Wednesday, September 9, 2009

Keputusan Poll 2

Keputusan poll kali ni banyak skit dari yang dulu. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Tujuan utama aku buat bancian ni nak tengok sejauh mana 'kegilaan' seseorang dalam memakai jam. Aku rasa nak buat bancian ni lepas aku kawan aku cakap dia pakai jam kat kaki. Dia memang minat jam tahap hardcore. Terkejut gak aku dengar kenyataan dia tu, sebab tak sangka ada orang pakai jam kat kaki. Aku cuba nak kupas satu persatu... anda boleh bagi pandangan anda sebab ini bukanlah satu kajian/fakta. Hanya sekadar andaian & pendapat aku saja.



Bancian dibuat selama sebulan & sebanyak 48 undi telah masuk. Keputusan yang dapat juga amat memuaskan hati kerana terdapat julat yang tinggi antara satu sama lain. Ada 6 kategori yang diberi pilihan dimana pemakaian jam di tangan kiri adalah lebih tinggi dari yang lain.



Tangan Kanan

Pemakaian jam di tangan kanan mendapat undian sebanyak 22% & merupakan undian kedua tertinggi. Dari segi Islam, memulakan kerja dengan tangan kanan adalah lebih afdal. Makan pun dengan tangan kanan, menulis, mengaji & segala-galanya di mulakan dengan kanan. Ke semua ni adalah sunnah Rasullullah. Kadang kala aku pun pakai jam sebelah kanan. Tapi jarang-jarang. Aku pakai pun untuk jam bersaiz besar. Sebab tangan kanan lebih besar dari kiri. Maklumlah tangan kecik... ada jam yang guna saiz minimum pun masih longgar. Comelkan? Wakakaka.... Sebab lain ialah aku rasa kekok bila ada jam di tangan kanan. Rasa kurang selesa sebab terbiasa dengan tangan kiri. Tapi pakai jam dua-dua belah rasa ok pulak. Mungkin disebabkan tangan rasa sarat dengan jam.

Antara sebab aku jarang pakai jam di sebelah kanan secara ringkas:
  • Jam bersaiz besar
  • Rasa kekok bila pakai di tangan kanan disebabkan tak biasa.
  • Jam rasa kurang selamat & berisiko tinggi untuk tercalar. Entahlah aku rasa tak syok, sedih & frust bila jam aku calar. Seboleh-boleh aku nak jaga, lindung dia dari risiko-risiko ni.
Anda pula bagaimana?



Tangan Kiri

Tangan kiri mendapat markah tertinggi dimana sebanyak 58% dari kita memakainya. Kebiasaan dari kecil akan membawa kepada cara pemakaian ni. Kalau dari kecik aku terbiasa dengan tangan kanan, mungkin aku tak pakai jam di sebelah kiri. Ada juga kawan aku yang pada mulanya pakai jam sebelah kanan bertukar ke sebelah kiri disebabkan rasa janggal tengok semua orang pakai di sebelah kiri. Lain orang, lain sebabnya.

Berikut adalah antara sebab aku pakai jam di sebelah kiri:
  • Sejak kecil aku pakai sebelah kiri & sudah menjadi kebiasaan. Disebabkan kebiasaan aku ni, tangan kiri akan lebih berjaga-jaga (untuk menjaga jam) supaya tidak terhantuk/tercalar terutamanya ketika berjalan di sebelah dinding. Kadang-kala jari aku akan naik seakan-akan nak sentuh dinding. Kalau jari aku dah cecah dinding, maksudnya dah sampai limit & aku akan lebih berhati-hati supaya jam tak terkena dinding.
  • Pernah cuba-cuba pakai jam kat tangan kanan, tapi rasa kekok. Kononnya nak tiru abah yang pakai jam sebelah kanan. Tapi sekarang semakin ok walaupun rasa kekok tu masih ada. Bermaksud di sini, jam akan lebih terjaga dari calar di tangan kiri sebab aku dah cuba banyak kali. Jam boleh calar hanya dengan menulis disebabkan geseran.
  • Disebabkan tangan kiri kurang bekerja berbanding tangan kanan, jam aku rasa lebih selamat sebab kurang risiko untuk tercalar, tersagat ataupun terhentak disebabkan aktiviti yang lebih aktif di sebelah kanan.
Ini adalah sebab aku, anda pula mungkin sama ataupun ada sebab lain...



Kedua belah tangan


Walaupun undian cuma 1 bersamaan dengan 2%, tapi ini bukanlah markah yang betul. Aku mengambil kira keputusan undian sebelum ni juga yang menunjukkan terdapat undian yang agak tinggi untuk bahagian ni. Sebab-sebab aku pakai jam kedua belah kanan sudah pun dibincangkan dalam keputusan poll yang lepas. Dengan posing camni, aku nampak begitu ayu dengan dua jam ni. Hehehe... Ini menunjukkan terdapat beberapa orang di kalangan kita memakai jam di kedua belah tangan. Tak pelik sangatlah kalau pakai jam di kedua belah tangan berbanding bahagian yang seterusnya ni...



Kaki & kedua belah kaki

Inilah sebab utama aku buat undian ni. Sebab aku tak sangka rupanya ada orang pakai jam di kaki. Walaupun kaki aku tak la secantik mana, tapi disebabkan takda contoh, akulah model yang terbaik. Muahahaha... Aku cuba untuk lilit tali jam tu kat kaki, tapi tak muat sebab tali tak cukup panjang pula. Tali tu kena cukup panjang untuk masukkan buckle. Kalau tak muat jugak, mungkin kena guna khidmat tali lain pula. Sebenarnya aku memang terkejut bila ada orang sanggup pakai jam di kaki. Aku tak tahu sebab apa jam dipakai di situ, sebab aku tak terasa nak pakai kat situ & tak boleh terbayang diri sendiri dengan jam di kaki. Kalau orang tanya pukul berapa, kena tunjuk kaki pulak. Nanti orang ingat lain. Hahaha... Kemungkinan jam tu terlalu besar untuk berada di tangan. Mungkin juga untuk memenuhi kehendak naluri untuk rasa lain dari yang lain. Pelik takpa, janji kita bahagia dengan apa yang dibuat. Aku tak dapat fikir & mereka cipta jawapan lain untuk ini. Mungkin anda ada jawapannya...


Lain-lain tempat

Walaupun takda undian masuk, tapi bahagian ni aku wujudkan juga untuk melihat sejauh mana 'kegilaan' seseorang tu dengan jamnya. Mungkin juga ada orang yang pakai jam kat tempat lain, contohnya di telinga. Perit juga jadi model. Lama-lama boleh panjang telinga. Ekekeke... Ada maklumat dari kawan terjumpa orang pakai jam di kepala. Ish... Aku tak tau jam apa yang dia pakai & macammana dia pakai. Kalau pakai jam di perut, aku boleh bayangkan jugalah... mungkin dia pakai jam dinding. Kalau aku yang pakai kat telinga camni, staff aku mesti cakap aku dah 'tak betul'. Ehehehe... Pakai jam dua belah tangan pun diorang dah pelik... kalau pakai kat telinga, agaknya aku akan dipaksa jumpa pakar psikiatrik la pulak kot. Sebenarnya, wujud jam yang dibuat untuk dipakai di tempat lain. Contohnya, jam cincin & jam cuff link yang dipakai untuk kancing blazer di bahagian tangan. Tapi payah nak jumpa jam ni. Aku cuma tengok di internet saja.

Bagi akulah, 'kegilaan' seseorang terhadap jam ada macam-macam. Lain orang lain caranya, baik dari segi cara pakai, taksub terhadap sesuatu jenama, model mahupun cara pemerhatiannya. Macam-macam cara orang pakai jam untuk menunjukkan dia 'gila' dengan jam. Gila jam takpa, jangan 'gila' terus sudah. Hehehe.... Pelbagai cara orang mengekspresi minatnya. Ada yang pakai jam dua belah tangan, pakai 3 ketul skali pun ada, pakai kat kaki, pakai jam terbalik & macam-macam cara lagi. Walau macammana cara sekali pun anda pakai jam, anda adalah anda. Anda tahu apa yang anda buat & semestinya anda seorang peminat jam sejati...

0 KOMEN ANDA: