Citizen Eco-Drive merupakan suatu teknologi yang dibangunkan oleh Citizen. Tak dinafikan jenama lain juga mempunyai model jam berkuasa solar juga seperti Orient, Casio & juga beberapa jenama lain. Konsepnya sama saja iaitu menggunakan cahaya solar sebagai sumber tenaga. Namun Citizen telah maju setapak dalam penguasaan teknologi ini dengan menampilkan suatu yang berlainan dari jenama lain.
Jepun mempelopori teknologi ini & berkembang dengan cukup pesat seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Banyak sekali keluaran yang menggunakan teknologi solar keluaran mereka. Jenama yang paling rancak membangunkannya ialah Citizen dengan keluaran Eco-Drive. Model pertama Eco-Drive dilancarkan pada tahun 1995.
Eco-Drive merupakan suatu sistem yang menukarkan cahaya, tenaga haba, pergerakan kepada tenaga elektrik untuk menjana jamnya. Konsepnya cukup mudah. Panel solar pada dailnya sangat sensitif terhadap cahaya sehinggakan cahaya lampu suluh pun mampu memberikannya tenaga. Gambar di atas menunjukkan bagaimana cahaya yang diterimanya diubah kepada tenaga. Ia juga mempunyai fungsi menghalang overcharge.
Cahaya yang sampai kepada dail akan diterima oleh amorphos silicon solar cell yang terdapat di bawah dail. Cahaya yang diperoleh ditukarkan kepada tenaga & disimpan di dalam bateri titanum lihium-ion. Bateri ini tidak menggunaan apa-apa bahan kimia merbahaya di dalamnya seperti kebanyakan bateri & terbukti tahan sehingga 20 tahun. Kajian yang dibuat mereka juga membuktikan kuasa yang mampu disimpannya berada ditahap 80% selepas 20 tahun. Ini suatu teknologi yang sangat baik, bersih & menjimatkan dalam jangka masa panjang serta tidak merosakkan alam sekitar dengan bahan buangan toksik dari bateri. Inilah yang ingin diterajui oleh Citizen dengan konsep Eco-friendly di setiap keluaran Eco-Drive.
Model Eco-Drive Minutes Repeater.
Mempunyai fungsi perpetual calendar, alarm, 24 hour time & minutes repeater.
Harga pasaran labih kurang RM2k.
Model keluaran Eco-Drive ada pelbagai & pasti setiap orang mampu memilih model yang sesuai untuk diri sendiri. Harganya juga tidaklah akan membuatkan semua orang menggigit jari kerana harganya mampu milik.
Fungsi yang dimiliki model mereka sangat pelbagai. Dari fungsi asas menunjukkan waktu sehinggalah yang complicated dengan pelbagai fungsi padanya. Design yang ditonjolkan sangat casual & matang... manjadikannya suatu jam dress/casual yang sangat cantik.
Ini merupakan model diver Eco-Drive 300m & 200m (kanan sekali) yang juga dikenali sebagai model Orca. Ada juga yang memberi jolokan Nemo (watak Clown fish dalam kartun Finding Nemo).
Harga pasaran Ecozilla diantara RM2.4-2.6k, manakala Orca lebih kurang RM1k.
Selain fungsi asas, terdapat juga model dengan pelbagai fungsi. Model-model di atas mempunyai kemampuan menyelam sehingga 200 meter.
Bagi peminat jam diver, model di atas merupakan model Aqualand terbaru. Belum pernah aku jumpanya di mana-mana kedai di Malaysia. Nampak cukup sporty & garang.
Harga pasaran untuk model-model ini adalah di antara RM2.4k-2.5k.
Citizen Eco-Drive Promaster Cal.2100 Alarm Chronograph
Ini merupakan salah satu jam idaman aku.
Model ini dibina dengan tangan oleh watchmaker Citizen.
Harga pasaran untuk jam ini lebih dari RM2k.
Banyak sekali model Eco-Drive yang menggiurkan hati kepada mereka yang mengenalinya. Mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak tahu akan teknologi canggih yang dibawa bersamanya. Tak kenal, maka tak cinta.... itulah yang telah berlaku kepada jam ini, order untuk kawan... dia tak jadi beli.... akhirnya lain pula yang jadi.... inilah....
Citizen Eco-Drive Calibre 3100 Twin Date BT0000-58L
Jam ini sebenarnya dibeli untuk kawan. Namun dia tak mahu kerana minat model lain... Jadi jam ni tergantung tanpa tali. Waktu tu terasa nak iklan dalam blog untuk dijual. Namun bila jam berada di tangan, terasa berat hati nak melepaskannya pula...
Ini adalah iklan untuk model ini.
Design yang ditampilkan sangat tampan & nampak matang... menjadikannya suatu jam casual yang menarik untuk dimiliki.
Casing stainless steel terasa teguh binaannya, mempunyai diameter 42mm dengan saiz lug to lug 49mm. Hampir keseluruhan casing diberi sentuhan polished finishing dengan sedikit sahaja kawasan brushed finishing. Finishing begini amat sesuai untuk jam dress/casual untuk 'menaikkan' lagi imejnya. Design jam nampak mewah & unik dengan penunjuk dwi-tarikh (twin date) & dail sub-second yang cukup besar di pukul 6.
Model ini juga didatangkan dengan pelbagai pilihan yang semestinya dapat menepati kehendak penggemarnya.
Citizen Eco-Drive Perpetual Calendar BT0079 BT0079-07E
Design jam ni sangat memikat hati. Ia menggunakan caliber yang sama seperti Citizen Eco-Drive Calibre 3100 Twin Date
Design crown agak membulat, nampak dressy & cantik. Design crown guard yang menguncup menampakkannya seolah-olah sedang mengapit crown. Di kiri & kanan crown tersebut merupakan button untuk setting tarikhnya. Yang perlu ditekan hanyalah button bulat di tengahnya tu saja.
Cermin mineral dipasang timbul dari casing. Ia merupakan cermin non-reflective yang dapat mengurangkan biasan. Bacaan waktu lebih mudah dengan cermin jenis ini.
Ketebalan casing adalah 12mm. Casing dibina melengkung ke bawah supaya dapat memegang tangan dengan kemas. Design begini amat membantu dalam memberi keselesaan kepada pemakai & memberi perasaan jam melekat di tangan & bukannya 'tergantung' di tangan.
Teknologi Eco-Drive sangat mengujakan. Apa-apa sumber cahaya sudah mencukupi untuk memberi makanan kepadanya. Tidak perlu menjemurkannya kepada cahaya matahari. Memadai jika ia adalah cahaya lampu suluh. Teknologi mereka cukup canggih dimana sumber cahaya yang sedikit sudah cukup untuk panel solar pada dail yang sangat photosensitive menukarkannya kepada tenaga. Designer Citizen bijak menghasilkan dail yang dapat menyembunyikan panel solar itu di bawah dail.
Design marker Roman ditanda dengan cukup kemas serta mampunyai design jarum yang cantik. Jarum & dail mempunyai luminous yang bercahaya terang di dalam gelap. Dengan full charged, jam ini mampu bertahan sehingga 365 hari tanpa sebarang cahaya. Jika tenaga tidak mencukupi, ia akan memberi warning dengan pergerakan jarum saat yang bergerak setiap 2 saat. Jika tidak dicharge juga, ia akan masuk ke mode hibernate. Ini suatu teknologi yang hebat! Sebebarnya tak perlu bimbang kerana cahaya lampu kalimantang rumah, pejabat (500 lux) sudah memadai untuk jam sentiasa berada dalam keadaan charging. Menarik bukan?
Warna lume yang dikeluarkan kebiruan. Nampak cantik & terang. Ia juga berlainan berbanding dengan kebiasaan lume yang berwarna hijau.
Dail mempunyai tekstur seperti piramid yang terbenam ke dalam. Sususannya halus & kemas. Marker Roman pula terletak di atas dail dengan corak selari yang mengelilingi dail. Suatu kombinasi yang cantik & kemas.
Nama Eco-Drive tercatat dengan kemas di atas dail. Jam ini mempunyai keupayaan kalis air sehingga 100 meter. Penunjuk dwi-tarikh (twin date) mempunyai bingkai krom yang memberi kekemasan tambahan kepadanya. Ia telah memberikan titik fokus utama kepada jam ini.
Subdail jarum saat juga mempunyai bingkai dengan alur-alur yang sangat halus. Ia sekaligus memberikannya salah satu fokus utama mata kepada jam ini selain tarikhnya yang sesar itu. Jam yang menarik mempunyai titik fokus kepadanya. Setiap kali mata menyinggah... di situlah tempat tujuan mata. Jam yang sebegini tidak akan jemu walau berkali-kali memandangnya.
Tertera dengan amat jelas 'PERPETUAL CALENDAR' di bawah bingkai subsecond itu. Perpetual calendar adalah suatu fungsi yang maju dimana tarikhnya telah diprogramkan untuk tepat sehingga 28 Februari 2100. Tak perlu lagi mengubah tarikh setiap kali masuk bulan baru. Nikmat dunia usah dipersiakan asalkan ia tidak memudaratkan kita...
Dailnya diperkemaskan lagi dengan adanya subdail 24 jam pada pukul 9. Dail nampak penuh namun tidak mengganggu kerana saiznya kecil sahaja.
Caseback adalah jenis skru yang keseluruhannya adalah brushed finishing. Seperti kebanyakan jam, casebacknya tertera informasi serta logo Eco-Drive padanya. Namun engraving padanya sangat nipis & tidak beberapa jelas. Kena tengok dari sudut tertentu untuk membacanya. Bukan saja model ini, malah apa-apa model Eco-Drive yang aku tengok juga begini. Mungkin ini suatu trademark untuk Eco-Drive.
Model ini dilengkapi dengan bracelet yang cukup solid & cantik. Rupa setiap link bracelet bujur seperti beras (rice bead). Ianya sangat berlainan dari kebiasaan bracelet yang aku pernah tengok. Nampak sangat unik.
Saiz lug adalah 22mm & end-link bracelet berada cukup kemas & betul-betul muat pada lug. Aku sukakan design bracelet tenggelam timbul ini. Ia diselang-seli dengan brushed & polished finishing.
Binaan bracelet sangat teguh & design rice bead ini memberi rasa yang cukup selesa pada tangan. Binaannya sangatlah kemas & cantik. Pada aku lebih baik binaannya berbanding bracelet Seiko.
Bralecet dilengkapi dengan foldover clasp dengan push button yang tersembunyi bersama clasp. Suatu design yang kemas & bijak! Braceletnya saja sudah cukup memberikan markah tertinggi. Mungkin Seiko & Orient terlepas pandang dalam hal ini malah ia mampu menggugat jenama Swiss yang lebih mahal pada braceletnya saja.
Lihat saja sambungan clasp dengan bracelet. Clasp terletak dengan sangat rapi & selari dengan bracelet. Design seperti ini jarang dijumpai pada mana-mana jam. Citizen bukan saja berusaha menampilkan rupa yang menarik pada casing, malah bracelet juga turut diberi sentuhan akhir & mereka sangat serius terhadap setiap model keluaran mereka.
Gabugan binaan bracelet seperti itu bersama-sama casing yang melengkung itu telah memberikan suatu perasaan yang amat selesa pada tangan. Jam tampak anggun & cantik. Sangat sesuai untuk digayakan bersama baju kameja serta sesuai untuk dibawa ke majlis-majlis formal. Rupa yang eksklusif ini memberikan wajah mahal kepadanya. Dengan meletakkan saja ia di tangan, terus membuatkan hati ini terpaut untuk tidak membiarkannya dibawa pergi. Namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... aku akan lepaskan juga jam ini.
Selain model automatik, aku amat admire dengan teknologi keluaran Citizen ini. Selepas memiliki model Eco-Drive pertama dulu, aku tidak lagi terlepas pandang dengan model Eco-Drive kerana keluaran mereka unik & mengujakan aku.
Jam ini dijual di pasaran kita dengan harga sekitar RM1800. Masa mula-mula nak jual, aku nak jual jauh lebih murah dari harga diskaun.... Itu yang dikatakan tak kenal, maka tak cinta.... Jam ini dibuka untuk jualan di http://jampilihan.blogspot.com/2010/05/preview-citizen-eco-drive-calibre-3100.html
14 KOMEN ANDA:
Jam yang tak perlu penyelengaraan... Casio dan ct solar-pow antara pilihan pengguna bijak...
Jadikan jam solar ni sekurang2nya satu yang mesti dlm koleksi... tak rugi beb. Lasak utk aktiviti luar. Kalau ada duit lebih amik eco-zila...-hasutan iklas
Haha... Ecozilla memang best. Berkenan tul dengan jam tu. Tu yg best jam ni, maintenance free. Masa pun tepat. Jimat, tak perlu tukar bateri.
cahaya dari halogen bulb je pantang bagi jam ecodrive...kena tsu tu... :)
pmbetlan : tsu = tau
Tq bro Ijan,
Tak sesuai dengan cahaya halogen sebab suhu yg dihasilkan lampu tu terlalu tinggi. Tahap optimum jam ecodrive tak boleh melebihi 60'celcius. Tapi dalam penggunaan biasa, jam takkan terdedah kpd suhu tinggi camtu. Hehe...
Jam apa pun tak boleh berada diluar tahap suhu operasi. Lingkup habis komponen dalam. Wa... nangis aku nak repair.... huhuhuhu....
Jam ini boleh dibeli di Ebay untuk kurang daripada RM600 aje....
Tengok juga pada seller juga. Ada jam yg jual murah & ada yg mahal. Semua tu bergantung kepada harga stok yang seller dapat. Ada gak jam 2nd hand tapi declare jam baru. Haru juga. Bayangkanlah jam ni kat sini dijual di banyak kedai rata2 RM1.8k. Dealer yang supply kat kedai tolak harga tinggi, maka tinggilah harga jam tu. Kalau tak, tak untung la berniaga. Satu lagi tak semua orang ada akses dengan eBay. Kena harap beli dari kedai gak la. Huhuhu...
Banyak model Eco-Drive yang aku suka. Tadi ushar Aqualand terbaru tu. RM2.5k. Berkenan gak
Ebay yang rega RM600 tu kemungkinan takde warranty atau jam reject tapi declare jam baru authentic.. Sebab itu perlu kita pandai menawar harga semasa membeli di kedai jam
Saya setuju yang jam ini adalah satu daripada keluaran Citizen yang cukup menarik. Kualitinya sangat baik dan nampak macam jam yang mahal.
Ada beberapa Eco-drive aku cadang nak beli. Tapi masih pending. Aku nak kaji, belek setiap model. Biar berbaloi beli.
Sekarang ni aku masih tergilakan Autozilla. Mahal sangat kat sini. Dalam RM4k. Tapi murah skit dari Orient Pro-Diver
Saya ade jam citizen aqualand. Eco drive 200m. Original. Nk jual.
2009 ada beli jam citizen echo drive di Tokyo Japan.. Selalu digunakan sampai sekarang. Namun akhir2 nie jam ada lewat dalam 5 minit.. makin lama makin teruk delay.. so ada harapan intuk dibaiki ?? Ianya ada sentimental value
Tuan Bard, kemungkinan ada masalah dengan bateri. Cuba tukar bateri baru dulu. Jam yang ada sentimental value ni lain skit feel dia.
Post a Comment