HARI KEENAM
Khamis (5 November 2009)
Kalau hari lain, waktu ni kami dah bertolak. Tapi hari ni lambat sikit. Nak dok lama skit kat rumah mak. Rasa tak puas tidur cuma semalam. Rindu kat mak pun tak lepas lagi. Takpa mak, nanti kami balik lagi. Beetle berkeadaan comot.... kesan pertarungan di jalan. Nanti hang mandi kot jalan....
Sekeliling rumah mak penuh dengan pokok kelapa sawit. Dahulunya tanaman getah. (berpuluh tahun dulu)... kini kelapa sawit. Sejuk betul waktu malam. Macam aircond. Kalau buka kipas, aduhai.... terketar aku dibuatnya. Abang Long tanam nenas depan rumah tu. Nanti balik sekali lagi, dah boleh petik kot buahnya. Ada 2 jenis buah nenas dia tanam. Apa ntah namanya. Aku tahu makan saja. Manis betul. Gred A.
Lebih kurang pukul 10 pagi, kami pun bertolak. Semalaman di rumah mak, rasa tak puas. Selalunya seminggu di sini. Takpa, janji tidur rumah mak, jangan tidur rumah abang-abang. Nanti mak kecil hati tak tidur rumah dia. Hehehe... Buah-buah kelapa sawit yang telah dikutip akan dilonggokkan di tepi jalan. Nanti ada lori yang akan kutip pi timbang & akan hantar duit kepada tuannya. Rutin ni adalah kebiasaan di kampung ni. Ramai saudara di kampung ni, jadi mak taklah sunyi sangat.
Hari ni, kami nak ke tempat yang wajib kami pergi. Walaupun cuma lebih kurang 60km dari sini, kami tak pernah pi pun walau bercuti seminggu di sini sebab jadual penuh tersusun dengan program berjumpa saudara setiap kali balik. Hari ni, kami ada banyak masa untuk ke Tanjung Piai.... The Southernmost Tip Of Mainland Asia. Aku rasa ramai yang tak pernah pi lagi. Jalan raya ni baru saja diturap. Jalan ni agak teruk sebelum ni. Lubang sana sini & tak rata langsung. Disebabkan tanah di sini adalah tanah gambut, walaupun diturap lama kelamaan jalannya akan jadi tak rata semula. Nasib baik Beetle tak lowered. Kalau tak, banyak jalan kena sodok dengan Beetle.
Sungai Benut ni jauh dari rumah mak. Tahun 60an dulu sungai ni lah mak naik sampan tambang ke Benut. Keluar dari rumah naik basikal lebih kurang pukul 5, 6 pagi. Di kampung mak dulu ada jeti. Tak jauh sangat, dalam 3km ja. Dari jeti kampung mak ke Benut kalau ikut jalan darat sekarang ni tak lah jauh sangat & sekejap saja. Tapi masa dulu pengangkutan cuma ada sampan dayung saja ke Benut. Naik pukul 5, 6 pagi akan sampai di Benut pukul 8. Syukur alhamdulillah zaman sekarang dah maju & kita tak perlu lalui zaman susah dulu. Sungai masa tu pula bukanlah macam ni, ini dah dibuat baru kata mak.
Mula-mula aku sampai sini, aku terkejut dengan papan tanda depan rumah ni. Tuan rumah sengaja letak papan tanda tu.....MEMO.... "Laju-laju tak main le".... Gelak sakan aku dibuatnya.... Harharhar.... Setiap kali balik, papan tanda ni lah yang akan jumpa. Bagus juga sebagai peringatan. Kawan aku pun pernah jumpa juga di tempat lain.... "Slow la paklong".... Muahahaha....
Akhirnya sampai di bandar Pontian. Pontian terletak lebih kurang 40km dari rumah mak. Pekannya agak besar & ada hospital di sini. Sepanjang perjalanan ke Tg Piai, banyak rumah-rumah moden besar kami jumpa. Dalam perjalanan, nampak papan tanda Muzium Bugis. Aku tak jumpa pula muziumnya di mana. Kami teruskan perjalanan ke Tg Piai. Banyak juga rumah-rumah tradisional Johor boleh dilihat disepanjang laluan.
Tg Piai kini diwartakan sebagai Taman Negara. Sekarang ni kami dah masuk ke simpang ke Tg Piai. Perjalanannya melalui kampung-kampung. Jalan ke Tg Piai akan membawa kami masuk ke jalan kampung pula. Jalannya agak kecil, tapi muatlah 2 kereta. Dalam perjalanan ada papan tanda peringatan & penunjuk jalan ke Taman Negara.
Jalannya semakin kecil, macam kat kampung mak ja (gambar 1 & 2). Kalau musim cuti, jenuh nak mengelak kereta lain kat sini. Sepatutnya lebarkan jalan sebab tempat ni ada lah tempat pelancongan & ada dalam peta dunia. Kalau tengok jalan tu macam tak yakin itu jalan ke Taman Negara sebab memang kampung betul.
Masa sampai, ramai budak-budak sekolah. Tapi depa nak balik dah. Rombongan dari Johor juga. Orang Johor pun masih ramai tak pernah ke sini. Kawasan parking (gambar 4) agak besar. Kereta tak banyak, yang ada tu mungkin pekerjanya saja.
Masa sampai, ramai budak-budak sekolah. Tapi depa nak balik dah. Rombongan dari Johor juga. Orang Johor pun masih ramai tak pernah ke sini. Kawasan parking (gambar 4) agak besar. Kereta tak banyak, yang ada tu mungkin pekerjanya saja.
Kawasan persekitaranya cantik. Ada pondok kecil (gambar 1), ada penjaga parking. Kena bayar parking. Mercu tanda ni terletak di depan pejabat & pintu masuknya. Besar & cantik (gambar 2). Papan tanda penunjuk keadaan sebenar Taman Negara Tg Piai (gambar 3).
Papan tanda ni menunjukkan bayaran yang dikenakan & aktiviti yang disediakan di sini. Menarik betul.
Selepas buat bayaran di kaunter dalam pejabat (ada kaunter kat luar, tapi tak buka), boleh terus masuk dalam. Selain pejabat, di sini ada galeri informasi Ada slideshow & penerangan di buat di sini. Ini adalah laluan masuk, sekelilingnya adalah hutan bakau. Best betul. Tampat ni dibuat cantik & tersusun. Ada bangunan baru di sebelah kiri masih dalam pembinaan. Kalau pergi terus......... akan ke pelantar yang ada penunjuk arah angin & arah arah bandar-bandar besar dunia. Jauh gak. Nampak kecil je benda tu...
Persekitarannya nyaman & aku rasa sangat tenang sebab takda orang lain. Tak lama lepas tu ada lagi beberapa orang pelawat datang. Mungkin dari Singapura. Hutan bakau yang berselelut ini bukan saja ditumbuhi dengan pokok-pokok, malah banyak juga papan tanda yang tumbuh di sekitarnya (gambar 1).... ekekeke.... Kami tak mahu buang masa, nak ke hujung benua dulu.... errr..... lagi 653m tu. Pergi balik 1.3km. Adoi. Ada basikal aku nampak. Cadang nak sewa macam Taman Tamadun Islam tu... rupanya untuk pekerja punya. Hahahaha...
Kami jalan saja.... Jumpa pulak menara peninjau (gambar 3). Ada 3 menara peninjau di sini. Jom naik dulu... Curam juga tangganya. Anak tangganya pula macam nak patah je bila pijak. Bergerak-gerak ja. Risau pula aku. Sampai atas, tak nampak apa pun. Nampak daun pokok je kelilingnya. Kena selak daun-daun baru nampak laut. Nak turun pula satu hal. Gayat pula tengok bawah. Jalan nampak kecik ja. Nampak pula air laut di sekitar pokok bakau tu, lagilah gayat.
Kami teruskan berjalan. Makin lama makin ke dalam hutan bakau. Makin banyak bunyi-bunyi pelik kedangaran..... spooky...... hahaha.... Dah la aku dengan wife ja. Bunyi dok kung kang, kung kang sana sini. Ish... seram aku... Air laut membadai pokok + sampah sarap yang berlambak di sini mengeluarkan bunyi yang pelik-pelik. Binatang yang dok atas pokok melompat dari pokok ke pokok menambahkan perasaan seperti tengok cerita seram ja. Disebabkan takda orang lain, tempat ni sangat sunyi.
Sepanjang jalan, papan tanda macam ni boleh kita jumpa (gambar 1). Ada juga papan tanda pemberitahuan binatang-binatang yang ada. Disebabkan air laut tengah pasang, haiwan-haiwan ni tak kelihatan. Boleh nampak laut terbentang luas di sana (gambar 2). Banyak kapal-kapal besar kelihatan (gambar 3). Yang aku makin risau tu, dah la bunyi pelik-pelik... dengar pulak bunyi ketukan kuat & laluan tu pulak ada yang senget ke tepi. Rupa-rupanya bunyi kuat tu disebabkan oleh kayu balak yang hanyut & menghentam laluan tu. Air laut yang datang membadai sekali sekala tu nampak semakin lama macam semakin tinggi. Aku dok berdoa jangan sampai melimpah atas laluan sudahlah....
Langit nampaknya semakin gelap, kami kena cepat berjalan. Mungkin kalau laut surut, boleh nampak dasarnya dengan jelas (gambar 1). Banyak betul sampah sarap di sini (gambar 3). Hujan gerimis mula turun.... perjalanan dah tak jauh dah (gambar 4). Mulanya nak patah balik sebab hujan, + tiba-tiba pula sakit perut. Hampeh tul! Tapi tahankan juga sebab dah nak sampai..... bila makin nak sampai, hujan dah berhenti.... TETAPI....
..... alangkah kecewanya aku.... pelantar hujung benua dah nampak... tapi laluannya dinaiki air. Aduuuuu....... Frust betul! Awat la depa buat laluan pejalan kaki tu rendah macam tu. Memang air melimpahlah.... Macam sengaja pula direndahkan macam tu. Destinasi tak jauh lagi dah.... dah nampak dah. Tapi ada halangan. Berbelah bagi aku dibuatnya. Langit pula tunggu masa nak hujan saja. Kalau Beetle boleh buat.... aku mesti boleh! JOM!!!!
.... tak kira... aku mesti sampai juga. Tempat dah nampak, sekarang bagi sampai juga. Tak kira. Apa jua halangan aku mesti tempuh juga.... Banyak ikan belacak kat laluan ni. Aku cuma risau ada ular berbisa ja masa redah air tu. Perlahan-lahan aku berjalan sambil tengok air.... manalah tahu kan... Kalau takda pagar tepi tu, confirm aku tak lalu. Rasa selamat skit dengan adanya pagar tu walau hati ni berdebar-debar sebenarnya.... psyco betul...
Macam-macam aksi kami buat. Maklumlah tempat ni kami punya.... gaya bebas semuanya. Ekekeke.... Laut yang terbentang luas tu nampak gerun pasal laut bergelora & langit yang gelap. Tiba-tiba.... hujan turun.... kelam kabut kami bergambar.... takpa... aku sangat, sangatlah puas hati. Rasa sangat berbaloi sampai sini. Bagus juga laluan tu direndahkan camtu, nak tengok orang sanggup ke tak pergi ke sini kalau air naik. Lepas lalui macam-macam perasaan di sepanjang laluan tadi... ditambahkan pula dengan air naik tu.... bila sampai sini, perasaan tu sangat-sangatlah seronok tak terkata. Keyakinan semakin bertambah... Sakit perut terus hilang bila sampai sini. Ish, ish...
Pelantar ni agak besar & berada di atas laut sebenarnya. Di sekitarnya ada papan tanda kata-kata motovasi.... membuatkan hati ni bertambah seoronok berada di situ. Semangat sungguh masa tu. Perasaan teruja tu langsung tak pudar malah semakin seronok walaupun hanya sempat berada minit sebelum hujan. Detik-detik yang sangat aku tak boleh lupakan di sepanjang pengembaraan ini. Inilah yang aku nak dari pengembaraan ni. Dalam banyak-banyak tempat yang dah kami sampai setakat pengembaraan ni, inilah tempat yang memberi aku kepuasan yang maksimum. Alhamdulillah, Allah melindungi kami & memberi rasa puas ini padaku & takdirkan semua ini berlaku.
Redahan air laut ni makin menambah keseronokan, teruja & bertuahnya ada di sini di saat-saat sebelum hujan pulak tu. Apa yang berlaku ketika tu membuatkan perasaan sangat berpuas hati. Rasa susah betul nak sampai sini. Bila sampai best sungguh. Sekarang nak redah balik pula (gambar 1 & 2). Hujan pula semakin lebat... kilat & guruh pula berdentum-dentum. Laut pula makin bergelora... Fuh! Kenangan betul nak sampai tempat ni (gambar 3). Datang lain kali takkan sama dah perasaan tu. Rasa seronok tu bertambah dengan air yang lelimpah atas laluan tu + lain-lain kejadian. Kalau semuanya mudah, rasanya perasaan puas hati tu tak seperti yang aku rasa tu. Hujan yang turun dapat 'ditapis' oleh daun-daun pokok bakau di sekitarnya (gambar 4).
Inilah pertama kali aku tengok ketam panjat pokok (bulatan merah). Uih! Ada ayam hutan kat bawah tu.... tapi aku tak nampak la. Mau lemas ayam tu. Ehehehe.... Mungkin boleh tengok kalau air surut. Babi hutan pun ada. Banyak lagi papan tanda haiwan boleh tengok.
Kami balik semula ke pejabat. Nak balik terus, hujan terlalu lebat. Guruh & kilat pula menakutkan. Kami rehat di situ. Seperkara yang kurang gemar di sini ialah, tiada minuman atau makanan ringan dijual. Peti ais ada, tapi isinya tiada. Nasib la bawa air minuman dalam beg.
Kami balik semula ke pejabat. Nak balik terus, hujan terlalu lebat. Guruh & kilat pula menakutkan. Kami rehat di situ. Seperkara yang kurang gemar di sini ialah, tiada minuman atau makanan ringan dijual. Peti ais ada, tapi isinya tiada. Nasib la bawa air minuman dalam beg.
Air laut naik sampai melimpah ke laluan masuk. Mengalir masuk ke tali air depan pintu masuk. Aku tanya pekerjanya, katanya hujung tahun memang macam ni. Bulan-bulan lain tak melimpah macam ni. Aku tanya juga pasal laluan ke pelantar hujung benua tu. Katanya kontraktor silap buat rendah macam tu....
Lama juga lepak situ. Kami dapatkan sijil yang mengatakan kami sampai di hujung benua. Sijil tu kena beli. Akan tertera nama kita atas sijil tu. Kami beli juga cenderamata sebagai kenangan. Nak balik tapi rasa berbelah bagi. Sebab ada juga perasaan nak ke pelantar yang ada penunjuk angin tu. Sebelum tu masuk sekejap ke galeri informasi, tapi pekerjanya tak mesra & tak layan kami pun... senyum pun tidak walaupun dok lalu keluar masuk depan kami. Dok kalut siapkan slideshow dia kot. Patutlah ada komen pekerja tak mesra dalam buku pelawat.
Inilah sijil tu. Kalau sijil original ada nama aku... Kali ni letak nama Beetle, biar semua orang tengok. Sijil ni cuma RM5. Aku pesan sijil ni kat pejabat masa beli tiket masuk tadi. Dah pi hujung benua baru ambil. Baru syok dapat anugerah. Kalau tak pi hujung benua tu pun boleh beli sijil ni. Tapi tak best la. Takda 'feel'.
Bila hujan reda sikit & kilat pun tak gerun sangat, kami gagahkan juga. Tadi dah sampai sini sebenarnya (tengok waktunya). Tapi pusing balik ke pejabat pasal kilat menakutkan kami. Kali ni walau kilat masih ada, aku berdoa agar kami selamat. Kami pergi juga ke hujung tu.
Jauh beb. Terbayang juga kalau ombak tsunami datang. Tengok laut macam ni & keadaan masa tu, mulalah fikir yang bukan-bukan. Macam-mana la nak survive kalau hanyut sorang-sorang dalam laut. Tak boleh juga aku terbayang macammana orang yang tinggal tepi laut & yang tinggal dalam bot kat Sabah tu hidup & lalui keadaan macam ni. Keadaan sekarang ni pun dah menakutkan aku.
Inilah penunjuk arah bandar dunia tu. Sampai saja di sini... maka lengkaplah perjalanan kami di sini. Puasnya rasa. Ada 2 pelantar di kiri kanan laluan tu. Ada kerusi untuk berehat & menikmati keindahan ciptaan tuhan. Rasanya dah cukup lama di sini. Jom kita balik...
Sampai saja di pejabat, sorang pakcik yang bekerja di sini hantar kami ke kereta (guna payung pejabat). Terima kasih pakcik. Terkejut dia kami pusing semenanjung dengan Beetle. Hehehe.... Sekarang kami nak ke Rengit. Pekan Rengit cuma lebih kurang 13km dari rumah mak. Jalan yang kami nak pergi ni adalah jalan yang kami datang tadi. Macam laluan nak balik rumah mak ja...
Perjalanan ke Rengit hujan lebat (gambar 4). Gambar ni aku salah edit.... tak larat nak ubah dah. Banyak kali aku jumpa penunggang moto ikut rapat belakang lori/bas camtu (gambar 4). Kononnya nak curi angin drag bas/lori. Moto akan lebih laju & minyak jimat kononnya. Kalau naik moto boleh rasa angin tu. Tapi sangat bahaya. Kalaulah bas tu brek mengejut, rasanya moto tu terus hentam belakang bas tu. Masa tak kena, tak apalah. Bila dah kena, barulah beringat sampai bila-bila. Kawan-kawan yang naik moto, aku nasihatkan janganlah buat camtu. Tolonglah....
Pekan Rengit tak hujan pula. Sampai saja pekan Rengit, aku teringat nak makan soto. Kalau balik kampung & rasa nak makan soto, Warung Soto Nuhin adalah tempat yang aku cari (gambar 1). Sedap beb. Wak Nuhin berniaga sini dah berpuluh tahun & sangat terkenal di sini. Tapi kedainya tak berubah sejak wife kecil sampai sekarang. Hehehe... Tengah makan, ada pula kucing dok buat muka kesian sampai naik atas peha aku. Nasib baik hang comei, terpaksa aku bagi sikit. Wakakaka...
Perut dah kenyang. Perjalanan seterusnya ialah ke Batu Pahat (gambar 1). Kalau jumpa lori yang bawa barang camni, aku cuba jarakkan kereta (gambar 2). Tak yakin aku dengan cara barang tu diletakkan di belakangnya. Pekan Batu Pahat agak sibuk (gambar 3 & 4). Lepas dari bandar ni, jalan tak berapa sibuk dah.
Kami tak masuk pekan Muar. Kami ikut jalan baru yang melintas pekan Muar (gambar 1). Jalan ni macam highway, ada 2 lane. Cuma letih nak berhenti sebab banyak lampu isyarat. Suatu ketika dulu, jalan ni masih dalam pembinaan (gambar 4), kini dah siap & boleh meluncur dengan lajunya.
Rumah tradisional Johor masih banyak dikekalkan (gambar atas). Boleh tengok di tepi jalan di sepanjang laluan. Masuk saja Melaka, binaan rumah terus berlainan dari tempat lain. Dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor & seterusnya Melaka menyaksikan pelbagai bentuk rumah tradisional. Ke semuanya amat berlainan & mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Kami sampai di persimpangan untuk ke Jasin & Merlimau. Dulu jalan terus tu (gambar 1) tak siap lagi. Nak ke Merlimau, kena masuk ke Jasin dulu. Sekarang aku dah boleh lalu jalan ni. Cepat sikit. Kenderaan semua laju. Aku tekan 110kmj, nampaknya kereta lain tercabar rupanya (gambar 2). Pakat-pakat tekan minyak potong aku. Aku tekan minyak potong balik, ada Myvi tak puas hati potong aku balik sambil tengok side mirror. Tergugat kot. Kereta lain pun pakat-pakat tekan juga. Bila aku tekan sampai 140kmj... masing-masing tak berani dah. Takpa belum out meter lagi sayang.... Buat-buat lupa syarat pengembaraan..... Hehehe...
Sampai satu jalan, kereta pakat-pakat brek. Rupa-rupanya ada lembu melintas. Haru sungguh la. Nasib baik takda kemalangan. Pemilik lembu langsung tak peduli ternakan depa. Perjalanan di teruskan lagi sampailah masuk Melaka (gambar 4).
Kami masuk bandaraya Melaka dengan jayanya. Terima kasih kepada GPS. Aku memang tak tahu langsung jalan bandar Melaka. Kami nak ke Tanjung Bidara. Kami bergantung 100% kepada GPS. Chewah, macam terer ja jalan kat sini. Dari jalan bandar yang besar, membawa kepada jalan yang semakin kecil. Bangunan-bangunan lama masih dikekalkan. Amat sesuai dengan Mekala sebagai bandar warisan. Bandarnya cantik & sibuk.
Suatu ketika dulu aku pernah lalu jalan ni. Pantai Kelebang ditutup. Aik. Pelik juga. Aku berhenti sekajap (gambar 3). Ahhh.... Sayanglah kat hang Beetle. Hehehe... Bila pergi dekat dengan pantai, barulah nampak (gambar 2). Rupanya, pantainya ditambak. Jauh juga ditambaknya. Dah jadi macam Penang dah. Peta kena ubah. Nak buat kawasan perumahan kot. Kami teruskan perjalanan lagi. Nak ke Port Dickson tapi ikut jalan Tanjung Bidara. Bercadang nak sewa chalet di Tanjung Bidara. Langit nampaknya sangat gelap (gambar 4).
Hujan lebat sungguh. Nasib baik aku dah letak rain repellent wax kat cermin. Memang banyak membantu. Ikut GPS, jalannya membawa kami masuk ke kem tentera. Confius juga aku. Nampak kereta keluar masuk selamba ja. Tapi sebab tak yakin, aku tanya tentera yang bertugas di pintu masuk. Dia bagi tau kena pusing keluar dari sini & ambil jalan lain. Aku pun pusinglah....
.... masa sampai dah nampak masjid ni. Bila patah balik baru sempat ambik gambar. Aku suka design dia yang ada ciri-ciri arcitecture China padanya. Nampak amat berlainan dari kebiasaan masjid.
GPS calculate jalan baru. Kena tambah jarak berbelas kilometer lagi. Bila sampai di persimpangan, kami ambil jalan ke Tanjung Bidara. Yang buat aku sakit hati tu, Tanjung Bidara cuma terletak di sebelah kem tentera tu saja. Pegawai tentera tu langsung tak bagi tau Tanjung Bidara hanya di sebelah kem. Apa salahnya dia bagitau kami masuk kem keluar ikut jalan belakang. Bukannya jauh pun. Hmm...
Kami cari chalet untuk di sewa. Tapi takda rezeki, kebanyakan resort penuh dengan aktiviti kursus. Cari lagi chalet lain guna GPS. Dia bawa kami ke banyak resort tepi pantai di Pantai Padang Kemunting (sebalah Tanjung Bidara). Sampai satu resort, nampak macam rumah orang saja. Jalan lagi, nampak macam resort. Kami masuk... rupanya masuk ikut pintu belakang. Hujan masih turun. Kat resort tu ada sekolah buat kem motovasi. Tanya pejabatnya, ada bilik kosong. Cantek! Kami sewa di Ismah Beach Resort. Murah.... RM80 ja. Ok sangat dengan budget ciput aku ni. Hari biasa RM110 saja. Promosi RM80 termasuk sarapan. Hari cuti, mahal skit. Rupanya yang aku cakap & buat tempahan bilik tu dengan manager dia. Resort ni milik bumiputera sepenuhnya.
Bilik agak kecil, tapi selesa. Cari TV tak jumpa, rupanya ikat kat dinding. Hahaha... Tak kisah. Janji ada aircond & TV. Siapkan diri.... kami keluar makan. Makan kat mana entah. Hentam sajalah. Balik semula ke resort..... tidoq......
akan bersambung lagi ni....
8 KOMEN ANDA:
Dulu2 ko tak follow ek yg konvoy pi tanjung piai masa ngan pitstopriderz???....yaperdaaaaa
Tak bro. Aku ada hal apa ntah masa tu. Rugi betul. Tapi tak syok la plak kalau aku dah pi dulu... 'feel' sekarang takkan rasa dah. WAkakaka....
Salam bro. Tahniah dah sampai Tanjung Piai. Aku walaupun duk Johor cuma sekali jek pernah pergi. Heh! Tu pun masa kecik sekolah rendah dulu. Hehe.. Kalau tau bro lalu Rengit dan Batu Pahat aritu, boleh jumpa kejap. Hehehe...
Nak tanya sikit, jam jenama Swatch kat Malaysia ni 100% made in swiss ke? Atau sesetengah part dibuat di negara lain? Haha.. Lari tajuk plak.
Salam ayisy. Aku round semenanjung, tak ramai yg tahu. Saja tak bagi tau, nak cerita dalam blog. Hehehe...
Dah keluar tajuk kena saman nih. Wakakaka.... Aku rasa Swatch memang 100% Swiss sebab ETA movement diorang yg punya.
Tapi betul juga cakap ko tu... sebab sekarang ni tak semua jenama Swiss adalah buatan Swiss. Contohnya Sandoz, Titus & Doxa (kecuali Doxa Sub). Sandoz dipasang di S'pore & HK. Titus & Doxa dibuat di HK. Sebab tu Titus murah. Kalau tak salah Camy juga syarikat HK beli. Doxa & Camy masih kekalkan ciri-ciri standart. Sebab tu harga mahal.
Huhu. Tengok gambar2 Tanjung Piai kat atas rasa mcm best pulak. Ada peluang kena pergi cuti ni.
Pasal jam Swatch tu, tgh teringin nak rasa jam Swiss Made. Rasanya jenama Swatch yang paling murah dan mampu. Kalau mmg 100% dari Swiss, bolehlah berkira nak angkat satu. Takpun movement jek Swiss kira bolehlah. Hehe. Cuma masalahnya susah cari kedai jual Swatch kat tempat aku. Butik Swatch kat Malaysia pun berapa kerat jek.
Thanks utk komen di blog aku. Aku jawab kat sini lah. Seiko Spring Drive mmg target aku dah kerja nanti. Suka tgok jarum dia gerak smooth jek. Setakat ni jam mekanikal aku OK lagi, mungkin masih muda. Hehe.
Pasal jam q&q tu, mmg sayang aku tak simpan. Cari tak jumpa2 pulak.
Jam Casio Databank tu setakat ni aku cari tak jumpa-jumpa. Cuma pernah jumpa satu kat Melaka, yang warna emas tapi tak minat pulak. Huhu...
Kecik-kecik mmg, tengok jam beratus ringgit rasa mahal sangat. Yelah, duit saku dulu sehari 50sen-1.00. Hehe. Mcm mana nak kumpul sampai ratus-ratus. Sekarang tgh belajar pun kena bajet betul2, nasib baik belajar kat kawasan agak pedalaman jadi kuranglah shopping2 tuh. Cuti jek baru perabis duit. Hehe...
Apa pun, aku selalu baca blog duniajam sebagai rujukan jam tangan. Setakat ni blog ni lah sumber rujukan utama. Blog dari Indonesia banyak gak cuma susah sikit nak faham. Hehe...
Terima kasih ayisy. Apa yang aku tahu, aku kongsi sama-sama di sini. Bukan apa, dulu masa aku mula nak cari maklumat pasal jam, takda sumber. Sekarang dah mudah & takda web Malaysia yang ada info pasal jam. Tu yang aku cuba buat. Sekurang2nya orang yang dok cari info macam aku dulu boleh dapat maklumat dengan mudah.
Masa aku student di Uni dulu, aku tak layan jam sangat. Dok tengok gitu2 ja. Kedai jam pun tak pi walau lalu depan kedai pasal tak mampu nak beli. Minat tu pendam saja & sapa pun tak tahu. Mampu beli Casio ja masa tu. Tu pun beli baru hanya bila jam lama dah rosak. Beli pun Casio jugak.
Start keja... aku mula layan balik. Tu pun masih tak tau sangat pasal jam. Minat bertambah & tambah pengetahuan skit2 sampailah sekarang. Sekarang pun masih belajar lagi. Banyak ilmu baru aku dapat sejak aku buat blog ni. Jumpa pula kawan2 baru yang lebih terer & otai. Tu yang best buat blog, dapat kongsi dengan semua orang... Terima kasih semua
ish ish ish... kalau p tanjung piai ni kena time laut pasang... bawak pulak set mengilat siakap, alangkah bestnya hehehe... sambil melancong sambil melencong di hujung semenanjung wah wah wah...
bro ayisy... kalau nak tau jam tu swiss made atau tak senang ja... tgk kat pukul 6... kalau tulis swiss made maknanya part2 pada jam tu dibuat dan dipasang di swiss... kalau tulis swiss saja, atau swiss movement atau swiiss bla bla .. maknanya separuh saja dari swiss... samada movement atau casing atau sesetengah part saja... sesetengah lagi dari china lorr... tapi biasanya manufacturer tak cakap la dari china, nampak lekeh sgt... diorang cakap 'asian countries'... sedap sikit bunyinya... tak gitu hehe
berbeza dgn seiko (seiko lagi!!!)... selalunya akan di catat dimana part2 jam ni dibuat... contohnya landmonster... tertera kat muka dia movt malaysia maknanya movement made in malaysia... casing pulak mcm biasa china... kecuali model2 JDM yang memang 100% dibuat oleh nippon...
SWATCH pulak memang 100% swiss made... movement nya diseal terus kedalam casing... kalau rosak buang saja la jawapnya... beli lain pulak
tapi biasanya makan 7-10 tahun jgk la baru nak rosak kalau pakai biasa2... kalau pakai mcm Bro DJ mungkin tahan sampai 15-17.5 tahun sebab cermat yakmat... hehehe
Hahaha.... Aiseh.... malu plak I.... Muahahaha....
Ya. Kebanyakan jenama tak bgtau enjin dari negara mana. Kalau jam replika pun sama gak. Takkan bagitau dari China. Depa cakap Asian movement. Mungkin sebab tu juga Seiko JDM lebih mahal dari Seiko lain. 100% pure Japan. Sumo.... sini mali...
Post a Comment