TULEN..... suatu perkataan kontroversi yang punyai banyak maksud kini walau pada dasarnya sudah menunjukkan kepastiannya. Bila mana fakta & hakikat diputar belitkan, hasilnya suatu yang penuh dengan pseudo & tipu daya... Semoga kita semua dilindungi & diberikan petunjukNYA...
Tolak bab tu.... yang semua orang dah pun maklum.... masuk ke topik yang lebih panas...
Rolex merupakan suatu jenama yang amat terkenal di dunia yang bukan saja telah menjadi ikon & mempunyai rangkaian model yang paling mempunyai ikutan jenama-jenama terkenal lain (homage), malah manjadi jenama yang paling digilai serta diidamkan ramai peminat jam sedunia.
Kecemerlangan Rolex dalam bidang pemasaran membuatkan harganya kekal sepanjang zaman malah meningkat saban tahun. Boleh dikatakan hampir sama dengan urusniaga emas. Kedai-kedai pajak gadai pun kebanyakannya hanya menerima Rolex sebagai objek gadaian. Oleh kerana populariti & kecemerlangannya, ia juga menjadi model yang paling banyak direplikakan/ditiru.
Model yang paling popular adalah Submariner. Bukan saja banyak homage Submariner lahir, malah jam tiruan/replika juga turut bergelumang mancari makan dalam dunia jam. Homage dengan replika sama ke? Tak sama beb... Homage adalah jam original berjenama yang ditiru serupa dengan induknya. Bukanlah 100% tapi mirip kepada asasnya itu.... Contohnya Orient Sub, Sandoz Sub, Epos Sportive & pelbagai lagi jenama terkenal. Replika pula merupakan jam tiruan yang biasanya dibuat di China yang meniru 100% & menggunakan jenama yang ditirunya itu juga contohnya jam gambar di atas ini.
Jam ini sebenarnya dah lama aku tengok. Diambil di kedai jam di Johor. Aku & Amar Variasi Jam bersama-sama ke kedai itu & merupakan pertemuan pertama kami secara serampang dua mata. Aku tertarik melihat jam ini lebih dekat kerana ia merupakan Submariner Ceramic Bezel. Cantik juga sebenarnya. Tapi jangan tertipu dengan tipu daya dunia apabila melihat jam Rolex secantik ini kerana ianya adalah pseudo semata-mata.
Kalau Sub berdial hitam sudah menjadi kebiasaan jamuan mata, wujud juga replika Sub berdial hijau ini. Tak banyak gambar aku ambil sebenarnya sebab mengejar masa & segan sebenarnya dengan tuan kedai & Rolex pula dah jadi kebiasaan tengok yang replika. Ada beberapa lagi jam replika yang dijualnya & bagusnya tuan kedai ini, beliau meletakkan jam replikanya di dalam kotak khas untuk membezakan jam original dengan yang replika & beliau tidak sorok memberitahu pelanggan yang jam ini tiruan.
Buatannya boleh tahan juga. Mungkin disebabkan design Rolex klasik & ringkas, membuatkannya dapat ditiru dengan mudah & memandangkan telah lama berada di pasaran replika sedunia... maka buatannya juga semakin baik. Kalau anda ditawarkan jam Rolex yang kononnya dikatakan baru & original dengan keadaan sepertimana di tangan aku ni.... dijamin ianya replika... kerana jam original tidaklah dipersembahkan begini. Stiker SAPPHIRE itu nak menunjukkan bahawa walaupun ianya replika, tetapi menggunakan cermin sapphire.
Crown jenis skru ini mempunyai logo Rolex dengan 3 dot padanya. Yang menunjukkan ianya menggunakan sistem tripple lock pada crown (untuk original).
Tiada jam Rolex original yang boleh aku gunakan sebagai perbandingan pada waktu itu, jadi aku gunakan gambar official Rolex sebagai panduan. Ini bukanlah suatu review yang teliti mengenai jam ini, mungkin ada benda yang aku tertinggal. Ia hanyalah sebagai panduan ringkas sahaja & aku bukanlah sorang yang profesional untuk membandingkannya secara terperinci.
Pada bahagian atas crown guard jam replika, terdapat bahagian yang mempunyai brushed finishing (anak panah). Manakala bagi jam original, keseluruhannya adalah polished finishing. Potongan crown guard replika tampak lebih runcing & membulat, manakala jam original lebih tebal mempunyai potongan yang lebih tepat.
Dial hijau maxi, terdapat sedikit perbezaan antara replika & original. Walaupun bahagian lain nampak lebih kurang sama dalam mata kasar contohnya tulisan, hour marker & jarum... dial replika nampak suram & berwarna hijau flat. Buatan lume pada hour marker juga tidak kemas. Cetakan logo & tulisan pada replika kurang kemas. Namun replika gred yang lebih tinggi mempunyai buatan yang lebih halus & hampir sama dengan yang original.
Walaupun mempunyai cermin cyclop (kanta pembesar), nombornya hanya dibesarkan 1.5 kali sahaja. Manakala kesan cyclop ini pada jam original memberikan pembesaran sebanyak 2.5 kali ganda & nombor nampak hampir penuh dengan saiz cyclop itu. Anak panah itu menunjukkan bahagian bevel penununjuk tarikh yang kurang jelas pada jam replika.
Ukiran ROLEX pada chapter ring replika juga tidak begitu kelihatan & nampak tidak diukir begitu dalam.
Bahagian paling kantoi adalah lume pada indeks bezel replika yang tersembul bak mutiara... berbeza betul dengan yang original....
Aku tidak yakin sebenarnya jika bezel jam ini betul-betul seramik. Mungkin ya & mungkin tidak.... 'filler' pada penomboran yang engraved itu berwarna putih adalah suatu ciri besar lain untuk dilihat. Lihat video di bawah ini yang menunjukkan bagaimana bezel ini dihasilkan.
Aku tidak pandai melihat sangat secara detail jam replika Rolex jika ditunjukkan kepada aku tanpa jam original di sebelah begini. Namun beberapa ciri-ciri besar dapatlah aku kenal pasti & salah satunya lagi adalah finishingnya... Bandingkan antara kedua-duanya & lihat jam replika mempunyai alur finishing yang tidak kemas & tidak selari. Jam original mempunyai alur yang kemas, selari & halus. Memang boleh nampak kekemasan jam original dengan jelas pada jam original jika dilihat depan mata.
Stiker yang boleh mengelirukan ramai. Sepatutnya untuk jam original, stiker tersebut mempunyai kesan 3D apabila dilihat. Tidaklah seperti yang dicetak begini.
Ada banyak web yang membuat review mengenai jam replika. Di bawah ini merupakan salah satunya. Anda boleh lihat perbezaan stiker tersebut pada web ini
Gambar pinjam |
Suatu lagi kontroversi ialah penggunaan movement pada jam replika. Sebenarnya ada pelbagai jenis movement yang digunakan. Ada bermovement tiruan buatan China, ada yang menggunakan movement original jam berjenama China contohnya Seagull, ada yang menggunakan movement Jepun (Miyota) malah ada yang menggunakan movement Swiss ETA ogirinal!!!
Mungkin penggunaan jenis movement yang baik ini bergantung kepada gred replika itu sendiri. Menurut saudara TheTick-TheTick, jualan jam replika di Hong Kong lebih hebat dari kita kerana mereka mempunyai rangkaian jualan jam replika yang besar dimana buatan jam-jam tersebut memang betul-betul mirip original. Mereka juga merupakan hub terbesar dunia yang mempunyai movement original ETA terpakai. Maka tidak hairanlah jika ada seller yang claim yang jam tersebut menggunakan movement Swiss. Gambar atas adalah buktinya. Movement tersebut ialah ETA 2824 unfinished, yang merupakan movement kebiasaan yang digunakan.
Gambar pinjam |
Ini pula merupakan movement Rolex 3135 yang original.
Tidak seperti replika Sub yang lama. replika baru ini turut meniru clasp original yang lebih solid & rigid.
Buatan clasp replika nampak kemas & solid juga namun buatannya lebih tajam di bahagian bucunya.
Apa yang cuba aku sampaikan ini bukanlah suatu review yang lengkap. Ia hanyalah review ringkas yang lebih kepada panduan & sebagai peringatan supaya berhati-hati apabila hendak membeli jam. Selidik dahulu jam tersebut & jangan buat keputusan yang terburu-buru. Biarlah lambat sedikit asalkan pembelian itu tidak terkena beli jam replika. Sebab ada seller yang menjual jam-jam begini & claim sebagai original... Samada seller tidak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu. Apa yang penting, selidik dahulu jam tersebut sebelum beli walaupun jam vintage sekali pun. Kerana ketahuilah wujudnya Rolex vintage replika (aku pernah ditawarkan Rolex Oysterdate), Rado vintage, Seiko chronograph (salah satunya pernah aku review dahulu) & lain-lain jenama yang kita takkan sangka adanya model replika. Jangan sangka jam vintage tiada replika!
Aku akan membicarakan lagi hal-hal jam replika pada artikel yang akan datang.... tunggu......
19 KOMEN ANDA:
nice review bro. bukak kan mata mereka di luar
Tq bro... insyaallah akan didedahkan lagi psl jam tiruan begini.... Biar semua org tahu & berhati2 sebelum buat keputusan membeli.
oohhh ... better meet seller at rolex centre buat inspection dulu...nowdays hard to trust anyone :)
Yes bro... Rolex is the commonest offered by seller & of course you are already know about the demand. Hehe...
Some seller sell a Rolex with ridiculous offer. Not logically to think.. haha
I am feared with the incrising demanding of the vintage watches. Some watches are neglected, some not as describes, some are frenken & some vintages are replicas!
franken lebih bahaya, sebab orang ingat ori dah, tapi rupanya model wira mivec 1.6.haha..ingat mitsubishi rupanya wira
dj...hahahha...demand up coz many fella fever on it, in asia property & gold is the best fever (imho) Those fella pulling a fast one thinking they are showroom SA. he :)
amar : only in frenken mall ? or another day in paradise
topik yang sgt bgus bro, bleh sama2 tumpang belajar... go on bro...
adrian; agree with you. now, "lambakan' in show room. demand not much but price to much.
Jam Luxury & Vintage Watches
Tq bro.. insyaallah akan diteruskan lagi
adrlee
Agreed. Demand & supply is the factor. Hehe. I have no problem with people selling replicas as long as he state replica. Honest seller will get respect.
Kat tepi case tu tak dak tulih Rolex ka? Nampak macam baguih sikit dr repli yang aku review hari tu.
Takda bang. Mmg boleh tahan sebenarnya buatan dia. Hehe
dj : true bro. it gives easy of mind both seller & buyer.
dasat la review ko nih bro..mantop!!
viruspronto.. terima kasih bro.
aku ada jam rolex oyster datejust ada no siri kat jam kat bhgian tali
saya ada jam rolex oyster datejust ada nombor siri dekat jam
salam suma... saya ada membeli sebuah rolex submariner warna biru. bole sesiapa bantu sya mengenalpasti samada yg sya beli ni ori @ replika. lebih senang jika ada yg sudi berwhatap ngan saya. 017-5074414
Post a Comment