Sunday, June 13, 2010

Digital krezi..... Permulaan pengembaraan bersama jam digital - Bahagian 1

Permulaan pengembaraan dalam dunia jam untukku bermula dengan jam digital. Sejak kecil (lebih kurang 6 tahun) aku telah didedahkan dengan jam digital. Seingat aku waktu tu abah belikan jam ‘kereta’ yang berbentuk kereta hatchback berwarna biru & boleh ditanggalkan dari tangan… bolehlah main sorong-sorong dengannya. Cermin hadapan tertera display LCD penunjuk waktu. Aku ingat sangat jam tu kerana menyimpannya dengan cukup lama sampailah umur aku belasan tahun. Aku tak pasti apakah nasib jam tu sekarang & aku akan cuba selongkar barang mainan yang masih aku simpan lagi sampailah sekarang….

Penciptaan jam digital merupakan penciptaan termaju yang pernah tercapai pada zamannya. Suatu kelainan ditampilkan oleh jam digital dengan memberikan pembacaan waktu yang lebih mudah, tepat & secara terus tanpa memerlukan otak mencongak bacaan seperti jam analog. Masakan ada yang baru jika tiada yang lama.... Idea penciptaan jam digital pada masa kini sebenarnya dimulakan oleh Swiss dimana menciptakan jam poket digital mekanikal pertama di dunia pada tahun 1920an.

Iklan keratan akhbar jam tangan digital mekanikal pertama...
(gambar diambil dari http://blog.modernmechanix.com)


Jam digital seperti ini masih dikeluarkan sehingga kini samada mekanikal ataupun quartz oleh pelbagai jenama. Mungkin ia satu kesinambungan era jam digital terdahulu ataupun hanya sebagai fesyen. Mungkin generasi kini tidak mengetahui yang jam digital dengan pelbagai design itu bermula dari penciptaan terulung ini.


Gambar diambil dari http://www.thecartorialist.com

Banyak juga jenama luxury yang mengeluarkan kembali jam digital mekanikal; contohnya de Grisogono dengan penghasilan jam digital mekanikal seperti jam digital quartz. Sangat mengagumkan apabila pembuatan jam ini memerlukan watchmaker mengunakan mikroskop untuk membuatnya. Jam yang sangat complicated dari segi design mahupun pembuatan ini dijual pada harga €200,000.


Gambar diambil dari http://www.harrywinston.com/

Harry Winston adalah satu lagi jenama luxury yang sentiasa mengeluarkan model-model yang sangat unik, tersendiri serta hebat di dunia. Harry Winston Opus 8 merupakan satu lagi koleksi Harry Winston yang sangat unik dengan penampilan digital pada paparannya. Siapa sangka jam ini adalah jam mekanikal & bukannya LCD quartz. Seperti mustahil untuk dihasilkan... tapi kebijaksaan watchmaker & designer mereka telah memungkinkan ciptaan terunggul ini dihasilkan.


Pulsar P1 Prototype LED Digital
(gambar di ambil dari http://led-digital-watches.com)

Pada tahun 1970, Pulsar mengeluarkan jam digital LED (Light Emitting Diode) dengan kerjasama Hamilton Watch Company. Ia merupakan jam digital LED pertama di dunia. Casingnya diperbuat dari emas 18k & hanya dibuat sebanyak 400 unit sahaja. Pada waktu itu harga baru jam ini adalah USD$2,100. Kini ianya berharga USD$25,000.

Tidak ramai yang mampu memiliki jam LED pada waktu itu kerana harganya yang cukup mahal. Pengeluaran jam LED dengan casing plastik yang dihasilkan secara besar-besaran oleh syarikat Texas Instrument telah menyaksikan penurunan harga jualan jam LED kepada harga yang sangat mampu milik oleh orang kebanyakan. Ini telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada syarikat Pulsar & kegoyahan mereka pada waktu itu telah memaksa mereka menjual syarikat mereka. Seiko pada waktu itu menjadi penyelamat & telah membeli syarikat Pulsar.


Salah satu jam LED yang trendy. Agak sukar untuk membaca waktunya. Perlu mengambil masa yang lama untuk mengira waktu yang menunjukkan bacaan 9:29.
(Gambar diambil dari http://www.slipperybrick.com)


Kepopularan jam LED tidak begitu lama sebelum diambil alih oleh jam LCD (Liquid Crystal Display). Kebanyakan jam LED memerlukan pengguna menekan button untuk melihat waktu. LED pada display hanya akan bernyala dengan menekan button tersebut. Ini kerana jam LED menggunakan tenaga yang banyak untuk pencahayaan. Penciptaan jam LCD pula telah membaiki masalah tersebut dengan jayanya.



Gruen Teletime LCD
(Gambar diambil dari http://www.thedigitalwatch.com)

Pada tahun 1972, Gruen muncul sebagai watchmaker pertama di dunia dalam penghasilan jam LCD. Jam dengan 4 digit ini telah membuka mata dunia kepada satu lagi jenis jam disamping jam analog. Harga yang dijual pada waktu itu adalah USD$200. Jam digital sangat jelas & mudah bacaan waktunya. Mungkin disebabkan ringkas & mudah dijaga membuatkan jam digital menjadi pilihan ramai pengguna serta ramai collector di seluruh dunia. Ramai mereka di luar sana yang tidak kita kehahui mengikuti serta menggilai jam digital. Beberapa jenama Swiss juga turut mencipta siri digital LCD pada zaman itu, contohnya Omega, Spacesonic & Tissot. Tidak banyak jenama Swiss yang masih meneruskan pengeluaran siri jam digital LCD mereka hingga kini.


Seiko 06LC
(Gambar diambil dari www.seikodigitalwatches.com)

Seiko hadir dengan model Seiko 06LC sebagai jam LCD pertama dunia dengan 6 digit pada tahun 1973. Sekali lagi dunia melihat kehebatan Seiko yang menjadi peneraju dalam banyak cabang dunia horologi. Ini merupakan permulaan mereka dalam dunia digital. Pelbagai lagi model digital dari Seiko hadir selepas penciptaan pertama ini.


Untuk melihat model-model vintage jam Seiko digital, sila layari link di bawah:
Seiko Digital Watches

Berikut pula adalah web lain yang menonjolkan jam digital:


Seperti jam analog tidak kira mekanikal ataupun quartz yang tidak terhad complicationnya, teknologi jam LCD memungkinkan sesuatu yang lebih yang tidak mampu tercapai oleh jam analog. Harga jualan jam LCD pula tidaklah semahal jam mekanikal. Hanya model tertentu sahaja dengan complication yang pelbagai serta mempunyai keunikan tersendiri mempunyai harga yang tinggi. Namun model vintage jam digital pada masa kini telah melambung tinggi, lebih-lebih lagi model yang sangat rare & hampir terhapus di muka bumi kini.

Tiada batasan dalam penghasilan jam LCD. Teknologi komputer terkini boleh dimasukkan ke dalamnya. Hasilnya cukup memberangsangkan. Dari tahun ke tahun dunia telah menyaksikan pelbagai jenis model jam LCD dalam pasaran dengan pelbagai bentuk, fungsi serta teknologi yang ditampilkan. Ia telah mewarnai dunia horologi dengan pelbagai corak serta hasil seni yang mengagumkan. Model-model yang dikeluarkan pula seiring dengan kemajuan yang dicapai manusia pada waktu itu. Kita lihat beberapa model unik yang pernah wujud di pasaran dunia....


Model Seiko yang pernah digunakan dalam filem James Bond.



Seiko TV
Model ini telah berada di pasaran pada tahun 1982. Ia merupakan jam terunik pernah dihasilkan Seiko & merupakan jam tangan TV pertama di dunia.
(Gambar diambil dari http://www.tvhistory.tv)



Apple iWatch
Teknologi komputer Apple dimasukkan ke dalam jam tangan ini.



Tokyo flash 3D LCD
Penampilan 3D seperti equalizer unit Hi-fi.



Seiko e-Ink
Ini adalah generasi pertama di dunia yang menampilkan teknologi Active Matrix EPD.
Maklumat lanjut mengenainya di sini.



Seiko e-Ink

Ini adalah keluaran seterusnya dalam siri e-Ink. Lihat saja betapa hebatnya teknologi yang ditampilkan Seiko. Usaha mereka ini berbaloi apabila pada November 2006, mereka telah mendapat anugerah Grand Prix d’Horlogerie de Genève untuk kategori jam elektronik.



Berikut adalah koleksi Seiko yang telah dipaparkan di Beselworld 2010.
Ada jam idaman aku rupanya...


Penciptaan jam digital LCD kini terdiri dari pelbagai jenama. Banyak nama-nama yang kita tidak pernah dengar turut menghasilkan jam LCD. Pelopor utama adalah jenama Timex, Casio yang sehingga kini masih meneruskan jualan secara besar-besar siri digital mereka. Evolusi teknologi jam digital Casio tidak kurang hebatnya....


Nantikan sambungan kedua siri artikel ini...


17 KOMEN ANDA:

TIMUR said...

Wah... beralih kat digital pulak le kita... Mana mau cari digital lain kat sini melainkan casio aje. Timex, splash, QnQ je yg banyak kat kedai...

duniajam said...

Seiring dengan pemburuan kita yang sedang berjalan sekarang... semangat yang dibawa dalam buruan tu diadaptasikan dalam artikel. Moga2 buruan kita berhasil. Hehe...

duniajam said...

Minat jam ramai. Tapi bila kita spesifik lagi jenis jam... semua dah terbahagi kepada banyak jenis. Salah satu cabangnya jam digital. Tak ramai yang minat & ada yang berpendapat tak berbaloi. Semua itu pilihan & kehendak masing-masing. Lain orang, lain minatnya. Keperluan juga lain. Indahnya dunia kita... Allah Maha Kuasa sukakan kepelbagaian...

Untuk pelaburan, jam digital takkan sama nilai dengan jam automatik. Sebenarnya ikut janis, 'nilai', taraf & sentimental value. Tak semua jam mekanikal itu akan naik harganya... ada yang rendah saja harganya walau berapa umurnya... Lagi tinggi nilai sentimental atau lain2 tu, maka lebih tinggi harganya. Contohnya Pulsar tu.

Bila ada jam yg payah nak dapat atau dah takda sekarang.... & kita ada.... maka nilainya pada ketika itu akan jadi tinggi. Bila mana ada orang yang terdetik nak memiliki atau tengah mencari, berapa harganya pada ketika itu akan sanggup dibelinya. Bila demand ada terhadap benda yang dah takda sudah pasti harganya akan melambung tinggi. Bukan saja jam, tapi benda2 lain juga punya nasib yang sama.

Ini pendapat & teori aku saja berdasarkan pembacaan, pengalaman (sendiri, orang)& pemerhatian...

ayisy said...

Salam. Jam mula2 saya beli masa kecik2 adalah jam digital. Masa tu tak reti lagi baca jam tp dah minta belikan jam. Hehehe..

Tahun lepas ternampak sebiji Casiotron. Seller duk racun suruh beli. Berat giler jam tu, casing padu dan sempatlah pakai sekali. Tapi masa tu tak kenal lagi dgn jam tuh. Lepas tahu, terus pergi kedai jam tu, tengok2 dah tiada. Sedih! Nyesal tak beli.

duniajam said...

Casiotron? Pergh! Payah dapat tu. Mesti dari planet Cybertron. Wakakaka... Kalau aku jumpa jam tu memang aku beli.

Mungkin jenama Casio ramai orang tak pandang sangat. Tapi kalau Casiotron tu... kalau ada RM5k sekali pun takkan dapat beli dah pasal jam dah takda.

ayisy said...

Yup! Casiotron. Nyesal sangat2 tak beli masa tu. Tapi macam pelik gak Casiotron dah tak keluar lagi tapi ada sebijik baru. Tengok memang baru. Nak kata NOS...entahlah.

Lepas cari maklumat kat internet, takder plak jumpa maklumat yang Casio keluarkan versi baru Casiotron ataupun versi limited edition. Confius betul dengan status jam Casiotron yang terjumpa tahun lepas. Emmmm... Agak2 apa yer status jam tuh?

Anonymous said...

salam
bez gk jam digital nie
dl aku pakai gk jam casio digital
lupe lak pe model nya
tp yg aku ingt dia tulis 'databank' n byk la fungsinya
siap boleh buat hack public fon n borak gn makwe puas2....hehehe(time nakal2 dl)

ayisy said...

Anonymous... Boleh tanya sikit tak? Jam Casio yang boleh hack line telefon tu macam mana fungsinya? Jam tu bentukya macam ni eh?

http://raredigitalwatches.com/digital/casio/cal6.html

http://mysite.verizon.net/nightlog/pics/dba100_1a.jpg

Bukan apa, aku pernah terjumpa jam ni kat sebuah kedai. Seller tu kata jam ni boleh curi line telefon. Tapi aku tak faham. Macam menarik jek jam ni. Hehe...

duniajam said...

Salam bro,
Aku tau jam tu. Model Phone Dialer. Aku jumpa 2 ketul kat kedai dengan rumah aku. Model baru stok lama. Cadang nak beli seketul nanti. Seketul lagi bolehlah belikan kat kawan2 yang berminat nanti. Harap2 ada lagi la.

Seller cakap, jam tu memang boleh call apa2 nombor dengan percuma. Hehehe...


ayisy,
Mungkin betul jam tu NOS. Berapa harga dia masa tu? Aku rasa Casio takkan keluarkan lagi jam tu. Kalau diorang keluarkan lagi (reedition), akan jadi tak best dah memiliki jam tu lagi. Umph dah kurang. Kurang jugalah istimewanya....

duniajam said...

ayisy,
kita perlu set nombor tipon dalam jam. Pastu letak jam kat ganggang & on kan jam supaya dail nombor tipon tu. Automatik telefon akan terdail & boleh bercakap dengan orang tanpa letak duit.

Ini seller tu yg bagi tau. Dari kecik lagi aku tau dah kewujudan jam tu. Sebab dia sama bentuk dengan databank yg aku dah ada, kurang skit semangat nak beli masa tu. Sejauh mana betulnya boleh dail aku pun tak tau & tak berapa percaya. Waktu tu gak kwan aku cakap memang boleh dail.

Sekarang ni, bila semangat ada balik nak kutip jam2 nostalgia aku balik, tu yg terasa nak beli balik. Aku memang cadang betul nak beli jam tu.

Ada 2 jenis... resin & s.steel. Yg kedai tu jual cuma ada s.steel. Dia pun simpan tempat tersorok.... pasal takmau jual katanya pasal dah takda. Tapi aku nampak gak. Hehe.. Aku bgtau dia nak beli nanti. Hehe...

duniajam said...

Maklumat seller lagi.... hanya Phone Dialer Made In Japan saja yang boleh dail dengan jayanya. Model baru masih dikeluarkan katanya... tapi bukan Japan made lagi.... Tapi dail dah tak berjaya seperti mana Japan.

Kedai yg aku tengok tu dua2 Japan lagi. Ada lagi beberapa Casio vintage dia ada. Terasa macam nak angkut gak yg lain tu. Cuma duit je tak sempat nak kejar...

ayisy said...

Harga jam Casiotron yang saya jumpa tu RM280++ kalau tak silap.

Pasal jam Casio Phone Dialer kalau betul2 boleh telefon mcm berbaloi jek beli dgn fungsinya. Huhu.. Itu untuk telefon awam jek ke? Handphone boleh tak? Hehehe..

Yang saya jumpa tu resin. Tinggal sebuah jek. Tak tahu la ada lagi ke tak skrg. Harap2 ada lagi la. Satu lagi saya jumpa jam Casio yg boleh baca nadi. Tapi yang 2nd hand la kat kedai. Emmmm...

duniajam said...

Murah tu. Aiya....

Aku tak tau la fungsi phone dialer dia boleh lagi pakai ke tak dgn tipon skrg. Dulu org dok pakai kat publik fon....sblm ada henfon. Nanti kalau aku beli, aku try tgk.

Casio boleh kira nadi tu aku baru beli hari tu. Kedai yg sama yg aku jumpa fon dialer tu. Nanti aku review dlm blog. Payah dapat dah jam tu. Seller tu pun ckp taknak jual sbb tu dia sorok... Haha... Aku tak kira aku nak beli gak..

anisyazila said...

hang memangler dari sekolah jam gedabak besor kat tgn ..hehehe...aku ingat lagi... canggih2nyer jam abad sekarang...kan??

duniajam said...

Jam yg masa kecik2 dulu... la ni aku cari balik.... Dulu harap mak bapak beli ja... Tp jam2 masa kecik2 dah takda la ni. Kalau jumpa mmg aku sambar terus. Hehe..

anisyazila said...

dah nama pun dunia jam..aku neh jam tak pernah lekat kat tgn...hahaha... tengok matahari jer nak tau waktu..kikiki..ye la sangat tu...hehehe

duniajam said...

mak ai! Power gila! Terer tahap gaban dah tu. Hahaha...