Thursday, February 3, 2011

Casio JP-100 - Jam pertama Casio dengan fungsi perakam denyutan nadi

 Beberapa model Casio dengan sensor perakam nadi telah aku paparkan sebelum ini. Kali ini giliran model terakhir koleksi aku seumpama ini pula hadir iaitu JP-100W. Pasti anda telah tahu yang mana satu....


 Dua model ini adalah model BP iaitu BLOOD PRESSURE MONITOR. Ia berbeza dari model JP kerana ia mempunyai kebolehan mengira tekanan darah & denyutan nadi. Namun Casio tidak claim, ia adalah alat perubatan (medical device) kerana bacaannya hanyalah bergantung sentuhan hujung jari & tidaklah tepat sepenuhnya serta bacaannya pula adalah berdasarkan data yang dimasukkan ke dalam memorinya. 


 Ini adalah model JP dimana kedua-duanya merupakan model PULSECHECK. Ia mempunyai fungsi utama mengira denyutan nadi di samping beberapa fungsi lain. Model-model terkini mempunyai fungsi yang lebih canggih & lebih tepat bacaannya & terdapat banyak jenama sebagai pilihan pula.

Suatu ketika dahulu, model ini sudah canggih kerana Seiko & Casio sahaja yang mempunyai model fungsi seumpama ini. Namun Casio maju setapak dengan menghasilkan model BLOOD PRESSURE MONITOR. Namun kini model itu sudah tidak dekeluarkan lagi & tiada model-model baru mahupun jenama lain mengeluarkannya lagi. 

Model-model terkini PULSECHECK pelbagai jenama termasuklah Casio kebanyakannya tidak lagi menggunakan sentuhan jari sebagai pencatat nadi, namun memerlukan sensor diikat di bahagian dada. Cara ini lebih tepat & bacaan berterusan dapat dilakukan semasa senaman sedang dilakukan... contohnya seperti video di bawah ini.

Video ini dapat menerangkan salah satu model terkini yang berada di pasaran.


 JP-100W (kiri) mula berada di pasaran sekitar tahun 1987, manakala JP-200W adalah keluaran berikutnya yang mula dikeluarkan tahun 1993. Perbezaan sangat ketara di antara bentuk jam tahun 1980an & peralihan kepada jam tahun 1990an.


 JP-100W mempunyai caseback jenis snap-on manakala JP-200W adalah seperti kebanyakan model Casio sekarang.


 Sensor kedua-duanya terletak di bahagian atas untuk memudahkan penggunaannya. Ianya sangat sensitif & hanya memerlukan sentuhan yang lembut sahaja. 


 Push button pula berbeza kedudukannya & memerlukan ianya ditekan untuk memulakan fungsinya.

Cerita lanjut mengenai JP-200W ada DISINI.


 Suatu ketika dulu, JP-100W merupakan salah satu jam idaman aku semasa zaman budak sekolah dulu. Ia mempunya 2 versi warna iaitu biru seperti ini & kuning. Versi kuning yang menjadi ingatan aku kerana acap kali menjenguk kedai yang menjualnya.... namun tak mampu untuk aku miliki pada ketika itu...

Skrin LCDnya besar & penomborannya sangat jelas. Suatu ketika dulu jam dengan skrin besar begini adalah suatu kegilaan pada aku. Lagi besar LCD lagi canggih & best... teori aku dulu la.... Kini jam nostalgia ini telah manjadi milik aku... syukur alhamdulillah....


 Push button yang tersembul seperti ini memberikan rupa tool watch yang sebenar kerana mempunyai banyak button sensor itu sendiri memberikan rupa yang unik kepadanya... Ada sesuatu yang menarik pada jam ini...


 Secara keseluruhan, jam ini mempunyai 5 push button. Keadaan jam sangatlah baik ketika aku mendapatkannya & aku sangatlah berpuas hati.


 Untuk memulakan fungsi PULSECHECK, button PULSE itu hanya perlu ditekan sekali. Paparan kosong (gambar kiri) itu akan keluar & jari perlu diletakkan pada sensor secara lembut. Jika sensor mengesan nadi, paparan tahap pengesanan nadi akan kelihatan & bilangan bacaan nadi akan dipaparkan (gambar kanan).


 Selain itu, ia juga mempunyai fungsi lain seperti ALARM, JOGGING, TIMER & STOPWATCH.


Diameter casing lebih kurang 37mm. Pemakaiannya selesa & dirasakan seperti tidak memakai jam kerana sangat ringan. Ianya tampak unik, klasik & tersendiri. 

7 KOMEN ANDA:

ayisy said...

Ini dulu masa kecik2 kalau nampak jam macam ni, tak boleh tidur dibuatnya. Huhu... Maklumlah, kecik2 dulu mmg suka dgn gajet dan benda yang canggih2.

Bila sudah besar, dah tak lihat kepada kecanggihan sgt tetapi lebih suka melihat kpd nilai sesuatu barang, kehalusan buatannya dan kepuasan jika memiliknya. Huhu...

Jam ni mmg rare ni. Untung siapa dpt.

duniajam said...

Alhamdulillah syukur...

Ainul Mardziah said...

Best lah jam-jam ni....

duniajam said...

Terima kasih...

Shidi said...

assalamualaikum nak tanya sikit mcm mana nak tau..tarikh jam casio dikeluarkan, klu seiko tu kta bleh tgk no. kat belakang..sy ada satu casio prayer compass..tp x tau bla di keluarkan..tq

Shidi said...

assalamualaikum nak tanya sikit cmna nak tau tarikh/tahun jam casio dikeluarkan..klu seiko tu bleh tgk no. kt blkng..sy ada satu casio compass prayer tp x tahu bla ia dikeluarkan..rasa2 mcm 90an...tq

duniajam said...

Waalaikummussalam Shidi...

Untuk jam Casio sy tak begitu pasti bagaimana. Sbb takda kaedah yg pasti. Tapi bila modul dia direset masa tukar bateri, tahun modul itu bermula juga akan reset juga.

Contohnya Casio DB-50, thn reset dia 1985. Kiraan kalendar dia bermula dari tahun tu. Kalau ikut sejarahnya mmg ia dikeluarkan pada lebih kurang tahun tu.

Ada model Databank yg sampai hari ni masih dikeluarkan namun menggunakan modul lama. Jadi, bila reset, thn dia akan sama macam model lama tu.

Untuk Casio Prayer Compass plak, kalau tak silap sampai skrg masih dikeluarkan. Modul dia masih sama.