Permulaan Casio dalam dunia horologi bermula pada era digital. Sesuai dengan usaha mereka dalam dunia elektronik, Casio turut mempersembahkan jam pertama mereka dalam dunia horologi dengan model Casiotron. Ia lahir pada tahun 1974, setahun selepas keluaran Seiko 06LC... namun didatangkan dengan fungsi yang jauh lebih banyak dari yang ditawarkan oleh jenama lain.
Lahirnya Casio dalam dunia jam digital telah membuka mata dunia kepada jam dengan pelbagai fungsi. Suatu yang hebat & terkini pada zaman itu apabila wujudnya alat kecil di tangan yang menawarkan fungsi yang jauh lebih banyak dari hanya menunjukkan waktu. Banyak model-model Casio dikeluarkan selepas langkah pertama mereka itu.
Jam digital sangat mudah & tepat dalam penentuan waktu. Dikala ibu bapa ingin membelikan anak-anak kecil jam tangan, sudah pasti jam digital adalah pilihan kerana pembelajaran kanak-kanak dalam mengenal nombor & membaca waktu sangat sesuai dengan jam digital. Kanak-kanak seusia 5 tahun sudah tahu & kenal nombor. Mungkin disebabkan zaman kanak-kanakku banyak dihabiskan dengan Casio (jam digital), sampai sekarang aku masih meminati jam digital yang pernah menjadi idola, igauan & impian suatu ketika dulu.
Jam digital sangat mudah & tepat dalam penentuan waktu. Dikala ibu bapa ingin membelikan anak-anak kecil jam tangan, sudah pasti jam digital adalah pilihan kerana pembelajaran kanak-kanak dalam mengenal nombor & membaca waktu sangat sesuai dengan jam digital. Kanak-kanak seusia 5 tahun sudah tahu & kenal nombor. Mungkin disebabkan zaman kanak-kanakku banyak dihabiskan dengan Casio (jam digital), sampai sekarang aku masih meminati jam digital yang pernah menjadi idola, igauan & impian suatu ketika dulu.
Sejarah Casio rasanya tak perlu diceritakan lagi... boleh tengok evolusi jam mereka di laman web mereka sendiri. Aku nak membawa kalian bersama-sama menjelajah zaman pembesaran aku bersama-sama Casio yang begitu banyak memori... Mungkin nama Casio bukanlah menjadi pilihan atau menjadi buah hati ramai... tapi bagi aku yang meminatinya sejak zaman kanak-kanak, Casio masih lagi pujaan hati.... walaupun minat aku bukanlah terhad terhadap Casio.
Sepanjang 'pengembaraan' aku dahulu, begitu banyak model-model Casio dengan pelbagai fungsi dikeluarkan. Keluaran pada waktu itu sangat berlainan dari model sekarang ini. Tiada lagi model-model gempak yang pernah menjadi kebanggaan suatu ketika dulu dikeluarkan lagi ataupun diteruskan pengeluarannya. Yang tinggal hanya kenangan.... Model-model lama yang pernah masuk dalam memori aku cuba dicari semula. Walaupun agak sukar kini, akan aku cuba cari juga walaupun banyak halangan perlu ditempuh... Mungkin pelik skit aku dari orang lain. Orang lain pakat cari jam-jam mahal, aku cari Casio pula... takpalah... kemanisan dalam mencari & memiliki jam samada yang sudah tidak dikeluarkan lagi atau sangat sukar didapati adalah kepuasan yang tiada bandingan berbanding jam yang mudah didapati sekarang & sentiasa ada walau di mana-mana.... bertambah manis jika ianya memberi nostalgia...
Sepanjang 'pengembaraan' aku dahulu, begitu banyak model-model Casio dengan pelbagai fungsi dikeluarkan. Keluaran pada waktu itu sangat berlainan dari model sekarang ini. Tiada lagi model-model gempak yang pernah menjadi kebanggaan suatu ketika dulu dikeluarkan lagi ataupun diteruskan pengeluarannya. Yang tinggal hanya kenangan.... Model-model lama yang pernah masuk dalam memori aku cuba dicari semula. Walaupun agak sukar kini, akan aku cuba cari juga walaupun banyak halangan perlu ditempuh... Mungkin pelik skit aku dari orang lain. Orang lain pakat cari jam-jam mahal, aku cari Casio pula... takpalah... kemanisan dalam mencari & memiliki jam samada yang sudah tidak dikeluarkan lagi atau sangat sukar didapati adalah kepuasan yang tiada bandingan berbanding jam yang mudah didapati sekarang & sentiasa ada walau di mana-mana.... bertambah manis jika ianya memberi nostalgia...
Perbezaan yang sangat ketara wujud di antara model terdahulu & sekarang baik dari segi fungsi mahupun design. Aku cuba mencari 'chemistry' seperti yang pernah wujud pada masa lalu dengan Casio model sekarang.... tapi tidak jumpa. Banyak model yang baru sekarang cuba aku 'sukakan', namun tak berjaya. Kemanisan yang pernah aku rasa pada waktu dulu tidak sama dengan sekarang.... Model yang boleh memberikan perasaan itu hanyalah model-model terdahulu yang ke semuanya masih buatan Jepun (Made In Japan) & design yang sudah dikategorikan klasik.
Berikut adalah model-model yang pernah aku pakai suatu ketika dulu...
Casio Databank 50
Model pertama Casio aku dalam mengenali alam jam... Dibeli pada tahun 1994 sewaktu aku di tingkatan 2. Jam yang penuh nostalgia ini mempunyai 1001 cerita yang dibawa bersamanya & merupakan favorite aku pada waktu itu... sekarang sudah rosak & untuk mengingatkan lagi kenangan manis bersamanya.... aku beli model NOS untuk menggantikannya ... bezanya yang terbaru diperbuat dari stainless steel & sudah buatan Thailand & bukannya Jepun seperti model lamanya...
Antara kenangan yang tak dapat dilupakan... aku pakai jam ni mandi laut sebab cemburu dengan kawan aku yang pakai jam tak berjenama mandi laut. Jam dia cuma ada rating water resistant ja.. Jam aku WR50m. Untuk membuktikan ketahanan Casio aku, aku pakai dengan confident sekali semasa berenang-renang di Selat Melaka.... yakni Batu Feringgi. Pernah juga aku letak nota ringkas dalam memori dia masuk periksa sekolah dulu... wakaka.... kantoi....
Antara kenangan yang tak dapat dilupakan... aku pakai jam ni mandi laut sebab cemburu dengan kawan aku yang pakai jam tak berjenama mandi laut. Jam dia cuma ada rating water resistant ja.. Jam aku WR50m. Untuk membuktikan ketahanan Casio aku, aku pakai dengan confident sekali semasa berenang-renang di Selat Melaka.... yakni Batu Feringgi. Pernah juga aku letak nota ringkas dalam memori dia masuk periksa sekolah dulu... wakaka.... kantoi....
Casio Telememo 50
Model Databank yang agak gempak dengan button navigation di atasnya. Jam pertama Casio yang mempunyai fungsi sedemikian rupa. Ia mempuyai fungsi yang jauh lebih banyak berbanding model yang aku gunakan sebelum ini. Jam ini kepunyaan abah & diperturunkan kepada aku. Namun jam ini sempat dipakai sekejap saja sebelum rosak. Pernah juga cuba baiki tapi casing resinnya seperti tidak membenarkan aku memakainya semula. Ada bahagian yang sudah rapuh.
Casio Databank 30
Seperti artikel lepas, aku memang sukakan model Databank. Jadi banyak jugalah model Databank dalam koleksi. Walaupun tak guna sangat sekarang, tapi suatu bonus bila ada kelebihan tu. Jam ini dibeli dari pasaraya M***** (dulu kita pernah bincang hal ini). Kalau tak salah abah sempat pakai sebulan saja sebelum rosak....
Jam milik adik ini juga turut dibeli bersama dengan jam di atas... sama juga.... rosak....
Casio Databank 30
Jam ini merupakan jam yang turut dibeli dari pasaraya itu... namun boleh berfungsi lagi. Nasib jugalah kalau beli dari situ... ada yang ok & ada yang tak. Aku sukakan design & warnanya yang nampak sporty... terasa macam jam tentera pun ada. Keadaan jam ini adalah hasil dari kemalangan motosikal aku suatu ketika dulu... rasanya dalam tahun 2003. Masih boleh digunakan, & aku buat projek DIY dengan menukarkan movement dalamnya dengan model yang abah pakai di atas tu. Model Databank adalah antara sedikit model lama yang masih diteruskan pengeluaran sehingga kini.
Casio Ana-digi Alarmchrono
Juga dibeli dari tempat yang sama... tapi masih berfungsi dengan baik. Agak lama juga aku gunakannya. Jam ini merupakan jam paling lama aku gunakan masa zaman study aku. Kini sudah kehabisan bateri.... nanti aku akan cuba hidupkannya semula...
-------------------------
Masa zaman study, minat aku terhadap jam berada dalam mode hibernasi. Minat ini aku pendamkan saja kerana tidak mampu untuk aku beli apa-apa jam yang aku minat melainkan hanya sebagai keperluan. Beli yang baru pun cuma bila yang lama rosak sahaja. Itu pun dibeli dari pasaraya tu sebab dapat dibeli dengan separuh harga dari harga pasaran biasa. Jenama lain aku tak nampak melainkan Casio sahaja. Sebab waktu tu duit cuma terhad tapi minat jam yang berjenama skit... jadi pada aku yang berbaloi hanyalah Casio kerana menawarkan banyak fungsi selain hanya menunjukkan waktu.
Di awal tahun 1990an, Casio banyak mengeluarkan model-model yang boleh dianggap unik jika dibandingkan dengan model sekarang. Pelbagai model yang dikeluarkan pada waktu itu kini sudah tidak dikeluarkan lagi & sudah tiada dalam pasaran. Untuk mendapatkan jam NOS pun hampir mustahil kerana sudah tiada. Model-model tersebut pula dijual secara online pada harga yang jauh lebih tinggi (terpakai). Aku pernah beli jam Casio dengan harga RM30 saja (aku jual RM20 ja.... menyesal pula aku jual), sekarang dijual pada harga RM100++ (terpakai). Model-model terdahulu mempunyai pelbagai fungsi yang boleh kita 'bermain-main' dengannya.
Kita sama-sama saksikan model-model Casio terdahulu yang pernah mewarnai dunia pada era tersebut...
Kita sama-sama saksikan model-model Casio terdahulu yang pernah mewarnai dunia pada era tersebut...
Ini merupakan iklan model terawal Casio di pasaran dunia.... Casiotron X-r. Model pertama Casiotron dikeluarkan pada tahun 1974. Pengeluarannya agak gempak pada ketika itu bila mana ia mempunyai fungsi yang sangat pelbagai dari jenama lain.
Bagi yang sukakan digital, Casiotron merupakan salah satu model wajib dimiliki. Casiotron sudah tidak dikeluarkan lagi, namun model terbaru dengan fungsi asas serta bentuk hampir menyerupainya masih dikeluarkan sehingga kini.
Bagi yang sukakan digital, Casiotron merupakan salah satu model wajib dimiliki. Casiotron sudah tidak dikeluarkan lagi, namun model terbaru dengan fungsi asas serta bentuk hampir menyerupainya masih dikeluarkan sehingga kini.
(Gambar diambil dari http://store.vintagepaperads.com)
Casio G-Shock DW-5000C-1A
Ini adalah model pertama G-Shock di dunia. Ia dikeluarkan buat pertama kalinya pada tahun 1983. Nampak familiar-kan? Ya... Siri DW-5XXX masih diteruskan pengeluaran sehingga kini yang menyaksikan penambahan teknologi terkini kepada setiap model yang dikeluarkan. Casio masih meneruskan siri ini bagi mereka yang sukakan nilai sentimental G-Shock. Model G-Shock tidak perlu diperkenalkan lagi kerana merupakan antara model paling laris & lasak di dunia.
Susur galur pengeluaran model-model ikon Casio boleh di lihat pada link di bawah:
Casio Europe
Casio Pathfinder PAT-2GP
Casio Barometer BM-610
Model yang gempak kerana mempunyai GPS Navigation. Menurut info, jam ini jika digunakan di Jepun, peta negara Jepun ada dipaparkan. Best!
Casio Barometer BM-610
Design jam ni mengingatkan aku pada alat menyelam.... yang aku pun tak tahu apa alatnya... hehe... Bentuknya sangat ganjil & unik. Ingin saja aku mencarinya kalau ada.... lagi..... Mempunyai fungsi barometer & altimeter.
Casio Protrek PRT-40
Ini merupakan model pertama Protrek yang dikeluarkan pada tahun 1998. Aku masih ingat jam ini sewaktu pengeluarannya & merupakan jam idaman aku pada waktu itu & masih meminatinya sampai sekarang berbanding model terkini.
Casio Protrek PRG-50
Model Protrek terkini telah berubah bentuk bulat seperti ini yang lebih simetri. Sehingga kini ia masih dikeluarkan & merupakan model Casio yang sarat dengan pelbagai fungsi & teknologi terkini.
Casio Digital Compass CPW-100
Jelas... fungsinya kompas. Satu lagi model adalah CPW-300 yang menunjukkan arah kiblat. Jam tu merupakan antara idaman juga pada waktu itu.
Casio Gauge-IT WM-11
Suatu model yang unik. Display bahagian tepi bak 'meter'. Sangat unik. Tak tahulah apa kegunaannya. Tapi timer 45 minit macam sesuai untuk perlawanan bola sepak ja. Best la pulak...
Casio Tachy meter CBX-610
Model yang agak lama juga di pasaran. Aku masih terjumpa lagi jam ni di Perlis. Pernah berangan suatu ketika dulu nak beli sebab sukakan display dia yang besar & yang penting lampu illuminator dia.
Casio Speed Trainer STR-1000
Kabel yang terikat padanya tu adalah button untuk stopwatch. Mungkin untuk memudahkan pengadil sukan menekan button stopwatch dengan lebih mudah & berkesan serta lebih memberi tumpuan di padang berbanding dengan menekannya pada jam. Bijak!
Casio Tri-Sport Gauge TRI-20W
Casing resin berbentuk bujur ni serta button di atas memberikan gambaran yang ianya adalah jam sukan. Ada beberapa kedai yang aku jumpa masih mempunyai stok lama jam ini.
Casio Databank ABX-53
Suatu ketika dulu, model ni cukup banyak aku jumpa orang pakai. Display peta dunia & penomboran digital padanya seperti terapung memberi kesan istimewa padanya.
Casio e-Databank EDB-201
Pertama kali aku tengok jam ni di internet & buat pertama kalinya aku tengok secara live lebih kurang 2 minggu lepas di Johor. Keistimewaannya terletak pada jog key di atasnya. Terasa macam handphone Sony Erickson suatu ketika dulu.
Casio PC Unit BZX-20
Gambaran pertama bermain di otak, jam ni mempunyai fungsi yang sangat complicated & kalau tak salah boleh disambungkan dengan komputer. Gempak!
Casio Databank VDB-1000
Features: full dot matrix display, touchscreen, world time, kalkulator, databank.
Banyak betul fungsinya
Banyak betul fungsinya
Caio Databank VDB-200
Juga model databank dengan kelebihan touchscreen. Aku tak pernah jumpa jam ni di jual di mana-mana lagi. Mungkin ada & mungkin tiada. Tapi aku menjumpainya dalam eBay. Harganya memang mahal & ada yang perlu bid. Harga permulaan bid pun sudah cukup tinggi.
Casio DBC-V5000
Model kalkulator & databank masih dikeluarkan lagi sehingga kini
dengan pelbagai kombinasi warna.
dengan pelbagai kombinasi warna.
Features: Databank, calculator & voice recording.
Casio DBX-100
Features: Sama seperti di atas... perbezaan sangat ketara pada displaynya yang dot matrix display.
Features: Sama seperti di atas... perbezaan sangat ketara pada displaynya yang dot matrix display.
Casio Calculator FTP-30
Sekali imbas hanya menunjukkan waktu. Tunggu sehingga ia selesai membuat persembahan....
... ia adalah jam dengan fungsi kalkulator di bahagian bawah. Jam ini aku masih ingat lagi kewujudannya sebab selalu tengok di kedai masa aku di sekolah menengah. Kalau tak salah umur aku waktu tu 13 tahun.Sekali imbas hanya menunjukkan waktu. Tunggu sehingga ia selesai membuat persembahan....
Casio Thermometer TS-200
Salah satu lagi model jam yang menjadi idaman suatu ketika dulu & akan aku beli jika jumpa. Mempunyai kelebihan mengukur suhu adalah suatu kelebihan yang istimewa & canggih pada waktu itu.
Casio AX-210
Casio Bio-Graph BH-100W
Menariknya ianya adalah jam analog-digital yang memaparkan jarum analog pada paparan LCD.
Features: 2 layer LCD, calendar, timer, stopwatch & melody (3 lagu).
Features: 2 layer LCD, calendar, timer, stopwatch & melody (3 lagu).
Casio Bio-Graph BH-100W
Kenangan juga model ni. Aku tak tahu apa fungsinya. Tapi andaian aku jam ini boleh menyimpan tarikh lahir 4 orang tersayang... Sampai waktunya, ia akan memberi penunjuk. Mungkin alarm atau mungkin juga hadiah... wah..... Aku jumpa satu, masih terfikir nak beli ke tak... Dah takda jam ni & fungsi begini sudah tiada pada jam Casio baru.
Casio Wrist Camera WQV-10
Jam dengan fungsi kamera ini merupakan model susulan model pertama yang hitam putih displaynya. Jam ini dilengkapi dengan display warna. Sangat sesuai untuk perisik & sesiapa yang teringin nak jadi James Bond.... kaki skodeng tidak dibenarkan beli...
Casio Game GC-7 Cosmo Fight
Semasa zaman sekolah rendah... seingat aku la... jam ini merupakan kegilaan kawan-kawan pada waktu itu. Siapa yang ada boleh dikategorikan sebagai orang kaya. Aku pernah main juga... pinjam kawan punya... Jam yang sudah tidak dikeluarkan lagi ini dijual lebih lebih kurang RM300 & ke atas (terpakai). Model NOS aku tak pernah jumpa di mana-mana, malah di internet sekali pun. Ingin saja aku memilikinya jika terjumpa...
Casio Game GS-16 Space Warrior
Seingat aku, aku pernah main game ni... isk... nostalgianya.... Pakat-pakat berebut giliran siapa dulu nak main game ni. Nasib baik waktu tu kawan aku baik hati & bagi pinjam juga. Kalau tak, telan air liur saja la....
Casio Databank Wrist Network
Casio Watch Collection
Special thanks to my friend from Germany, Mr Stefan who accepted my request to use his watch pictures for my blog. Salute you Mr Stefan! You got a very impressive collections that I can never imagine.
Model-model lama Casio sangat mengujakan. Bukan saja menarik dari segi design & fungsi, malah inovasi yang mereka terapkan ke dalam setiap model keluaran mereka. Inovasi yang menarik pada model terdahulu banyak yang sudah tidak diteruskan lagi pada model terkini. Keistimewaan yang wujud suatu ketika dahulu inginku kutip & gapai semula kerana kenangan waktu itu sangat manis untuk dikenang.Jam ini merupakan model kebanggaan kawan aku, Mr Stefan dari Germany. Jam yang sangat rare ini kemungkinan satu-satunya berada di Eropah!
Features: Translator Japanese/English, full dot matrix display, databank.
Inilah pertama kali aku tahu wujudnya jam seumpamanya.
Inilah pertama kali aku tahu wujudnya jam seumpamanya.
Mr Stefan merupakan seorang collector Casio. Beliau seorang yang mesra serta tidak lokek berkongsi cerita & pengalaman. Beliau mempunyai banyak model yang rare serta yang sudah tiada di pasaran kini. Jam-jam kepunyaan beliau sangat istimewa & disimpan dengan begitu baik sekali. Terima kasih tak terhingga kepadanya kerana membenarkan aku menggunakan gambar-gambar jamnya untuk blog aku. Beliau mempunyai web yang dikhaskan untuk koleksinya. Menurutnya, apa yang dipaparkan itu bukanlah ke semua model miliknya, maksudnya ada lagi yang tidak ditonjolkan dalam web.
Casio Watch Collection
Special thanks to my friend from Germany, Mr Stefan who accepted my request to use his watch pictures for my blog. Salute you Mr Stefan! You got a very impressive collections that I can never imagine.
Susur galur pengeluaran model-model ikon Casio boleh di lihat pada link di bawah:
Casio Europe