Suatu ketika dulu, aku pernah dah buat artikel camni.. Kali ni sengaja aku buat sekali lagi... Gambaq dah ambil lama & dah lama juga upload gambaq-gambaq ni dalam MWF. Waktu tu baru dapat satu trick kegunaan fungsi kamera aku tu.. Baru nak pandai memanipulasi fungsi yang ada... Maklumlah masih amatur dalam bidang fotografi. Banyak teknik, kaedah & fungsi kamera yang belum tahu. Ni baru guna kamera kompak, kalau kamera DSLR memang lagi tak pandailah....
Aku suka tengok lume jam. Lagi terang lagi best. Jam-jam lama aku yang masih 'bercahaya' aku ambil gambar juga. Boleh la tengok keadaan luminous jam yang dah berpuluh tahun umurnya. Aku sertakan gambar kecil jam yang dijadikan 'model'... sekurang-kurangnya tahulah rupanya dalam cerah.... kuikuikui....
Bruno Banani
Agak terang pada mulanya.... namun semakin malap di pertengahan jalan...
Citizen Eco-Drive chronograph
Cahaya biru Citizen agak leka dipandang..... mungkin kerana terlalu biasa dengan cahaya hijau...
Citizen ladies
Model NOS. Tak berapa terang, namun masih bercahaya.
Orient ladies
Sepertimana model Mako sebelum ini, lume Orient agak mengecewakan...
Citizen Oxy
Lume Oxy memang tidak mengecewakan. Rupa militarynya masih kelihatan gah walau dalam gelap. Jelas pernomborannya. Kadar keterangan akan beransur kurang selepas seminit. Keterangan & ketahanannya tidaklah sebaik lumibrite Seiko.
Darch military
Jam yang akan aku review tak lama lagi...
Epos Sportive 3396
Sudah meninggalkan aku baru-baru ini... Lume dwi-warna memberikan rupa yang berlainan dari kebiasaan. Terang, namun tidak seterang & tahan lama sepertimana lumibrite Seiko. Ia jatuh di bawah Citizen.
Helbros
Dial & jarumnya tidak diberi apa-apa sentuhan penambahbaikkan.... lume masih bercahaya walaupun tidak terang.
Junkers JU52
Sepertimana Oxy, penomborannya jelas... namun tidak sebaik Oxy. Tidak terang begitu lama namun cahayanya agak tahan lama walaupun sudah pudar & masih kelihatan walau berjam-jam di dalam gelap.
Oris automatik
Masih bercahaya.. namun cepat betul ia malap. Padanlah dengan umurnya.
Seiko 5 ladies
Jam kecik, nampak cute bila bercahaya begini.
Seiko 5 Sports
Seiko 6105
Jam sudah direfurbished menggunakan jarum & dial aftermarket. Lume jarum lebih terang dari dial. Dial akan malap lebih awal dari jarum. Ketahanannya tidak sebaik yang original.
Seiko Dilot
Suka betul tengok lume yang besar camni. Dengan penomboran yang jelas, ia nampak cantik sepertimana model military/pilot sebelum ini.
Seiko 5 military
Jam yang dah review sebelum ini...
Seiko Orange Monster
Favorite watch aku....
Seiko Samurai
Terang beb!
Seiko Sumo
Antara Monster, Samurai & Sumo.... lume Sumo paling terang. Mungkin sebab Sumo paling muda antara semua. Kadar keterangan lume akan semakin berkurang dengan peningkatan umurnya... tidak seperti Trigalight/gas tube yang akan kekal keterangannya sekurang-kurangnya 20 tahun!
Seiko UFO
Bercahaya namun tidak seterang & tahan lama berbanding model Seiko lain.
Kali ni masuk jam berbateri plak. Kita sama-sama tengok bagaimana evolusi teknologi lampu jam quartz pula.
Casio BP-100
Jam dulu-dulu kuning ja lampunya... Yang ni agak terang. Ada plak yang bercahaya tapi tak menyuluh pun...
Casio DB-50
Kalau yang dulu warnanya kuning, kini menjadi hijau & lebih terang dengan penggunaan LED baru. Jam-jam terkini kalau tidak pasang lampu illuminator, lampu jenis ini akan dipasangkan. Tapi bukan semua model Casio lah.
Timex Ironman Triathlon Shock Resistant
Jam pertama dengan teknologi lampu begini adalah dari Timex yang menggunakan teknologi lampu electroluminescent dibawah nama Indiglo. Lampu ini merupakan teknologi dari syarikat Indiglo Corporation yang dipunyai oleh Timex sendiri. Jenama Guess juga pernah menggunakan teknologi Indiglo dalam pengeluaran jam mereka suatu ketika dahulu.
Casio DW5600 Fox Fire
Dengan kehadiran lampu electroluminescent dalam dunia horologi, Casio tidak mahu kalah dalam persaingan ini. Mereka juga keluar & manjawab dengan nama Illuminator. Model pertama mereka yang menggunakan teknologi ini ialah Casio DEP-610.
Casio...
...aku tak tahu model apa.... tapi cantiklah lampunya....
Casio Riseman GW-9200
Jam yang bakal aku review tak lama lagi juga. Model G-Shock yang sudah tiada dipasaran & digantikan dengan model terbaru. Aku ruka lampu G-Shock lama yang kebanyakannya mempunyai logo di bahagian belakangnya.... nasibnya di hujung tanduk sebenarnya... tengah fikir samada nak jual ataupun tidak....
Timex Indiglo chronograph
Jam chronograph pertama aku. Masa tingkatan 2 tahun 1994, aku pakai jam berjenama Laterier. Dial putih dengan penomboran Roman. Dalam dewan gelap, pernah aku terfikir nak cipta jam analog dengan lampu. Masa tu jam berlampu kebanyakannya jam digital saja yang ada... Tak sangka memang akan wujud jam analog berlampu begini suatu hari nanti... Haha...
Jam dengan kebolehan bercahaya di dalam gelap memudahkan kita membaca waktu di dalam gelap. Bagi yang tidak peduli ataupun minat jam, tak dapat baca waktu pada jam tangan pun takpa sebab henfon pun ada jam juga... Walaupun kita pun ada henfon, bacaan waktu dengan jam tangan lebih memberi makna berbanding benda lain...
Leia Mais…