Berbalik kepada DetikDuaBelas mengenai t-shirt khas ini, saudara DetikDuaBelas dengan kerjasama saudara TheTick-TheTick telah menciptakan t-shirt sebagai suatu tanda kenangan untuk perjumpaan yang julung-julung kalinya diadakan ini.
T-Shirt ini adalah sebagai tanda sokongan rakan-rakan yang hadir ke perjumpaan ini untuk menunjukkan ikatan (unity) antara blogger & juga rakan-rakan lain yang menyertai perjumpaan ini kelak. Kemungkinan besar perjumpaan pertama ini akan mendapat liputan dari wartawan Berita Harian. Kepada perserta kelak, anda digalakkan membeli t-shirt ini yang bukan saja sebagai tanda sokongan, tapi juga sebagai kenangan abadi memandangkan ini perjumpaan kali pertama diadakan & kemungkinan kali terakhir.
Tag HOROLOGY FOR UNITY hasil ciptaan saudara TheTick-TheTick akan digunapakai secara rasmi untuk perjumpaan kelak & juga di masa hadapan & akan menjadi tag line blogger horologi untuk Malaysia! PARA PESERTA PERLU MEMAKAI T-SHIRT INI SEMASA PERJUMPAAN KELAK. Ini bagi membezakan antara kita dengan orang luar... Manalah tahu ada tetamu yang tak diundang datang melihat koleksi yang ada. Jadi kita boleh tengok tindak tanduknya sebab berbeza dari kita.
Terdapat 2 versi t-shirt dengan 2 warna berlainan. Satu dengan warna gray & satu hitam. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza & akan diceritakan satu persatu.
NORMAL
Ini adalah warna gray. Bukan putih ye. Pada bahagian depan, logo jam dicipta dengan cukup kreatif & menarik menampilkan tarikh 4 Disember pada pukul 9. Dial berwarna oren nampak striking & tercatat Putrajaya pada pukul 6 sebagai tempat perjumpaan diadakan. Jarum pula menunjukkan pukul 2 petang iaitu masa perjumpaan nanti. Warna ini seseuai untuk dipakai harian.
Bahagian belakang pula penampilkan senarai blogger horologi & peminat horologi di Malaysia. Apa yang terpapar adalah alamat blogger itu sendiri supaya mereka yang melihat baju ini boleh terus ingat & layari blog secara terus tanpa perlu google.
Saiz: S/M/L/XL
Harga: RM45
SPECIAL EDITION
Ini pula merupakan t-shirt versi SPECIAL EDITION dengan beberapa penampilan istimewa. Warna hitam. Design yang ditampilkan adalah sama seperti t-shirt gray namun dengan penambahan istimewa. Seperti yang dinyatakan pada gambar pertama atas bercahaya di waktu malam.....
Logo jam & border t-shirt ini dibuat embosed (timbul). Dial jam kini berwarna hijau dengan sedikit fluorescent & dakwat yang digunakan pula adalah jenis GLOW IN THE DARK... sepertimana jam yang berluminous. Dalam keadaan gelap, ianya akan bercahaya!
Saiz: S/M/L/XL
Harga: RM50
Kepada perserta perjumpaan ini, t-shirt boleh diambil samada pada perjumpaan kelak berserta bayaran ataupun secara pos (perlu ditanggung pembeli). TEMPAHAN TERBUKA KEPADA SEMUA. Kepada rakan-rakan yang ingin mengabadikan t-shirt ini sebagai kenangan walaupun tidak mengikuti perjumpaan ini juga boleh menempahnya.
Tambahan sebanyak RM10 untuk bayaran pos dengan maksimum sebanyak 2 t-shirt. Kalau lebih kena tambahlah...
TEMPAHAN T-SHIRT TELAH DITUTUP
Kepada yang beminat sila email: kedaiduniajam@gmail.com
Cabutan bertuah bakal menanti peserta yang mengikuti perjumpaan ini....
16 KOMEN ANDA:
syok nya kalo dpt hadir..kalo tak dpt ikut skali bole dpt hadiah misteri tak..hehe
Haha... sukar untukku mengungkapnya dengan kata2. Haha
Tempahan tshirt oleh saudara DetikDuaBelas tak banyak. Siapa cepat dia dapat. Hehe
serius lawa tshirt..huhuh
Hehe... tq... Di design oleh sahabat jam sendiri. Hehe
asmar, saya amik satu... bleh? ke sy tak layak? :(
lau bleh, nak warna itam....
waaa best arrr...terutama yang warna hitam...glow in the dark tuh..boleh la tempah satu...dapat gaji sempat lagi tak??
terima kasih kepada yg menjayakannya..t-shirt tu mmg dah dlm kepala otak dah nk mcm tu..klau bleh letakkan nama bloger kat depan blah kiri contoh (dabu) pun best gak,bleh org kenal sape..apa2 pun ini pun dah kira ok dah..
zalizalu, boleh... dah masukkan dlm list dah td. hehe
mercymoney, boleh bro. Takda masalah. Janji tempah awal sebab tinggal beberapa belas helai ja lagi ni. Hehe... Nak saiz apa?
dabu, akan dtg boleh la kot tempah individu. Cadangan yg baik tu bro. Tp kena racang lebih awal nnt. Hehe
bro mercymoney, check email.
walaupun xdpt hadir tp sy tempah satu~hehehe..
ok dah check.Tq bro duniajam.
Amer, takpa... semangat tu yg penting. Hehe
mercymoney, apa2 hal kontek lah
Post a Comment