Sunday, June 12, 2011

Imbauan perjumpaan Dunia Jam dengan rakan-rakan......

Mengambil semangat perjumpaan kawan-kawan di Amcorp Mall hari ni... membuatkan aku terkenang kembali perjumpaan aku dengan kawan-kawan sebelum ni.... Semasa permulaan aku buat blog, aku tidak ada kawan-kawan yang aku kenal yang turut minat jam di tempat tinggal aku... Jadi kawan blog adalah tempat berkongsi minat. Waktu tu aku tak aktif sangat 'ber'Facebook. 

Perkenalan aku dengan kawan-kawan seangkatan di Perlis bermula dengan perjumpaan dengan sifu aku ketika ini apabila beliau menghubungi aku untuk membeli jam aku. Bermula dari situ, aku mula rapat dengan beberapa kolektor di Perlis & aku banyak belajar dari mereka ini.... Ramai juga sebenarnya kawan-kawan kolektor di sini. 

Gambar di atas merupakan perjumpaan seterusnya yang turut memperkenalkan aku dengan sorang lagi kolektor yang merupakan 'lubuk' kerana jam yang beliau beli tak akan dijual sampai bila-bila. Makin bertambah & bertambah. Boleh buat muzium jam kerana jam beliau sangatlah banyak! Aku agak segan untuk membawa koleksi aku kerana koleksi aku hanyalah jam biasa & jam baru & mudah di dapati dikedai.... Pada waktu itu orientasi aku beli jam tak consistent & tiada hala tuju serta tidak tahu apa minat aku sebenarnya... Perkenalan dengan kolektor-kolektor membolehkan kita banyak belajar mengenai jam & ambil pengalaman mereka sebagai pengajaran...



 Beberapa perjumpaan lagi diadakan & apa yang dipaparkan di sini merupakan sebahagian daripadanya saja... Cinta aku terhadap Seiko semakin bertambah sehari demi sehari dengan perkenalan aku dengan model-model hebat Seiko oleh sifu di Perlis & aku mula study serta buat research mengenai kehebatan Seiko..... ternyata tidak mengecewakan aku!

Ilmu mengenai jam sedikit demi sedikit aku korek dari mereka ini, seller-seller kedai jam & sorang tukang jam paling otai di Perlis yang kini telah pun bersara... isk....



Perjumpaan seterusnya ini diadakan dengan rakan-rakan kolektor Perlis pada 19 Februari 2010. Sifu-sifu aku hadir & aku diperkenalkan lagi dengan dua orang lama dalam dunia jam...


 Banyak jam-jam yang belum aku pernah tengok diperkenalkan. Minat aku terhadap jam lebih kepada jam-jam baru sebenarnya. Namun melalui sifu-sifu ini, aku banyak belajar mengenai jam-jam lama & pada waktu itu juga, koleksi jam-jam lama aku melebihi bilangan jam baru. Info berukar-tukar & kita akan lebih appreciate sesuatu jam apabila tahu lebih mendalam mengenainya... Aku sudah mula tahu hala tuju aku dalam pencarian jam koleksi aku....




Ini merupakan pertemuan kedua aku bersama sahabat Hassan DetikDuaBelas di R&R Ayer Keroh, Melaka... Pertemuan bersemuka kali pertama dengan beliau ialah semasa beraya ke rumah mertuanya yang kebetulan dekat dengan kampung aku. 

Perkenalan dengan saudara Hassan bermula dengan komen-komen beliau yang kerap di ruangan CHAT di blog ini dahulu. Pada waktu itu beliau belum mempunyai blog lagi. Kami sering berSMS & bertelefon. Hubungan semakin akrab & beliau merupakan seorang kolektor jauh paling kerap aku jumpa. Jika tak jumpa di kampung, aku akan berjumpanya di KL samada di rumahnya ataupun pejabatnya. Tidakku sangka koleksi yang beliau miliki luar biasa & diluar jangkaan aku. Respek bro! 

.....ikuti kisah seterusnya....

8 KOMEN ANDA:

TIMUR said...

Pengalaman sgt yg menarik... nak tau juga kwn2 lain mcmmana mula diserang virus nih...

duniajam said...

Permulaan perjalanan tu best. Macam2 yg ditempuhi terutama yg baru2 cam aku ni. Byk gak duit habis dalam perjalanan tu. Huhu....

sah_kul said...

jauh perjalanan, banyaklah perbelanjaan... :)

Pencinta Masa said...

Bila tengok Hassan pakai topi tu nampak macam ejen undercover menyamar plak ...

24 JAM said...

tunggu H4U peringkat Malaysia...

duniajam said...

Mmg byk perbelanjaan aku sebenarnya.. Biasalah tu.... Hehe...

Mazwen said...

Wah! respect lah korang ni! saya selalu beli jam kat US tapi kekadang tu ada juga penjual yang tak hantar ke Malaysia, jadi saya pakai mail forwarder iaitu http://www.viadress.com yang maan saya telah daftar secara percuma dan dapat shipping murah pula tu. Sekarang saya hanya membeli barang yang mahal2 kat Malaysia ni dekat US ebay dan guna mail forwarder ni untuk jimatkan duit.

duniajam said...

Terima kasih Mazwen.... Boleh kami guna link tu nnt. Tak tau lak ada perkhidmatan tu... hehe