Tengok tajuk tu macam projek besar ja.... projek kecil-kecilan ni dah berjalan dengan lancar tidak beberapa lama dulu. Jam-jam tu koleksi jam aku yang berbentuk segiempat. Salah satunya telah meninggalkan aku.... selamat jalan Orkinaku....
Ini merupakan antara alat-alat yang aku gunakan untuk projek ini. Alat-alat ini dibeli sedikit demi sedikit mengikut keperluan & kemampuan aku.
Masa mula-mula aku dapat Seiko TV keadaannya tidak berapa sempurna... maksud aku keadaan jam tidak begitu menyakinkan untuk memakainya pada ketika itu. Cermin jam senget sedikit & tidak berada dalam kedudukan asal. Clasp tidak dapat mengunci bracelet & longgar, namun keseluruhan bracelet memuaskan. Casing sedikit calar... biasalah bukannya jam baru & jam pula dah umur berpuluh tahun. Namun keadaan keseluruhan casing memuaskan hati.
Keadaan clasp yang tidak dapat klip dengan sempurna telah memaksa aku untuk mencari puncanya. Setelah beberapa pemerhatian serta try & error, barulah aku dapat pastikan punca utamanya. Bulatan kuning menunjukkan punca utamanya. 'Penyangkuk' itu telah bengkok & 'terbenam' ke dalam & menyebabkannya tidak dapat mengepit pin/tiang dalam bulatan merah itu. 'Penyangkuk' itu telah aku ketuk & naikkannya supaya dapat memegang pin/tiang itu. Sekarang bila tekan clasp dah dengar bunyi "klik" & dapat mengunci bracelet dengan kemas.... selesai satu bahagian....
... masuk pula bahagian seterusnya... casing. Selepas bracelet ditanggalkan dari casing maka nampaklah benda yang tidak enak.... karat. Karat merupakan suatu perkara yang sering berlaku pada bahagian sambungan ini. Jika tiada karat pun, bahagian inilah yang menyembunyikan kekotoran. Jika tidak dicuci, lama kelamaan ia akan merosakkan casing atau end-link braceletataupun merosakkan spring bar.... tengah pakai jam, tiba-tiba tertanggal dari tangan akibat spring bar patah... Ngeri juga...
Pertama sekali, aku kikis semua karat yang ada. Boleh lihat karat sudahpun tiada pada peringkat ini. Boleh lihat juga kesan calar yang wujud pada casing.
O-ring/gasket pada caseback diletakkan untuk mengelakkan air masuk. Namun keadaan gasket asal telah daif & aku gantikan dengan gasket baru (sebelah kiri). Ada juga jam lama yang tiada gasket ini... samada ia memang tak wujud ataupun gasket asal telah rosak.
Keadaan dail bersih & tak perlu buat apa-apa. Masa buat projek ni, terlupa pula nak cuci & relume jarumnya. Hmm... Nak buka balik satu hal pula....
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, cerminnya tidak berada di kedudukan yang betul. Cermin pula hanya diletakkan begitu saja tanpa sebarang gam diletakkan padanya.... ini memudahkan air untuk menyusup masuk & terus ke komponen enjin...... uuu... ngeri untuk aku bayangkan kejadian seterusnya... Sebab tu jam lama, tidak boleh harap tahap kalis airnya. Kena buka & servis semula.
Lepas ditanggalkan cermin, maka terbitlah pula karat seterusnya. Seperti sebelumnya, aku kikis karat yang ada. Setelah semuanya selesai, keseluruhan casing dipolished dengan autosol sampai memuaskan hati aku.
Cermin hanya diletakkan begitu saja bersama-sama o-ring di sekelilingnya. Mungkin untuk mengelakkan air masuk. Namun tidak mencukupi kerana kedudukannya tidak tetap & tidak sealed dengan elok. Aku letakkan gam/simen untuk cermin jam di bahagian yang sepatutnya...
Setelah casing dipolished & diletakkan cermin semula, inilah hasilnya... Cermin diletakkan pada kedudukan yang betul & disealed keseluruhannya dengan simen bersama o-ring tadi.
Boleh lihat juga, calaran pada casing telah hilang. 'Bling, bling' jadinya... Aku suka kalau faktor 'bling' wujud pada jam lama untuk 'menaikkan' lagi rupanya yang lama itu supaya tidak kelihatan suram.
Sebelum pasang bracelet, aku cuba jaya dengan beberapa tali kulit. Nampak ok juga.... namun tak berjaya kerana tak berapa sesuai yang berwarna hitam yang terlalu sporty & yang coklat itu pula saiznya kecil. Eksperimen tak berjaya... aku perlu cari saiz tali kulit yang lebih besar.
Casing yang telah dipolished memberikan rupa yang cantik sekali. Aku memang yakin keadaan asal jam ini adalah brushed finishing di bahagian atasnya itu. Jalur-jalur halus itu memberikan aku keyakinan itu. Aku dah tengok rupanya dengan brushed finishing, tapi aku tak berapa suka rupanya berbanding keadaan polished seperti ini.
Cermin & dail bersih memberikan rupa yang lebih segar...
.
Bahagian bevel casing di bahagian lug berkilat & sudah hilang calarnya. Aku sukakan sambungan end-link pada lug. Nampak betul-betul 'fit'.
Aku sukakan dengan rupanya yang terkini & amat meyakinkan ketika memakai. Kini aku tak perlu risau sangat jika terkena air seperti sebelum ini...
Projek menaiktaraf seterusnya.... Seiko Turtle....
7 KOMEN ANDA:
seronok buat projek naik taraf jam lama ni..lps siap gerenti puas hati..seiko tv bro DJ cun sungguh laa..sy ada jumpa Seiko TV harga rm150 tp keadaan dia dah nazak..cermin retak dan dail dia pun dah naik karat dan kotor..sayang sungguh..tuan dia xjaga..rugi2..
Best juga. Enjoy bila buat. Alhamdulillah, keadaan jam tu memang memuaskan hati. Bila upgrade lagi, bertambah cantik jam tu. Lepas ni nak buat kat jam lain plak.
Ada dua ketul TV mcm ni kat blog aku tu yg cun, kalau naik taraf bertambah le cun melecun...
wah dari tv itam putih ke Plasma ni hehehe
Bro Timur, sekali sekala buat projek ni best juga. Makin berseri-seri jam kita. Hehehe... Yg bro punya TV dua tu mmg cun.
Bro ex001, skit lagi nak jd LED TV dah. Ehehehe...
tahniah...memaang menarik....dan yang pasti kemahiran kerja tangan yg kemas...congrat bro
Terima kasih bro. Buat takat yang mampu je. Cari pengalaman skit2. Hehe...
Bukan bro pi China ke sekarang?
Post a Comment