Sunday, February 20, 2011

Jom skodeng......

 Ada sesuatu di sebalik semak samun sana... suatu yang da bomb untuk dikongsi bersama... jom kita skodeng sama-sama.... 


 Apabila diserbu... inilah dia Seiko SNX427 yang merupakan model dalam siri military Seiko. Mempunyai design yang simple adalah suatu ciri-ciri jam military zaman berzaman. Tali asal jam ini sebenarnya berwarna hitam. Sengaja aku tukarkan untuk nampak kelainan... nampak ok juga....


 Model yang dipaparkan ini merupakan model yang sudah tidak dikeluarkan lagi. Model terkini Seiko military automatik mempunyai design yang sedikit berlainan dengan dua keluaran iaitu Seiko 5 & Seiko 5 Sports. Perbezaan antara kedua-duanya terletak pada design yang berbeza, saiz & movementSeiko 5 mempunyai saiz jam yang kecil & menggunakan movement 7S26, manakala Seiko 5 Sports bersaiz lebih besar & menggunakan movement 7S36.

Untuk model yang dipaparkan ini, ia adalah bersaiz kecil, boleh dikatakan kecil sedikit berbanding Seiko 5  & menggunakan movement 7S26. Sama seperti adik-beradiknya yang mempunyai beberapa versi warna dial iaitu hitam, biru, hijau & khaki.... model ini juga mempunyai variasi begitu. Namun sangat sukar untuk ditemui NOS kini....


Perbezaan saiz di antara model SNZG07 & SNX431 sangat ketara. Saiz casing SNZG07 ialah 42mm, manakala SNX431 ialah 35mm. Selain tali nylon. ada juga model yang menggunakan bracelet. Warna tali nylon ini debekalkan seiring dengan warna dial. Saiz casing SNZG07 


 Berbeza dengan Seiko 5 Sports, kedudukan crown berada di posisi lebih kurang pukul 4 sama seperti Seiko 5. Casing model military adalah blasted finishing & dibuat dengan cukup kemas & berkualiti. Cermin mineral dipasang sedikit timbul dari rim bezel.... hmm... ada sesuatu tertera pada cermin....


 Sebenarnya model ini juga adalah Seiko 5. Namun logo nombor '5' itu dicetak di atas cermin. Mujur juga kerana logo '5' itu tidak diletakkan di atas dial... kerana aku sebenarnya tidak berapa minat dengan adanya logo itu pada dial kerana pada aku ia akan 'mencacat'kan rupa jam... Aku ingatkan aku sorang saja yang tak minat logo tu, rupanya ramai lagi kawan-kawan termasuklah otai jam tidak menyukainya..... ekekeke... Bukan tujuan aku nak merendahkan model Seiko 5, ini hanyalah minat & pendapat peribadi aku saja.... 



Gandingan SNX427 dengan SNK809 (model yang sedang berada di pasaran kini). Perbezaannya begitu nyata baik dari segi bentuk casing, paparan dial mahupun jarumnya. Logo '5' juga tertera padanya.


 Seperti biasa lumibrite Seiko tidak menghampakan..... terang & jelas di dalam gelap.


 Salah satu sebab mengapa aku beli jam ini adalah kerana casebacknya... Aku terpaksa maafkan diri aku untuk memiliki satu lagi movement 7S26 hanya kerana caseback ini sahaja. Mengapa? Caseback jam ini adalah tertutup sepenuhnya tanpa cermin yang menampakkan movement sepertimana model kebiasaan Seiko 5. Beberapa model Seiko versi ini yang aku jumpai mempunyai caseback see-through. Aku terlupa untuk mengambil gambar dengan satu lagi model Seiko military yang casebacknya bercermin yang aku jumpai di kedai yang sama. Aku bandingkan kedua-duanya sebelum beli dulu...

Disebabkan model ini sudah tiada & menurut tuan kedai ia adalah model collector, harganya juga agak tinggi. Tuan kedai juga tidak meletakkan jam ini dalam display bersama-sama jam-jam Seiko lain, namun meletakkannya dalam display khas jam-jam untuk collector. Menurutnya lagi, model ini adalah model lama, manakala yang bercermin itu pula adalah model baru. Setelah aku teliti casebacknya, model ini dikeluarkan pada tahun 2000 manakala yang bercermin itu dikeluarkan pada tahun 2006. Hasilnya jam lebih nipis berbanding yang bercermin & lebih selesa serta tidak mudah berpeluh & melekit sepertimana pemakaian jam yang bercermin itu.  Disebabkan jam ini adalah baru, aku tidak buka casebacknya & semua orang sudah maklum dengan rupa movement 7S26.


3 jam military berbeza zaman..... Citizen telah meninggalkan aku.. hanya tinggal Timex yang sedang menanti untuk dipinang... Masing-masing mempunyai kelainan walau kesemuanya askar....


 Pemakaian jam ditangan terasa selesa, ringan & saiznya yang tak berapa besar sesuai dengan saiz tangan aku. Sesuai untuk kerja lasak kerana tidak rasa gangguan di tangan dek kerana ringan & keselesaan itu bukan saja disumbangkan oleh tali nylon baru ini, namun turut disumbangkan oleh caseback yang fully covered yang tidak akan menyebabkan cepat berpeluh & melekit sepertimana caseback yang bercermin...

Jam ini sebenarnya untuk disimpan untuk anak aku suatu hari nanti... Aku harap beberapa jam yang aku simpan untuknya nanti dapat menjadi kenangan abadi untuknya... sama-sama kita lihat bagaimana rupa jam-jam tersebut suatu hari nanti.... Insyaallah jika umur panjang....

10 KOMEN ANDA:

thetick-thetick said...

hassan bek detik 12 banyak koleksi nih... lip-lap warna dia, memacam warna dia ada. cuma jam ni saiz agak feminine skit kalu ikut trend semasa...consider mid-size. cammanapun jam ni memang military btoi... teringat aku zaman pakai uniform dulu, pakai casio quartz diver all black, saiz camni la

duniajam said...

Ya. Saiz dia mmg kecik. Best gak psl design casing dia tu mmg true military zaman dulu. Hehe.. Hassan ada byk betui... rambang mata tengok. Haha

Suka Jam said...

Eh, dah berapa bulan dah anak ko? Tak habaq pun..? hehe!!

duniajam said...

jeng jeng jeng... tak lama lg bro.... insyaallah nnt ko jd bapak sedara dia. Hehe

Suka Jam said...

Wah.. bestnya dapat anak sedara baru.. nanti anak aku ada kawan.. Err.. anak aku ganas sikit. Main tepuk2 muka anak orang.. geram sgt kot? Hehe!!

duniajam said...

boleh masuk gusti camtu... haha

Suka Jam said...

Baru aku perasan, jam military yg ko review ni takde logo Seiko 5 kat Dial, tapi diletakkan kat cermin.. Lawa gak.. Aku pun rasa logo Seiko 5 tu agak mengganggu dial dia la.. Kira mcm jerawat kat jam Seiko la senang cerita.. Design dah lawa, cun.. tetiba ada logo Seiko 5.. Rasanya Seiko kena tukar logo Seiko 5 tu la.. Tulis kat belakang caseback je ke.. jgn letak kat dial..

duniajam said...

Tu la... aku pun rasa camtu gak... Byk model Seiko 5 aku minat.. tp hilang minat dgn logo tu... hmmm... Pakai Oxy pun tak keluar beb! Haha

Dumbo said...

Hi, could you share where did u get this watch?

Interested to get one too.

Thank you

duniajam said...

Hi Dumbo

I bought this watch in Penang. Tat Ming Watch Co. Situated beside Komtar. Last time, I saw 1 blue dial but with see thro caseback. You can check it there.

Tq