...

Haha... takot juga sebenarnya...

Tukar tali pilot tu nampak ok juga. Tali tu pasang kat UFO sebelum ni.. terbang rata dia.. haha

sah_kul said...

Ada ke seiko Aod yg silver case + moon phase? Seiko moon phase mmg cool tp ada gold color la pulak.....

Suka Jam said...

Lama dah tak pi Padang Besaq, tp tak penah sampai komplek emas kerajan glagi la.. Kompleks kat pekan tu ja..
Tapi memang selalu jumpa abang UPP buat roadblock la.. haha!!

zuhaimie said...

hahaha mcm tuh la kerenah kebanyakan pekerja kedai jam... mmg tensen

24 JAM said...

apa2pun Moon ditgn tu yg tetap menyegarkan perasaan (aku dpt rasakan apa yg tersirat di hati hang hehe)...

Aku Budak Nerek said...

Apa makanan special kat area Padang Besar nie?

duniajam said...

sah_kul...

Tak pasti la bro... dok jumpa jenis gold saja.... Jam ni keluaran thn 90an

duniajam said...

Suka Jam...

Kalau mai lagi sini, pi la kompleks tu... buat garang skit kat awek2 tu nnt. Haha

duniajam said...

24 Jam...

Syukur alhamdulillah.....

duniajam said...

Aku Budak Nerek...

Tomyam kot.... haha... aku bukan dok selalu mai makan sini. Biasanya makan siap2 baru mai sini...