Survey yang telah berlangsung selama 2 bulan telah pun berakhir. Kini sampailah masanya kita sambung kembali perbincangan sebelum ni. Berikut merupakan keputusan yang telah diberikan anda. Walaupun tak berapa banyak undian, tapi aku rasa mencukupi untuk mengetahui kehendak majaroti.
Tiga jenis tempat telah dipilih sebagai tempat perjumpaan.... menyaksikan kedai makan/mamak & homestay/rumah mempunyai persaingan yang sengit. Nampak gayanya hotel tak mendapat sambutan.
Seperti beberapa pendapat lepas, dua2 tempat ni mempunyai pro & kontra. Jika berdasarkan keputusan homestay/rumah menjadi pilihan walaupun menang tipis. Nampaknya kita akan cuba pilih homestay/rumah yang bersesuaian pula nampaknya selepas ini. Lebih privacy,tertutup, tak ganggu orang & jam kita terselamat dari mata-mata yang tidak enak.
Cadangan aku:
Aku hanya mampu nak support rumah di Persaint 9, Putrajaya. Tempat lain mungkin aku tak mampu kot. Kalau ramai sangat, kena pilih tempat yang lebih luas. Rumah tu cuma ada 3 bilik saja. Ruang tamu rasanya selesa dalam 20 orang kalau tolak tepi semua perabot. Kena duduk bersila atau bertimpuh... sopan gitu.... hehe... Rumah ada kusyen rotan & meja makan muat 6 orang. Cuma kerusi macam tak cukup.
Cumanya akan jadi susah skit kalau ada yang tak familiar dengan kawasan di Putrajaya. Aku pun banyak kali cari baru jumpa. Jika ada cadangan di mana-mana & perlu disewa, sila kemukakan. Duit akan kita kutip sorang sedikit berdasarkan berapa jumlah antara kita yang nak ikut perjumpaan nanti. Cadangan?
Bab makan minum....
Cadangan 1.
Jikalau perjumpaan bermula pagi, tengah hari mesti semua orang lapar. Kedai makan tak banyak didapati di Putrajaya. Banyak kedai mamak saja. Kalau nak keluar makan sendiri pun takda masalah & kita sambung semula selepas itu ataupun perjumpaan berakhir poada tengahhari saja. Kalau nak sambung lagi lepas tu pun takda masalah juga.
Cadangan 2.
Bawa makanan sendiri.
Cadangan 3.
Perjumpaan berlangsung selepas tengahhari. Dalam pukul 2 bila mana semua orang dah selesaikan segala urusan yang perlu pagi tu.
Cadangan 4.
Kita kumpul duit untuk beli makanan contohnya KFC awal-awal. Nanti kat rumah, kita melahap ja. Sebab tu nak tau sapa nak join. Senang nak urus. Tak payah keluar dari rumah tu dah. Masa pun tak membazir.
Cadangan lain?
Sah! Siang... Lebih baik & ada banyak masa kalau nak lepak pun. Nak buat photoshoot pun cantik. Nampak dengan jelas muka setiap orang. Kalau malam... lighting kurang, ambil gambo tak clear, blur, tak cantik & muka kita pun tak hensem sangat.....
Lain tak bukan memang hujung minggulah paling diminati ramai.... Alasan rasanya dah kita bincang dulu...
Keputusan dah dapat. Sekarang ni kita perlu pilih tarikh yang sesuai untuk perjumpaan ni. Aku cadangkan hujung tahun ni. Raya pun dah lepas.... Sempatlah nak kumpul duit banyak sikit. Manalah tahu berkenan dengan jam-jam kawan-kawan nanti. Kalau jam yang sama sampai 2, 3 orang berkenan.... boleh buat lelongan. Hahaha...
Memandangkan ini perjumpaan pertama kita, tak perlulah buat formal. Kita buat santai saja macam dok jumpa kawan-kawan di kedai kopi. Sempoi ja. Senang & tak sakit kepala sebab kita buakannya pertubuhan formal lagi. Aku pula tak pernah urus apa-apa fuction. Wakaka...
Perhatian!
Sila rujuk perbincangan kita yang lepas di sini.
Kepada yang berminat nak menyertai perjumpaan nanti bolehlah bagi nama pada aku sekarang samada email ataupun letak di ruangan komen ni. Nak estimate berapa ramai yang nak join nanti. Senang nak urus. Maklumat terkini akan aku sampaikan dari semasa ke semasa di blog & Group Dunia Jam di Facebook.
Email aku: kedaiduniajam@gmail.com
Harap kawan-kawan bagi cadangan di komen & bukannya di ruangan chat. Cadangan anda itu takkan kekal lama di ruangan chat. Hilang terus nanti bila penuh ruangan chat tu.
10 KOMEN ANDA:
Marl...statement ko "Kalau malam... lighting kurang, ambil gambo tak clear, blur, tak cantik & muka kita pun tak hensem sangat"....aku kurang bersetuju sebab ramai antara kita sebenarnya kategori hensem...huhuhuh
orait...ujung tahun...aku join....mintak2 takde aral melingtang pukang...
aku lebih setuju kalau kita takyah keluar untuk makan sebab sambil borak2 tgk jam sambil mengunyah ..mmg best wooo....
Cis Narong... Hahaha...
Camtu ok gak. Sambil sembang makan ayam, krup... krupp... pergh... Jangan sebelah tangan ayam, sebelah tangan lagi jam udahlah.... mau berminyak jam tu... Hahaha...
dengan rasminya aku join
kalau takder aral melintang
Orait sgt tu bro. Nanti boleh jumpa depan2. Hehehe...
Kalau takda apa2 cadangan aku kira cadangan aku tu ja la kot. Kalau tak ramai yang minat join pun takpa. Buat perjumpaan secara kecil-kecilan. Buat ikut berapa ramai yg ada. Aku no hal punya.
Cumanya sekarang aku nak consider apa2 cadangan lain kalau ada. Takmau la ada apa2 masalah nanti, tak puas hati ke apa ke. Jumpa nak seronok2 je. Kalau takda sapa nak join, aku jumpa Hassan je la. Hehehe...
Takpa... masih lama lagi tu nak jumpa. Masih ada banyak masa nak bincang.
Kalau sarawak & semenanjung ni bleh gi naik keta, aku join gak perjumpaan ni.. huhu!!
Huhu.... Kesian ko. Andai kata dekat, mau tiap2 minggu kita jumpa. Hehehe...
dabu sokong keputusan yg dibuat..tempat no hal,bleh gak kita solat berjemaah kat masjid putrajaya nanti..lepas tu kita kasi gempaq skit org2 putrajaya..hehehe,bt show kat situ..amacam?
Kena sewa lori kalau camtu. Kat belakang lori tu kita buat pentas... sambil gerak kita buang bunga2an sepanjang jln.2 Letak lak bunga manggar... pergh...Kena ambil artis gak ni... Hmmm.... Hahaha...
Rasanya umuah putrajaya tu pun ok. Psl mmg privacy kat kita. Tempat pun tinggi. Pemandangan indah. Wakaka...
salam..
saya mmg cari geng2 gila jam ni terutama melayu...so gitau je bila,putrajaya tu mmg molek sangat...
ni contact aku
0123566545-nizar
Ok. Tunggu langkah berikutnya dalam blog ni. Tq bro
Post a Comment