Selain memberikan informasi, aku juga cuba untuk menyampaikan kerja-kerja Do It Yourself (DIY) yang kita boleh lakukan sendiri. Bukan saja jimatkan wang, malah suatu keseronokan 'bermain' jam. Thrill... Antara kerja DIY terawal yang aku pernah lakukan ialah polish jam. Aku sukakan jam yang cantik tanpa calar.... Kalau orang lain tak kisah jam calar balar... tapi tidak untuk aku... Jika jam tercalar, hati aku juga tercalar.. haha...
Untuk itu, bermulalah projek pertama untuk aku mencari bahan & alat yang sesuai.. Namun untuk banyak projek yang aku lakukan & cerita dalam blog, 'harga' yang aku terima untuk mendapatkan pengalaman itu sungguh tinggi. Banyak duit aku habis untuk tujuan itu yang mana banyak bahan yang aku beli khas untuk polish jam boleh menggunakan bahan lain yang lebih murah... Dah lama beli baru jumpa kaedah lain.. takpalah... Sekurang-kurangnya aku dapat sampaikan pula dalam blog supaya kawan-kawan lain tak buang duit banyak.
Seiko 5 ini mempunyai banyak calar di sekeliling casing. Aku gunakan autosol untuk bahagian polished finishing & berus umpama berus pinggan yang aku beli mahal tu untuk bahagian brushed finishing.
Inilah hasilnya, Aku sangat berpuas hati dengan hasilnya menggunakan bahan-bahan yang aku beli itu.
Selain itu aku juga sampaikan cara-cara untuk 'potong' tali jam. Kebiasaan aku selalu buat di kedai jam. Sambil tukang jam buat, aku perhati cara dia buat. Dah berkali-kali tengok, aku terasa nak buat sendiri pulak.... Eksperimen bermula & 2 kali aku sampaikan dalam blog menggunakan alat yang tak lengkap & yang terkemudian aku buat semula menggunakan alat yang lengkap.
Blog-blog terawal seperti Jamlama, Jamkoleksi, Classicmalaya & Irhomdeys telah membangkitkan semangat aku lagi untuk belajar mengenai movement jam. Komplikasi movement yang berbeza pada setiap jam yang berbeza membuatkan aku terpegun akan kecantikan & komplikasi movement itu walau aku tak faham & tahu pun nama-nama setiap bahagian itu.... Disabitkan itu, aku mula belajar mengenal satu persatu bahagian.
Tengok saudara Ijan Jamlama buka movement & letak atas holder buat aku tertanya-tanya bagaimana beliau buat. Aku mula cari jalan & belajar dari sumber-sumber yang berkaitan & aku buat pula... Mungkin apa yang akan disampaikkan di blog akan mencetus minat pembaca untuk buat sendiri & mungkin kebetulan ada pembaca sedang mencari maklumat tentang kaedahnya tahu. Sekurang-kurangnya cara asas yang aku cerita dalam blog boleh membantu.
Jam Timex chronograph aku kadang kala 'lari' kedudukan jarum saat & register. Tak tepat pukul 12... Aku mula terfikir... "Rosakkah jam aku? Atau perlu aku beli jam baru?"... bijaknya alasan aku....
Aku bawa Timex tu kedai untuk check... Sambil sembang dengan seller, tiba-tiba dengar "SIAP!".... Uih! Tak sampai 10 saat dah siap!? Terkejut aku... Aku pun tanya seller... 'Mamu' yang sangat dikenali oleh kawan-kawan jam di utara... Mamu ajar caranya... Senang saja rupanya.. Tipah tertipu... Info baru aku dapat! Jadi aku sampaikan pula dalam blog dengan beberapa contoh jam chronograph quartz yang ada pada aku ketika tu. Apa yang aku sampaikan pada blog ini merupakan satu ilmu yang aku dapat secara langsung, tidak langsung atau dari pengalaman sendiri... try & error... & aku pegang kata-kata practice make perfect!
Casio Databank merupakan model yang sangat aku minati. Gambar kiri atas.... Jam yang calar balar tu akibat aku kemalangan moto... yang sebelahnya itu, jam yang beli dari Maidyn.. Tak sampai sebulan rosak... Aku buat projek tukar movement pada casing yang elok.. Nampaknya berjaya.. Seronok juga...
Ramai yang tidak tahu bahawa jam G-Shock yang rosak/pecah bodynya boleh ditukar... Tak kisah kalau kita tak tahu pasal seller kedai jam berpuluh tahun jual pun tak tahu body dia boleh tukar... Adoi!!!!....
Casio G-Shock DW-5600 Foxfire jadi jam projek seterusnya... Body/bezel baru aku beli dari eBay & tali aftermarket beli di Penang.... Selepas tukar body baru, aku juga buat projek reverse dial. Pada mulanya tak berjaya semasa tulisan aku dalam blog dulu... Tapi selepas itu aku buat semula... Berjaya! Tapi aku tak cerita kat blog... ada beberapa lagi projek DIY yang aku buat tapi tak cerita dalam blog.
Melalui sifu-sifu, aku juga belajar mengenai cara nak servis jam. Alat-alat aku beli sedikit demi sedikit & apa yang ada bolehlah cuba buat sendiri. Ilmu yang aku dapat aku cuba praktikkan walau tak 'grad' lagi.. Movement kunci 1 jewel aku gunakan... Movement kunci ringkas & mudah. Komponen tak banyak & kesilapan dapat dikurangkan. Mudah difahami & memahami kedudukan, fungsi serta tujuan setiap komponen diletakkan di tempat tertentu.
Sifu aku juga hadiahkan aku satu Seiko 5 untuk aku lenjan pula. Menurut beliau, kena buka movement kunci & auto untuk lebih mahir. Walaupun tidaklah pandai mana, aku cuba buka movement kunci ini & pasang balik. Setiap langkah aku ambil gambar untuk dibuat rujukan semula. Kalau terlupa, boleh rujuk gambar balik.
Setiap kompenen dibuka & dipasang balik. Kebetulan movement ini memang dah 'jem'... Jadi aku cuba baiki sendiri. Lepas buka, cuci & servis setiap komponen, ianya dipasang semula satu persatu sampailah ke bahagian terakhir iaitu pemasangan escapement.
Setelah escapement dipasang.... alangkah gembiranya movement yang jem sebelum ni kembali hidup seperti sedia kala... Timing diadjust pada stud di escapement. Jika movement jadi laju atau perlahan, adjust stud samada ke positif (+) atau negatif (-). Namun jika kedudukan stud telah sampai maksimum & timing masih tak betul, kemungkinan besar hair spring bermasalah. Satu masalah besar! Mungkin otai-otai jam boleh ulas lebih lanjut mengenainya..... Ilmu didadaku belum mencukupi untuk menghurainya dengan lengkap...
Alang-alang dah buka movement, setiap bahagian aku tengok & belajar fungsinya. Dapat jugalah aku fahami apa yang berlaku ketika crown ditarik... apa yang berlaku apabila crown diputarkan, komponen apa yang terlibat & sebagainya. Ini hanya movement ringkas... Kalau yang kompleks seperti chronograph, makin bertambah pening aku... Atas sebab itu jugalah mengapa harga/kos membaikpulih movement chronograph mahal...
Perjalanan Dunia Jam masih belum terhenti... ikuti cerita selanjutnya....
11 KOMEN ANDA:
Bangga sungguh fox fire aku masuk blog DJ...Jam boleh dibaiki, tabit sukar diubati..Tabib mana boleh ubati?
Satu perkongsian pengalaman yang sangat berguna, dan trigger semangat untuk DIY jam-jam sendiri. Thanks for sharing DJ
DJ, reverse dial tu apa dia? Aku ni kan mana reti jam2 digital ni.
Lepaih tu, cuba hang tolong listkan tools yg wajib ada untuk buat servis jam sendiri. Kalau hang pernah tulih sebelum ni, hang just link kanlah artikel tu.
TQ
sah_kul
Tabit tu apa benda? Ekekeke
walikard
terima kasih.. seronok kongsi pengalaman yg tak seberapa ni... Hehe
Pencinta Masa
Reverse dial tu display LCD yg gelap dibelakang & nombor tu yg cerah. Kiranya terbalik dia punya penomboran tu.
Hahaha cerita2 yang mcm nilah buat aku tertarik ngan blog ko... terima kasih sifu...
Ok, TQ
Jawapan kpd soalan kedua? :-)
jumie
Terima kasih sgt2... terharunya rasa... huhu
Tp lom layak di panggil sifu.. masih byk kena belajar.... Byk psl jam masih taktau.. huhu
Pencinta Masa
Tak byk sgt la kalau takat nak buka movement.
1. Skru driver (khas untuk jam)
2. Tweezer jam (ada pelbagai jenis deisgn)
3. Dusk blower
4. Holder movement
5. Eye loupe (camno ntah nak eja)
6. KESABARAN.... Haha....
Post a Comment