Seiko SNM011K ataupun lebih terkenal dengan nama Samurai merupakan jam dari keluarga Prospek. Ia merupakan legasi yang diperturunkan Seiko untuk keluarga diver. Jam yang dikeluarkan untuk pasaran Jepun suatu ketika dahulu kini amat sukar untuk didapati kerana ia sudah tidak dikeluarkan lagi. Beruntunglah kepada mereka-mereka yang memiliki 'The Last Samurai' ini.
Masa aku dapat jam ni, keadaannya agak menyedihkan & aku teragak-agak nak ambil. Sebab jam ni tak seperti yang diharapkan & tak seperti yang dikatakan penjual. Rundingan oleh saudara Zahir, membawa aku berjumpa dengan pemilik jam ni di tempat yang aku tak sangka akan berjumpanya. Disebabkan takut tak dapat dah jam ni, aku 'pejam' mata & beli juga. Bezel jam dengan PVD coated ni agak bercalar (gambar 1). Tapi disebabkan warna nombornya silver, ia tak begitu kelihatan. Keadaan jam tak begitu terjaga & aku rasa tuan jam ni memang pakai lasak & hentam cukup-cukup. Celahan link bracelet nampak agak 'berdaki' (gambar 2)... begitu juga dengan clasp (gambar 3). Seperti diver Seiko yang lain, extension clasp adalah seperti yang lain (gambar 4). Ianya sama seperti Monster & juga Sumo.
Tidak seperti keadaan original, jam ini dipolished berkilat pada tempat yang tak sepatutnya. Bracelet sepatutnya mempunyai brush finishing di bahagian tepi link & polished finishing di bahagian tengah. Tapi jam ni, keseluruhannya adalah polished finishing.
Bukan saja bracelet, malah clasp juga dipolished. Termasuklah juga keseluruhan casing. Tak pasti tuan sebelum ni pakai apa untuk polish. Keadaannya bercalar-balar.... isk!
Yang buat aku ragu-ragu & pelik tu, ada bulu-bulu halus di celahan caseback. Perhatikan betul-betul. Tak pasti bulu apa. Mungkin rambut @ misai kesan shaving. Macam mana bulu tu boleh pi situ? Entahlah Labu....
Bahagian sisi casing stainless steel juga berkilat. Boleh nampak lagi kesan alur brush finishing yang sudah berkilat tu. Memang nampak betul jam ni dah dipolished.
Bracelet ditanggalkan & nampak kotoran di celahan link & yang paling ketera ialah pada extension clasp. Kotor & berminyak pula.
Ini tips yang aku dapat dari saudara Detikduabelas. Bracelet jam lama & kotor boleh dihilangkan kotoran tu dengan merendamnya dalam air yang dilarutkan perahan limau nipis selama 24 jam. Kemudian gosok dengan berus (dicadangkan berus gigi berbristel lembut). Logiknya, air limau nipis merupakan asid nitrik yang merupakan asid lemah. Asid yang lemah ini dapat menghilangkan kotoran & minyak yang melekat di celahan bracelet dengan mudah. Bila gosok dengan berus, ia amat mudah ditanggalkan. Lepas tu bilas dengan air. Aku berus pula dengan air sabun. Baru betul-betul bersih.
Amaran!
Jangan sekali-kali rendam casing jam bersama-sama dengan bracelet. Kalau jam lama, sudah pasti jam akan lemas & kena jumpa doktor pula. Kita tak tahu sejauh mana ketahanan kalis air jam lama. Setakat aku buka jam lama, walau tertulis water resistant pun, air boleh masuk dari celahan cermin & paling tak boleh percaya... crown.
Jangan sekali-kali rendam casing jam bersama-sama dengan bracelet. Kalau jam lama, sudah pasti jam akan lemas & kena jumpa doktor pula. Kita tak tahu sejauh mana ketahanan kalis air jam lama. Setakat aku buka jam lama, walau tertulis water resistant pun, air boleh masuk dari celahan cermin & paling tak boleh percaya... crown.
Lepas bracelet dicuci, inilah hasilnya. Keadaan bracelet bersih & kembali ceria serta tidak 'berdaki' seperti sebelum ni. Aku lapik bracelet atas majalah Stiletto.... Majalah yang tak boleh dibeli di mana-mana ni hanya akan dapat bila beli jam Rolex. Entah bilalah aku nak dapa pula....
Bezel ditanggalkan dengan 'pisau' pembuka caseback. Jangan takut nak tanggalkan, hanya masukkan pisau tu di celahan bezel & twist sampailah terkeluar. Bezel hanya dilekatkan dengan klip saja.
Lepas ditanggalkan bezel, barulah jelas keadaan sebenar di bawahnya. Banyak habuk & juga bulu-bulu halus di bawahnya. Keadaan o-ring bezel masih elok.
Perhatikan gambar sebelum dicuci. Banyak bulu-bulu halus & habuk di sekitar bawah bezel. Lepas bersihkan... wah... berkilat hendaknya...
Bahagian caseback juga dibersihkan. Segala bulu-bulu halus di celahan caseback juga dibersihkan. Lepas buka caseback, barulah nampak enjinnya yang gagah itu. Enjin ini sudah diservis awal tahun ini. Suatu berita gembira buat aku...
Pengilapan
Untuk kerja polish ni, aku gunakan alat yang berupa berus yang dibuat khas untuk membuat brush finishing (gambar 1). Rupanya macam berus pinggan Scotch Brite. Dibeli dari eBay, benda kecil tu berharga lebih kurang RM60. Mahal beb. Tapi kesannya sangatlah puas hati. Penggunaannya harus sehala mengikut alur brush finishing tu (gambar 2 & 3). Kalau calar dalam, kena gosok lama skit. Lihat kesan penggunaannya. Lug kiri sudah digosok & kanan yang belum digosok & masih berkilat (gambar 4). Ikut original, bahagian atas & tepi casing adalah brush finishing. Itu yang cuba aku buat...
Lihat saja perbezaan sebelum & selepas penggunaannya. Dah tak bimbang kalau jam bercalar dengan adanya alat tu. Cara lain, boleh juga guna kertas pasir halus. Tapi aku belum pernah cuba cara tu. Ini tips dari otai jam.
Ini gambaran lebih jelas selepas sisi casing kedua-dua bahagian digosok dengannya. Sudah hilang kesan kilatannya tu.
Selepas dipolished autosol dengan jayanya... inilah hasilnya. Lagi lama gosok, lagi berkilat & semakin hilang calarnya. Tapi proses nak hilangkan calar ni bukanlah senang. Aku ada alat lain untuk kerja ni. Tapi aku tak pernah guna sebab kena guna alat khas macam alat doktor gigi tu (handpiece). Aku polish dengan autosol saja.
Untuk bracelet, 'berus' tu masih digunakan lagi (gambar 1). Clasp digosok dengan kuat & sehala (gambar 2). Boleh lihat perbezaan pada clasp (gambar 3).... hasilnya sangat mengambirakan (gambar 4).
Selepas polish, inilah kesan & hasilnya. Jika sebelumnya lug & bracelet berkilat, kini ia nampak lebih bermaya kurang calarnya kesan dari penggunaan 'berus' tu. Brush finishing sudah dikembalikan...
Seboleh-boleh aku cuba kembalikan rupa originalnya. Kalau sebelum ni aku rasa macam 'tersilap' beli jam ni, sekarang aku rasa sayang, berbaloi & bangga dengan hasil kerja aku ni. Rasa puas hari betul, jam yang sebelumnya agak sedih & murung kini kembali ceria & gagah.
Aku pasang tali getah ni pada jam ni, nampak ok juga. Beli tali ni pun sebab aku tak siap cuci braceletnya. Sebenarnya aku baru saja betulkan bracelet. Pin salah satu link sangat longgar & mudah tercabut. Nasib aku sangat baik sebab jam ni tertanggal braceletnya bukan semasa berada di tangan, tapi masa aku angkat jam ni. Lega betul. Macammana nak kenal tali Seiko diver original dengan tiruan? Senang saja. Tali original agak keras & tali tiruan adalah sangat lembut.
Hasilnya...
Keseluruhan jam ini adalah stainless steel. Mempunyai diameter casing 42mm, ia antara diver Seiko yang besar. Ia mempunyai design yang agak pelik dari kebiasaan diver. Bentuknya agak bersegi & nampak sangat unik. Tak tahu kat mana, boleh nampak ciri-ciri samurai padanya. Mungkin design bezel tu yang menampakkannya begitu.
Dail berwarna hitam mempunyai marker luminous Super Luminova. Bentuk jarumnya mempunyai rupa seakan-akan pedang samurai juga. Jarum saatnya diwarnakan merah pada hujungnya. Tidak seperti Monster, enjin 7S35 ini hanya mempunyai penunjuk tarikh. Enjin yang sangat reliable ini aku tak pasti pula berapa lama power reservenya. Bezel dengan PVD coating ini masih utuh walaupun bercalar sedikit & mempunyai luminous indeks pada bezelnya. Putaran bezel masih lancar tanpa sekatan & boleh diputarkan sehala sebanyak 120 klik.
Bentuknya nampak istimewa & unik. Kenapa Seiko dah hentikan pengeluarannya? Aku pun tak pasti. Tidak seperti jam diver lain, crown skru down ini tidak mempunyai crown guard. Sama seperti Monster & Sumo, ia mempunyai lubang pada lug bagi memudahkan bracelet ditanggalkan. Satu ciri yang menarik & dapat mengurangkan kesan calar pada lug serta mempercepatkan penukaran bracelet.
Dengan bracelet original, jam tidak dapat diletakkan flat. Kain biru tu sebenarnya kain micro fiber yang juga dibuat khas untuk polish jam. Kesannya juga sangat memberangsangkan.
Sangat selesa pada tangan & sesuai juga dengan tangan yang kecil macam aku. Sangat kuat rupa samurai padanya. Kalau ada pedang di tangan, aku nak pakai baju samurai juga...
Tampak cantik & segak walau dipakai secara casual. Seller jam otai juga terkejut macammana aku dapat jam ni. Bukan saja dia, dealer Seiko Malaysia pun terkejut & tertanya-tanya dari mana aku dapatkannya. Kalau rajin, boleh tengok kat Mudah.my ada orang jual Samurai baru RM2.5k. Sampai tahap tu orang jual jam yang tersangat rare ni.
Selain warna hitam, ada juga Samurai dengan dail putih.
Ini pula adalah model Limited Edition. Mempunyai bezel 'Pepsi' & rupa dail yang berlainan dari Samurai biasa. Jarumnya juga berbeza.
Ini pula adalah model Limited Edition. Mempunyai bezel 'Pepsi' & rupa dail yang berlainan dari Samurai biasa. Jarumnya juga berbeza.
Ini pula ialah model Titanum. Bentuk lebih kurang sama tapi mempunyai perbezaan di bahagian sisi casing. Ia juga mempunyai crown guard. Jarumnya juga lebih besar & mempunyai marker luminous yang keseluruhannya tirus. Dail oren & biru gelap boleh dijumpai pada model titanum. Bukan saja casingnya titanum, braceletnya juga titanum.
Seiko Samurai kini sudah menjadi sejarah. Ia sudah tidak dikeluarkan lagi & yang masih terjual di internet adalah stok lama. Kepada yang berminat, jangan buang masa untuk mencarinya kerana ianya semakin sukar didapati & banyak web sudah sold out. Rezeki aku untuk jumpa jam ni di Malaysia. Walaupun dibeli terpakai, aku sangat puas hati dengan keadaannya sekarang ini. Satu kenangan yang tak dapat aku lupa sebab jam ni dapat dalam pengembaraan aku. Suatu yang takku sangka terjadi, kini ianya milik aku...
Leia Mais…