Thursday, October 21, 2010

Perjumpaan yang bakal tiba...

Setelah beberapa perbincangan & survey dilakukan.... keputusan muktamat telah dicapai. Berikut adalah keputusannya:



Separuh telah memilih untuk membuat perjumpaan di rumah ataupun homestay. Seperti yang telah dibincangkan dahulu, perjumpaan dicadangkan diadakan di Putrajaya. Jika ramai kawan-kawan yang hadir, kemungkinan tempat tidak berapa sesuai diadaan di situ. Untuk itu, alternatifnya adalah dibuat di kedai makan/mamak. Jika ada sesiapa ingin menyediakan tempat perjumpaan juga dialu-alukan & kita boleh berbincang.

Namun, seperti yang dibincangkan dahulu juga, ada pro & kontra bila diadakan di situ & aku tak mampu untuk mencari kedai yang bersesuaian. Perlu mengharapkan rakan-rakan yang berada di sekitar KL untuk mencarinya.

Walaupun begitu, kita kekalkan dahulu tempat perjumpaan di Putrajaya sehingga aku dapat semua nama-nama yang ingin mengikuti perjumpaan ini. Kalau tak ramai yang hadir pun takda masalah sebab perjumpaan akan tetap dijalankan.




Jelas.... memang siang paling sesuai. Aku cadangkan perjumpaan dibuat selepas tengahhari. Bolehlah makan tengah hari dulu sebelum perjumpaan ni. Lepas tu sampai malam pun tak kisah dah. Bolehlah pagi tu siapkan apa yang patut dengan keluarga dahulu.




Penetapan hari telah dilakukan pada 4 Disember 2010 bersamaan dengan hari Sabtu. Kebetulan juga hatuh pada musim cuti sekolah. Jadi, takda masalah untuk rakan-rakan guru untuk datang.

Untuk perjumpaan ini.... tak perlu formal. Hanya perjumpaan santai, beramah mesra bersama kawan-kawan & mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat jika selama ini kita hanya berjumpa di alam maya.

Untuk itu, aku ingin meminta nama penuh berserta nama samaran (dalam chat jika ada), email berserta nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.

Hanya terhad kepada mereka yang memberi nama atau dijemput saja kerana tempat adalah terhad. Tempat perjumpaan akan disampaikan samada melalui email ataupun SMS kepada mereka yang memberi nama. Ini adalah perjumpaan tertutup & aku perlu melindungi privacy yang kita ada untuk tidak membenarkan mereka yang dikenali atau dikehendaki turut menyertainya.


Kepada yang berminat, sila emailkan nama penuh (serta samaran) & nombor telefon: kedaiduniajam@gmail.com.


Untuk melihat perbincangan sebelum ini, bolehlah layari PERJUMPAAN

4 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

selamat berkumpul semua!!!

duniajam said...

Insyaallah.... hehe

TIMEasitis said...

aku on

duniajam said...

Beberapa kwn dah confirm nak join.

Mmg aku rasa elok buat tempat tertutup la. Kalau ramai & byk sgt jam atas meja, akan attract ramai org luar lain. Aku jumpa kawan aku ptg tu kat kedai mkn. Nak amik gambo jam2 dia.... org dtg tgk pegang2 jam2 dia yg mahal2 tu.... tak syok la plak. Bukan kedekut, tp rasanya suatu yg tak menyenangkan. Aku pun risau kena pau dgn org yg tak dikenali.

Kwn aku tu tak senang duduk bila org dok tanya2, sambil pegang & pakai tanpa minta kebenaran... dah la jam dia mahal2....

Mmg tak sesuai langsung buat kat kedai makan perjumpaan kita ni. Lebih baik buat tempat tertutup & org tak tau. Kita pun tak risau...