Saturday, November 20, 2010

T-shirt Horology For Unity sudah siap!

 T-shirt Horology For Unity sudah siap pada hari raya kedua baru-baru ini. Ada beberapa t-shirt sudah pun di pos kepada kawan-kawan yang memerlukan khidmat pos oleh saudara DetikDuaBelas. Terima kasih banyak bro!


 2 jenis pilihan t-shirt dikemukakan sebelum ini & telah menerima banyak tempahan dari rakan-rakan. 
Terima kasih atas sokongan semua.


Bahagian belakang t-shirt menampilkan blog horologi di Malaysia.


Inilah keistimewaan t-shirt Special Edition..... Glow in the dark!


Kepada rakan-rakan yang telah booking tetapi belum membuat bayaran hendaklah membuat bayaran dengan segera untuk mengelakkan kesulitan & memudahkan urusan saudara Hassan. Ini kerana t-shirt ini juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari mereka yang tidak booking sebelum ini. Ada yang ingin terus membuat bayaran & mengambilnya malah ada juga yang telah pun membuat bayaran.

Kesulitan yang dialami kini ialah saiz t-shirt adalah terhad. Memandangkan ada yang telah membuat bayaran, kemungkinan besar saiz t-shirt yang rakan-rakan telah booking sebelum ini akan diambil mereka yang telah membuat bayaran. Jika tiada saiz yang anda inginkan itu, maka terpaksalah mengambil saiz lain yang ada dalam stok.

T-shirt boleh diambil semasa perjumpaan kelak ataupun dengan pos. Bayaran tambahan RM10 (maksimum 2 t-shirt) diperlukan sekiranya anda memerlukannya dipos.

Kepada rakan-rakan yang telah memberi nama untuk perjumpaan kepada pihak DJ, sila periksa email anda dari semasa ke semasa untuk sebarang update mengenai perjumpaan kelak.

Harap maklum.

2 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

cmna nk bayar ni abg??

duniajam said...

Bank in kepada bro Hassan. Nnt aku kontek ko.