Thursday, June 3, 2010

Hati-hati kawan-kawan sekalian...

... terutama kepada yang menjual jam. Tak kiralah samada di blog, mudah.my, lelong.my, eBay atau lain-lain yang melibatkan internet. Kalau eBay & lelong rasanya selamat sikit sebab keduanya ada sistem keselamatan dalam hal bayaran ni.

Hati-hati jika anda menerima email yang berminat dengan jam anda, jangan percaya bulat-bulat. Email ini selalunya akan datang dari mereka dari luar negara.

Ayat mereka lebih kurang sama saja. Ini ciri-ciri yang pernah aku dapat & kawan-kawan lain. Anda boleh berkongsi cerita sekiranya dapat email yang sama.

  1. Dia akan mengatakan dia berminat nak beli..... tapi bukan untuknya.... kononnya sebagai hadiah untuk anak dia, anak tiri dia, kawan dialah atau sesiapa saja. Kononnya dia terlalu sibuk dengan urusan dunia dia atau dia berada di luar negara.
  2. Harga yang ditawarkan jauh lebih tinggi dari dari harga yang kita letak. Aku pernah jual jam dengan harga RM360.... tapi harga yang ditawarkan dia RM460. Ada juga yang jauh lebih tinggi & siap nak bagi duit pos tambahan lagi. Selalunya dia akan offer harga jauh lebih tinggi supaya kita akan terasa teruja & akan jual kat dia sebab lebih untung dari jual kepada orang sini. Ini hanya taktik psikologi. Disebabkan terlalu seronok dengan harga tinggi tu, kita lupa nak tengok hal lain.
  3. Alamat untuk penghantaran pula, adalah di luar negara juga. Aku tak dapat sebut negara apa. Tak mahu ada unsur sensitif di sini.
  4. Cara penghantaran dia sendiri yang tetapkan & semestinya bukan Pos Laju yang selalu kita guna. Dia akan cadangkan perkhidmatan lain seperti DHL dan lain-lain.
  5. Dia akan minta nombor akaun, bank & butir-butir kita. Ini salah satu cara dia nak curi data-data kita.
  6. Jika kita bersetuju, dia akan hantar email, kononnya dari bank luar negara yang mengatakan duit dah transfer masuk ke akaun kita. Alamat email pun lain, seolah-olah betul dari bank tu. Siap dia bagi link hukuman kepada penjual yang menipu si pembeli.
  7. Bila check duit di akaun kita.... DUIT TAK MASUK PUN. Andai kata barang kita dah pos.... maksudnya bagi free ja kat dia...

Ini adalah taktik cilik si penipu. Mereka boleh buat seolah-olah semua prosedur tu betul. Alhamdulillah, aku terselamat dari penipu yang aku hampir-hampir nak hantar jam tu. Nasib baik bro Ijan tolong. Email yang sama dengan ayat yang sama juga bro Ijan Jamlama pun dapat. Kalau tidak, aku pun terkena. Tq bro...

Apa yang disampaikan ini hanya sebagai peringatan supaya kawan-kawan hati-hati dengan urusan jual beli. Biar beringat sebelum terkena.

9 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

scam kat internet nie dah lama ada. Hairan kekadang, walaupun dah banyak pendedahan ramai juga yang terkena....

Hopefully kawan kawan tak terkena...so apa apa pun, sebelum hantar barang, check duit dulu, pastikan dah masuk baru masukkan barang. Kalau tak habis la

Tapi bukan penjual jer, kekadang pembeli pun kena....aku pernah cuba beli barang online, duit dah bayar, barang dari minggu ke minggu tak sampai....last last perang besar baru dia nak pulang duit...itupun lepas keluar ugutan melampau batas...hehehe...bukan apa, tak suka org permain kan kita...walau nilai kecil, tapi tak best kena tipu

yang terbaik kalau nak beli online, cari yang betul dah establish, kalau blog blog nie...melainkan dah super kenal...kalau tak fikir masak masak...

hehehehhe

Suka Jam said...

Aku pun ada gak emel konon dtg dr Kanada. Lepas deal harga, dia suruh pos ke afrika selatan. Tu yang aku mula syak emel ni penipu. Aku cakap la tak hantar ke benua afrika & aku pun tak bagi maklumat yang dia mintak.. ALhamdulillah..

Unknown said...

Aku pernah kena tipu kat eBay. Burn terus duit. Beli dari seller tu, kononnya dah hantar. Dekat sebulan tak sampai. Bila aku nak kontek tanya, seller tu dah tak wujud dalam eBay. Cilakak!!! Aku open dah case kat eBay... tgh tggu diorang punya tindakan.

Kena hati2 bila kita nak buat apa2 pembelian. Tapi dalam hati2, kena gak. Tapi sebagai penjual pula, kita jangan percaya kalau dapat email dari luar negara.

jijah montel said...

errr... itulah pros and cons shopping online.. murah.. boleh jimat banyak.. tapi.. risiko.. tinggi..

duniajam said...

Tu la. Kena terima apa yang akan berlaku kalu yang tak baik diterima. Banyak kali gak aku terkena barang yang samoai tak seperti yang diterangkan, rosak la.... nasib seller ok. Dia refund balik duit aku...

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

ramai gak yg hampir nak kena tahun lepas,bukan customer biasa je,blogger2 pun ada gak....nasib baiklah aku bagitau diorang awal2....

duniajam said...

Tq bro. Selalunya email dpt dari negara tu. Tak boleh caya kalau email dari diorang, Ni sorang kawan kita baru dpt email dr negara tu gak. Aku dah baca email tu. Memang cara diorang sama ja.

JACK' TREASURE CHEST said...

DAH LAME AKTIVITI DIA ORG TU, SY DAH DPT EMAIL ATAU BIDDING DIA ORG DLM eBay SEJAK 2006 LAGI. DIA ORG ADA DI MERATA DUNIA, MINTA HANTAR KAT ORG KETIGA. KITA KENA BERSATU LAWAN DIA ORG NI, JGN BIOR DAN BUAT TAK LAYAN. KALAU DAPAT PHISHING EMAIL DIA ORG FORWARD BALIK KAT BANK-BANK YG DIA ORG PALSUKAN TU UTK DISIASAT COMPUTER AND CYBER CRIME. SETIDAK-TIDAKNYA ADA JGA YG KENA SIASAT DAN INDICTED. THANKS DOCTOR FOR SHARING THE INFO

duniajam said...

Dulu memang hampit terkena. Nombo akaun bank pernah terbagi. Lps tau, pucat gak call bank. Nasib takda apa2 & bank bagi jaminan.

Sekarang ni pun masih dpt email camtu lps letak iklan Suako. Bila tanya dia dari mana..... dari N*****a. Sah penipu.... Sebelum tu lak dpt 3 email yg sama untuk 3 jam yg berlainan.

Cara diorang nak urgent, sibuk la, nak hantar ke pihak ketiga macam Dato' cakap tu. Ish... geram. Rasanya teknik diorang tu berkesan & ramai dah terkena.