Wednesday, March 16, 2011

Adakah anda seorang WIS?


Minat terhadap jam diilhamkan, disampaikan & diluahkan dengan macam-macam cara, kaedah & penyampaian. Setiap orang mempunyai minat yang berlainan terhadap sesuatu & tidak semua orang setuju dengan pendapat & minat orang lain. Penilaian setiap orang terhadap jam yang sama juga berbeza. Ada yang sukakannya, ada yang tak suka, ada pula yang cemburu, ada pula yang nak ambil kesempatan, ada pula yang tak senang dengan koleksi orang lain & macam-macam lagi style & perangai. Masing-masing ada cara nak meluahkan perasaannya.... Pendek kata tiada batasan minat seseorang terhadap jam & kita perlu menghormatinya...

Namun, adakah anda seorang WIS? Sebelum pergi lebih lanjut, mari kita sama-sama fahami dulu apa yang dimaksudkan sebagai WISWIS merupakan singkatan kepada Watch Idiot Savant. Maklumat ini aku dapatkan dari pelbagai sumber di internet.

Pasti ramai yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan WIS. Sebelum pergi lebih jauh, mari kita sama-sama tengok apakah maksud 'Idiot Savant'.

Maksud dari kamus Mirriam-Webster.
1. A mentally defective person who exhibits exceptional skill or brilliance in some limited field.
2. A person who is highly knowledgeable about one subject but knows little about anything else.

Secara ringkasnya, Watch Idiot Savant bermaksud seseorang yang pandai, mempunyai kemahiran, pengetahuan mengenai jam tetapi kurang dalam hal lain. Itu maksud secara am lah.... Bukanlah semua orang begitu sebab aku kenal ramai WIS yang mempunyai keupayaan yang hebat dalam bidang lain juga.


Adakan seorang peminat jam itu seorang WIS? 
Adakah seorang collector itu juga seorang WIS? 
Adakah seorang penjual jam itu sorang WIS? 
Apakah yang membezakan seorang WIS dengan yang lain?

Sebenarnya tidak ada definisi yang jelas untuk WIS... tapi ciri-ciri seorang WIS itu menandakan anda seorang WIS.... Jika tiada ciri-ciri ini, anda bukanlah seorang WIS.... Banyak sumber (internet, forum, pemerhatian, teori) aku dapatkan mengenai ciri-ciri WIS & ianya sangat pelbagai. Sama-sama kita lihat:


  • Anda melihat jam anda 10 kali... namun masih tak tahu waktu pukul berapa.
  • Anda nampak awek cun... namun anda jeling dulu jam yang dipakainya.
  • Melihat selebriti di TV... anda tertanya jam apakah jam yang dipakainya.
  • Anda memakai jam lebih sari satu sehari... (pagi jam lain, petang jam lain, malam jam lain)
  • Anda mamakai dua jam atau lebih di kedua-dua belah tangan.... 
  • Mudah hilang tumpuan dengan jam tangan sendiri...
  • Anda ke pusat membeli belah.... anda akan tertanya-tanya di mana kedai jam....shopping barang keperluan harian 1 jam, namun habiskan lebih 2 jam waktu anda di kedai jam.... tak beli pun.....
  • Anda sering melihat cermin.... bukan tengok muka.... tapi tengok jam yang dipakai dulu dengan penggayaan, peragaan & posing bak model yang pelbagai. 
  • Anda telah keluar rumah... namun masuk kembali untuk menukar jam yang dipakai...
  • Anda sering tertanya-tanya adakah jam yang dipakai itu sesuai dengan penampilan anda.... 
  • Anda lebih banyak menghabiskan masa menukar tali jam dari memakainya...
  • Bila jumpa orang, anda tonjolkan jam yang anda pakai...
  • Anda layan semua jenis jam & tak meanaktirikan jam-jam yang anda tidak suka...
  • Anda tidak membezakan antara minat orang lain terhadap jam yang diminatinya & menghormati sesama sendiri.
  • Anda guna jam chronograph anda untuk pelbagai tujuan...
    • timing masa anda buang air di tandas...
    • timing masa anda parking kereta...
    • timing masa perjalanan anda....
    • lain-lain...
  • Anda baca poster tertulis 'back pain' sebagai 'Blancpain'.
  • Anda mengeja RELAX sebagai ROLEX...
  • Jam anda lebih mahal dari kereta anda.
  • Anda selalu admire koleksi jam anda walaupun tidak dipakai.
  • Anda sering kunci (wind) jam anda walaupun tidak memakainya.
  • Anda selalu masuk blog jam, forum jam, web setiap kali anda online internet.
  • Anda memikirkan jam yang bakal anda pakai esok.
  • Bangun tidur... anda akan fikirkan jam yang akan dipakai hari tu.
  • Anda habiskan masa yang lama untuk kunci (wind) jam berbanding memberus gigi anda.
  • Rakan-rakan takut menanyakan masa kerana anda mengambil masa 10 minit untuk memberitahu masa kepada mereka.
  • ...jika anda membeli jam.... sorok-sorok dari pengetahuan isteri anda....
  • Anda memakai jam diver 1000m, tapi buka jam ketika berenang ataupun hujan....
  • Anda mengetahui maksud nombor 6497, 6694, 7S26, 7750 & lain-lain...
  • Anda ke kedai jam.... tapi anda yang mengajar & beri maklumat mengenai jam kepada seller jam yang dah 30 tahun berniaga jam...
  • Anda ingat nombor telefon kedai-kedai jam... namun tak ingat nombor telefon awek, isteri ataupun mak...

  • Anda mempunyai binatang peliharaan yang bernama PatekPhillippeEl PrimeroZodiacSeikoManifattura, Credor...
  • Anda sangat-sangat cerewet pasal ketepatan jam...
  • Anda admire movement jam & menghabiskan masa yang lama hanya melihatnya sahaja...
  • Anda boleh diagnosa masalah jam hanya dengan kunci (winding) jam, melihat gerakan rotor, gerakan hair spring & sebagainya...
  • Anda terlalu berhati-hati memakai jam & sangat sedih kalau jam tercalar walau hanya 1mm...
  • Menghabiskan duit yang banyak hanya untuk refurbished jam yang murah.... Perhabis RM400 untuk refurbish jam yang berharga RM200.... lepas tu jual la pulak....
  • Anda tidak tahu pilih jam terbaik antara Rolex & Tag Heuer...
  • Anda sangat hebat & ingat semua siri Rolex sejak 60 tahun lalu... tapi asyik terlupa bezday awek, isteri & anniversary anda....
  • Memilih tempat bercuti yang mempunyai air.... untuk menguji ketahanan jam diver anda...
Ehsan dari saudara DetikDuaBelas
  • Memlilih tempat percutian yang banyak kedai jam di persekitarannya...
  • Suruh semua orang diam hanya untuk anda mendengar detikan & pusingan rotor jam anda...
  • Pantang jumpa kedai jam.... mesti terasa nak singgah. Rasa bersalah & tak senang duduk pula kalau tak singgah...
  • Jumpa kawan baru & bersembang lebih 15 minit & tahu description jam yang dipakainya... tapi tak ingat pula namanya... Kawan-kawan yang pi H4U ingat lagi tak nama aku? Muahahaha....
  • Beli majalah, surat khabar hanya kerana iklan jam yang ada di dalamnya.
  • Anda bermimpi seram.... Cik Pon pakai Cartier!
  • Anda mengetahui jenis jam yang doktor anda, guru besar adna, CEO anda, Dato', Menteri Besar & lain-lain pakai walaupun mereka tidak pernah tunjuk jam kepada anda.
  • Hilang arah & punca setelah terjeling Seiko Marinemaster di tangan orang sebelah anda dalam mesyuarat PIBG sekolah....
  • Anda turut rasa kepedihan & kesedihan kawan anda yang kehilangan jam, terjatuh atau tercalar ... hati anda turut tercalar....
  • Mempunyai jam tangan RM5000 tetapi bangun setiap pagi dengan jam loceng RM15...
  • Tak boleh tidur nyenyak selagi tak dapat jam yang diinginkan.


Ciri-ciri yang dinyatakan tersebut merupakan garapan maklumat yang didapati di internet, pengalaman, pemerhatian & interaksi aku selama ini. Ia hanyalah sebahagian saja & tidak sama antara satu sama lain. Masih ada banyak lagi ciri-ciri unik WIS yang tidak dinyatakan & tidak diketahui.... 

Persoalannya....
Adakah anda seorang WIS?

45 KOMEN ANDA:

Zuhaimie bin Manaf said...
This comment has been removed by the author.
Zuhaimie bin Manaf said...

hahaha ada yang tepat betul2 kena ke dahi...

duniajam said...

Haha.... Aku tak bersalah... ekekeke...

Suka Jam said...

Adui.. seakan peluru rifle yang menembak ke arahku.. byk betul yang kena.. haha!!

duniajam said...

pakai mesin gun bro... tu yg kena byk.. hehe

Notty Notes 012-2410228 said...

wah pic original owner nuroxa tu... hehehe

duniajam said...

hehe... Itu gambo masa jumpa kwn nak beli jam tu. Thn lepas jumpa kat kedai makan sebelah USM Penang.

zul said...

Ini posting yang paling lawak. Semalam terbaca seorang blogger dunia Barat mengatakan dirinya WIS. Tak tahu apa maksudnya. Hari ni dah tahu.....banyak senarai penyakit di atas sudah dialami....masih tiada ubat

duniajam said...

Bila dengar WIS... Gempak je kan? Hehe.... Tp bila tau.. muahaha... Tp tu la ramai antara kita ni sebenarnya WIS tp mungkin tak sedar. Ekekeke...

WIS... a true watch lover... Hehe...

sah_kul said...

Ada x ganti nama lain bagi WIS...aku tak berapa setuju dengan nama yang tengah tu hehe

duniajam said...

Kita ubah sendirilah camtu... WIS.... Watch Intelligent Savant... Muakaaka....

Anonymous said...

aku seorang WIS yang kritikal. tgok pakcik/apek tua, mesti merenung jam depa, pasai golongan berumur ni byk pakai jam tua yg dibeli sejak muda. hehe..itu hanyalah satu contoh.

duniajam said...

Hehe... kadang tgh jalan2 terpandang jam org tua pakai... stop & terasa nak tanya... tp malulah pulak... haha

TIMEasitis said...

patut rasa lain macam dari tadi....rupanya kena temabk depan belakang kiri kanan atas bawah....tak leh nak elak dah...


rupanya aku baru tahu juga maksud perkataan wis...lama aku dah terfikir apa dia wis nie....

Zach said...

sudah tentu WIS, sekarang day 4 of my holiday in Kuching, banyak kedai jam sudah saya pergi nang baru bang second hand semua udah kamik visit :)

dabu said...

ada aku kisah...hehehe..

duniajam said...

Nazri...

Pakai perisai pun tembus gak bro... mmg takleh elak. Haha

duniajam said...

Zacs...

Kamik tak pernah pi Sarawak lg.. Dulu skali buat gila dari KL ke Utara ikut jalan lama... semua kedai jam yg jumpa aku singgah. Best gak merantau ni. Hehe

duniajam said...

dabu...

org lain kisah bro... hehe...

dabu said...

ye ler..pasai dema WIS..hehehe,teman gila jam sWISS..ekekekek..nasib teman dah blajor2 main paintball..tapi ade juga yg terkena bro..

24 JAM said...

ni baru jam, kalu CIS, MIS, SIS,GIS dll...(Car, Motorbike, Shoes, Girl...hehe)

duniajam said...

betul tu bang.. ada mcm2 lg tu. Hehe

Pencinta Masa said...

DJ, cuba habaq mai tang mana yang kena kat hang? Aku setakat ada blog jam ja ...

duniajam said...

Dato' Siti cakap... biarlah rahsia... haha..

Pencinta Masa said...

Dato' Siti memangla berahsia. Takkan hang pun nak berahsia kot? Mungkin hang kena tambah - bila lena mesti mimpi Moonwatch? Kui kui kui!!

duniajam said...

Haha.... mmg kena tambah la camtu. Haha....

Suka Jam said...

Aik.. asyik mimpi gi bulan je ni.. Mesti pekena Omega Moonwatch seketul baru aman dari mimpi ngeri tu..

duniajam said...

Bahaya bro.. psl aku selalu mimpi terbang sendiri cam superman... Tak naik roket. Susah la psl bulan mana ada oksigen.... Haha...

Suka Jam said...

Yang boleh kot?

Orang yang percaya nombor 4 roman (iv) ialah IIII..

Pakai jam Rolex RM20,000, tapi pakai kancil second hand RM15,000.

Selalu goyang2kan tangan dia supaya rotor jam automatic berpusing & boleh tambah power reserve

selalu pegang crown jam diver, utk pastikan dalam keadaan lock..

haha!!

duniajam said...

Boleh bro.... Ada sapa2 nak tambah lg?

Aku tambah satu lg... Selalu pening kepala tak tau nak pilih pakai jam apa...

Hehe

zalizalu said...

adus.. terasa terkena sipi2... hahahaha

Our Places said...

aku pon kne..
sume fans jam kne..

JACK' TREASURE CHEST said...

Asmar, ko ejek aku ye!!!! ni tambahan dari aku

1. asyik nak repair sendiri walaupun tahu x leh/tahu repair jam
2. termenung berminggu bila jam rosak tp bila bini sakit suruh mkn panadol
3. kuar duit beli jam dgn senang ati, beleter panjang bila bini/anak minta duit
4. usap2 jam setiap pg, usap2 bini sebulan skali
5. mkn, tido, mandi dgn jam
6. ingat setiap jam dimiliki walaupun beratus-ratus

JACK' TREASURE CHEST said...

lagi.., 7. kwn minta beli koleksi peribadi, dah jual asyik termimpi2
8. sanggup berutang atau byr ansoran nak beli jam
9. beli jam sendiri setahun berlambak2 beli brg kemas bini 10 tahun skali
10. sanggup derma wang dari derma jam

zul said...

Tahniah DJ, ini antara posting yang paling mendapat perhatian dan respond.

duniajam said...

Tuan Syed....

Tak ejek... mengata je.. Wakakaka....

duniajam said...

zul...

Tima kasih banyak...

Lg suka kalau ada lg yang nak menambah... boleh tengok betapa peliknya WIS... Haha...

Suka Jam said...

Time lapar perut nak pegi kedai makan, tapi sanggup berhenti tengok jam dulu bila lalu kedai ja..

duniajam said...

Haha...

Tambahan...

- Selalu tgk jam sendiri... bukan tgk waktu, admire & kembang hidung sendiri...

- Ada lebih dari satu jam yg sama akibat telalu suka...

- Hilang tumpuan pemanduan akibat terleka tengok kedai jam tepi jalan...

Pencinta Masa said...

Meh aku tambah 10 lagi petanda berdasarkan pengalaman 'kawan' aku:

1. Tak terasa janggal ada berpuluh jam, walhal masa yang wujud hanya satu sahaja;

2. Sanggup ambik masa yang lama semata-mata nak selaras jam demi untuk pastikan semua menunjukkan masa yang sama, sampai ke jarum saat;

3. Guna loupe semata-mata nak pastikan jarum minit betul2 kena kat minute marker bila adjust waktu;

4. Mesti kena rasmikan jam baru dengan tido bersama pada malam pertama;

5. Mesti nak kena gentel jam tiap2 hari, walaupun tak dapat gentel benda lain;

6. Masih pakai jam dalam rumah walaupun jam dinding, jam meja, jam gantung, jam jamban penuh dalam rumah;

7. Pastikan bini tak tau harga sebenar jam-jam dalam koleksi;

8. Masih berangan tengok jam-jam lain walaupun jam-jam yang ada tak terpakai;

9. Sayang dekat Dunia Jam;

10. Boleh tulis 10 petanda WIS kat sini. :-)

duniajam said...

Ini bole jadi rating 18sx ni... yg paling suka & tambah sayang kat nombo 9 tu. Haha

24 JAM said...

ayuh sambung lagi,
apasal mula2 bini bising, lama2 senyap...
1. pasal sayang laki;
2. asal dapur berasap;
3. x kacau duit bini;
4. gila/ x gila jam, dapat mcm biasa je(18sx ni);
5. berbuih mulut pun gitu2 jgk;
6. bia la dpd main pompuan, lbh baik dia main jam;
haha

zhafir said...

Meh aku tambah

1.jarum jam saat diberhentikan tepat 60 saat kemudian bukak info astro semata2 nak ikut waktu astro

2.buat 5 kali seminggu

hahahhaahahahahhaha

duniajam said...

Haha... ada lg ni... tambah jgn tak tambah.... hehe

Unknown said...

Berminat membeli jam tangan rolex? disini terdapat best 20 rolex di pasaran. kunjungilah untuk maklumat lanjut.

http://www.rolex2020.com