Monday, December 28, 2009

The Seiko Institute of Horology Japan


Alangkah baiknya kalau di Malaysia ada institut/muzium macam ni. Muzium khas untuk jenama Seiko ini menempatkan semua model keluaran Seiko. Sejarah yang dipertontonkan di situ membolehkan peminat jam membuat rujukan & melihat model yang sukar dijumpai & sudahpun lenyap dari pasaran. Kalau yang tak minat jam pun boleh appreciate jika ada muzium begini.


Susunan jam sebegini memudahkan kita melihat & membuat perbandingan.

Kalau semua jam untuk dijual, rasanya habis semua jam orang beli.



Penggemar diver pasti nak dapatkan jam-jam tu.


Model yang sangat rare & cantik.





Masih indah dijamu mata.




Model Grand Seiko ini masih menjadi buruan peminat jam sedunia. Rasa teringin nak pergi muzium ni kalau ke Jepun. Manalah tau kot-kot ada rezeki...


Terima kasih kepada bro Ahmad Norman kerana memberi info & gambar mengenai institut ini. Jika kawan-kawan ada yang nak berkongsi maklumat, boleh email kat aku. Terima kasih.

6 KOMEN ANDA:

Suka Jam said...

kalau dpt masok muzium ni, aku rompak semua jam2 tu.. hhaha!!! Mesti byk model2 seiko yg x masuk pasaran malaysia..

ayisy said...

salam. pehh! kalau la dpt pegi muzium tu..syoknyer.

duniajam said...

kita buat rombongan sambil belajar ke sana. Hehehe... Pastu pakat menangis sebab tak dapat nak beli. Kena jumpa pakar psikiatrik lak. Wakakaka...

JACK' TREASURE CHEST said...

Malang sungguh masa di Tokyo sibuk sgt meeting sampai tak sempat nak pergi tengok Muzium ni...huhuhu rugi!!!

ex001 said...

pernah dengar cerita yang muzium ni berhantu... udara kat situ beracun... sapa masuk, balik mesti sakit tenat takda ubat... sakitnya pulak berbeza beza dari sorang ke sorang... virus lain2... kalau saya masuk dijangka akan diserang virus 6215 300M... lagi bahaya dari H1N1... nasib baik jauh dari malaysia... terhindar musibah, syukur...

duniajam said...

Bro, kalau gitu.... salah sorang dari kita boleh gila kalau pi situ. Balik Mesia kena jumpa pakar psikiatrik. Wakakaka...