Dulu aku sering berjumpa dengan kawan-kawan jam di utara. Bila jumpa kawan-kawan ni, kamera memang tak lepas... Aku memang akan bawa untuk ambil gambar. Jadi selalu jugalah aku masukkan gambar-gambar perjumpaan dalam blog. Mungkin satu 'pembakaran' terbuka... lalu telah menyebabkan permintaan untuk berjumpa aku & membuat perjumpaan dengan rakan-rakan di sebelah selatan....
Idea tercetus untuk cuba merealisasikan perjumpaan. Tanpa pengalaman, aku buat undian dalam blog & beberapa kali ia dilakukan untuk aku membuat keputusan terbaik pemilihan tempat & tarikh yang sesuai. Ia dilakukan beberapa bulan & hampir setahun sebenarnya... Tapi ramai masih tak perasan tentang perjumpaan ini walau telah digembar gembur dalam blog ini hampir setahun lamanya. Ramai juga yang hubungi aku di saat akhir pasal perjumpaan ini.
Aku rasa keseorangan kerana tiada sapa yang ingin membantu aku.. Permintaan suruh buat banyak tapi yang nak tolong tiada... Sudah!!!.. Mana boleh buat sorang kalau nak buat besar-besaran. Mujur saudara Hassan DetikDuaBelas, saudara Razi TheTickTheTick & saudara Nazri TimeAsIs hadir membantu aku.... terima kasih kalian!
Tagline hasil cetusan idea saudara Razi dipilih & akan digunapakai sampai bila-bila. Saudara Hassan tampil dengan design logo H4U yang cukup kreatif. Tarikh keramat 4 Disember 2010 dipilih kerana dirasakan paling sesuai & mempunyai jangkamasa yang lama untuk rakan-rakan dari jauh memohon cuti.
Beberapa design t-shirt saudara Hassan email aku & penganjur lain untuk penilaian. Bahagian depan t-shirt dicetakkan logo & tagline H4U. Logo itu simbolik dengan rupa jam, dengan waktu perjumpaan pukul 2 petang, tarikh serta tempat dirangkumkan dalam satu logo. Ringkas, tepat, unik & cukup kreatif! Bahagian belakang t-shirt pula dicetak pula blog-blog jam di Malaysia. Walaupun ada diantara blogger yang dicetak itu tidak pernah berkawan & berhubung dengan kami pun, kami tetap letakkan juga & mohon maaf kepada beberapa blogger yang tertinggal kerana t-shirt sudah pun dicetak sebelum ada yang menghubungi kami di saat akhir.
3 jenis warna t-shirt dicetak dengan 3 kelainan di mana t-shirt hitam itu adalah glow in the dark seperti lume jam.
Saban hari, peserta semakin meningkat & tempahan t-shirt juga meningkat. Tiada apa yang aku harapkan agar perjumpaan ini berjaya.. Maklumlah ini pertama kali aku anjurkan perjumpaan besar begini. Menurut kata saudara Razi lagi, wartawan akhbar akan hadir membuat liputan kelak.... kita tunggu sehingga perjumpaan tiba.....
Ikuti kisah selanjut mengenai perjumpaan ini di bawah label
Pada 2 Oktober 2010 lebih kurang 2 bulan sebelum perjumpaan H4U, aku berpeluang bertemu dengan beberapa orang blogger jam di utara. Yang hadir cuma Cikgu Razmizan KoleksiQistina & Cikgu Man Pagol JamBahari. Manakala Cikgu Lotfee JamOtai & saudara Fitri DabuDabi tak dapat hadir...
Banyak jam dipersembahkan pada hari tersebut & ini merupakan antara jam tersebut.
Selebriti pilihan pada aku ketika tu adalah Tudor Submariner ini.
Hampir sama dengan abangnya Rolex...
Kurang seminggu sebelum perjumpaan H4U, aku sempat bertemu dengan 2 orang rakan yang bakal hadir perjumpaan nanti di rumah mereka di Johor. Perjumpaan serampang dua mata yang merupakan kali pertama bertemu ini, bermula dari petang telah berlanjutan hingga lewat malam. Jika sebelum ini hanya berkenalan & bersembang melalui Facebook, bila dah kali pertama bertemu.. macam-macamlah cerita keluar & sillaturrahim dapat dieratkan...
.... debaran makin terasa..... Ikuti kisah selanjutnya....
9 KOMEN ANDA:
Wah, ini dah macam kembara jalanan Dunia Jam ni! Cerita hang duduk hotel dalam negeri Bapak Indon ada?
gambar ku.hehehe
Zaman tu aku lum pandai baca jam lagi...harap2 dpt turut serta pd masa di depan jika diizinkan...
Pencinta Masa
Tak sampai episod tu lagi.... Haha
amar
Gambar Afiq kalau perasan ada kelainan skit.. Cari apa dia.... Haha
sah_kul
Insyaallah ada peluang nnt boleh join. Hehe
Tuan Pencinta Masa - hotel yang aku pun tak paham cam ner dia leh duduk kat hotel nie....seriously misteri....hahahahhaha
Tulah pasal. Aku kira menyabung nyawa pegi jumpa dia tu, dahla tengah malam buta. Rasa macam dekat Jakarta pun ada
Adoi... jgn salahkan aku... Bukan aku yg booking hotel tu.. Haha...
Lain kali aku kontek korang la tolong booking hotel kat aku.... Haha
Post a Comment