Sunday, June 6, 2010

Lepak sebentar dengan DetikDuaBelas

Pagi tadi aku berpeluang berjumpa dengan saudara Hassan DetikDuaBelas di kampungnya. Sebenarnya perjumpaan telah pun dirancang seminggu sebelum itu memandangkan kampungnya tidaklah jauh dengan kampung aku. Peluang aku ambil sebelum kenduri adik jiran aku berlangsung pada tengah hari tadi...

Ada beberapa jam yang bakal masuk dalam blog nanti.... perhatikan betul-betul yang mana satu.... Inilah kali kedua aku ke rumah di kampungnya & tempat lepak depan rumah sangat santai & tenang.



Aku hanya bawa koleksi aku yang tak seberapa yang belum bro Hassan tengok lagi. Bro Hassan cakap nak bawa Casio saja tunjuk kat aku... rupa-rupanya bawa satu beg galas... penuh dengan jam. Punyalah berat....

Seperti biasa banyak jam yang sangat menarik minat aku. Tak tertahan lagi bila mana bro Hassan keluarkan Citizen military..... Memandangkan aku pun turut berkongsi minat yang sama degannya terhadap jam military, aku tak lepaskan peluang memiliki koleksi yang rare & istimewa ni memandangkan tidak ada langsung aku jumpa di mana-mana kedai sebelum ni.... itulah kali pertama aku tengok model tu.... Nantikan review mengenainya nanti...



Saudara Hassan menyuapkan makanan kepada anak bongsunya... sempat juga aku candid gambar ni. Jangan marah bro... Itulah sifat penyayang saudara Hassan terhadap anak-anaknya. Seorang ayah & rakan yang sangat baik hati. Bertuah kepada sesiapa yang mengenalinya...

Insyaallah perjumpaan akan diadakan lagi bersamanya & akan datang dengan semua rakan-rakan sekalian...

11 KOMEN ANDA:

sukajam said...

Wah! Aku tau jam yang mana.. Rasanya kurang2 dua jam kat situ.. Sebelum jumpa bro Hasan kena bawak duit banyak2. Karang menyesal & telan air liur je kalau jumpa x bawak duit..

duniajam said...

Tu le pasal. Pasti akan ada jam yang berkenan punyalah. Sapa2 nak jumpa bro Hassan dinasihatkan bawa duit banyak. Duit aku bawa tak banyak semalam. Huhuhu... HUtang boleh bro? Wakaka....

Zhentan said...

seronok jumpa bro hassan...hopefully satu hari nanti boleh jumpa DJ and Bro Hassan....

duniajam said...

Insyaallah... ada rezeki kita boleh jumpa nanti. Hehehe...

ex001 said...

Ingat nak join jumpa brader Asan kita ni tapi musim kenduri byk la pulak.

duniajam said...

Takpa bro, ada rezeki kita jumpa ramai2. Hehe...

Timur said...

Insyaallh tuan2 semua. Kalau ada rejeki atau kata lain ada makan2 sedap kita longgok sana...

Timur said...

Ada kawan yg koleksi jam sikit tapi ilmunya banyak, dan aku ni sebaliknya...huhuhehe

duniajam said...

Boleh kita sama2 kongsi ilmu nanti. Ramai kawan2 yg banyak pengalaman. Aku masih belajar... ilmu masih kurang. Jumpa otai2 nanti, boleh turunkan ilmu... Hehehe...

Timur said...

Kalau boleh peturunkan ilmu mcm download software kat komputer best kan? Tak perlu belajar, cepat dan pantas

duniajam said...

Haha... Kalau boleh camtu, aku pun mau. Boleh repair jam sendiri. Silap2 kita boleh buat jam sendiri. Hehe..