Thursday, April 23, 2009

Citizen Eco-Drive


Citizen merupakan salah satu syarikat jam Jepun yang telah lama ditubuhkan. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1918 yang dikenali sebagai Shokosha Watch Research Institute. Pada tahun 1930, Citizen ditubuhkan & merupakan syarikat jam terbesar dunia. Nama Citizen diguna pakai sebagai nama rasmi sejak tahun 1930 itu diambil daripada nama jam poket yang mereka keluarkan pada tahun 1924. Sama seperti Casio, mereka juga mengeluarkan produk-produk lain seperti kalkulator, printer & juga alat-alat jentera.


Seperti syarikat Jepun yang lain (Orient & Seiko), Citizen juga sentiasa menampilkan model-model yang trendy... megikut perubahan masa, menarik, serta menawarkan teknologi yang berbeza. Jika Seiko menampilkan model Kinetic, Citizen pula 'menjawab' dengan model Eco-Drive.



Eco-Drive merupakan model yang menggunakan cahaya sebagai sumber tenaga. Model pertama dihasilkan pada tahun 1995 & merupakan model 'hit' mereka sejak itu. Pelbagai siri Eco-Drive dengan pelbagai bentuk, keperluan & fungsi dikeluarkan. Idea penciptaan Eco-Drive adalah mudah, dimana sumber kuasanya sentiasa ada, percuma, tidak akan habis & tidak merbahaya... dan ia adalah kuasa matahari.


Kebanyakan jam Eco-Drive dilengkapi dengan bateri khas titanum lithium-ion sebagai bateri tambahan (secondary) yang mana ia akan dicas dengan amorphous silicon solar cell yang diletakkan di belakang dail. Berbeza dengan bateri rechargeable biasa, kandungan di dalam bateri titanum lithium-ion menahannya dari kesan charge/discharged. Menurut Citizen, secondary battery ini dapat bertahan cukup lama dimana kajian yang mereka lakukan di makmal menunjukkan selepas 20 tahun, simpanan kuasa bateri hanya hilang 20%. Cahaya akan merentasi cermin & dail sebelum ia sampai ke solar cell.




Tahap power reserve setiap model Eco-Drive adalah tidak sama, di mana ia bergantung kepada movement elektronik di dalamnya. Setiap secondary power cell yang telah dicas penuh (fully charged), mempunyai power reserve diantara 30 hari sehingga 365 hari. Jika jam tidak dapat cahaya terlalu lama, ia akan berubah ke hibernate mode, di mana jarum jam akan berhenti tetapi movement quartz di dalamnya akan sentiasa bergerak pada waktunya. Selepas jam dikenakan cahaya semula, jarum akan bergerak kembali ke waktu yang tepat & bergerak seperti sedia kala. Yang menarik mengenai jam Eco-Drive ni, ia sebenarnya tidak perlu 'dijemur' @ dikenakan cahaya matahari untuk mengecasnya, cukuplah sekadar dikenakan cahaya lampu (walaupun lampu tersebut tidak terang) sesuai dengan konsep jam ini... 'Powered By Light'. Ia dapat menyerap cahaya dengan baik tidak seperti jenama lain yang juga mempunyai model solar (yang memerlukan cahaya matahari).

Mempunyai cermin sapphire crystal yang kalis calar.


Jam cukup nipis & amat selesa.

Untuk model yang simple seperti ini kebanyakannya adalah nipis. Model yang mempunyai fungsi lain seperti chronograph ianya tebal sedikit.


Kabanyakan jam Eco-Drive mempunyai lambang 'bumi' seperti ini pada case back.


Push & release clasp.


Solid stainless steel bracelet.


Lebih sekekad lalu, Citizen mengeluarkan model Eco-Drive ini & ia menjadi koleksi jam solar yang paling popular di dunia. Ia sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa untuk mencapai tahap kualiti yang cukup baik, tahan lama (reliability) & juga design yang menarik.

Sekali imbas, panel solar jam Eco-Drive seperti tidak kelihatan. Designer & jurutera mereka cukup bijak untuk menghasilkan jam yang secanggih ini. Pelbagai warna, bentuk/rupa, bahan (material) jam Eco-Drive dicipta untuk menarik minat pelbagai golongan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan & sesuai dengan teknologi yang ditampilkan. Untuk anda yang malas nak maintain jam, jam ini amat sesuai untuk anda & ia juga menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.... kerana tidak perlu menukar bateri.

Leia Mais…

Tuesday, April 21, 2009

Casio Edifice

Casio Edifice merupakan ciptaan yang cukup inovatif & merupakan model yang boleh dikatakan baru diperkenalkan dalam tahun 2000an (aku tak pasti tahun pelancaran model pertamanya). Edifice merupakan model jam analog, mempunyai ciri-ciri yang sporty & casual. Namun ada juga Casio Edifice yang mempunyai analog digital. Ia juga dikenali sebagai ana-digi.




Penampilannya yang nampak lebih segak & casual berbanding model-model lain Casio merupakan bonus kepadanya kerana ia sesuai dalam pelbagai situasi. Model ini didatangkan dengan pelbagai bentuk, warna & fungsi mengikut kehendak & citarasa individu.


Ini merupakan model terbaru Casio Edifice EF535SP yang dilancarkan pada tahun ini. Macam pernah tengok ja dail macam ni kat mana-mana.... tapi di mana ya? Hehehe...


Iklan Casio Edifice



Casio Edifice: David Coulthard TVC



Iklan Edifice David Coulthard


Baru-baru ni aku beli Casio Edifice ni. Model EF524SP. Model ni merupakan salah satu model David Coulthard (duta mereka). Aku cukup suka model ni. Nampak cukup sporty. Sebenarnya aku beli jam ni untuk sahabat aku. Dia ni peminat jam juga. Tapi memandangkan di tempatnya jam ni dijual agak mahal, aku tolong belikan untuk dia. Sebelum jam ni sampai ke tangannya, aku serikanlah dulu dalam blog aku. Ekekeke...


Kotak covered dengan gambar David Coulthard disekelilingnya.


Model ini didatangkan dengan 3 pilihan warna dail.

Salah satu pilihan warna dail yang lain.


Mempunyai stainless steel case yang berdiameter 41mm (tidak termasuk crown). Mempunyai fungsi chronograph. Dail carbon. Jarum saat terletak pada pukul 6. Mempunyai luminous marker (Neobrite luminous coating) pada jarum & dail. Pada aku, ia tidak seterang Seiko selepas beberapa eksperimen aku lakukan & ia memerlukan serapan cahaya yang terang serta lebih lama sedikit berbanding Seiko.


Perbezaan antara luminous Casio (kiri) & Seiko 5 (kanan).


Dari kiri Casio, Seiko 5 & Seiko Orange Monster.


Solid stainless steel bracelet.

Push & release clasp with safety lock.



Dail carbon itu memberi kesan 3D apabila dilihat. Cukup cantik, berinovatif & memberi imej yang cukup garang.


Mempunyai penunjuk tachymeter di sekeliling dail sesuai dengan konsep F1 model ini.


Crown ada lambang E (Edifice)


Dail stopwatch (minit & saat) dibuat berdasarkan pergerakan enjin kenderaan berkuasa tinggi (high performance engine). Aku nampak macam belting enjin yang bersambung antara pully. Mempunyai cermin tough mineral glass yang kalis calar. Ia juga adalah kalis air sehingga 100 meter.


Jam ini cukup selesa atas tangan. Nampak dalam gambar macam besar dengan tangan aku, tapi sebenarnya sesuai. Untuk peminat yang mempunyai saiz tangan yang tak berapa besar (macam aku), jangan takut untuk mencuba jam yang anda 'rasakan' besar. Cuba dulu. Bila letak atas tangan baru nampak keadaan yang sebenar.


Fungsi chronograph model ini agak berbeza dari model jam jenama lain. Kebiasaan model chronograph mempunyai 2 button, iaitu button A (atas) & button B (bawah). Button A adalah untuk start/stop, manakala button B adalah button split time/reset. Ini adalah kebiasaan pada mana-mana jam. Tetapi untuk model Casio Edifice, button A untuk start/stop & manakala button B pula hanya untuk reset. Tiada fungsi split time untuk model ini. Aku dah cuba fungsi ni dengan beberapa model Edifice lain. Semuanya sama saja. Video di bawah menunjukkan perbezaannya.



Untuk model ini harganya tidak sama antara kedai. Sebelum beli, pastikan dulu anda survey di banyak tempat mahupun di internet. Belilah di tempat yang boleh bagi deal yang terbaik. Ini bukan saja dapat mengurangkan duit anda keluar lebih banyak, malah dapat mengurangkan rasa sakit hati anda sekiranya anda terjumpa jam yang sama dijual lebih murah dari yang anda beli. Harga pasaran untuk model ini (EF524SP) ialah di antara RM650-780. Nampakkan perbezaannya? Jam yang sama, tapi harga cukup berlainan. Selamat mencari...

Leia Mais…

Jam Fesyen vs Watchmaker

Mungkin ada di antara kita keliru antara jenama fesyen dengan watchmaker. Kalau pi kedai jam, tengok kat display semua rasa sama ja. Macam-macam bentuk, design boleh kita tengok.



Antara jam berjenama fesyen ialah Elle, Esprit, Crocodile, Gucci, Guess, Alain Delon, Pierre Cardin, Levi's dan lain-lain lagi. Jenama-jenama ni mengeluarkan produk lain seperti pakaian, tali pinggang, wallet, perfume dan barangan lain. Jam merupakan antara produk yang dikeluarkan mereka untuk meluaskan pasaran dimana sasaran mereka ialah mereka-mereka yang mengikut @ meminati barangan mereka. Untuk melengkapkan aksesori yang ada serta memenuhi permintaan, mereka mengeluarkan jam sebagai produk pilihan. Design mereka juga lebih trendy mengikut trend semasa. Namun begitu, mereka bukanlah membuat jam mereka sendiri, tetapi mereka memberi lesen & mengupah syarikat lain untuk membuat jam mengikut fesyen, tema, design yang tidak lari & bersesuaian dengan jenama mereka. Walaupun mereka tidak membuat jam sendiri, tapi kualitinya boleh dikatakan memuaskan & ada yang setanding dengan jenama watchmaker. Ada diantaranya berharga setanding, malah lebih mahal dari jenama watchmaker, contohnya jenama mewah seperti Louise Vuitton & Versace. Harganya cukup mahal. Jenama ini cukup gah di persada dunia fesyen.



Watchmaker pula merupakan pembuat jam. Mereka menghasilkan jam mereka sendiri tanpa memerlukan bantuan dari syarikat/badan lain untuk menghasilkan jam berjenama mereka. Contohnya Seiko, Orient, Citizen, Titan, Oris, Omega, Mido, Rado, Audemars Piguet, Corum dan lain-lain lagi. Mereka mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan jam mereka. Ada diantaranya membuat enjin/movement mereka sendiri & ada pula diantaranya menggunakan enjin dari syarikat lain. Syarikat yang mengeluarkan enjin untuk jenama jam Swiss ialah ETA. Jenama mewah contohnya Greubel Forsey membuat movement mereka sendiri. Harga jam mereka cukup mahal, setanding dengan kualiti yang begitu dijaga rapi, design yang mengagumkan serta pengeluaran yang terhad setiap bulan.


ETA Movement
ETA merupakan sebuah syarikat gergasi Swiss yang mengeluarkan movement jam terbesar di dunia samada quartz @ mekanikal. Swatch Group merupakan pemilik yang menyumbang & memberi subsidi kepada syarikat ini. Banyak jenama Swiss menggunakan movement dari ETA contohnya Omega. Sekiranya Omega membuat movement mereka sendiri, harganya akan menjadi lebih mahal... yang memang sedia ada sudah mahal sekarang. Sebab tu, ada beberapa jenama memiliki fungsi movement & rupa bentuk dail yang serupa dengan jenama lain..... sebab movement datang dari syarikat yang sama.

Pada aku, aku lebih suka jam dari watchmaker. Sebab apa? Susah juga aku nak cerita. Soalan ni sama kalau orang tanya aku kenapa aku suka Beetle. Susah aku nak jawab pasal takda jawapan yang tepat untuk soalan tu. Bagi peminat jam, terpulang kepada anda jenama apa yang anda minat. Tidak salah beli jam dari jenama apa sekali pun sebab itu pilihan & minat anda. Buatlah pilihan yang bijak.

Leia Mais…

Sunday, April 19, 2009

Ahmed Albab d great

Tersebutlah kisah di sebuah negeri yang bernama Al-Arabi, negeri yang dikelilingi dengan padang pasir, yang penduduknya sentiasa sibuk dengan aktiviti perniagaan, terdapatlah seorang lelaki yang dikenali Ahmed Albab. Beliau merupakan seorang yang miskin tetapi rajin bekerja. Namun beliau merasakan beliau seorang yang cukup bijak. Maklumlah…. Perasan sendiri…..


Pengangkutan di negeri itu hanya dengan menaiki kuda, keldai ataupun unta. Ahmed Albab tidak pernah menaiki ketiga-tiga jenis pengangkutan yang ada. Beliau bekerja bersungguh-sunguh mengumpul duit untuk membeli salah satu pengangkutan tersebut. Disebabkan beliau rajin bekerja, beliau menerima promotion untuk kenaikan pangkat. Daripada tukang angkat barang kepada tukang hantar barang. Beliau berasa sungguh gembira dan bersyukur. Pada waktu itu, pekerjaan sebagai tukang hantar barang begitu popular kerana mereka boleh merantau ke negeri lain, mencari pengalaman, duit mahupun awek-awek hendaknya.


Pada suatu hari, majikannya menyuruhnya menghantar bekalan ke negeri sebelah dengan segera. Hasrat Ahmed Albab untuk menaiki unta akan tercapai. Dengan senyuman yang begitu manis lagi memikat sampai ke telinga, beliau melompat-lompat hingga terguling-guling kerana terlalu gembira.

Seorang ‘coach’ telah ditugaskan untuk mengajar Ahmed Albab (AA) yang ‘pandai’ itu untuk drive unta. Dengan pakaian jubah yang lusuh berserta serban yang koyak rabak, beliau terus melompat ke atas unta yang telah diikat penuh dengan barang-barang yang perlu dihantar. Padahal unta lesen L dengan stiker seluas mata memandang, terpapar pada punggung unta di sebelahnya. Akibat AA terlalu pandai, maka dia pun memilih unta penghantar barang. Hmmmm…..

Coachnya yang berpakaian jubah berwarna warni disulami dengan manik-manik yang begitu meyakinkan berserta serban yang begitu vouge datang untuk memberi lecture kepadanya. Dengan wajah yang begitu ceria dengan mata yang bermaskara, coach memulakan penerangan.


Coach: Ada betul anta tidak pernah menaiki unta sebelum ini? (Bertanya dengan muka yang penuh berkerut)


AA: Ya coach. Ana memang tidak pernah. Tapi ana rasa senang saja nak drive ini unta. (Jawabnya dengan muka penuh yakin bersama hidung yang kembang)


Coach: Memang senang pun. Macam naik basikal saja.


AA: Basikal? Menatang apakah itu? Ana tidak pernah melihat rupa binatang itu. (Mukanya begitu confius skali)


Coach: Ooohhhh….. Itu bukannya binatang tetapi sejenis pengangkutan moden di zaman millennium. Dulu masa ana mengaji di High School di oversea, ana guna itu basikal lah untuk pergi belajar. (Hidungnya kembang menampakkan tahi hidung yang bulat-bulat)


AA: Basikal tu macam mana rupanya. Macam ini LRT ka?


Coach: Bukan. Macam motor skit rupanya. Cuma kita kena kayuh, motor pakai enjin nak gerakkannya. Kena isi minyak pula. Mahal pula nak beli.


Muka Ahmed Albab menjadi lebih confius. Sambil menggaru-garu kepala dan menongkat dagunya gengan jari, beliau berkata….


AA: Coach, ana confiuslah. Jangan la cakap saintifik sangat. Cuba terang slow-slow. (sambil garu-garu kepala dengan wajah yang berkerut-kerut)


Coach: Aiya…. Anta check la dalam internet. Payah ana nak terang. (muka dah bengang)


AA: Excuse me. Internet tu apa plak? (muka penuh confius)


Coach: Aaaaarrrrgggghhhhhh……. Huhuhuhuhuhuu…… (geram bercampur sedih. Sambil menghentak-hentak kaki ke tanah)


AA: Oklah. Ana tak mau tanya lagi, Coach cepatlah ajar ana cara nak drive ini unta.


Coach kembali ke tahap kesedaran sepenuhnya dari mimpi ngeri pertanyaan AA.


Coach: Ok. Unta ni cuma response hanya dengan bercakap. Nak bagi unta ni berjalan, ana kena sebut ‘Alhamdulillah’. Kalau nak stop, sebut ’sadaqalluhul’azim‘. (sambil mengesat hingus hijau yang meleleh-leleh).


AA: Hah! Senang ja. Budak tadika pun boleh bawa ni. (terus capai tali dan sebut….) ALHAMDULILLAH!!



Unta tu pun terus bergerak dari situ dan menyebabkan coach terkejut beruk.



Coach: Woi! Cara nak koner ana tak ajar lagi. Woi! Woi! (berlari-lari mengejar AA. Kepulan-kepulan debu berterbangan kerana larian coach yang begitu bertenaga). Eh! Tu bukan unta L. Woi! Balik sini…. Anta salah naik unta…..


AA: Alah! Tak payahlah. Ana dah terer. Hahahaha….. (seronok sangat sambil melambai-lambai coach)



Beliau menunggang dengan penuh keseronokan dan senyuman. Kerana terlalu boring disebabkan perjalanan yang jauh, beliau pun menyanyikan lagu Menuju Puncak (Akedemi Fantasia).

Tiba-tiba unta yang dinaikinya dipotong oleh beberapa ekor unta yang ditunggangi oleh rakan-rakan sekerjanya yang juga ditugaskan untuk menghantar barang. Melihat dari insiden itu, beliau menyebut kuat-kuat perkataan Alhamdulillah.


AA: ALHAMDULILLAH!


Namun kudanya tidak response dan hanya relax berjalan sambil mengunyah carrot. Ini menyebabkan AA menjadi marah. Mukanya sudah merah padam. Beliau menjerit lagi perkataan Alhamdulillah. Namun kudanya masih senang hati berjalan. Akibat tidak tahan, beliau mendapat satu akal. TING! Satu mentol menyala atas kepalanya.


AA: Ok. Aku dah tau apa nak sebut. ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!!!!!! (menjerit sekuat hati, semahu-mahunya) Pandainya aku…. Harharhar…. ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!!!



Akibat terlalu terkejut dengan jeritan AA, untanya terus berlari dengan begitu laju. AA terlalu gembira kerana untanya berlari dengan laju sehingga dapat mengejar rakan-rakannya yang telah memotongnya tadi. Untanya yang terus berlari tadi dapat memotong ke semua rakannya itu.

Setelah lama untanya berlari-lari, beliau menoleh ke belakang. Beliau terkejut kerana rakan-rakannya telah membelok ke kanan. AA menjadi kelam kabut, menarik-narik tali yang sebelah kanan dengan tujuan hendak membelok ke kanan. Namun untanya tidak response, terus berlari semahu-mahunya.

Tiba-tiba dalam 200 meter, beliau ternampak untanya berlari ke arah curam/tebing tinggi. Beliau menjadi lebih gelabah dan pucat. Menarik-narik talinya untuk menghentikan untanya. Akhirnya beliau teringat.


AA: SADAQALLAHUL’AZIM!!!!!! (menjerit sambil membeliak mata seluas-luasnya dengan perasaan cemas, berpeluh-peluh dan muka yang berkerut-kerut dan takut)


Mendengar saja perkataan itu, unta tersebut dengan menggunakan keempat-empat kakinya, membrek dengan semahu-mahunya bagaikan kereta F1. Maka naiklah segala debu-debu pasir meyelubungi kawasan itu. Apabila debu-debu pasir mula hilang, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati beliau dan untanya berada betul-betul di hujung curam/tebing tinggi seperti di Death Valley.

Beliau berasa sungguh lega kerana di saat-saat akhir, beliau teringat cara nak menghentikan untanya. Namun untanya masih relax dan langsung tak 'gabra' sambil mengunyah carrot bagaikan chewing gum yang entah bila nak habis.


AA: Fuh! Selamat aku. Terer jugak aku ni. Hehehehe….. Lega….. (sambil mengesat dahi yang berpeluh-peluh) Alhamdulillah… selamat…… Oooppppsss……


Maka dengan mendengar perkataan tersebut, untanya pun memulakan langkah pertama. Kemudian kedua-duanya jatuh dari curam/tebing tersebut dan tamatlah riwayat mereka. Hmmm... Begitulah kisahnya...


MORAL: Jangan bodoh sombong. Kalau tak tahu, bertanya. Jangan malu dan berlagak macam tahu.

Leia Mais…

Saturday, April 18, 2009

Casio 'Berjantung' Baru

Hari ni aku cuba nak keluarkan semua bateri yang ada dalam jam-jam aku yang dah tak pakai. Salah satu cara nak simpan jam yang pakai bateri, seeloknya buang bateri dari jam tu (untuk jam yang sudah kehabisan bateri). Ada beberapa yang tak berjaya aku keluarkan pasal casing dia dah alami pengoksidaan yang teruk. Langsung takleh buka. Ada yang masih elok, tapi terlalu ketat plak. Yang mana tak boleh tu, aku biarkan saja... takut kalau dipaksa juga, casing jam akan rosak & jari aku plak tercedera.

Koleksi jam digital dalam simpanan aku. Yang kanan sekali tu jam Alba. Model tahun '80an.


Bracelet masih berkeadaan elok.


Cermin ni pecah.... err... aku yang buat.... tak sengaja. Huhuhu.... Akibat terlalu appreciate jam ni, sampai jatuh. Ada satu lagi jam bentuk camni, mak aku punya. Yang ni plak langsung tak boleh pakai & rosak.. akibat nak jadi technician masa kecik dulu. Aku buka semua komponen jam tu... nak pasang balik tak boleh dah. Hahaha... Aku tak pasti jam apa. Seingat aku jam tu body resin, warna hitam/hijau, pakai tali military. Adoi...


Aku cuba buka case back, tapi tak boleh. Tengok saja lah pengoksidaan kat belakang casing tu.


Masa dok buka bateri jam-jam Casio, aku terfikir nak cari bateri baru untuk jam yang masih boleh pakai. Ada 2 yang aku pasti masih boleh pakai. Yang lain dah K.O. Petang tadi pi kedai, hanya dapat satu bateri ja. Eksperimen bermula...


Balik rumah, aku pasang kat jam Casio yang bercalar balar ni. Pada mulanya aku cadang nak polish balik ja jam tu. Pastu nak letak dalam Beetle aku. Jam ni bercalar akibat eksiden moto dulu. Masa tu jam masih boleh guna, cuma bateri habis saja.

Tiba-tiba ja aku terfikir nak cuba swap enjin Casio yang bercalar tu dengan casing Casio Databank ni. Jam ni dah rosak. Check kat kedai, display dah rosak.


Kedua-dua jam ni mempunyai fungsi yang serupa. Display juga sama saiz. Aku terfikir nak swap enjin bila buka kedua-dua case backnya.


Yang bercalar tu aku dah pasang bateri. Seronok betul tengok jam 'bernyawa' kembali sejak 2004 tak digunakan.


Case back sama. Cuma casing saja yang berbeza sedikit.



Bila diperhatikan bertul-betul, bentuk enjin & slot enjin dalam casing juga sama.



Lepas check betul-betul, enjinnya memang sama.


Boleh kot ni....


...masa yang ditunggu-tunggu telah tiba...


...akhirnya masuk juga. Enjinnya masuk dengan sempurna tanpa sebarang sangkut-sangkut & adjustment. Hehehe...


Aku cuba tekan button jam ni, semuanya berfungsi. Nampaknya casing baru ni cukup sempurna. Rasa macam dapat jam baru ja. Sekarang, aku cuma perlu cari tali yang baru untuk jam ni. Ekekeke...

Leia Mais…