Tuesday, October 5, 2010

Futurist...... masa depan ada di sini....

Sophisticated, kompleks, pelik, fungsi yang sangat pelbagai, kecil, padat.....merupakan antara ciri-ciri gadget terkini & idea masa hadapan yang dapat dibayangkan manusia. Jam yang istimewa ini menggunakan pendekatan yang lebih ringkas....



Casio kini menampilkan suatu model yang seiring dengan perubahan zaman dengan bentuk yang lebih terkini & futuristic..... Inilah Casio Futurist.

Pandangan tepat ke arahnya, hanya kelam yang kelihatan..... tiada apa yang tersurat melainkan yang tersirat....



Display krom bak cermin itu akan memberikan rupa yang gelap jika dipandang secara tepat, tetapi akan terserlah rupanya yang tersirat apabila dipandang dari sudut yang lain. Casing yang keseluruhannya stainless steel mempuyai bentuk segiempat sama.



Kedua-dua sisi jam mampuyai 2 botton ada posisi yang sama. Design jam ringkas namun menarik.



Design & paparan LCD model ini sangat menarik perhatian. Cara susun atur penomborannya itu sangat berlainan dari kebiasaan jam digital. Sesuai dengan namanya Futurist, penampilannya ini menampakkannya seperti jam yang futuristic.

Sengaja aku paparkan kamera lama aku yang sudah pun lingkup.... 2 kamera jenama yg sama lingkup dengan masalah yg sama.... lens...... Kalau kamera kompak rosak.... elok beli baru sebab harga repair boleh dapat kamera baru... aku dah terkena....



Jika kebiasaan jam digital mempunyai liquid crystal yang berwarna hitam, jam ini mempunyai liquid crystal yang berwarna ungu. Apabila terkena cahaya, ia nampak seperti batu permata. Mereka bijak mencipta kelainan ini kerana jika dilihat paparannya seolah-oleh LCD itu hanya dilekat dengan stiker. Selain fungsi asas kebiasaan Casio iaitu STOPWATCH, TIMER & ALARM, ia juga mempunyai fungsi WORLD TIME. Selain display berwarna krom ini, ia juga mempunyai pelbagai pilihan warna LCD.



Di dalam gelap, ia memarkan suatu nyalaan yang cukup cantik, terang & jelas.



Caseback adalah jenis snap-on & caseback model terbaru Casio kini memaparkan fungsi yang ada padanya & fungsi setiap botton. Jika model lama Casio tertera fungsi button di dial, yang baru pula pada caseback bagi mengurangkan rasa semak pada dial & memberikan rupa yang ringkas.



'F' untuk Futurist.... Logonya pun nampak futuristic. Bracelet mempunyai deploy clasp dengan push-button.



Pemakaian jam ini dirasakan selesa.... rasanya kurang sesuai untuk lelaki. Sesuai untuk kaum hawa & remaja. Ia sesuai dipakai untuk bersantai & majlis tidak formal. Jika jam dilihat secara tepat, LCD akan nampak gelap & tidak nampak apa-apa. Perlu condong sedikit untuk membaca waktu. Genius!

Model Futurist menampilkan rupa serta design yang futuristic. Ia mampunyai pelbagai rekaan & fungsi dengan harga yang sangat berpatutan.

6 KOMEN ANDA:

zulkanain said...

jam pelik2 gini yg aku tersuka...dlm gelap2 tu ada bayang...japan?rege?

duniajam said...

Uih.. bahaya nih.... hantu....

Casio skrg China. Gshock Siam buat. HArga jam ni kalau tak salah aku la RM300+. Boleh la pakai santai2... nampak lain... Hehe....

Suka Jam said...

Nampak ladies la jam casio ni. Tapi bentuk bersegi tu yg lawa dgn skrin gelap tu.. clever!!

duniajam said...

Dgn kita tak sesuai.... dgn pompuan mmg cun... asyik review jam laki je... sekali sekala review jam pompuan pulak. Hehe

TuanFairul said...

ini bukan baru lagi kerr, sbb ader gak usha y plastiknyer.. y color2, ada kuning, pink, merah dll... ader y besi plak yerr...

duniajam said...

Ya. Ini mmg model baru pun. Macam2 kaler ada. Lawa2 gak yg lain tu.