Saturday, November 27, 2010

Peryertaan perjumpaan Horology For Unity kini ditutup...

 Tiada lagi penyertaan yang diterima selepas ini memandangkan pihak kami memerlukan masa untuk menguruskan program, pengurusan makanan & tempat. Perancangan adalah mengikut bilangan ahli yang bakal hadir nanti sahaja. 

Kepada semua peserta Horology For Unity, bayaran sebanyak RM10/kepala diperlukan untuk program kita nanti. Sedikit masa lagi pihak kami akan mewar-warkan update mengenai perjumpaan ini melalui blog & email.
Terima kasih....

Leia Mais…

Thursday, November 25, 2010

Bakal menanti peserta perjumpaan Horology For Unity

Beberapa perkara menarik bakal menanti para peserta perjumpaan kelak. Antaranya:
  1. Berkenalan sesama rakan-rakan blogger & rakan-rakan lain (agenda utama).
  2. Melihat koleksi rakan-rakan lain yang mungkin belum pernah dilihat sebelum ini.
  3. Jual beli secara terus dengan rakan-rakan blogger.
  4. Bertukar pendapat sesama rakan serta percambahan ilmu.
  5. Offer kotak dengan harga istimewa kepada mereka yang telah deposit duit
  6. Cabutan bertuah... terima kasih kepada beberapa individu yang sanggup sponsor hadiah tersebut.
  7. Reveal grail watch aku...
  8. Surprise dari saudara Hassan DetikDuaBelas
  9. Perjumpaan ini juga berkemungkinan besar akan mendapat liputan dari beberapa media tempatan.
Para peserta dikenhendaki memakai t-shirt Holorogi For Unity sebagai tanda sokongan anda & sebagai tanda semangat komuniti kita. 



Pada tarikh yang sama kebetulan diadakan juga pameran jam yang bertempat di Starhill Gallery. A Journey Through Time yang telah diadakan kali ke4 bermula 2 hingga 11 Disember 2010. Kepada rakan-rakan yang hadir, mungkin boleh pergi melawat jika berkesempatan kelak. 



Jumpa di sana...

Leia Mais…

Tuesday, November 23, 2010

SNEAK PREVIEW - my grail watch....

Pelik tul... masa nak tunjuk jam ja gambar selalu jadi camni... hmmm.... 
Takpalah... benda dah kantoi jenama apa jam ni kan.... hehe...


Tips tambahan..... ini adalah tulisan pada caseback terubahsuai.... ish2....

Leia Mais…

Saturday, November 20, 2010

T-shirt Horology For Unity sudah siap!

 T-shirt Horology For Unity sudah siap pada hari raya kedua baru-baru ini. Ada beberapa t-shirt sudah pun di pos kepada kawan-kawan yang memerlukan khidmat pos oleh saudara DetikDuaBelas. Terima kasih banyak bro!


 2 jenis pilihan t-shirt dikemukakan sebelum ini & telah menerima banyak tempahan dari rakan-rakan. 
Terima kasih atas sokongan semua.


Bahagian belakang t-shirt menampilkan blog horologi di Malaysia.


Inilah keistimewaan t-shirt Special Edition..... Glow in the dark!


Kepada rakan-rakan yang telah booking tetapi belum membuat bayaran hendaklah membuat bayaran dengan segera untuk mengelakkan kesulitan & memudahkan urusan saudara Hassan. Ini kerana t-shirt ini juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari mereka yang tidak booking sebelum ini. Ada yang ingin terus membuat bayaran & mengambilnya malah ada juga yang telah pun membuat bayaran.

Kesulitan yang dialami kini ialah saiz t-shirt adalah terhad. Memandangkan ada yang telah membuat bayaran, kemungkinan besar saiz t-shirt yang rakan-rakan telah booking sebelum ini akan diambil mereka yang telah membuat bayaran. Jika tiada saiz yang anda inginkan itu, maka terpaksalah mengambil saiz lain yang ada dalam stok.

T-shirt boleh diambil semasa perjumpaan kelak ataupun dengan pos. Bayaran tambahan RM10 (maksimum 2 t-shirt) diperlukan sekiranya anda memerlukannya dipos.

Kepada rakan-rakan yang telah memberi nama untuk perjumpaan kepada pihak DJ, sila periksa email anda dari semasa ke semasa untuk sebarang update mengenai perjumpaan kelak.

Harap maklum.

Leia Mais…

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dunia Jam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan seperjuangan, penyokong, pembaca setia & kepada semua muslimin & muslimat yang sentiasa berada dibelakang Dunia Jam selama ini. Moga pengorbanan yang pernah dilakukan & ibadah kita yang dilakukan selama ini diterima & diredhaiNYA...

Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!!!

Leia Mais…

Monday, November 15, 2010

Berkenaan T-shirt Horology For Unity

T-shirt Horology For Unity dijangka siap esok. Kepada kawan-kawan yang telah menempah & memerlukan  t-shirt dipos, sila buat bayaran dengan segera untuk memudahkan urusan. Bayaran hendaklah dibuat ke akaun saudara Hassan DetikDuaBelas.

Bayaran yang telah dibuat, bolehlah samada beritahu aku ataupun secara terus kepada saudara Hassan.

Sebarang pertanyaan berkenaan t-shirt bolehlah dikemukakan kepada aku ataupun saudara Hassan. T-shirt akan dipos selepas Raya Haji.

Leia Mais…

Tuesday, November 9, 2010

SNEAK PREVIEW - my grail watch....

Nak kata button...  bukan... pasal ada macam ring & sama level dengan casing.... 
Tapi kalau dah bukan button... apa ya? Hmmmm....

Leia Mais…

Tempahan t-shirt telah ditutup

Sambutan yang menggalakkan telah memaksa t-shirt di print lebih dari yang telah diberitahu sebelum ini. Namun, tempahan telah ditutup memandangkan t-shirt sudah dihantar untuk diprint. Dijangkakan minggu hadapan akan siap. Kepada yang masih berminat, saiz yang ada hanya terhad & bergantung kepada bilangan yang masih ada sahaja.

Kepada yang telah menempah awal, anda sudah boleh mambayarnya sekarang untuk memudahkan pembahagian t-shirt kelak. Kepada yang memerlukan t-shirt ini dipos, bayaran tambahan sebanyak RM10 diperlukan. 

Harap maklum...

Leia Mais…

Saturday, November 6, 2010

Offer menarik untuk mereka yang bakal hadir....

Untuk perjumpaan yang bakal menjelang tak lama lagi, saudara Nazri TimeAsItIs telah berbesar hati untuk membuat offer yang cukup menarik. Offer ini hanya terbuka kepada peserta perjumpaan HOROLOGY FOR UNITY sahaja. 




Di atas cermin ini akan terdapat stiker  HOROLOGY FOR UNITY yang dibuat khas untuk perjumpaan ini. 



Kotak yang cukup menarik ini boleh menempatkan jam yang bersaiz sehingga 45mm. Cukup sesuai untuk jam-jam bersaiz besar. Buatannya kemas, cantik & berkualiti.

Kotak ini dijual pada harga biasa RM120 & kini ditawarkan sebanyak RM80 khas untuk perjumpaan ini. 
Ditegaskan sekali lagi, kotak ini HANYA UNTUK PESERTA YANG HADIR SAHAJA...

Kepada yang peserta yang berminat, anda perlu membayar deposit sebanyak RM50 kepadanya terlebih dahulu & selebihnya semasa perjumpaan kelak. 

Kepada peserta yang berminat, sila hubungi aku atau saudara Nazri untuk tempahan awal.

Leia Mais…

Friday, November 5, 2010

Happy Deepavali




Gorkut Graphics

Dunia Jam ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan & pembaca blog yang beragama Hindu. Semoga hari raya ini memberi seribu makna kepada kalian semua.

Leia Mais…

Wednesday, November 3, 2010

T-shirt Horology For Unity.... Cenderamata kenangan perjumpaan pertama blogger horology Malaysia & juga rakan-rakan

Berbalik kepada DetikDuaBelas mengenai t-shirt khas ini, saudara DetikDuaBelas dengan kerjasama saudara TheTick-TheTick telah menciptakan t-shirt sebagai suatu tanda kenangan untuk perjumpaan yang julung-julung kalinya diadakan ini. 

T-Shirt ini adalah sebagai tanda sokongan rakan-rakan yang hadir ke perjumpaan ini untuk menunjukkan ikatan (unity) antara blogger & juga rakan-rakan lain yang menyertai perjumpaan ini kelak. Kemungkinan besar perjumpaan pertama ini akan mendapat liputan dari wartawan Berita Harian. Kepada perserta kelak, anda digalakkan membeli t-shirt ini yang bukan saja sebagai tanda sokongan, tapi juga sebagai kenangan abadi memandangkan ini perjumpaan kali pertama diadakan & kemungkinan kali terakhir.

Tag HOROLOGY FOR UNITY hasil ciptaan saudara TheTick-TheTick akan digunapakai secara rasmi untuk perjumpaan kelak & juga di masa hadapan & akan menjadi tag line blogger horologi untuk Malaysia! PARA PESERTA PERLU MEMAKAI T-SHIRT INI SEMASA PERJUMPAAN KELAK. Ini bagi membezakan antara kita dengan orang luar... Manalah tahu ada tetamu yang tak diundang datang melihat koleksi yang ada. Jadi kita boleh tengok tindak tanduknya sebab berbeza dari kita. 

Terdapat 2 versi t-shirt dengan 2 warna berlainan. Satu dengan warna gray & satu hitam. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza & akan diceritakan satu persatu. 



NORMAL
Ini adalah warna gray. Bukan putih ye. Pada bahagian depan, logo jam dicipta dengan cukup kreatif & menarik menampilkan tarikh 4 Disember pada pukul 9. Dial berwarna oren nampak striking & tercatat Putrajaya pada pukul 6 sebagai tempat perjumpaan diadakan. Jarum pula menunjukkan pukul 2 petang iaitu masa perjumpaan nanti. Warna ini seseuai untuk dipakai harian.

Bahagian belakang pula penampilkan senarai blogger horologi & peminat horologi di Malaysia. Apa yang terpapar adalah alamat blogger itu sendiri supaya mereka yang melihat baju ini boleh terus ingat & layari blog secara terus tanpa perlu google. 

Saiz: S/M/L/XL
Harga: RM45



SPECIAL EDITION
Ini pula merupakan t-shirt versi SPECIAL EDITION dengan beberapa penampilan istimewa. Warna hitam. Design yang ditampilkan adalah sama seperti t-shirt gray namun dengan penambahan istimewa. Seperti yang dinyatakan pada gambar pertama atas bercahaya di waktu malam.....

Logo jam & border t-shirt ini dibuat embosed (timbul). Dial jam kini berwarna hijau dengan sedikit fluorescent & dakwat yang digunakan pula adalah jenis GLOW IN THE DARK... sepertimana jam yang berluminous. Dalam keadaan gelap, ianya akan bercahaya!

Saiz: S/M/L/XL
Harga: RM50


Kepada perserta perjumpaan ini, t-shirt boleh diambil samada pada perjumpaan kelak berserta bayaran ataupun secara pos (perlu ditanggung pembeli). TEMPAHAN TERBUKA KEPADA SEMUA. Kepada rakan-rakan yang ingin mengabadikan t-shirt ini sebagai kenangan walaupun tidak mengikuti perjumpaan ini juga boleh menempahnya.

Tambahan sebanyak RM10 untuk bayaran pos dengan maksimum sebanyak 2 t-shirt. Kalau lebih kena tambahlah... 




TEMPAHAN T-SHIRT TELAH DITUTUP


Kepada yang beminat sila email: kedaiduniajam@gmail.com


Cabutan bertuah bakal menanti peserta yang mengikuti perjumpaan ini.... 

Leia Mais…

Tuesday, November 2, 2010

Projek jam digital - reverse dial project (Bahagian 2)

Untuk projek seterusnya, aku nak buat pada Casio G-Shock DW5600E ni plak.... Projek pertama berjalan dengan cukup baik & meyakinkan aku untuk buat pada jam lain pula. Memandangkan dalam link yang sama juga menggunakan model DW5600 juga. Aku yakin boleh buat.....



Perlahan-lahan movement dibuka.



Keadaan movement masih baik & bersih. Dengan jelas, boleh nampak filem di atas LCD tu.... Namun, LCD Casio ni agak tebal & keras pula. Gam punyalah kuat sampai filem asal tu dah jadi tak sekata.... Risau juga takut tercabut pula LCD sebab gam memang kuat betul.


Satu kelegaan bila dah keluar semua filem tu.... yang tertinggal hanyalah sisa-sisa gam pada LCD. Cuci sampai bersih dengan perlahan-lahan.....



.... namun.... kecewa menanti aku sebab tak dapa keputusan seperti yang diharapkan... Kedua-dua belah filem tidak menjanjikan keputusan yang aku harapkan tu.... Aku tak tahu kenapa sebab bila aku cuba dengan filem asal pun sama. Bahagian belakang  filem tu tidak memberi kesan reverse pun.... hadoi...


Maka dengan itu, aku terpaksa memasang kembali filem asal sebab filem polaroid itu tidak memberikan imej nombor yang jelas.... 



Filem itu bukan saja telah terenyuk malah tak dapat lekat dengan sempurna pada LCD kerana gamnya telah hilang... apakan daya... sekurang-kurangnya nombornya dapat dilihat dengan jelas berbanding filem polaroid yang aku beli tu... Aku nak cuba cari & tanggalkan filem asal dari mana-mana Casio yang telah rosak. 



Setelah dipasang kembali, boleh nampak juga sikit-sikit kesan renyukan tu. Tak apalah asalkan dapat memberi bacaan waktu yang jelas. Mungkin kegagalan ini disebabkan dari LCD itu sendiri memandangkan filem asal tu sendiri pun tidak memberikan kesan reverse....

Walaupun begitu, artikel pertama sebelum ini berjaya memberi inspirasi kepada adik Adib untuk membuatnya pada jam Casio F-91W miliknya & berjaya pula. Tahniah Adib! Boleh layari blog miliknya untuk projek yang telah dilakukannya ini...


.... nantikan sambungan terakhir projek ini untuk jam lain pula dengan cara yang lain pula.... 

Leia Mais…