Sunday, June 19, 2011

Imbauan perjalanan Dunia Jam diteruskan lagi....

 Kehidupan perlu diteruskan walau apa jua ujian.... Dikala koleksi aku semakin banyak, aku sudah rasa pembaziran berlaku kerana ada jam yang aku beli tapi tak pakai pun & bukanlah aku minat betul-betul. Aku beli kerana sukakan bahagian tertentu pada jam itu saja & bukannya keseluruhan jam itu. Yakni, jam yang aku rasa aku suka walau tak minat sepenuhnya pun aku beli. Waktu itu aku ada tuntutan beli jam setiap bulan & perlu direalisasikan sebab aku tak senang duduk kalau tak beli jam. Pernah 6 jam & lebih aku beli serentak.... Hmmm.... Aku masih tercari-cari laluan & sepanjang perjalanan tu aku sudah nampak sikit laluan aku yang kabur sebelum ni.

Untuk mengurangkan koleksi, aku wujudkan satu lagi blog jualan yang berasingan dari blog ini kerana aku nak kekalkan blog ini sebagai suatu blog informasi tanpa disemakkan dengan jam-jam jualan aku. Walau tak banyak, aku rasa ia perlu untuk membantu mengurangkan koleksi aku. Disamping itu, ia juga sebagai platform untuk kawan-kawan rapat aku menjual jam mereka. 


Aku memohon maaf diatas banyak permintaan yang aku tolak dari mereka yang aku tak kenali mohon menjual jam mereka. Bukan apa, aku risau dengan status & kejujuran orang yang minta tolong tu kerana tak pernah jumpa & kenal. Aku tak mahu nama aku tercalar jika orang itu nak mengambil kesempatan & menipu pembeli. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku hanya terima iklan jam kenalan rapat aku & jam-jam yang aku tengok live.


Disamping itu, aku juga wujudkan group Facebook Dunia Jam untuk kawan-kawan yang mempunyai akaun FB berinteraksi & berkenalan secara maya & cepat. Informasi & pandangan serta perkongsian dapat diwujudkan dengan cepat & lebih baik. 

Bagi rakan-rakan yang mempunyai akaun FB & ingin menyertai Dunia Jam, sila klik link di bawah atau pada sidebar. Sertailah kami kerana di sana ramai-rakan yang aktif & masing-masing berkongsi pendapat & minat yang sama banyak juga informasi yang diberikan di samping blog yang memerlukan masa yang panjang untuk update. 




Perkenalan dengan saudara Hassan DetikDuaBelas bukan saja secara telefon & berjumpa sekali. Kami kerap bertemu & beberapa kali aku telah berkunjung ke rumahnya. Banyak koleksi mengancam jiwa disajikan. Walau tidak boleh dimakan, tapi boleh menjadi santapan jiwa. Banyak koleksinya yang sangat rare & sukar dijumpai kini & beliau juga sangat terbuka dalam koleksinya. Hebat!


 Ini merupakan kali pertama aku bertemu dengan Seiko 6105 secara live. Selama ini aku hanya digembar gemburkan mengenai jam ini & ternyata ia telah memukau aku & telah menjadi idaman aku selepas itu.... Ia kini telah menjadi koleksi yang paling aku sukai selepas Seiko Orange Monster. Ramai yang minta membelinya & menawarkan harga yang tinggi, namun aku tidak terasa menjualnya kerana disebabkan jam ini jugalah, minat aku terhadap banyak jam vintage semakin pudar & membuatkan aku jual banyak jam vintage aku. Mungkin chemistry yang kuat dengannya buat aku sayang untuk melepaskannya.


Gambar MMS yang aku terima dari saudara Hassan suatu ketika dulu
 Banyak ilimu aku perolehi dari saudara Hassan. Bukan saja mengenai jam malah banyak benda berkaitan kehidupan. Selain itu, ilimu fotografi turut diturunkan kepada aku. Sedikit sebanyak ilmunya itu aku praktikkan  & walaupun gambar aku ambil tidak secantik dengannya tapi dapatlah aku perbaiki cara aku sebelum ini yang hanya hentam sajalah Labu..... Terima kasih...


 Seperti yang aku katakan, saudara Hassan terbuka dalam koleksinya & beliau sorang yang open minded. Selain jam-jam Jepun & Swiss, koleksi beliau juga merangkumi jam Rusia & Jerman. Ini merupakan sebahagian koleksi miliknya. Aku terpaut dengan design & sejarah aeronotikal yang menjadi tunjang kepada jenama ini....  & aku teringin untuk memiliki satu suatu hari nanti....


 .... alhamdulillah... bagai bulan jatuh ke riba... Junkers JU52 ini telah memasuki koleksi aku & merupakan suatu yang amat berharga untuk aku. Jam ini merupakan hadiah sempena ulang tahun aku dari isteri tercinta. Sudah lebih kurang 2 tahun ia dalam koleksi aku. Dibeli dari Red Army Watches Tropicana Mall, PJ..... jam ini hanya ada 2 koleksi saja iaitu oren & biru. Menurut mereka, jam ini sudah dihentikan pengeluarannya & hanya 2 koleksi itu saja dibawa masuk mereka ke Malaysia. Ternyata aku insan bertuah memilikinya... Ramai yang minta beli & aku mohon ampun kerana tak mungkin aku menjualnya... kerana ia hadiah teristimewa buat aku....

Selain Red Army Watches, ada satu lagi kedai pun membawa masuk jam ini tapi berwarna oren (lupa pula nama supermarket tu). Namun jika anda mahukan jam itu, anda perlu tanya saudara Hassan DetikDuaBelas kerana jam itu perlu dibeli darinya.... Junkers adalah keluaran Jerman tapi jam ini menggunakan movement 3133 buatan Rusia yang susur galurnya datangnya dari Valjoux 7734....


 Koleksi aku agak pelbagai & halatuju aku sudah ada kini... walau tidak sehebat orang lain.. minat aku amat berlainan dari kawan-kawan yang aku kenali. Sejak aku mula kenal jam, aku jatuh cinta dengan jam Casio digital sejak sekolah rendah. Minat itu bercambah hingga kini & walaupun aku meminati jam mekanikal, cinta aku terhadap jam digital tak pernah padam. Ini adalah koleksi jam digital dalam simpanan aku termasuk yang rosak. Bilangannya jauh lebih banyak dari jam mekanikal yang aku miliki kini. Ada beberapa yang aku dah jual... kalau dicampur jauh lebih banyak.

Bila ingin berjumpa kawan-kawan jam, aku agak segan nak bawa koleksi aku kerana ramai yang tidak menyukai jam digital & koleksi mekanikal aku kini hanyalah jam-jam biasa di mata orang lain. Tapi aku berpuas hati dengan apa yang ada sekarang walau banyak jam-jam yang collectible yang aku dah jual. Ada banyak sebab aku menjualnya salah satunya tiada chemistry aku dengan jam itu... (jika minat mendalam anda akan faham)...


 Selain jam-jam mekanikal yang aku jual, jam-jam quartz digital turut aku jual. Ini merupakan sebahagian darinya termasuklah jam aku terasa nak jual tapi tak jadi....


Seperti yang dinyatakan pada artikel yang lepas, Seiko Scubamaster merupakan jam grail aku. Dengan jam ini jugalah, minat aku terhadap jam lain semakin pudar & halatuju serta pemilihan jam telah diketahui. Jam yang menjadi idaman aku sejak tahun 1992 ini telah menjadi kenyataan.. Alhamdulillah... ianya sangat istimewa pada aku... Aku tak pedulikan apa yang orang lain kata kerana itu tidak penting melainkan perasaan sendiri sebab aku bukan pakai jam nak menunjuk atau bagi orang lain puas hati atau impress... Jika ada masa, aku cuba review jam ini jika mood aku ada juga....

.....ikuti kisah selanjutnya....

11 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

setujuuu

Pencinta Masa said...

Bro, tahniah kerana bersemangat kental walau apa musibah melanda. Life goes on!

24 JAM said...

bro, kita kena teruskan juga info/kisah2 dunia jam ni krn kita adalah perintis fb dan blog berkaitan jam. begitu juga Amar, Pencinta Masa dan rakan2 sedia ada. pecayalah 3 tahun lagi, mmbr Duniajam dan KPJVM akan mencecah 1800 insyaallah...

sah_kul said...

1. Aku ni betul lah retro. Acc FB pun x ada lg.
2. Mak aku kata kalau kita gila sgt pada sesuatu, kita akan cepat jemu.

24 JAM said...

tu sbb x leh gila sesuatu, kena gila banyaktu supya kita tak jemu...

zuhaimie said...

Jam grail tu aku berkenan sungguh la...hehehehe

duniajam said...

Insyaallah aku cuba teruskan selagi mampu... insyaallah ada cerita lagi pasni. Hehe

Suka Jam said...

aku akan tetap mengikuti perkembangan dunia horology di malaysia di blog-blog mcm ni. Sah_Kul, aku pun dah takda acct FB. Kembali retro.
Harap bro DJ tabah mengharungi segala ujian, cabaran & dugaan. Aku dah taktau nak cari jam apa dah. Ada satu target je sekarang ni, Oris dgn Red Rotor "mampu milik". Hehe!! 30m - 50m pun ok..

duniajam said...

sukajamm

terima kasih... insyaallah segalanya akan ok...

thetick-thetick said...

banyak nyaaaa... bila nak bukak muzium?

duniajam said...

sewa bangunan tinggi sgt.. kena pending dulu. Haha