Sunday, October 10, 2010

Di suatu ketika...

Sebelum wujudnya kamera digital yang hanya memerlukan kad memori sebagai penyimpan data gambar, era kamera yang menggunakan filem adalah pendokong kegemilangannya. Kamera yang menggunakan filem lebih sensitif dalam pengendaliannya & memerlukan pemilihan filem yang bersesuaian dengan suasana, aktiviti serta jenis gambar yang ingin diambil.

Dalam jangka masa panjang, penggunaan filem jenis ini memerlukan kos yang agak tinggi kerana perlu kerap membeli filem (yang dijual mengikut jenis ISO & bilangan snap), perlu mangambil gambar yang penting saja untuk menjimatkan filem & filem pula perlu dicuci untuk melihat hasilnya pula. Kalau baru belajar main kamera, lambat juga nak dapat skill yang baik kerana hasilnya hanya dapat dipastikan setelah filem dicuci. Pendek kata, ia memerlukan kos yang besar, memakan masa & makan ruang juga jika filem itu banyak.... serta memerlukan kesabaran....

Zaman sekarang mudah, segalanya digital. Jika tak puas hati dengan gambar yang diambil boleh padam pada masa itu juga. Kos lebih rendah kerana bukan sahaja hanya memerlukan kad memori sahaja, malah kamera digital itu sendiri pun murah juga. Generasi baru sekarang mungkin terlepas dengan zaman kegemilangan kamera yang menggunakan filem. Bukan tujuan aku nak bercerita mengenai sejarah kamera, hanya sekadar ingin mengimbau kembali zaman itu sahaja....



Kamera yang ditonjolkan ini merupakan kamera milik aku yang masih tersimpan dengan baik. Kamera ini pernah digunakan semasa aku di darjah 6 pada tahun 1992. Ketika rakan-rakan lain menggunakan kamera kompak, aku pula dihadiahkan abah dengan kamera ini yang memerlukan objek difokus dahulu sebelum gambar di ambil, dengan kata mudah seperti kamera SLR. Sedikit ilmu menggunakan kamera SLR abah memudahkan aku menggunakan kamera amatur ini.... Kondisi kamera SLR abah sangat baik walaupun dah berusia lebih 20 tahun.



Sebenarnya pada ketika itu, aku sangat menginginkan kamera kompak kerana lebih senang digunakan. Tapi memandangkan kos untuk membeli kamera baru agak tinggi ketika itu, jadi aku pakai sajalah hadiah pemberian abah ini. Bagus juga kerana kawan-kawan tak berani pinjam sebab tak reti guna. Hehe...

Lens boleh dilaras mengikut kesesuaian. Aku tak berapa mahir untuk menggunakan semua fungsinya. Hanya mampu guna fungsi asas sahaja. Cukuplah untuk penggunaan biasa budak 12 tahun.



Itu merupakan slot untuk perletakan kamera. Bila pasang kamera.... terasa berat tengkukku...


Kamera ini memerlukan bateri. Tetapi walaupun tanpa bateri ia mampu untuk mengambil gambar & tidak pernah juga aku memasang bateri selama penggunaannya.



Jika selepas filem habis & perlu ditukar, ianya perlu digulung semula masuk ke dalam gelungan filem sehingga tiada filem yang kelihatan. Sekiranya kamera dibuka begini sebelum habis filem digulung, maka rosaklah filem tersebut & hilang gambar yang telah diambil itu.... suatu prospek yang sangat tidak bagus....



Ruang dalamannya..... kini kamera ini telah menjadi klasik.....



Kepada yang tidak pernah berpengalaman melihat melalui view finder kamera jenis ini, beginilah keadaannya.

Kenangan bersama kamera ini masih segar dalam ingatan.... makin bertambah-tambah apabila melihat kembali gambar-gambar yang pernah diambil dengannya. Selagi hayat di kandung badan, akan disimpan kamera ini sehingga ke generasi seterusnya.

4 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

bro DJ~untung ada cam tu..klasik tuhh..brg rare..dah laa bleh pakai lagi..cun plak tuh..canon lagi..mmg berharga tuh..

TIMEasitis said...

zaman dulu, beli filem 24 keping kalau tak silap...kedekut sangat nak amik gambar...takut filem habis...lepas tue nak cuci mahal...tue belum kira rugi pasal negatif rosak...paling geram kalau gambar tak lawa...tangan goyang la...hilang fokus la...

zaman sekarang snap ikut suka...digital format and ruang storan besar...lagi ganas dah ada camera phone...setiap benda pun nak di amik gambar...

tapi sayang banyak di salah guna...mula la rakam benda tak senonoh...lepas tue tersebar...juga mula hilang privacy...semua nya boleh jadi tontonan umum...kekadang biasa la manusia boleh buat silap, tapi ada pula yang merekod terus di upload ke facebook pula....

setiap yang baru ada baik buruk nya...heheheh

tapi seronok juga kalau sekali sekala amik gambar guna camera lama...heheheh

duniajam said...

bro amer,

bila tgk balik terkonang juo zaman dulu kala. Best tul masa pakai mamera tu. Hehe. Kengangan yg tak dpt dilupakan. Boleh main2 lg kamera tu.

duniajam said...

bro nazri,

dulu mmg kedekut skit bro. Mahal nak beli filem. Kawan suruh ambik gambo dia pun berkira skit pasal kurang satu snap. Hahaha....

Skrg teknologi mmg bagus & mudah... tp ada yg tak baik mcm bro ckp tu.... hmmmm...