Sudah lama rasanya aku tak jumpa depa dua ni. Masa kecik-kecik dulu memang selalu la main sekali. Rasa nak jumpa tipon ja... la ni masing-masing dah ada komitmen sendiri & peluang nak berjumpa camni agak susah. Berkawan sejak kecik membuatkan kami sangat rapat. Kalau hari raya, rumah depa aku pi dulu sebelum ke rumah sedara & kawan-kawan lain...
Ramai sudah mengenali sahabatku Amar... seorang peguam, komposer & penyanyi, motivator & ahli silap mata. Sorang lagi sahabatku sorang Ketua Jurulatih PLKN... seorang yang berdedikasi, berdisiplin & berkaliber. Beliau juga mempunyai blog beliau sendiri..... Boleh layari link di bawah ini....
Peluang cuti Tahun Baru Cina tidak aku lepaskan peluang untuk berjumpa depa. Macam-macam yang dibincangkan, aktiviti sehinggalah masuk bab jam. Mereka tidak pernah melihat koleksi aku secara dekat & kebetulan aku bawa balik... bolehlah kongsi dengan depa plak. Sambil pekena teh malam tu, memang marvelouslah.....
Sahingga kini rasanya ramai dah tau koleksi aku & ada juga yang dah tau koleksi yang tersembunyi... Aku dalam mode untuk tidak membeli jam... jadi tiada yang baru dalam koleksi aku. Banyak nikmat duniawi sedang aku aturkan & minat nak membeli jam agak kurang sekarang....
Minat aku terhadap jam, pelbagai.... Aku tidak sempitkan fikiran & limitkan pemilihan jenis jam mahupun jenama. Penilaian aku terhadap sesuatu jam agak berbeza dari kebanyakan orang & aku tak peduli apa orang nak cakap pasal koleksi aku kerana setiap dari kita mempunyai minat yang berbeza.... Persepsi kita juga berbeza apatah lagi komitmen & kemampuan kita.... Kalau aku minat, aku akan beli ja... & aku tidak peduli pun nilai jualannya selepas itu kerana harga tidak penting bagi aku... kerana 'nilai' sebenar jam itu lebih penting pada aku....
Lewat juga kami lepak di rumah Amar malam tu. Sampai mengantuk dibuatnya.. Insyaallah pertemuan dengan sahabat aku ini bukanlah bermula & terhenti setakat tu.... persahabat yang wujud berpuluh tahun lamanya ini insyaallah akan berterusan sehingga akhir hayat..... Sebelum mengundur diri, Amar buat pertunjukkan silap mata ciptaan terbarunya... Hadoi! Pening kepala aku fikirkan logik & caranya... terus hilang mengantuk aku. Haha... Lain kali bro, ajar la aku caranya.... Boleh aku buat pertunjukkan kat H4U nanti. Haha... Kepada yang berminat belajar membuat silap mata, anda boleh beli buku silap mata keluaran sahabatku ini...
Sekian... selamat malam.... wassalam....
Sekian... selamat malam.... wassalam....
8 KOMEN ANDA:
Best tul dapat jumpa kawan lama..
Best bro... mcm2 cerita keluar. Haha
Amar ni aku pernah tgk muka dia kuar TV1 waktu pagi kul 6. Dia buat silap mata dan tunjukkan koleksi komik & robot dia kat umah dia. Aku dah agak amar ni memang kawan baik ko.
Aku pandai gak main silap mata bro. yg mudah2 la.. guna syiling. Tapi tu la, kena sedia bahan2 untuk trik tu yg leceh. Haha!!
Mmg baik dgn dia sejak kecik... tak bersekolah lg.. kebetulan sedara plak. Haha..
Aku pandai buat silap mata... tp selalunya mata aku yg silap. Ekeke.. Ada 1 silap mata yg dia buat tak masuk akal yg aku ingat sampai skrg... Aku tak dpt pikir logik trick tu... Haha...
haha!! ada la teknik dia tu. Dulu aku minat belajar silap mata, sampai beli e-book silap mata tu.. haha!! Tapi sekarang layan jam jerk.. Biasanya ahli silap mata dia tak bagitau mcm mana dia buat. Tapi aku pulak bagi pecah semua rahsia trick2 silap mata tu.. haha!!
Ya betui! Ada perjanjian depa. TAkleh bgtau sapa2 pun... tp boleh belajar dari buku yg simple2... yg susah2 mmg tak ajar la biasanya
lepak x ajak aaa..
mentang2 la jam aku murah...
La... hg blk kg ka? Haha
Post a Comment