Thursday, March 3, 2011

Fiksyen.... TERGAGAH DI DUNIA!!!

Kapal angkasa dari Malaysia didapati telah memulakan penjelajahan ke bulan untuk perjumpaan H4U yang ke-1000.... Manusia seringkali berangan, mengimpikan sesuatu yang hebat berlaku di luar dunia... Pelbagai cara ianya disampaikan samada dalam bentuk bahan bacaan, media mahupun filem fiksyen yang menampilkan evolusi & perkembangan teknologi manusia yang sangat hebat bermula dari penjelajahan manusia ke angkasa lepas suatu ketika dulu sehinggalah kini....

Masa akan datang digambarkan manusia telah mampu terbang bersama teknologi hebat menjelajah alam semesta & bercuti dengan kapal angkasa sesuka hati... "Jom kita lepak kedai mamak Star Cafe minum kopi ...".... "Minggu depan aku naik kapal pi tengok larva matahari la"..... "esok takleh la pi H4U kat bulan, aku ada race moto kat Marikh".... Walaupun aku sukakan filem fiksyen, namun aku yakin ianya tidak akan berlaku.... kerana mungkin hidupan & dunia tidak akan wujud lagi pada ketika itu....



Jam yang paling gagah di dunia!!! Fiksyen? Tidak.. kerana ianya telahpun wujud sekian lamanya... Ini merupakan iklan Casio G-Shock DW9100 Riseman. Mereka dissect setiap bahagian jam untuk menunjukkan lapisan-lapisan serta bahagian yang wujud dalam jam yang gagah ini. Lapisan berlamina ini menunjukkan mereka bukannya semata-mata claim di atas kertas malah membuktikannya juga secara jelas. 

Ujian ketahanan G-Shock usah disangkal lagi... Kita boleh saksikan ujian-ujian tersebut di youtube.com 



Barangkali ramai yang tidak pernah melihatnya sebelum ini kerana model ini telah dikeluarkan pada tahun 1997. Agak sukar untuk ditemui kini & ramai seller yang aku jumpa agak demand harga untuk model ini & dijual jauh lebih mahal dari model yang terkini.



 Ia mempunyai pelbagai versi warna.. namun bukanlah mudah untuk menemui walaupun salah satu model ini. 


 Mesti ada yang tertanya dari mana aku ambil gambar-gambar ni. Sebenarnya gambar ini diambil dari majalah jam Casio G-Shock dengan menggunakan kamera henfon (tu yang blur)... ianya merupakan majalah Jepun yang aku jumpai terselit pada almari di satu kedai jam yang aku pergi suatu ketika dulu.... dengan tak malunya aku minta nak tengok. Menurut tuan kedai, majalah ini diberikan rakan dari Jepun telah bertahun-tahun lamanya. Majalah yang tebal itu menampilkan semua model G-Shock yang berada di pasaran pada ketika itu termasuklah model-model sejarah yang telah dikeluarkan mereka. 


Aku pernah bertanyakan mengenai model ini & ianya sudah tiada di pasaran & sangat sukar didapati kini.


 Ini merupakan sejarah pertama pengenalan aku dengan Riseman lama ini. Aku tidak tahu pun kewujudan model ini di pasaran kerana tidak pernah melihatnya. Mungkin kerana aku tidak begitu menggemari model G-Shock menyebabkan aku tidak begitu ambil tahu sangat akan model-model mereka sebelum ini.  Tetapi jam ini telah membukakan mataku... Terang! Harganya RM999 sebelum diskaun..... 


Walaupun terang lagi nyata... namun aku menyukainya.... Lebih menyukainya berbanding model terkini. Ia nampak lebih besar, tough, buatan lebih baik, rarerity & ada umph!.. Namun lama juga aku fikir untuk membelinya kerana bukan saja harganya yang agak tinggi, malah warnanya yang sangat kuning itu.... Tak mampu aku nak fikir masa bila aku nak pakai jam ni & tak sanggup rasanya nak pakai benda kuning ni dengan umur aku sekarang....kuikuikui....


Kini menampilkan pula versi yang pada aku jauh lebih segak yang mempunyai nilai kesanggupan untukku memakainya... Model NOS ini menampilkan rupa yang langsung tidak terjejas semasa aku mendapatkannya. Saiznya sangat besar untuk tangan aku namun dapat 'disembunyikan' dengan warnanya yang keseluruhan gelap. 

Dengan tagline 'THE TOUGHEST WATCH IN THE WORLD', ia merupakan tool watch yang terbaik....


Tak tahu untukku gambarkan rupanya ini kerana setiap kali melihatnya, beberapa andaian & gambaran terlintas di fikiran... macam rupa tapak sulaiman (starfish) pun ada, macam kapal angkasa pun ada, macam robot pun ada di beberapa pandangan.... Maklumlah, aku sukakan benda fiksyen... andaian pun macam-macam...


Ia menampilkan 4 push button yang cukup besar. Mempunyai bezel/body yang cukup tebal yang diikat dengan 5 skru di sekelilingnya, mempunyai curve yang menarik serta buatannya cukup kemas. 


PROTECTION! Ya... rasa selamat & rupanya itu sendiri pun sudah menampakkan ketrampilannya yang gagah itu. 4 bonjolan yang paling menonjol pada jam ini dibina jauh lebih tinggi dari cermin cembungnya. Ia mempunyai diameter casing 54mm & saiz lug ke lug (vertikal) 52mm. Bagi yang sukakan jam bersaiz besar, ini mungkin jam untuk anda. 


Kapal angkasa telah selamat mendarat untuk perjumpaan H4U di Marikh.... hmm.... mulalah aku nak mengarut.... Lubang 'hidungnya' juga cukup besar....


Ia dicipta tidak simetri dengan meruncing ke sebelah kiri yang menonjolkan sensor padanya.... Ia merupakan jam dengan fungsi ALTIMETER & TERMOMETER..... 


LCDnya besar namun nampak kecil disebabkan saiz casingnya yang cukup besar. Ia menampilkan 2 jenis paparan yang dipisahkan oleh tingkap (window) yang mempunyai 2 tona warna. Ia untuk membezakan & memudahkan penglihatan supaya tidak semak & keliru apabila fungsi utama dihidupkan.... ALTIMETER (50 memori).... Paparan graf akan kelihatan ketika fungsi itu dihidupkan....

Selain itu, ia mempunyai pengesan suhu (THERMOMETER). Namun tidak ketinggalan fungsi-fungsi asas jam digital Casio dengan fungsi ALAM, STOPWATCH serta fungsi RECALL yang boleh menunjukkan semula bacaan-bacaan yang telah diperolehinya. Bacaan ALTIMETER maksimun & minimum direkodkannya secara automatik. 

Tidak seperti model terkini GW9200 yang menggunakan punca tenaga solar, model Riseman ini tidak mempunyai kelebihan itu. Sebaliknya ia menggunakan tenaga bateri semata-mata.


Ia dibekalkan dengan lampu illuminator yang boleh dikatakan standard pada semua model G-Shock. Nyalaan lampunya akan menampakkan 'lembaga' orang bersayap di bahagian belakangnya.... Kebanyakan model lama G-Shock mempunyai logo yang berlainan antara satu sama lain.... Malah model Riseman sendiri berlainan logonya antara versi.  Ini merupakan salah satu daripadanya... 


Bahagian belakangnya turut dilindungi. Bahagian melengkung itu (aku tak pasti apa panggilannya) bukan sahaja bertindak memegang tangan dengan kemas serta memberikan keselesaan, malah ia juga sebenarnya bertindak sebagai shock absorber. Namun tidak semua versi Riseman ini mempunyai binaan seperti ini. 


 Bahagian tengahnya sengaja dilubangkan untuk menampakkan modelnya... Namun sebenarnya dalam tak sedar ia juga mampu mengurangkan perpeluhan ketika memakainya. MADE IN JAPAN... model terkini adalah MADE IN THAILAND waima model JDM sekali pun. 


Tidak seperti tali jam G-Shock yang menggunakan tali urethane, tali jam ini dibuat dengan gabungan kanvas & kulit. Mungkin dek kerana bahagian bawahnya yang sudah bertindak sebagai shock absober, tali urethane tidak diperlukan untuknya. Untuk model G-Shock lain, walaupun tidak mempunyai bahagian bawah seperti Riseman ini, tali urethane itu sendiri akan bertindak sebagai shock absorber.


Walaupun saiznya besar... sebenarnya merupakan jam paling besar aku ada.... ia tampak kena & sesuai juga. Pemakaiannya tidaklah janggal pun sebenarnya. Mungkin disebabkan warnanya yang hitam keseluruhan, menjadikannya camouflage dengan tangan aku yang tak berapa gemuk ni....

  
Besar & sangat ringan.... jauh beza dengan rupanya itu..... Pemakaiannya unik & tampak kemas serta sporty. Designnya yang berbeza dari kebanyakan G-Shock terkini mempunyai aura tersendiri... Malah ada seller yang tidak pernah melihatnya & menganggap ianya model terbaru Casio. Terkejut beliau apabila diberitahu ianya model 90an kerana tampak lebih cantik berbanding yang terkini.

Model ini menjadikannya satu-satunya model G-Shock yang berada dalam koleksi aku. 2 model G-Shock koleksi aku telahpun meninggalkan aku. Banyak koleksi aku kini telah pun berkurang secara drastik. Apa yang aku sampaikan ini hanyalah pendapat & pemerhatian peribadi aku saja. Setiap orang mempunyai persepsi yang tersendiri terhadap sesuatu benda..... dan ya! Jam ini adalah yang tergagah di dunia!!!

15 KOMEN ANDA:

Pencinta Masa said...

Aku suka cerita sains hang tang awai2 tu, cukup berimaginasi (walaupun masa tu kita semua dah ada 6 kaki bawah kot).

Tapi jam kuning tu boleh pakai ka kat Malaysia?

dabu said...

walaupun jam itu paling gagah didunia..harap orang yang pakai tu pun gagah perkasa..ekekekek...

Notty Notes 012-2410228 said...

bro DJ ... vsorry nti aku posty casio vintage you. pls give me some time. thx adr

Suka Jam said...

Simpan jam ni bro. Simpan utk anak yang bakal lahir.. wakaka!! Jam ni pada mata aku jam casio g-shock yang aku paling suka tengok. Macam predator tuh..

thetick-thetick said...

macam space ship battlestar galactica... tak pernah jumpak! 1st time nengok di blog

duniajam said...

Pencinta Masa....
Masa tu rasanya donia fana dah takdak kot.. Haha....

Jam kuning tu jumpa kat Penang. 1st tgk masa tu. Hehe...

duniajam said...

dabu...

Jangan main2 bro.. tulang besi urat dawai... robocop beb! Haha

duniajam said...

adrlee....

No worries bro. Take your time...

duniajam said...

Suka Jam...

Tu la... Hari tu Nazri dah suruh simpan... Tp aku ketegaq nak juai... Pastu dalam masa dok buat ayat artikel ni... Racun tu aku telan sendiri... terus tak jadi... Muahaha...

duniajam said...

thetick-thetick...

H4U hari tu ada jam ni... tp masing2 sibuk. Ramai yg tak perasan.. Ntah2 dia terbang kot masa tu.. kuikuikui

sah_kul said...

Kalau x silap model yg dj ada ni model pertama "Men In Black". Model ini juga ada ISO cert utk dive mcm frogman dan yg menariknya tali jam menggunakan fabrik yg sama dgn parachute. Sungguh beruntung memilikinya....

duniajam said...

sah_kul

Tq bro.... tak tau plak psl tu. Nasib baik tak terjual lg jam ni. Hehe

Notty Notes 012-2410228 said...

Dj : thx understanding :)

Blackcengkarung said...

salam,bro mana nak carik g-shock N.O.S?boleh rekemen mana2 kedai jam?and dekat mana.

duniajam said...

Salam bro...

Susah nak rekemen bro. Psl kalau jumpa G-Shock NOS kira nasib je. Salah satu cara boleh cari secara online di eBay